You are on page 1of 8

HIKAYAT ABDULLAH MUNSYI - KARYA KLASIK

1.0 Pengenalan
Hikayat Abdullah ini ditulis kerana permintaan seorang sahabat, iaitu orang putih, untuk
memaparkan pengalaman hidupnya sejak kecil dan hubungannya dengan beberapa tokoh
sejarah seperti Raffles, Farquhar, Sultan Husin Syah, Crawfurd, dan ramai lagi. Hikayat ini
merupakan kisah yang menceritakan perihal Munsyi Abdullah yang menjurus kepada aspekaspek kehidupannya.

Permulaan hikayat ini menceritakan kelahiran Abdullah yang

dimulakan tentang serba sedikit latar belakang ahli keluarganya, sejarah susur galur
keturunannya, kisah bapanya yang juga merupakan seorang pengarang suatu masa dahulu.
Dalam bahagian permulaan juga diceritakan tentang kisah kelahiran Munsyi Abdullah dan
diteruskan dari zaman sewaktu beliau masih bayi sehingga ke peringkat kanak-kanak.
Seterusnya, hikayat ini menceritakan tentang permulaan Abdullah Munsyi menuntut ilmu.
Pada peringkat ini diceritakan tentang beliau mula belajar menulis dan menuntut ilmu
daripada bapanya serta beberapa orang guru. Pelbagai pengalaman telah dilaluinya dalam
mendalami ilmu membaca, menulis dan mempelajari bahasa-bahasa lain dan perihal
hukuman yang dijalankan di tempat beliau menuntut ilmu.

Selain itu, bahagian ini

menceritakan kisahnya yang telah membantu seorang nakhoda menulis surat perjanjian
berhutang. Bermula dari perkara tersebut, Abdullah mula menunjukkan minat dalam bidang
penulisan walaupun masih banyak lagi perkara yang perlu dipelajarinya.
Hikayat ini diteruskan dengan bahagian permulaan Abdullah mengarang. Dalam bahagian
ini, beliau menulis perkara-perkara yang berlaku di sekelilingnya. Pelbagai cerita yang telah
tercatat pada bahagian ini. Antara cerita yang tercatat olehnya pada bahagian ini, iaitu kisah
orang-orang Inggeris yang diketuai oleh Farquhar yang ingin merobohkan kota Melaka.
Beliau telah menceritakan tentang kebaikan pemerintah Inggeris dalam bahagian ini,
Abdullah telah mempersoalkan masyarakat Melayu yang kurang mengambil berat tentang
pendidikan serta membandingkan golongan wanita pada waktu itu. Selain itu, bahagian ini
turut menceritakan tentang kisah Inggeris hendak menyerang Tanah Jawa, kisahnya yang
mula belajar bahasa Inggeris, perihal orang Melayu yang sezaman dengannya yang
dimomokkan dengan perkara tahyul, kisah Abdullah yang bersama paderi Thomson,
permulaannya sebagai seorang penterjemah dan permulaan pendidikan awal Inggeris serta
halangan-halangan yang dihadapi olehnya.
Bahagian hikayat ini turut menceritakan tentang perkahwinan Abdullah.

Permulaan

bahagian ini menceritakan tentang bantuan yang diberikan oleh paderi Milne kepadanya.
Dalam bahagian ini diteruskan dengan pembukaan pusat pengajian dan usahanya dalam

