You are on page 1of 13

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA

NO KES : 11/4-452/13
DI ANTARA
HASRI BIN HASHIM
DAN
HICOM AUTOMOTIVE MANUFACTURES (MALAYSIA) SDN BHD
(Disatukan dengan No. Kes : 11/4-640/13 melalui Perintah Mahkamah
Bertarikh 09.01.2014)

NO. AWARD : 900 TAHUN 2016


Di Hadapan

Y.A. DATO AHMAD ROSLI BIN MOHD SHAM PENGERUSI (Bersidang berseorangan)

Tempat

Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur

Tarikh Rujukan

26.02.2013

Tarikh Sebutan

07.05.2013,
04.10.2013,
18.09.2014,
20.11.2015,
03.02.2016,

Tarikh Bicara

01.10.2014,
06.08.2015,

Perwakilan

Encik Chandra Segaran dari Prem & Chandra, mewakili


Yang Menuntut

10.06.2013,
20.11.2013,
14.09.2015,
02.12.2015,
03.03.2016,

09.07.2013,
10.12.2013,
15.10.2015,
16.12.2015,
08.03.2016

28.08.2013,
23.01.2014,
05.11.2015,
11.01.2016,

02.10.2014, 23.03.2015, 24.03.2015,


07.08.2015

Puan R. Saraswathi dari Persekutuan Majikan-Majikan


Malaysia, mewakili pihak Syarikat

RUJUKAN:
Ini ialah rujukan yang dibuat dibawah seksyen 20(3) Akta Perhubungan
Perusahaan 1967, mengenai pembuangan kerja Encik Hasri bin Hashim (selepas
ini disebut sebagai Penuntut Pertama) dan Puan Rosslaili binti Ibrahim
(selepas ini disebut sebagai Penuntut Kedua) (disatukan melalui Perintah
Mahkamah bertarikh 09.01.2014) oleh Hicom Automotive Manufactures
(Malaysia) Sdn. Bhd (selepas ini disebut sebagai Pihak Syarikat)

AWARD
1.

Penuntut pertama adalah seorang Assistant Foreman di bahagian Paint Shop

dengan Syarikat dan telah bekerja sejak 11.12.1989.

Beliau telah diberhentikan

kerja pada 10.09.2012 dan gaji terakhir beliau adalah RM1995.00 sebulan.

2.

Penuntut kedua pula adalah seorang Operator sejak 18.08.1997 di bahagian

Receiving and Supply, dan juga telah diberhentikan kerja pada tarikh sama dan gaji
terakhir beliau adalah RM1148.00.

3.

Kejadian yang membawa kepada pembuangan kerja kedua mereka adalah

seperti berikut:
Pada 22.06.2012 jam 10.35 malam, pihak Penguatkuasa Agama Islam
Pahang telah membuat tangkapan atas Penuntut pertama dan kedua
di satu alamat di Taman Mentiga Peramu, Pekan kerana disyaki
melakukan kesalahan di bawah Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran

Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982, iaitu berada
bersama dalam sebuah rumah tanpa ikatan suami isteri dan tanpa
hubungan mahram sehingga boleh mendatangkan syak bercumbucumbuan.

4.

Pihak Syarikat apabila menerima maklumat ini telah membuka satu siasatan

atas kedua-dua Penuntut dengan meminta maklumat tangkapan dari pihak


Penguatkuasa Agama Islam Pahang dan telah diberikan sebagaimana mukasurat
42-44 COB-1.

5.

Berikutan dari itu pihak Syarikat telah mengeluarkan surat tunjuk sebab atas

kedua-dua Penuntut dan telah dijawab pada 09.07.2012 oleh Penuntut pertama dan
10.07.2012 oleh Penuntut kedua. Pihak Syarikat tidak menerima jawapan mereka
dan telah mengeluarkan notis Inkuiri Dalaman pada 31.07.2012.

6.

Inkuiri dalaman diadakan pada 09.08.2012 dan kedua-dua Penuntut adalah

diwakili oleh wakil Kesatuan semasa Inkuiri. Selepas Inkuiri Dalaman, Panel Inkuiri
telah mendapati mereka bersalah atas pertuduhan dan laporan keputusan dihantar
kepada Jawatankuasa Pengurusan.

