You are on page 1of 17

1.

Nama Permainan

Wau merupakan salah satu permainan tradisional yang agak popular pada masa kini
terutamanya di negeri-negeri sebelah pantai barat semenanjung Malaysia. Wau dijadikan
permainan untuk mengisi masa lapang tidak kira generasi muda mahupun generasi tua.

Terdapat beberapa jenis atau nama lain bagi wau. Antaranya ialah wau burung, wau pari,
wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan,
wau sewah, wau barat dan yang paling digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan.

Terdapat berbeza-beza nama bagi wau mengikut negara iaitu rakyat Jepun menyebut
Tako, Afrika (Vlieers), Belgium (Plakwaaier), China (Fung Jung), Belanda (Vlieger),
Britain (Kites), Perancis (Cerf Volant), Jerman (Drachen), Itali (Aquilone), Korea (Youn),
Mexico (Papalote), Norway (Drage), Portugal (Pipas), Filipina (Saranggola), Russia
(Letchijzmeij), Sepanyol (Cometas) dan Sweden (Drake) tapi maknanya tetap sama iaitu
layang-layang atau wau.

2.Latar Belakang

2.1 Mengikut satu catatan, wau telah dihasilkan sejak dari tahun 711 Masihi lagi oleh
Sang Jaya. Pada awalnya, wau dicipta sebagai lambang kebesaran sesuatu negara.
Apabila sesebuah negara berjaya dalam peperangan, mereka akan meraikannya dengan
cara menerbangkan wau ke langit. Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa wau
berasal dari negara China sejak 3000 tahun yang lalu. Penduduk China menggunakan
wau untuk menghantar makanan kepada penduduk yang terperangkap di bukit atau
gunung semasa banjir.

Wau juga dikaitkan dengan semangat padi. Wujud mitos yang mengatakan bahawa pada
zaman dahulu, terdapat sepasang suami isteri yang bertani dan tidak mempunyai anak.
Suatu hari, mereka telah menjumpai seorang bayi perempuan dan dengan rasa gembira,
mereka telah menjaga bayi tersebut. Apabila bayi tersebut taleh dewasa, bayi tersebut
menjadi seorang gadis yang amat cantik.

Pelbagai fitnah dan tohmahan dilemparkan oleh mereka yang mencemburui kejelitaan
gadis tersebut. Sehinggalah pada suatu hari, dia telah dipukul dan dihalau keluar oleh
petani suami isteri. Sejak itu, tanaman mereka tidak menjadi dan setelah ditilik oleh ahli
nujum, ahli nujum mencadangkan agar mereka menerbangkan wau berbentuk bulan
untuk mengembalikan semangat tersebut. Atas cadangan ahli nujum, tanaman mereka
kembali subur dan aktiviti mengembalikan semangat padi, berlarutan hingga ke hari ini.
2.2 Antara negeri-negeri di Malaysia yang mempopularkan wau ialah Kelantan,
Terengganu, Perlis dan Kedah. Kelantan dan Terengganu sehingga kini masih terkenal
dan mengekalkan tradisi pembuatan wau yang menarik. Selain daripada membuat wau
untuk dimain,negeri-negeri ini juga membuat wau untuk hiasan dinding dan kraftangan.

2.3 Terdapat dua golongan yang kerap bermain wau pada zaman dahulu iaitu golongan
istana dan rakyat biasa. Pada masa kini, biasanya kaum melayu yang selalu bermain wau,
namun begitu, terdapat juga segelintir kaum india atau cina yang bermain wau untuk
mengisi masa lapang mereka.

3.Tujuan Dimainkan

Tujuan wau dimainkan ialah sebagai hiburan untuk mengisi masa lapang kepada pelbagai
peringkat umur atau golangan. Selain itu, permainan wau juga dimainkan dalam pelbagai
jenis pertandingan sama ada bertaraf antarabangsa mahupun bertaraf kebangsaan.
Pertandingan-pertandingan ini melihat pada kecantikannya, bentuknya, corak ciptaannya,
warnanya dan keasliannya.