hubungan persahabatan Siam dengan Inggeris. 2. beliau mempersoalkan kelebihan dan kekurangan masyarakat yang hidup di kawasan tersebut.percetakan huruf-huruf.1 Pemikiran (Isi dan Mesej) Pemikiran dalam karya sastera bermaksud subjek yang dibawa oleh pengarang dalam menghasilkan sesuatu karya. Abdullah begitu kuat menentang adat dan kepercayaan usang terutama kepercayaan karutmarut dan bertentangan dengan Islam yang masih kuat dipegang masyarakat pada . Kelantan dan Terengganu. seorang ahli perniagaan Melayu dan diselang seli dengan kisah pemberontakan antara orang Melayu Melaka dengan orang Temenggung. Berikut merupakan antara pemikiran yang terdapat dalam Hikayat Abdullah Munsyi: i. Bahagian seterusnya menceritakan perihal Abdullah yang telah menjadi pengarang besar. Kisah tersebut diteruskan dengan pembunuhan Sayid Yassin. syair Singapura terbakar dan kisah orang Inggeris menyerang Naning. Bahagian ini turut menceritakan sedikit tentang lawatannya ke tanah suci dan detik-detik akhir riwayat hidupnya. Beliau beranggapan perkara itu karut dan sewajarnya tidak diikuti kerana kepercayaan itu akan menjadi halangan untuk kemajuan bangsa Melayu. Dalam bahagian ini menceritakan bagaimana beliau mengisahkan perjalanan hidupnya yang diselang seli dengan kisah yang berlaku semasa hayatnya. kisah pembentukan pemerintahan Singapura dan pengambilalihan kuasa oleh Inggeris. Bahagian terakhir dalam hikayat ini memperihalkan tentang Abdullah pada pandangan kita di zaman ini. Berdasarkan lawatannya ke Pahang. Abdullah turut menceritakan tentang pembukaan Raffles Institution. Dalam bahagian ini beliau menceritakan tentang kisah-kisah lawatannya. bahagian ini menjurus kepada pandangan Abdullah terhadap bangsanya sendiri dan usahanya dalam membangunkan ilmu bahasa Melayu bagi menjadi rujukan kepada masyarakat zaman ini. Bahagian berikutnya merupakan pandangan Abdullah terhadap masyarakat pada zamannya yang hidup dalam keadaan kucar kacir dan mempersoalkan ketidakadilan pembesar dan raja pada waktu itu.0 Ciri-ciri Karya Agung dalam Hikayat Abdullah 2. Selain itu. Bermula daripada idea dan pengalaman yang dimantapkan bersama-sama dengan imaginasi dan kreativiti untuk dijelmakan menjadi persoalan dan tema sesebuah karya. Pandangan terhadap pemikiran terhadap kepercayaan orang Melayu Abdullah Munsyi tidak bersetuju dengan kepercayaan orang Melayu yang terlalu percaya kepada perkara yang tahyul. kisah mengenai kongsi gelap. Bahagian ini turut menceritakan tentang pengambilalihan Melaka dari pihak Inggeris kepada Belanda.