7.

Jawatankuasa Pengurusan setelah menerima laporan dari Panel Inkuiri telah

membuat

keputusan

untuk

menamatkan

berkuatkuasa dari 10.09.2012.

pekerjaan

kedua-dua

Penuntut

8.

Kedua-dua Penuntut telah dituduh dan didapati bersalah atas salahlaku

ditangkap oleh Penguatkuasa Agama bersama pasangan dalam sebuah rumah


tanpa ikatan suami isteri dan tanpa hubungan mahram.

9.

Tidak banyak pertikaian dari segi fakta dalam kes ini. Pihak Penuntut-

Penuntut mempertikaikan pertuduhan yang telah dikenakan oleh pihak Syarikat


dengan menyatakan bahawa laporan dari Jabatan Agama Islam Pahang adalah
menunjukkan Penuntut-Penuntut hanya disyaki dan tidak disabitkan dengan
kesalahan semasa pembuangan kerja, tetapi dalam Inkuiri Dalaman, kes terhadap
Penuntut-Penuntut adalah kerana telah ditangkap kerana melakukan kesalahan
khalwat. Selain dari itu, Penuntut-Penuntut juga berhujah melalui peguam mereka
bahawa tangkapan atas kesalahan khalwat itu tidak menjejaskan imej, reputasi dan
kepentingan Syarikat, lebih-lebih lagi kerana tangkapan ini adalah diluar kawasan
atau premis Syarikat dan bukan dalam waktu bekerja.

10.

Pihak Syarikat pula menghujahkan bahawa Penuntut-Penuntut adalah

bersalah di bawah pertuduhan yang telah dikenakan dan ianya adalah satu
salahlaku kerana telah menjejaskan imej dan reputasi Syarikat memandangkan
Syarikat ini adalah terletak di sebuah bandar kecil yang majoriti penduduk adalah
terdiri dari melayu muslim. Syarikat juga menerapkan dan berpegang kepada nilainilai peradaban penduduk setempat dikalangan pekerjanya.

11.

Selain dari itu pihak Syarikat juga berhujah bahawa Penuntut-Penuntut telah

menyatakan dalam keterangan bahawa mereka tidak mahu dikembalikan kepada


pekerjaan mereka, maka dengan itu pihak Syarikat menghujahkan bahawa
Mahkamah ini tiada lagi bidangkuasa untuk membuat sebarang perintah sebagai
remedi.

12.

Pada pendapat Mahkamah ini, isu pertama yang perlu diputuskan adalah

samada pertuduhan oleh pihak Syarikat telah dibuktikan.

Jika telah berjaya

dibuktikan maka timbul pula persoalan kedua iaitu samada kesalahan itu adalah
terjumlah kepada satu salahlaku pekerjaan atau employment misconduct.

13.

Mengenai bidangkuasa Mahkamah yang tidak wujud lagi kerana Penuntut

menyatakan mereka mahukan gantirugi, Mahkamah ini tidak menerima hujah ini
kerana keterangan adalah tidak jelas menyatakan Penuntut-Penuntut tidak mahu
dikembalikan kepada pekerjaan mereka.

Penuntut kedua memang mengatakan

bahawa dia mahu gantirugi. Ini boleh difahami kerana dia telah ada pekerjaan lain,
tetapi dia tidak mengatakan bahawa dia tidak mahu dikembalikan kepada pekerjaan
asal.

Mahkamah memang mempunyai bidangkuasa memerintahkan pampasan

sebagai ganti kepada pengembalian pekerjaan. Jadi jika Penuntut mahukan keduaduanya maka terpulang kepada Mahkamah untuk membuat perintah atas mana
yang lebih sesuai.

14.

