You are on page 1of 3

TEKS PENGACARA

PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA


DAERAH KINTA UTARA TAHUN 2015
dewan SK Wira Jaya
Cue
A

Cue

setelah mendapat isyarat dari PK Kokurikulum


Sebelum Majlis bermula, di sini terdapat satu pengumuman untuk diambil tindakan
bersama. Mohon dipastikan agar telefon tuan-tuan dan puan, puan berada dalam mode
gegar atau senyap untuk memastikan kelancaran acara pertandingan.
Acara pertandingan akan dimulakan lima minit dari sekarang. Para peserta dan tetamu
dipersilakan mengambil tempat. Terima kasih.
Setelah keadaan tenteram
Senja merah di muka segara
Hati rawan beradun rindu
Lafaz bismillah pembuka bicara
Di medan bicara berirama kita bertemu
Assalamualaikum salam sejahtera
Merdu menyapa anak pak rahim
Di majlis bicara berirama melontarkan idea
Terjalin erat hubungan silaturrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Dan salam sehati


sejiwa.
Bagi pihak jawatankuasa pertandingan bicara berirama daerah Kinta Utara, saya
dengan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran tuan puan, dan saudara saudari ke
dewan SK Wira Jaya, Ipoh ini. Moga kehadiran anda semua bakal mengakrabkan
hubungan sesama kita warga sekolah dalam Daerah Kinta Utara. Di samping bersaing
secara sihat, aktiviti seumpama ini juga berupa proses pembelajaran sebagai
persediaan pelajar menempuh kehidupan sosial dan rasmi pada masa hadapan dengan
lebih yakin, insya-Allah. Saya Zulliana Binti Hasan memohon untuk memulakan acara
pertandingan.

Yang berusaha barisan hakim yang akan mengadili pertandingan ini, guru-guru
pengiring, peserta pertandingan seterusnya hadirin dan hadirat sekalian.

Izinkan saya memperkenalkan lima orang panel hakim pertandingan.


Yang pertama, ...selaku
ketua hakim.
Kedua,.. ............................
Ketiga, ..
Keempat.........................................................................................................
Kelima............................................................................................................
Keputusan hakim adalah muktamad, dan sebarang bantahan tidak dibenarkan.

Sebelum pertandingan bermula izinkan saya membacakan peraturan pertandingan.


(baca dari kertas konsep)

B
Cue
A
Cue
A
Cue
B
Cue
B
Cue

Penjaga masa pertandingan ialah Saudari Insyirah...................................... Loceng


pertama akan dibunyikan sekali pada minit ke 12. Dan loceng kedua akan dibunyikan
dua kali pada minit ke 15.
Setelah penjaga masa menekan loceng dua kali sebagai contoh
Pertandingan Bicara berirama Sekolah Menengah Daerah Kinta Utara tahun 2015
dimulakan dengan mempersilakan sekolah yang pertama
Selesai persembahan peserta pertama, dan mereka selamat turun pentas. Tunggu
isyarat ketua hakim sebelum menyambung pertandingan
Terima kasih diucapkan kepada sekolah pertama. Seterusnya majlis mempersilakan
sekolah kedua
Selesai persembahan peserta kedua, dan mereka selamat turun pentas. Tunggu isyarat
ketua hakim sebelum menyambung pertandingan
Terima kasih kepada sekolah kedua. Kini tiba giliran sekolah ketiga.
Selesai persembahan peserta ketiga, dan mereka selamat turun pentas. Tunggu
isyarat ketua hakim sebelum menyambung pertandingan
Terima kasih kepada sekolah ketiga. Seterusnya dijemput sekolah keempat
Selesai persembahan peserta keempat, dan mereka selamat turun pentas. Tunggu
isyarat ketua hakim sebelum menyambung pertandingan
Terima kasih sekolah keempat. Majlis akan berhenti rehat seketika. Acara
pertandingan akan disambung kembali pada jam 10.30 pagi.

Terima kasih peserta keempat. Kehangatan pertandingan semakin terasa. Seterusnya


dipersilakan sekolah kelima untuk melakukan persembahan.

Cue

Selesai persembahan peserta kelima, dan mereka selamat turun pentas. Tunggu
isyarat ketua hakim sebelum menyambung pertandingan
Terima kasih sekolah kelima. Kini dipersilakan sekolah keenam.

Cue

Selesai persembahan peserta keenam, dan mereka selamat turun pentas. Tunggu
isyarat ketua hakim sebelum menyambung pertandingan
Terima kasih peserta ke enam. Pertandingan bicara berirama bagi tahun 2015
diteruskan lagi dengan persembahan sekolah ketujuh. Dipersilakan

Cue
A
Cue

Selesai persembahan peserta ketujuh, dan mereka selamat turun pentas. Tunggu
isyarat ketua hakim sebelum menyambung pertandingan
Terima kasih sekolah ketujuh yang baru selesai membuat persembahan. Sedar tak
sedar 7 pasukan telah menunjukkan persembahan. Kini tibalah ke pasukan terakhir
iaitu sekolah kelapan. Dipersilakan.
Selesai persembahan peserta terakhir, dan mereka selamat turun pentas. Tunggu
isyarat ketua hakim sebelum menyambung pertandingan
Dengan berakhirnya pasukan kelapan membuat persembahan, maka berakhirlah sudah
pertandingan bicara berirama peringkat daerah kinta utara bagi tahun 2015. Keputusan
rasmi akan diumumkan sewaktu Majlis penutupan nanti. Oleh yang demikian, selamat
berjaya dan kita akan jumpa lagi di Majlis penutupan nanti. Sekian, wabillahitaufik
walhidayah wassalamualaikum w.b.t

You might also like