“…. 2007:97) ii. ia membincangkan hal-hal berkaitan budi dan akal manusia.” (Hikayat Abdullah. baik . Dalam bahasa Inggeris. “Adapun ilmu dan kepandaian itu menjadi tangga kepada pangkat kekayaan.kedua sukacita oleh sebab mendengar khabar dan budi bahasa Tuan Milne terlalu baik. iaitu. Budaya peribahasa ini menujukkan bahawa masyarakat Melayu dahulu sangat mementingkan kesantunan semasa bertutur.…” (Hikayat Abdullah. Ini dapat dilihat penentangannya terhadap adat menjual anak seperti yang dinyatakan dalamHikayat Abdullah. pendidikannya sedari kecil sangat menitik beratkan hal-hal keagamaan dan keilmuan. 2007:15) ii. Berbudi pekerti Abdullah menyifatkan paderi Inggeris iaitu Tuan Milne sebagai seorang yang bersopansantun. terdapat juga petikan di dalam Hikayat Abdullah ini yang menerapkan unsur keislaman ini. budaya disebut sebagai culture. Secara amnya. Abdullah berpendapat punca kejumudan adat dan kepercayaan karut marut itu adalah kurangnya beriman seseorang terhadap Allah dan Rasul. Contohnya: “Kerana ada aku mendengar khabar di negeri Inggeris orang yang pandai-pandai dengan hikmatnya dapat ia mengetahui perkara-perkara yang demikian itu dengan mudahnya. terdapat banyak peribahasa yang digunakan masyarakat Melayu. i. yang berasal daripada perkataan Latin. Hal ini dapat dilihat berdasarkan petikan daripada karya tersebut. “Nasihat: Bahawa ini pun satu adat nenek moyang bodoh yang tiada ia mengetahui Allah Taala. Maka bahawasanya segala benda yang dijadikan Allah dalam dunia itu masing-masing adalah dengan harganya. Misalnya dalam karyaHikayat Abdullah hasil karangan Abdullah Abdul Kadir Munshi ini. dan kekayaan itu membawa kepada kebesaran. 2007: 19) 2.2 Nilai Budaya Budaya adalah daripada perkataan Sanskrit. iaitu dapat dinilaikan oleh manusia melainkan ilmu itulah sahaja yang tiada ternilai oleh manusia akan harganya. iaitu buddayah yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi yang bermaksdu budi pekerti atau akal. Peribahasa Dalam Hikayat Abdullah. Dalam pengertian yang luas pula bermaksud segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia. Pandangan dan pemikiran terhadap menuntut ilmu Selain itu. iaitu colore yang bermaksud menanam atau mengerjakan..” (Hikayat Abdullah. ia bertutur itu dengan hormatnya. adakah sebab dijualkan itu menjadi panjang umurnya dan jikalau dipelihara oleh ibu bapanya menjadi pendek umurnya atau mati? Maka sekali-kali jangan kita percaya yang demikian.zamannya.

sesal kemudian itu suatu pun tiada apa gunanya”. Seperti kata Melayu. Pandangan hidup mengenai kepercayaan karut Masyarakat pada zaman Hikayat Abdullah masih mempercayai kepercayaan karut dan diamalkan oleh penduduk sekelilingnya.” (Hikayat Abdullah. Mengapa anak bininya yang tiada tahu barang sesuatu dibunuh? Sekarang Tuan Sultan dan Temenggung serta segala tuan-tuan yang ada dalam majlis ini bolehlah mendengar. (Hikayat Abdullah. maka Tuan Raffles pun duduklah di atas tempat bicara itu.3 Pandangan Hidup Menurut pandangan sarjana Islam. Syed Naquib al-Attas (1972). tiada berhenti daripada penyakit sahaja. 2007:169) “Maka baharulah sekarag aku menyesal. iaiah: i.”(Hikayat Abdullah. baiklah dijualkan kepada orang yang ada beranak banyak. akan tetapi apakah gunanya. dialah patut dihukumkan. 2007:10 . “Tuan Sultan dan Temenggung. ada tersebut dala undang-undang aat hukum orang Inggeris. Perkara ini dapat dibuktikan melalui contoh teks tersebut: “Hatta maka dengan hal yang demikian. bagaimanakah adat dalam undang-undang orang Melayu. Maka tiang rumahnya dibalikkan ke atas.daripada barang-barang bahasa. dan bumbungan rumahnya ke bawah. Oleh itu. pandangan hidup dari perspektif Islam ialah pandangan tentang realiti atau hakikat yang terjelma dari mata hati manusia mengenai kewujudan seluruh alam. dan tanah bekas rumahnya itu pun dibuangkan ke laut adanya. Maka kalau barang siapa yang bersalah. 2007:178) 2. jikalau seorang rakyat menderhaka kepada rajanya dengan demekian ini?” maka jawab Sultan. jawapnya. (Hikayat Abdullah. bahawa barangkali ibu bapanya tiada serasi memeliharakan dia . Adat melayu Dalam Hikayat Abdullah juga terdapat contoh adat Melayu yang menunjukkan kepatuhan rakyat dalam mematuhi undang-undang dalam masyarakat Melayu itu sendiri. jangan dipecahkan”. orang itu dibunuh habis-habis dengan anak bininya dan kaum keluarganya. katanya. 2007:170) iii. dipercayai oleh masyarakat pada ketika itu. “Tuan. Antara pandangan hidup di dalam Hikayat Abdullah. orang itu yang menderhaka patut digantung. maka kata orang-orang sekalian. “itu hukum bukanya adil. kerana demikianlah diperbuat oleh orang tua-tua. Sebagai contoh. Seperti kata Melayu “tak boleh dibaiki. bayi yang baru dilahirkan sekiranya sering sakit maka bayi tersebut dikatakan tidak sesuai untuk dibela oleh ibu bapa kandung bayi tersebut dan haruslah diserahkan kepada keluarga yang mempunyai ramai anak untuk menjaga bayi tersebut. pandangan hidup mestilah bersumberkan Islam dari perspektif Islam ialah pandangan tentang akhirat. “jikalau demikian hal budak ini. “sesal dahulu pendapatan. aklau adat Melayu. atau bangsa adanya. “Maka setelah sudah berkampung.” Syahadan apabila didengar oleh Tuan Raffles akan perkataan Sultan itu.