4.Cara Bermain

Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang iaitu seorang akan memegang
wau dan seorang lagi yang dipanggil juru anjung akan memegang tali. Apabila angin
bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik
talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan
menambah cantik lagi wau yang berwarna-warni itu.
Objektif Kajian

i. Mengetahui secara mendalam tentang permainan tradisional di negara kita terutama

sekali mengenai permainan wau.

ii. Mengetahui unsur-unsur seni dan kebudayaan yang diterapkan di dalam permainan

tradisional ini.

iii. Menambah pengetahuan tentang asal-usul permainan tradisional dan cara-cara ia

dimainkan.

iv. Menanamkan semangat patriotisme dan cintakan kebudayaan serta warisan tanah air.
Rumusan

Selepas saya menjalankan kajian ini ,saya bersyukur menjadi rakyat Malaysia dek

keunikan dan kepelbagaian budaya yang terdapat di Malaysia .Saya juga rasa

sangat bertuah kerana dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang permainan

tradisional melayu.

Seperti peribahasa melayu yang mengatakan tak kenal maka tak cinta.Selepas kajian

dijalankan,saya dapat menghayati permainan tradisional orang melayu.Andai rakyat

Malaysia memahami dan menghayati permainan tradisional sesuatu kaum yang

mendalam,ini akan mewujudkan rasa hormat-menghormat antara kaum.

Semangat perpaduan yang wujud akan membolehkan perpaduan tanah melayu yang

terdapat pelbagai kaum ini terus berkekalan. Rakyat Malaysia bersatu padu ini dapat

bersama-sama dalam semua perkara untuk melahirkan Malaysia yang cemerlang.


7.0 RUMUSAN

Setelah saya mengkaji dan mendalami tentang warisan permainan tradisional Melayu ini,

saya mendapati permainan tradisional berupaya memberikan kesan positif dalam

perkembangan rakyat Malaysia terutamanya kanak-kanak baik dari segi emosi, rohani,

intelektual dan jasmani.

Permainan-permainan tradisional ini dapat membina disiplin, menguji ketahanan fizikal

dan daya saing, melahirkan perasaan toleransi, meningkatkan kemahiran komunikasi dan

interaksi serta memupuk sifat ingin mendalami dan menjaga warisan permainan

tradisional yang telah dipermainkan sejak turun temurun lagi.

Tambahan pula, kerja kursus ini telah melahirkan sifat menghormati dan menghayati

permainan tradisional orang Melayu dalam diri saya. Saya akan cuba untuk mengamalkan

tradisi dan budaya bangsa yang begitu unik dan indah

Jika semua rakyat masyarakat kita dapat mempelajari dan mendalami warisan permainan

tradisional , maka akan timbul semangat bersefahaman dan hormat-menghormati antara

kaum. Persefahaman yang timbul ini bukan sahaja dapat mengelakkan sebarang

perselisihan faham yang mungkin berlaku antara kaum malah dapat menjalinkan

semangat muhibah atau semangat masyarakat antara kaum.

Semangat muhibah ini membolehkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini

terus berkekalan.Rakyat Malaysia yang bersatu-padu ini juga dapat berganding bahu

dalam semua aspek untuk membangunkan negara yang tercinta.


OBJEKTIF KAJIAN

Kajian saya merangkumi objektif-objektif yang berikut:

(A)Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah

yang sahih.Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara

yang betul,jelas dan tepat.

(B)Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya tentang permainan tradisional di

kalangan masyarakat mengikut adat Melayu.

(C)Kajian ini dilakukan untuk memenuhi kehendak sukutan pelajaran Peperiksaan

Penilaian Rendah (PMR).

(D)Kajian ini juga dapat menyedarkan orang melayu betapa pentingnya permainan

tradisional di kalangan masyarakat melayu di Negara kita kerana ia melambangkan

setiap kaum dan adat tradisinya yang tersendiri.


INTERNET

Brief History of the Kite.” http://www.kiteman.co.uk/KiteHistoryBothPages.html. 12 Oct.

2004

“Dikir Barat”. http://www.e-genius.com.my/sukan_kebudayaan03.html. 22 Dec. 2004

“Ekite model.” eKITE Website. http://www.e-kite.wakaf.net. 7 Oct. 2004

“Filigree.” www.kraftangan.gov.my/maklumatkraf.html#filigree. 22 Dec. 2004

“Kedai Wau.” http://www.smarttravelasia.com/klshop.html. 15 Dec. 2004

“Kites In Malaysia, kites in Penang.” Discovery Kites. http://www.discovery-kites.com/.

