You are on page 1of 35

Maksud Pertubuhan Serantau

Pertubuhan serantau merupakan pertubuhan yang keanggotaannya terdiri


daripada Negara yang berjiran antara satu sama lain.
Pembentukan pertubuhan serantau adalah untuk kepentingan politik, ekonomi
dan sosial. Terdapat tiga pertubuhan serantau yang dibentuk iaitu Persatuan
Negara-Negara Asia Tenggara (ASA) yang ditubuhkan pada tahun 1961.
MAPHILINDO telah ditubuhkan pada tahun 1963 dan akhirnya ASEAN ditubuhkan
pada tahun 1967

Latar belakang dasar luar dan bentuk hubungan luar Malaysia

Malaysia mempunyai dasar luarnya yang tersendiri, iaitu berbaik-baik dengan


semua negara. Kepentingan dasar luar Malaysia merujuk pada matlamat yang
ingin dicapai oleh Malaysia iaitu menjamin keselamatan rakyat dan negara.
Matlamat dasar luar Malaysia juga untuk memelihara kepentingan nasional dan
mengekalkan kedaulatan negaraSelain itu menggalakkan pembangunan dan
kemajuan ekonomi serta mengekalkan keamanan sejagat melalui kerjasama
antarabangsaMalaysia juga ingin menjadi warga global yang bertanggungjawab
dan peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia
Malaysia melaksanakan dua bentuk hubungan luar dengan negaranegara lain, iaitu hubungan bilateral dan hubungan multilateral. Hubungan
bilateral merujuk pada hubungan secara terus dengan negara-negara tertentu.
Contohnya, Malaysia mengutamakan hubungan dengan negara-negara jiran
antaranya termasuklah Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam.Selain itu,
hubungan luar juga diadakan dengan negara Asia yang lain, Amerika latin,
Afrika, Asia Barat serta negara maju seperti Britain dan Amerika Syarikat.
Hubungan multilateral pula merujuk pada hubungan dalam bentuk
kumpulan dan pertubuhan seperti Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara atau
Association of South-East Asian Nations (ASEAN), Komanwel, Pertubuhan
Persidangan Islam atau Organisation of Islamic Conference (OIC), Pergerakan
Negara-Negara Berkecuali atau Non-Allingned Movement (NAM) dan sebagainya.
Pertubuhan serantau merupakan satu pertubuhan yang keanggotaannya terdiri
daripada negara-negara yang berjiran antara satu sama lain. Pembentukan
pertubuhan ini adalah untuk kepentingan politik , ekonomi atau sosial. Sejak
Malaysia mencapai kemerdekaan, terdapat tiga pertubuhan serantau yang telah
dibentuk dan disertainya, iaitu ASA pada tahun 1961, MAPHILINDO pada tahun
1963 dan ASEAN pada tahun 1967.

Matlamat dan kepentingan dasar luar Malaysia

Malaysia telah mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua Negara.

Antara kepentingannya ialah menjamin keselamatan rakyat dan Negara.

Seterusnya bagi memelihara kepentingan nasional.

Selain itu juga ianya bertujuan untuk mengekalkan kedaulatan Negara.

Dasar luar ini juga bermatlamat untuk menggalakkan pembangunan dan


kemajuan ekonomi.

Selain itu dasar ini juga penting untuk mengekalkan keamanan sejagat
melalui kerjasama antarabangsa.
Dasar luar ini mampu melahirkan warga global yang mempunyai sifat
bertanggungjawab dan peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia

Tahap perkembangan dasar luar Malaysia

Tahap Pertama

Dasar luar Malaysia tahap pertama berlaku semasa pentadbiran

Tunku Abdul Rahman dari tahun 1957 hingga 1970.

Pada tahap ini, dasar luar Malaysia lebih kepada dasar pro-Barat yang

Anti-komunis.

Pada waktu ini, Malaysia telah menjalankan dasar berbaik-baik

dengan negara jiran dan Komanwel

Faktor pertama yang membawa kepada pelaksanaan dasar luar tahap

pertama ialah ancaman komunis di negara-negara Asia Tenggara dan


di Malaysia oleh Parti Komunis Malaya.

Oleh itu, Malaysia memerlukan bantuan pertahanan dari negara-

negara Komanwel, terutamanya Britain, Australia dan New Zealand.

Pada tahun 1956, Malaysia telah menandatangani Perjanjian

Pertahanan Inggeris Tanah Melayu atau Anglo-Malayan Defence


Treaty (AMDA) untuk menyekat pengaruh komunis

Dalam perjanjian tersebut, Britain berjanji akan memberi bantuan

kepada Malaysia jika diserang oleh mana-mana negara

Faktor seterusnya ialah faktor sosial. Malaysia mengadakan dasar-

dasar berbaik dengan negara-negara jiran kerana timbul krisis dengan


negara-negara jiran selepasa Malaysia mencapai kemerdekaan

Contohnya konfrontasi dengan Indonesia dari tahun 1963 hingga

1965

Pada masa yang sama juga, telah terputus hubungan diplomatik

dengan Filipina dan Singapura telah keluar daripada Malaysia pada


tahun 1965

Justeru, Malaysia telah mengambil langkah memelihara hubungan

dengan negara jiran melalui beberapa perjanjian untuk menubuhkan


Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961
bersama Thailand dan Filipina.