Atas isu pertama, pertuduhan atas Penuntut-Penuntut adalah kerana

ditangkap oleh pihak Penguatkuasa Jabatan Agama Islam kerana disyaki melakukan
kesalahan yang umum dirujuk sebagai khalwat. Ketika tindakan keatas Penuntut
dibuat oleh Syarikat, kedua-dua Penuntut walaupun telah ditangkap dan dituduh
dibawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu tetapi belum
disabitkan oleh Mahkamah Syariah atas apa-apa kesalahan. Jadi secara teknikal
mereka belum didapati bersalah dibawah apa-apa Undang-Undang negeri, maka
wajarkah tindakan diambil oleh Syarikat atas mereka.

15.

Pertuduhan atas Penuntut-Penuntut adalah seperti berikut;


Penuntut pertama:
Pada 22.06.2012 jam 10.35pm bertempat di rumah No. 3, Lorong Mentiga
Peramu, 26600 Pekan, Pahang anda telah ditangkap oleh Penguatkuasa
Agama bersama pasangan anda Rosslaili binti Ibrahim dalam rumah tanpa
ikatan suami isteri dan tanpa hubungan mahram.

Penuntut kedua:
Pada 22.06.2012 jam 10.35 pm bertempat di rumah No. 3, Lorong Mentiga
Peramu, 26600 Pekan, Pahang anda telah ditangkap oleh Penguatkuasa
Agama bersama pasangan anda Hasri bin Hashim dalam sebuah rumah tanpa
ikatan suami isteri dan tanpa hubungan mahram.

16.

Jadi pertuduhan ini adalah kerana Penuntut pertama dan kedua berada

dalam sebuah rumah tanpa ikatan suami isteri dan tanpa hubungan mahram
sehingga ditangkap oleh Penguatkuasa Agama. Sama ada Penuntut-Penuntut
adalah disyaki atau telah melakukan satu kesalahan atau disabitkan di bawah
Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Negeri Pahang adalah
tidak membawa kesan kerana itu bukanlah pertuduhan atas Penuntut-Penuntut.
Persoalannya adalah, pada dasarnya adakah Penuntut-Penuntut telah didapati
melakukan seperti yang telah dipertuduhkan oleh Syarikat, dan samada perlakuan
itu adalah satu salahlaku pekerjaan yang mewajarkan hukuman buang kerja yang
akan dibincangkan kemudian sebagai isu yang kedua.

17.

Penuntut-Penuntut juga berhujah melalui peguam mereka bahawa mereka

dituduh sebagai telah ditangkap kerana melakukan kesalahan khalwat di bawah


Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang
1982 seperti mana hujah pendakwa semasa Inkuiri Dalaman, sedangkan laporan
dari Jabatan Agama Islam Pahang kepada pihak Syarikat menyebutkan bahawa
mereka ditangkap kerana berada berdua-duaan bersama dalam sebuah rumah
tanpa ikatan suami isteri dan tanpa hubungan mahram antara kedua-duanya
sehingga boleh mendatangkan syak bercumbu-cumbuan.

Ketiadaan perkataan

disyaki dalam kes pendakwa terhadap Penuntut-Penuntut membawa maksud


berlainan antara pertuduhan dan kesalahan yang sebenarnya.

18.

Perlu disebutkan disini bahawa kesalahan yang sering disebut sebagai

khalwat di bawah Enakmen yang berkaitan bukanlah kesalahan bercumbu-cumbuan


tetapi perkara yang menjadi kesalahan adalah, apabila mereka yang terdakwa
didapati berada bersama berdua-duaan sedangkan mereka bukan suami isteri atau
mahram, sehingga mereka boleh disyaki bercumbu-cumbuan. Unsur pertama yang
menjadi kesalahan adalah berada berdua-duaan.

Keadaan berdua-duaan yang

menyebabkan mereka boleh disyaki bercumbu-cumbuan, bukan bercumbu-cumbuan


itu sendiri yang menjadi elemen kesalahan.

Maka perkataan disyaki dalam

konteks ini tidak membawa maksud mereka hanya disyaki dan tidak melakukan
kesalahan.

19.

Penuntut-Penuntut tidak menafikan samada semasa Inkuiri Dalaman dan

semasa perbicaraan di Mahkamah ini bahawa mereka memang ditangkap ketika


berada berdua-duaan dalam rumah seperti yang didakwa.