5 Oct. 2004

“Malaysian Kite Festival Pasir Gudang 6th Internatioal Kite”. Pasir Gudang Kite Festival

Malaysia 2001. http://www.bhc.com/malaysia2001/. 2 Oct. 2004.

“Malaysia’s Independent Kiting Portal.” http://www.kites.org/malaysia. 11 Oct. 2004

“SkyDancer Sports Kites.” http://www.skydancer-kites.com. 7 Oct. 2004

“Traditional Kite Plans.” Kite Building Plans. KiteBuilder.com.

http://nordnet.fr/~amoreaux/cv/waubu.htm. 15 Oct. 2004.

“Wau.” http://tourmalaysia.tripod.com/wau.htm. 12 Oct. 2004

ORANG SUMBER.............

BUKU ILMIAH...................
ASAL-USUL

Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan tarikh serta

asal-usulnya. Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, layang-layang di

Malaysia berasal dari Negara China. Ini kerana reka bentuk serta karektor mempunyai

persamaan dengan layang-layang tradisional dari Negara China. Layang-Layang pada

masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar. Kemungkinan evolusi layang-layang di

Malaysia juga turut menyerap unsure-unsur kebudayaan dari Negara China. Selain wau,

nama lain adalah layang-layang. Perkataan “wau” dikatakan berasal dari perkataan

Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah

menggunakan perkataan tersebut.

Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di Pantai

Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat

dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad

bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja, dan tidak pula

disebut bermain wau

Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang

diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur

tersebut akan menghasilkan bunyi “wau’, “wau’, “wau’ secara berirama.

Negeri yang Mempopularkan Permainan ini

Secara menyeluruh, Wau banyak dimainkan di negeri-negeri Pantai Timur seperti

Kelantan dan Terengganu,Juga dengan negeri-negeri Utara iaitu Kedah dan Perlis. Di

negeri Kedah kebanyakan layang-layang atau wau dimainkan selepas menuai padi

selepas penat lelah mereka menjalankan tugas sebagai petani. Di samping itu, kawasan
sawah yang lapang sesuai untuk bermain permaian ini iaitu wau.

Kaum yang Terlibat

Permainan ini banyak diterbangkan atau dimain oleh kaum melayu.Majorotinya,kaum

melayu dari utara mahupun pantai timur yang mempopularkan permainan ini. Di samping

itu, kaum-kaum lain juga terlibat dalam menerbangkan wau ini. Sebagai intiha, kaum

cina dan india.

ALAT-ALAT YANG DIGUNAKAN.

Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja meraut buluh

untuk dijadikan rangka, mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkan kertas pada

rangka wau tersebut mengambil masa dua minggu untuk siap. Rangka buluh tulang

belakang wau lebih besar daripada kepaknya, kemudian diikat dengan menggunakan

benang mengikut bentuk serta jenisnya. Rangka yang telah disiapkan akan ditampal

dengan tiga lapis kertas nipis dan lutsinar dengan berlainan warna. Lapisan pertama

menggunakan kertas berkilat, lapisan kedua menggunakan warna yang berbeza dan

bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk rebung atau bunga cengkih yang telah ditebuk.

Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang telah ditebuk ditampalkan.Di bahagian

kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan dihiasi dengan

rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagi rupanya. Busul akan

diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan bunyi dengung

apabila diterbangkan diudara. Busul diperbuat dari daun rembia atau mengkuang yang

telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia berbentuk seperti alat memanah. Tali
teraju diikatkan di antara bahu kepak dan tulang belakang sebelah bawah wau bagi

mengimbangi wau - Teraju Tiga.


WAWANCARA

majalah 3

permainan tradisional

tv3

15 mac 2008

hari sabtu

9.00 p.m.

pengacara- Nurul Shuhada Nurul Ain bt. Mohd.Zain..

Wawancara....

G*y: Assalamualaikum pak cik,saya dari Sekolah Men.Keb.*** diarahkan

untuk membuat kerja khusus yang bertajuk permainan tradisional dan saya telah

memilih permainan tradisional yang bertajuk wau.Jikalau pak cik tidak

keberatan bolehkah pak cik menerangkan serba sedikit pasal sejarah wau?