Selain itu, MAPHILINDO turut ditubuhkan pada tahun 1963 bersama

dengan Indonesia dan Filipina.

Pertubuhan ASEAN pula ditubuhkan pada 1967 bersama Thailand,

Indonesia, Filipina dan Singapura

Dari segi ekonomi pula, Malaysia masih bergantung kepada Britain

dalam menjaga kepentingan ekonominya.

Malaysia juga merupakan negara anggota blok sterling yang


menjalankan perdagangan dalam nilai matawang paun sterling.

Di samping itu, Malaysia masih lagi memberi tumpuan kepada dua hasil
utamanya, iaitu bijih timah dan getah dengan mengharapkan
sepenuhnya permintaan daripada negara Barat termasuk Britain.

Selain itu, pelabur Britain masih menguasai peratus yang besar dalam

ekonomi Malaysia, terutamanya bidang perladangan dan


perindustrian

Bagi mengurangkan pergantungan kepada Britain dan mencari

pasaran baru, Malaysia mula membina rangkaian perdagangan


dengan negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Jepun, Singapura
dan Jerman Barat

Tahap kedua

Dasar luar Malaysia bermula semasa pentadbiran Tun Abdul Razak

(1972-1976) dan Tun Hussein Onn (1976-1981).

Pada tahap ini berlaku perubahan dasar luar Malaysia iaitu dasar

berbaik-baik dengan semua negara.

Perubahan ini berlaku kerana kurangnya perana yang dimainkan oleh

perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu (AMDA) dan kurangnya


pengaruh Britain di Timur.

Selain itu, perubahan juga diakibatkan oleh pergolakan politik yang

berlaku di Vietnam melibatkan dua kuasa besar, iaitu Amerika


Syarikat dan China

Untuk mencapai matlamat dasar luar Malaysia, beberapa usaha telah

dilakukan oleh Malaysia seperti pengisytiharan Zon Aman Bebas dan


Berkecuali atau Zone of Peace, Freedom and Neutrality (ZOPFAN)
bersama-sama anggota ASEAN.

Malaysia juga telah menjalin hubungan dengan negara-negara

berfahaman komunis seperti China, Jerman Timur, Korea Utara,


Vietnam dan Mongolia.

Seterusnya, pada tahun 1976, Malaysia mengadakan hubungan

diplomatik dengan Vietnam

Hasil daripada hubungan ini, Malaysia telah berjaya mengatasi masalah

pelarian Vietnam di Malaysia.

Hubungan diplomatik ini membuktikan kesungguhan Malaysia

menjalin hubungan dengan semua negara khusunya negara jiran.

Tahap ketiga

Dasar luar Malaysia berlaku semasa Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad

menjadi Perdana Menteri Malaysia (1981-2003)

Pada tahap ini, dasar-dasar luar tahap kedua dikekalkan

Namun tumpuan pada tahap ini diberikan kepada kepentingan ekonomi


yang berkaitan dengan isu-isu perdagangan, pelaburan dan pembangunan
terutamanya dalam kalangan negara-negara membangun.


Justeru, Malaysia mengadakan hubungan yang lebih erat dengan negaranegara ASEAN.

Sebagai contoh, dalam menyelesaikan krisis Vietnam dan Kampuchea


dalam mencapai matlamat dasar tersebut

Dalam masa yang sama, Malaysia turut memperkenalkan Dasar

Pandang ke Timur pada tahun 1982.

Pada masa yang sama ini, Jepun dan Korea Selatan telah dijadikan

model bagi membangunkan Malaysia.

Dasar ini bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia mengambil dan

menerimapakai nilai-nilai baik seperti semangat mencintai negara,


kesungguhan dalam pekerjaan dan etika pengurusan kerja yang baik.

Di samping itu, Malaysia telah mempertingkatkan hubungan dua hala

dengan negara-negara lain menerusi lawatan yang dilakukan oleh


Perdana Menteri , Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad ke negara Afrika,
Amerika Selatan, Carribean dan Pasifik Selatan

Setiap kali dalam siri lawatannya, misi perdagangan Malaysia akan

turut serta dan menandatangani perjanjian perdagangan dua hala


yang menguntungkan kedua-dua pihak.

