You are on page 1of 7

Terima kasih kepada Tuan / Puan Pengacara Majlis.

Yang Berusaha, Pn. Wong Mei Peng


Guru Besar SK Methodist (ACS)
Yang berbahagia, ..........................................
Yang Dipertua PIBG
Yang Dihormati
Hjh Kuntek Bt Ismali
Guru Penolong Kanan Akademik SK Methodist
Pn Noma Bt Amin
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SK Methodist
Hjh Zainab Bt Rashid
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Jawatan Kuasa Pengelola Majlis Motivasi
Kecemerlangan UPSR 2009
Jawatan Kuasa RIMUP Kelompok B
Guruguru
Ibubapa yang hadir
Para pelajar yang dikasihi dan seterusnya para hadirin
yang dihormati sekalian
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan
Selamat Sejahtera.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT


kerana dengan izin dan kurniaNya maka dapat kita
bersamasama pada hari ini dalam Majlis Motivasi
Kecemerlangan UPSR 2009.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih
kepada pihak sekolah di atas kesudian menjemput pihak
PPD Seremban ke Majlis pada pagi ini.
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk
menyampaikan salam takzim Tuan Pegawai Pelajaran
Daerah Seremban iaitu Tuan Hj Musa Bin Abdullah
kerana tidak dapat hadir, disebabkan pada masa yang
sama beliau perlu menghadiri satu majlis lain di
Putrajaya .
Tuantuan dan puanpuan yang saya muliakan,
Pada pagi ini kita akan meraikan satu majlis formal yang
sangat bermakna serta amat digalakkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Majlis Motivasi
Kecemerlangan UPSR 2009. Pengisian utama majlis ini
adalah untuk memberi rangsangan serta galakan
kepada
muridmurid
yang
bakal
menduduki
peperiksaan UPSR tahun 2009.

Tuantuan dan puanpuan yang saya muliakan,


Sebagai sebuah negara membangun, Malaysia
menghadapi cabaran dan tekanan besar dalam
mendepani persaingan abad ke-21. Persaingan
daripada negara-negara membangun yang lain
menuntut kita melakukan satu anjakan besar untuk
melangkah ke peringkat pembangunan seterusnya dan
mencapai Wawasan 2020.

Walau bagaimanapun, cita-cita negara tidak akan


tercapai hanya dengan meningkatkan infrastruktur atau
menambahkan bilangan sumber tenaga murah.
Sebaliknya, pencapaian matlamat ini memerlukan satu
peningkatan tahap produktiviti dan daya saing negara.
Anjakan ini juga memerlukan pembangunan modal
insan dari segi keupayaan dan intelek. Justeru itu, Misi
Nasional dan Rancangan Malaysia Kesembilan telah
menetapkan pembangunan modal insan berminda
kelas pertama sebagai salah satu daripada lima teras
utama ke arah mencapai Wawasan 2020.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati,


Aset yang paling berharga bagi sesebuah negara
adalah warganya. Modal insan inilah yang merupakan
aset yang boleh disuntik nilai tambahnya, ditingkatkan
nilai inteleknya serta diperkaya modal budayanya.
Pembangunan modal insan adalah penentu bagi
meningkatkan daya saing dan produktiviti negara.
Pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha
membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri
yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia,
berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi
keperluan negara maju 2020. Modal insan yang ingin
dihasilkan perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan
kreatif,
berkemahiran
menyelesaikan
masalah,
berkeupayaan
mencipta
peluang-peluang
baru,
mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk
berhadapan dengan persekitaran dunia global yang
sering berubah-ubah.
Usaha membangunkan modal insan perlu dibuat secara
holistik, melalui penekanan terhadap penguasaan ilmu
pengetahuan, modal intelektual , pembudayaan sikap
progresif, serta pengamalan nilai, etika dan moral yang
tinggi
Sesungguhnya, kejayaan agenda pembangunan modal
insan amat bergantung kepada kualiti sistem pendidikan
Negara. Sistem pendidikan negara kita tidak hanya
tertumpu
kepada
pembangunan
modal
insan

berpengetahuan dan berkemahiran semata-mata.


Sistem pendidikan negara kita juga berupaya
membangunkan modal insan yang bersifat menyeluruh,
progresif, bermoral dan beretika tinggi.
Secara umumnya, sistem pendidikan negara kita telah
terbukti mampu membangunkan masyarakat Malaysia
yang bersatu padu dan bertoleransi.

Hadirin yang saya muliakan,


Sesungguhnya, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia
mempunyai tanggungjawab yang amat besar dalam
memastikan generasi muda negara akan menjadi modal
insan yang berwibawa, berpengetahuan, berkemahiran
dan berketerampilan. Namun, tanggungjawab untuk
membentuk generasi muda adalah tanggungjawab kita
semua. Justeru, adalah menjadi harapan saya agar
semua pihak sama ada pihak sekolah, pihak ibubapa
mahupun pihak masyarakat setempat akan dapat
memberikan komitmen sepenuhnya bagi
menjana
modal insan kelas pertama demi membina negara yang
cemerlang, gemilang dan terbilang.

Hadirin yang saya muliakan,


Akhir kata, sekali lagi saya ingin merakamkan ucapan
tahniah kepada Jawatan Kuasa RIMUP Kelompok B, SK
Methodist sebagai tuan rumah bagi majlis pagi ini,
semua warga pendidikan yang terlibat secara langsung
dan tidak langsung serta semua muridmurid yang
terlibat dalam menjaya dan melaksanakan program
pada hari ini.
Tahniah kepada semua muridmurid cemerlang yang
terpilih ini dan saya mendoakan agar semua
muridmurid yang menyertai program ini telahpun
mendapat input dan pedoman yang berguna yang boleh
diamalkan untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam
peperiksaan UPSR tahun 2009.
Sekian, terima kasih.

TEKS UCAPAN
MAJLIS MOTIVASI KECEMERLANGAN UPSR 2009
SK METHODIST

You might also like