Penuntut pertama

memberi alasan bahawa mereka hanya bercakap-cakap. Penuntut kedua berkata


sebelum itu anaknya berada di rumah tetapi telah keluar semasa ditangkap.

20.

Maka fakta bahawa Penuntut-Penuntut ditangkap ketika berada berdua-

duaan dalam sebuah rumah pada tarikh dan waktu seperti yang didakwa adalah
tidak dinafikan dan terbukti. Apa pun alasan yang diberikan, tetapi pada dasarnya
mereka memang melakukan seperti yang didakwa iaitu berada bersama dalam
sebuah rumah tanpa apa-apa hubungan samada suami isteri atau mahram sehingga
boleh menimbulkan syak.

21.

Secara umum Inkuiri Dalaman yang telah diadakan terhadap Penuntut tidak

ada kecacatan yang ketara dimana Penuntut-Penuntut telah diberikan surat tunjuk
sebab, notis Inkuiri dan telah diwakili oleh wakil kesatuan semasa Inkuiri. Mereka
telah diberi peluang untuk mengemukakan kes mereka dan menjawab dakwaan
oleh Syarikat. Walaupun Penuntut-Penuntut mempersoalkan ketepatan nota Inkuiri
Dalaman tapi tiada keterangan yang ketara menunjukkan ianya tidak tepat
dikemukakan oleh Penuntut-Penuntut. Dalam apa keadaan pun tiada hak PenuntutPenuntut yang telah dinafikan.

22.

Setelah mendapati bahawa perlakuan seperti pertuduhan telah dibuktikan

oleh Syarikat maka persoalannya adalah samaada perlakuan ini terjumlah kepada
satu salahlaku pekerjaan yang mewajarkan pihak Syarikat mengambil tindakan.
Perbuatan ini telah berlaku di luar premis syarikat dan di luar waktu kerja.

23.

Atas isu ini, secara umum perhubungan antara pekerja dan majikan bermula

dengan satu perjanjian iaitu kontrak perkhidmatan dimana pihak Syarikat akan
mendapat khidmat dari pekerja dan pekerja berhak mendapat ganjaran untuk
khidmatnya

dan

juga

jaminan

pekerjaan.

Syarikat

pula

bagi

menjaga

kepentingannya boleh menetapkan syarat-syarat untuk perkhidmatan ini dalam


bentuk peraturan dan disiplin yang perlu dipatuhi oleh pekerja.

Pelanggaran

peraturan dan disiplin serta menjejaskan kepentingan Syarikat adalah satu


pelanggaran perjanjian dan merupakan satu salahlaku yang membolehkan Syarikat
mengambil tindakan.

Jadi bagi menjawab persoalan ini perlu diteliti samada

perlakuan

Penuntut-Penuntut

telah

melanggar

peraturan

perkhidmatan atau menjejaskan kepentingan Syarikat.

Syarikat,

syarat

Bukanlah tugas dan

tanggungjawab Syarikat untuk mengawal kehidupan peribadi pekerjanya dalam


segala hal dan dalam perkara yang tiada kena mengena dengan Syarikat.

24.

Penuntut-Penuntut berhujah melalui peguam mereka bahawa Syarikat tidak

berhak untuk mengawal tindak tanduk dan akhlak pekerjanya diluar dari waktu
bertugas dan di luar dari premis Syarikat melainkan kepentingan Syarikat adalah
terjejas dan dalam kes ini Penuntut-Penuntut juga berhujah bahawa tiada
keterangan yang dapat menunjukkan bahawa imej, reputasi atau kepentingan
Syarikat adalah terjejas akibat dari perbuatan Penuntut-Penuntut.

25.