Dato Seri Dr Mahathir Mohamad percaya bahawa Malaysia bukan sahaja

harus menjalin hubungan diplomatik dan perdagangan dengan


negara maju tetapi juga dengan negara-negara dunia Ketiga

Faktor-faktor yang mempengaruhi asas penggubalan dasar luar Malaysia.

Malaysia mengadakan hubungan dengan negara luar. Banyak faktor yang


menentukan dasar luar negara. Faktor-faktor tersebut ialah faktor sejarah,
ekonomi, politik, geografi dan demografi.

Faktor Sejarah

Dari segi sejarah, hubungan luar ini telah bermula sejak zaman Kesultanan
Melayu Melaka lagi seperti dengan China, Arab, dan juga negeri-negeri di
Kepulauan Melayu. Hubungan ini berbentuk hubungan perdagangan.

Hubungan Melayu serumpun di Kepulauan Melayu juga telah terjalin dengan


negara-negara yang pada hari ini dikenali sebagai Indonesia, Brunei, Singapura
dan MalaysiaSetelah mencapai kemerdekaan Malaysia menyertai pertubuhan
Komanwel dan meneruskan hubungan diplomatik dengan Britain dan negara
Komanwel lain seperti Australia dan New Zerland. Ini disebabkan pada masa itu
Malaysia sedang diancam oleh fahaman komunis yang disebarkan oleh Parti
Komunis Malaya (PKM). Ancaman komunis yang menggugat keselamatan
Malaysia telah mendorong Malaysia mengamalkan dasar pro barat dan anti
komunis. Pada masa yang sama Malaysia masih bergantung kepada barat kerana
Malaysia belum mempunyai keupayaan pertahanan sendiri.

Faktor ekonomi

Malaysia juga menjalin hubungan baik degan negara-negara lain untuk


memajukan ekonominya yang mengamalkan pasaran bebas.Sejak zaman
penjajahan lagi Malaysia merupakan pengeluar utama bijih timah dan getah.
Setelah mencapai kemerdekaan Malaysia masih mengharapkan pasaran dan
modal daripada negara Britain dan Amerika Syarikat. Oleh itu, Malaysia telah
mengambil langkah untuk menggalakkan pelaburan asing agar dapat
meningkatkan ekonomi negara di samping menyediakan peluang pekerjaan
kepada penduduk tempatan.Menjelang tahun 1980an, melalui Dasar Pandang ke
Timur, pelaburan asing dari negara di timur terutama Jepun dan Korea
digalakkan di samping menjalin hubungan baik dengan negara membangun dan
negara-negara Islam bagi meningkatkan pasaran barangan keluaran Malaysia di
samping mengadakan pelaburan di negara yang berkenaan.

Faktor Geografi

Malaysia mempunyai kedudukan yang strategik, mempunyai sempadan daratan


dengan kebanyakan negara serantau seperti Thailand, Indonesia dan
Brunei.Malaysia juga mempunyai sempadan lautan dengan Filipina, Indonesia
dan Singapura.Malaysia juga mempunyai perairan yang menjadi laluan utama
kapal-kapal perdagangan dunia. Contohnya Selat Melaka.Keselamatan Malaysia
mempengaruhi keselamatan serantau

Faktor Politik

Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi


berparlimen, Malaysia berhak menentukan hala tuju masa depannya sendiri
berdasarkan prinsip-prinsip keamanan sejagat.Dasar luar Malaysia amat
menekankan pemeliharaan kedaulatan negara-negara lain. Contohnya, dasar
Malaysia yang menyokong Palestin bagi mewujudkan keamanan di rantau Asia
Barat.Malaysia juga berpegang teguh pada prinsip-prinsip dan piagam PBB bagi
memelihara keamanan dunia.Malaysia tegas dengan pendiriannya menyokong
semua resolusi yang telah diambil oleh PBB bagi mencapai dan mengekalkan
keamanan dunia.

Faktor Demografi

Malaysia mempunyai rakyat yang majoriti beragama Islam. Oleh itu, Malaysia
menjalin hubungan diplomatik dengan Negara-negara Islam seperti Arab
Saudi.Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan Negara Israel
kerana menceroboh dan menindas rakyat Palestin.Malaysia sebuah Negara
pelbagai kaum dan agama mengamalkan kebebasan budaya hidup dan agama.
Oleh itu, Malaysia telah menentang keras Dasar Aparteid yang mengamalkan
perbezaan warna kulit di Afrika Selatan.Malaysia tidak mengadakan hubungan
diplomatik dengan Afrika Selatan sehinggalah dasar itu dihapuskan

Perkembangan hubungan Serantau Malaysia melalui :

(i)

ASA

(ii)

MAPHILINDO

(iii)

ASEAN

Sejak merdeka Malaysia telah menyertai tiga buah pertubuhan serantau iaitu
Persatuan Negara-negara Asia tenggara (ASA), Pertubuhan Malaysia, Filipina dan
Indonesia (MAPHILINDO) dan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).
Pembentukan pertubuhan ini adalah untuk kepentingan politik, ekonomi atau
sosial.