” ( Hikayat Abdullah. Maka asalnya ia orang Kedah yang tau pada ilmu gajah dan berbagai-bagai ubatan. 2007:41) ii. ditampar. Pandangan hidup mengenai pentingnya pelajaran Pada zaman itu juga. Berikut merupakan contoh ilmu pendukunan dalam Hikayat Abdullah: “Syahadan. maka diisinya dengan kapas dalamnya. Maka beberapa banyak kena pukul dan tampar dan beberapa papan loh yang pecah-pecah dihempaskan oleh guruku di kepalaku. dalam Melaka datang seorang. Maka kelihatan rupanya seperti binatang hidup sungguh adanya.” (Hikayat Abdullah. Hal ini boleh dilihat dalam contoh teks tersebut: “Maka pada tiap-tiap pagi aku pergi mengaji ke tempat belajar. 2007:14) 2. iaitu datang dari Terengganu. kerana ada beberapa banyak jin syaitan dalam kota itu. dan beberapa kali ditangisi oleh bondaku akan daku sebab banyak kena pukul itu. 2007:204 ) . Perkara ini menunjukkan masyarakat pada zaman itu mementingkan pelajaran sampai ke tahap begitu. Ilmu dan maklumat yang ingin dikaji berdasarkan Hikayat Abdullah antaranya ialah: i. firasat adalah pengetahuan mengenai tanda-tanda pada muka (badan dan lain-lain) untuk mengetahui kelakuan atau nasib orang. Ilmu sains Contoh ilmu sains dalam Hikayat Abdullah: “maka lain pula ada beberapa ribu jenis binatang-binatang yang telah di buang isinya dan tulangnya. bernama Pawang Gajah. 2007:47) iii. Sepanjang tempoh menuntu ilmu itu. dan beberapa rotan pecahpecah ditubuhku.(2011) nilai diistilahkan sebagai ‘al-qimah’ dalam bahasa Arab yang merujuk kepada harga yang ditetapkan pada seseuatu. Berikut merupakan contoh-contoh ilmu firasat yang terdapat dalam Hikayat Abdullah: “Jikalau diusiknya sahaja kota ini. dirotan dan berbagai cara lain supaya cepat faham akan ilmu yang dipelajari.” (Hikayat Abdullah. maka adalah pada masa itu.ii.” (Hikayat Abdullah. badan pencerita itu sering kali dipukul.4 Nilai Ilmu Menurut Mohd Rashid Md Idris et al. Ilmu Firasat Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (2010:412). dan malam-malam diajar oleh bapaku di rumah. Ilmu Pendukunan Dukun membawa maksud orang yang mengubat orang sakit atau memberi ubat cara kampung atau tradisional dengan membaca jampi serapah dan sebagainya. pelajaran amat dipentingkan oleh semua orang sehinggakan diceritakan dalam Hikayat Abdullah. Nilai membolehkan manusia membezakan antara yang baik atau buruk dan betul atau salah. untuk menimba ilmu pada pagi dihantar ke sekolah dan pada malam hari pula akan diajar oleh bapa pula. nescaya banyaklah orang mati.