Pihak Syarikat berhujah bahawa perlakuan ini adalah berkait dengan nilai

akhlak atau moral, iaitu satu perlakuan tidak bermoral atau immoral act. Syarikat
telah memberi keterangan melalui saksi-saksinya bahawa, sebagai sebuah
organisasi yang mengeluarkan kereta nasional, kilang yang terletak di bandar kecil
Pekan yang majoriti penduduk adalah orang melayu beragama Islam, 99% pekerja
adalah orang melayu beragama Islam, maka adalah menjadi polisi Syarikat untuk
berpegang kepada nilai peradaban setempat dan telah memasukkan nilai ini dalam
Dasar dan Tatacara Tatatertib Syarikat. Antara kesalahan tatatertib di bawah Dasar
dan Tataca Tatatertib adalah Klausa 35 yang menyebutkan;
Menjatuhkan imej atau nama baik syarikat melalui apa-apa cara sama ada
lisan, tulisan atau perbuatan.

10

Klausa 68 pula memperuntukkan antara kesalahan tatatertib adalah;


Disabitkan kesalahan jenayah, dadah, syariah atau diisytiharkan bankrap
oleh mana mana mahkamah.

26.

Pihak Syarikat merujuk kepada beberapa kes bagi menyokong hujah mereka.

Antara kes-kes tersebut, adalah kes Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu


(Baru) v Rozita Binti Md Isa (1995) 2 ILR 391, kes Permint Plywood Sdn
Bhd,

Kuala

Terengganu

Kesatuan

Pekerja-Pekerja

Perkayuan

Semenanjung Malaysia (1993) 1 ILR 253 dan kes Mahkamah Tinggi Bank
Muamalat Malaysia Bhd v Mahkamah Perusahaan Malaysia & Anor (2012)
1 MELR 755.

Kesemua kes ini secara umum memutuskan bahawa kesalahan

berkaitan moral adalah satu employment misconduct apabila ianya menjejaskan


imej dan reputasi Syarikat lebih-lebih lagi apabila Syarikat terletak di persekitaran
sebuah bandar kecil.

Kesalahan dari segi moral bukan sahaja adalah satu

employment misconduct tetapi juga adalah satu gross misconduct yang boleh
membawa kepada pembuangan kerja.

27.

Pada pendapat Mahkamah ini, tidak dapat dinafikan bahawa perbuatan yang

mana Penuntut-Penuntut didapati telah melakukan adalah satu kesalahan moral.


Samada kesalahan moral boleh menjadi satu salahlaku pekerjaan bergantung
kepada beberapa faktor, seperti nilai-nilai masyarakat sekitar, latar belakang dan
jenis aktiviti Syarikat dan samada ianya adalah menjadi sebahagian dasar atau polisi

11

Syarikat yang perlu pekerja itu patuhi kerana menjadi sebahagian dari syarat
kontrak pekerjaan.

28.

Dalam kes ini Mahkamah ini mendapati bahawa pihak Syarikat telah

menjadikan kesalahan moral sebagai satu kesalahan disiplin yang mengikat pekerja
apabila memasukkan kesalahan syariah dalam Dasar dan Tatatertib Syarikat. Begitu
juga latar belakang Syarikat sebagai Syarikat Nasional yang perlu selaras dengan
nilai-nilai masyarakat di negara ini.

Selain dari itu, Syarikat ini juga terletak di

bandar kecil yang penduduknya majoriti melayu Islam, pekerja Syarikat juga
majoriti melayu Islam dan juga Penuntut-Penuntut ditangkap di kawasan
perumahan yang penduduknya majoriti pekerja Syarikat.

29.

Atas sebab-sebab seperti di atas, Mahkamah ini membuat keputusan bahawa

Penuntut-Penuntut telah melakukan satu perbuatan yang menjadi satu salahlaku


pekerjaan dan ianya adalah satu salahlaku yang berat yang mana pembuangan
kerja adalah wajar.

30.

Oleh itu pemberhentian kerja Penuntut-Penuntut adalah dengan sebab dan

alasan yang adil dan dengan ini tuntutan oleh Penuntut-Penuntut adalah ditolak.

12

DIPERTURUNKAN PADA 08 OGOS 2016


-Signed(DATO AHMAD ROSLI BIN MOHD SHAM)
PENGERUSI
MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA
KUALA LUMPUR

13