Pak cik: Waalaikumsalam..Erm..setahu pak cik permainan wau mempunyai sesuatu motif

dan pelbagai corak yang menarik.Oleh itu, permainan wau paling digemari

ramai tidak mengira bangsa cina mahupun india.

g@y: Oh..selain itu pak cik,adakah permainan wau sama seperti permainan layang-

layang?

Pak cik: Permainan wau sama seperti permainan layang-layang kerana ia menguji

kepakaran dan kecekapan seseorang pemain dalam proses membuat, menaik

dan melayangkan sesuatu wau.Semakin tinggi wau melayang,semakin gahlah

seseorang pemain itu.


%a*: Oh begitu..Adakah permainan wau ini turut digemari oleh golongan wanita?

Seperti yang kita ketahui bahawa segolongan wanita tidak seberapa selesa ketika

berada di padang.Bolehkah pak cik mengulaskan tentang persoalan ini?

Pak cik: Ya..Wau biasanya dimainkan oleh lelaki dewasa tetapi agak kurang diminati

oleh golongan wanita.Keadaan ini mugkin disebabkan permainan ii menuntut

tenaga fizikal dan penumpuan yang banyak, selain dimainkan di kawasan

lapang serta terbuka yang kurang sesuai dihadiri oleh kaum wanita.

G**: Erm..Selain daripada itu,apakah peralatan yang diperlukan dalam permainan

ini?

Pak cik: Antara peralatan yang diperlukan dalam untuk permainan ini ialah wau dan tali

atau benang kasar yang panjang.

***: Selain itu,apakah bahan yang digunakan apabila hendak membuat sesuatu wau?

Pak cik: Proses sesuatu wau mempunyai pelbagai bahan dan pantang larangnya ketika

membuat sesuatu bahan. Antara bahan yang digunakan adalah buluh, kertas,

gunting, pisau raut, benang dan pelekat. Buluh yang biasa digunakan ialah

buluh tua yang disalai hingga benar benar kering. Buluh itu dibelah kepada

beberapa bilah dan raut dengan pisau raut. Bilah bilah yang telah diraut

dibentuk menjadi rangka dan diikat dengan benang. Rangka tersebut mempunyai

pelbagai bentuk mengikut jenis wau yang hendak dihasilkan seperti wau orang,

wau bulan, wau burung dan sebagainya.


***: Terima kasih..Tapi selain daripada itu ye pak cik,bagaimanakah jikalau

seseorang pemain hendak melayangkan sesuatu wau yang telah disiap?

Pak cik: Pemain akan mengikat seutas tali atau benang kasar yang panjang pada

bahagian tengah rangka dan memegang wau berkenaan. Kemudiannya, seorang

penarik akan memegang tali wau itu.. Apabila angina bertiup kencang, pemain

akan melepaskan wau dan penarik tali akan menarik tali wau sambil berlari.

Wau memerlukan angina untuk menaikkannya. Apabila berada di atas, tali akan

dikawal supaya wau kekal berada di atas.

***: Ribuan terima kasi saya ucapkan kepada pak cik di atas kerjasama pak cik.Saya

harap tuhan dapat membalas jasa baik pak cik. Saya rasa cukuplah setakat ini

sahaja dan saya rasa maklumat serbagini sudah memadai apa yang cikgu saya

inginkan.Pak cik sudah meringankan bebanan saya untuk menyiapkan kerja

khusus ini. Sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih..

Pak cik: Sama sama..Harap awak berjaya menduduki peperiksaan P.M.R tidak lama

lagi..
PETA KELANTAN

PETA KELANTAN:NEGERI YANG MEMPOPULARKAN PERMAINAN TRADISONAL WAU


PETA TERENGGANU

PETA TERENGGANU:NEGERI YANG MEMPOPULARKAN PERMAINAN TRADISIONAL WAU.


JENIS-JENIS WAU YANG TERDAPAT DI MALAYSIA:

(WAU BULAN) (WAU KUCING) (WAU DAUN) (WAU HELANG)

(WAU JALABUDI) (WAU KENYALANG) (WAU MERAK) (WAU PUYUH)


PETA PERLIS