“Baiklah. Ilmu bahasa Ilmu bahasa (linguistik) adalah ilmu tentang bahasa atau ilmu yang menjadikan bahasa sebagai objek kajiannya atau lebih tepat lagi telah ilmiah mengenai bahasa manusia. (Mohd. jauh berbeza daripada karya-karya sebelum beliau seperti Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah yang bertemakan kehidupan bangsawan dan digerakkan oleh unsur mitos dan legenda yang penuh dengan unsur kesaktian dan magis. arakian dan sebermula banyak ditemui dalam hikayat ini. 2014:96). sahaya boleh ajar. “Tuan. Abd. Kata pangkal ayatmaka. pengarang ada menggunakan tulisan Jawi dalam hikayat ini.1 i. syaaban. Aspek bahasa dan tulisan Pengarang menggunakan bahasa Melayu klasik dalam Hikayat Abdullah. Idris. Maka jawabnya. Ayatayat dalam hikayat ini adalah panjang dan kosa kata klasik sepertisahaya dan masyghul turut digunakan.iv. . Rohani.” (Hikayat Abdullah: 2007:97) 2. Rashid Md. Selain itu. Berikut merupakan contoh ilmu bahasa dalam Hikayat Abdullah: “Kemudian kataku. Teknik secara umumnya bermaksud kaedah mencipta sesuatu hasil seni (muzik. karang-mengarang). Kepengarangan Munsyi Abdullah dalam Hikayat Abdullah Karya berbentuk realistik Munsyi Abdullah merupakan Bapa Kesusasteraan Melayu Moden.5. Pengarang menulis hikayat ini berdasarkan pengalamannya sendiri. Rahman Napiah dan Seri Lanang Jaya Hj. arithmetic) dan kata pinjaman bahasa Arab (khatib. sahaya terlalu suka hendak belajar bahasa Inggeris”. Beliau masih terikat kepada bentuk bahasa Melayu lama yang terdapat dalam hikayat-hikayat lama. penulisan Hikayat Abdullah adalah berbentuk autobiografi dalam bentuk realistik. iaitu kehidupan sebagai manusia yang benar-benar berlaku dan dialaminya sendiri setelah kelahirannya. kata pinjaman bahasa Inggeris (electricity. Jadi. Bukan itu sahaja. kalakian. commission. 2. Karyanya itu juga memperkatakan kehidupan rakyat biasa secara realistik. sayid) juga turut dimuatkan ke dalam penulisannya. ii.5 Estetika dan Teknik Kepengarangan Estetik umumnya dikaitkan dengan persoalan keindahan yang menjadi unsur keindahan pembinaan karya sastera manakala kepengarangan merujuk kepada keterampilan. Karyanya dicipta dan dikarang sendiri atas permintaan seorang sahabatnya yang berbangsa Inggeris sehingga akhirnya turut dinikmati oleh masyarakat. kecerdikan dan kearifan seseorang pengarang itu dalam berkarya. akan tetapi ajar sama sahaya bahasa Melayu.

