You are on page 1of 1

PENDAHULUAN

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada En. Rashidi
Hamzah kerana telah memberi kesempatan kepada saya melibatkan diri dalam kerja kursus
ini. Beliau telah memberi nasihat dan dorongan kepada saya sepanjang tempoh saya
menyiapkan kerja kursus ini.
Dalam proses mencari maklumat, saya telah mengadakan perbincangan sebelum
menjalankan sesuatu aktiviti. Saya dapat mempelajari pelbagai cara untuk mencari bahan
sumber sepanjang tempoh menyiapkan kerja khusus saya. Antara cara yang telah saya
aplikasikan dalam

mencari sumber rujukan ialah mencari buku-buku rujukan di

perpustakaan, mengkaji bahan yang diedarkan oleh guru pembimbing, melayari laman
sesawang yang tertentu bagi mendapatkan maklumat untuk mengukuhkan lagi kerja kursus
saya.
Melalui hasil pembelajaran tajuk Bimbingan dan Kaunseling Kanak- kanak
terutamanya aktiviti bimbingan saya dapat mengenali konsep asas bimbingan iaitu
bimbingan merujuk kepada proses untuk membantu individu meningkatkan pemahaman dan
kemahiran bagi menangani isu-isu dab cabaran-cabaran dalam kehidupan secaran
berkesan.
Saya bersama rakan praktikum yang lain telah meninjau dan mengenal pasti isu atau
masalah yang dihadapai oleh murid- murid di Sekolah Tengku Budriah melalui temu bual
dengan beberapa guru dan pengumpulan maklumat seperti rekod akademik, rekod
kesihatan dan rekod disiplin murid.
Kami mendapati bahawa masalah mendengar secara aktif dalam kalangan
murid-murid Tahun 4 semasa proses pengajaran dan pembelajaran menjadi salah satu
permasalahan yang serius dalam kalangan murid. Kami telah merancang dan melaksanakan
satu aktiviti bimbingan bagi mengatasi isu ini secara berkesan. Melalui pelaksanaan
Rancangan Pengajaran dan Harian bagi aktiviti bimbingan mendengar secara berkesan,
saya dapat membuat pemerhatian dan membuat ulasan terhadap rakan pasangan saya iaitu
Shathiaseelan A/L Chandran. Saya telah membuat ulasan mengenai kekuatan dan
kelemahan rakan saya secara lebih teliti dan menyeluruh.

You might also like