dengan menunduk-nundukkan kepalanya.. Walaupun perhubungan tersebut dikecam oleh masyarakat Melayu pada ketika itu. bahawa sekalinya hilanglah. pengarang turut mengagumi kebijaksanaan orang Inggeris dalam ilmu kira-kira dan kemajuan mereka dalam sains teknologi yang jauh meninggalkan orang Melayu. dan sebentar-sebentar orang bertikam.. antaranya ialah: i. 2.. Selain itu. Pengarang yakin pembelajaran bahasa Inggeris akan membawa manfaat kepadanya pada masa akan datang.. sehingga teranglah cuaca.” (Hikayat Abdullah. Skema perulangan – polisindeton “Maka sebentar-sebentar rumah terbakar. Pengarang juga menjalinkan hubungan yang sangat baik dan rapat dengan beberapa orang Inggeris. Pemikiran dan sikap keterbukaan terhadap orang Inggeris Dalam Hikayat Abdullah. beliau juga menyifatkan perlakuan orang Inggeris sangat bersopan-santun dalam pertuturan. Dapat disimpulkan bahawa pemikiran pengarang terhadap orang Inggeris adalah positif. Malah. 2007:161) iii.Maka pokok angin yang amat kencang serta dengan gelap-gelita itu pun seperti ribut yang besar akan turun. Retorik Retorik pemerian Contohnya: . Hubungan Abdullah dengan seorang paderi bernama Tuan Milne sangat baik. dan sebentar-sebentar pencuri siang-siang hari.6 Seni Bahasa Pelbagai gaya bahasa yang terdapat dalam Hikayat Abdullah. Budi bahasa orang Inggeris sangat tinggi dan pengarang berasa senang dengan cara dan gaya percakapan mereka.simile “Lalu bercakaplah Tuan Raffles pada masa itu dengan tersenyum-senyum simpul serta muka manis.” (Hikayat Abdullah. Di sini boleh dilihat kekuatan pemikiran pengarang tentang kepentingan berbanding orang-orang Melayu yang berfikiran sempit tentang orang Inggeris dan bahasanya.iii. 2007:156-157) ii. Manisnya seperti laut madu. a. pengarang menunjukkan sikap terbukaannya terhadap kehadiran orang Inggeris ke Melaka. Majaz perbandingan . namun beliau masih tetap mengajarkan bahasa Melayu kepada Tuan Milne dan diajari bahasa Inggeris oleh Tuan Milne.

khabar yang kudengar mengatakan Tengku Long sudah mengambil wang daripada Kolonel Farquhar.0 Kesimpulan Abdullah Munsyi menggunakan bentuk laporan dalam membina karya-karyanya. Seperti karya cereka. melaporkan apa saja yang terjadi pada dirinya. pada plot cerita.“Tuan Farquhar sudah lama bersahabat dengan Tengku Long. . iaitu lapan Sembilan bulan lamanya aku dalam negeri Singapura.” (Hikayat Abdullah: 2007:200) c. Ini tergambar pada persoalan atau tema yang dikemukakan. Retorik pemujukan Contohnya: “Boleh sahaya sumpah betul begitu”.Semasa dia di Melaka. Retorik penceritaan Contohnya: “Bermulalah adapun yang kukatakan lalaiku dan aku mengaku bodohku itu adalah demikian. maka pulanglah pula aku ke Melaka duduk tiga bulan. 2007:229) 3. latar cerita dan sudut pandangan. Bentuk penulisan kritikan juga terlihat dalam karyanya terutama kritik terhadap raja-raja Melayu. perwatakan. maka barulah aku balik ke Singapura. dapat dibuat kesimpulan bahawa Abdullah telah jauh meninggalkan bentuk penulisan sastera lama. “Tiada boleh membukakan barang satu rahsia kepada orang asing lain daripada muafakat ini. dan yang mana telah kudapati itu. yang dilihat dan dialami. dia bukanlah seperti wartawan kerana dia juga mengemukakan cadangan dan nasihat dalam karya-karyanya. Dia Walau bagaimanpun. maka segala pendapatanku yang di Singapura itu terhentiah. putera Sultan Mahmud. (Hikayat Abdullah:229) Maka jawabnya. Abdullah juga menggunakan dialog dalam penceritaan di samping diksi watak-watak bagi menyampaikan maksud atau persoalan yang dikemukakan. Diteliti karya-karya Abdullah Munsyi.” (Hikayat Abdullah. redala sahaya dibunuh”. 2007:154) b.(Hikayat Abdullah. Karyanya ini boleh dijadikan bahan rujukan dan bahan dokumentasi yang penting. Hanya gaya bahasa yang masih kekal seperti gaya bahasa sastera lama.