(i)

ASA

Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASA) telah ditubuhkan pada 31


Julai 1961, hasil daripada satu mesyuarat yang diadakan di Bangkok antara
Malaysia dengan Thailand dan Filipina. Setelah mencapai kemerdekaan, negara
kita dan juga negara-negara jiran serantau iaitu Thailand dan Filipina diancam
hebat oleh pengaruh Komunis. Di Malaysia, Parti Komunis Malaya (PKM)
menyebarkan pengaruh fahaman komunis di kalangan rakyat.. PKM .telah
menggunakan sempadan Malaysia-Thailand sebagai pengkalan gerakan gerila
mereka.Malaysia ingin mengadakan kerjasama dengan negara jiran agar dapat
membendung pengaruh dan gerakan PKM. Tunku Abdul Rahman telah
mencadangkan penubuhan ASA untuk melindungi negara-negara anggota
daripada ancaman tersebut dan menjalin kerjasama dalam bidang ekonomi dan
sosial.
Walaubagaimanapun, matlamat tersebut tidak banyak dicapai kerana
ketiadaan kerjasama yang erat. ASA dianggap sebagai pertubuhan anti Presiden
Soerkarno di Indonesia.Akhirnya pertelingkahan antara Malaysia dengan Filipina
tentang penubuhan persekutuan Malaysia telah membawa kepada pembubaran
ASA pada tahun 1963.

(ii)

MAPHILINDO

Pertelingkahan antara Malaysia dengan Filipina dan Indonesia timbul


disebabkan oleh cadangan pembentukan Malaysia. Presiden Soekarno
menganggap pembentukan Malaysia sebagai satu neokolonialisme atau
penjajahan bentuk baru. Filipina pula menuntut Sabah yang didakwanya masih
menjadi hak milik negara mereka.Bagi menyelesaikan pertelingkahan ini,
Malaysia telah mengambil langkah mengadakan rundingan dengan Filipina dan
Indonesia dan akhirnya membawa kepada penubuhan MAPHILINDO. Melalui
MAPHILINDO, bantuan PBB dipohon bagi mendapatkan pandangan rakyar
Sarawak dan Sabah tentang cadangan penubuhan persekutuan Malaysia. Pada
tahun 1963 Lawrence V. Michael More (wakil PBB) telah dihantar meninjau
pandangan rakyat Sarawak dan Sabah.Walaupun hasil tinjauan mendapati
majoriti rakyat kedua-dua negeri berkenaan bersetuju dan menyokong
pembentukan Malaysia, namun Indonesia dan Filipina kurang berpuas
hati.Persengketaan berterusan dan menyebabkan MAPHILINDO telah tidak
berperanan lagi.

(iii)

Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)

Walaupun ASA dan MAPHILINDO gagal, hasrat Malaysia untuk berbaik-baik dan
bekerjasama dengan negara-negara jiran tetap diteruskan. Akhirnya, Deklarasi
Bangkok telah termeterai pada 8 Ogos 1967 yang membawa kepada penubuhan
Persatuan Negara-negara Asia Tenggara atau lebih dikenali sebagai ASEAN.
Keanggotaan ASEAN pada ketika itu terdiri daripada lima buah negara iaitu
Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan SingapuraJumlah anggota bertambah
menjadi sepuluh kesemuanya apabila Vietnam, Myanmar, Brunei, Laos dan
Kampuchea menyertainya.Antara matlamat penubuhannya termasuklah
mengekalkan kestabilan politik di Rantau Asia Tenggara dan membantu antara
satu sama lain dalam bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan dan meningkatkan

taraf hidup penduduk melalui kerjasama dalam bidang pertanian, perdagangan


dan perindustrian.
Selain itu, negara-negara anggota ASEAN juga saling berkerjasama dalam bentuk
latihan dan penyelidikan serta mengadakan hubungan yang erat dengan
pertubuhan serantau dan antarabangsa.Kerjasama antara negara anggota
ASEAN semakin teguh hingga hari ini. Bagi memastikan perjalanannya yang
lancar, struktur pentadbiran ASEAN telah dibentuk dengan diketuai oleh Menteri
Luar ASEAN dan dibantu oleh Jawatankuasa Tetap Sosial dan Jawatankuasa Tetap
Ekonomi.
Antara kerjasama yang terjalin termasuklah mengistiharkan
ASEAN sebagai zon aman, bebas dan berkecuali pada tahun 1971, pengistiharan
Zon Bebas Senjata Nuklear pada tahun 1984 dan Zon Kawasan Perdagangan
Bebas ASEAN pada tahun 1992.

Usaha-usaha Malaysia dalam mewujudkan keamanan serantau.

Antara usaha Malaysia dalam mewujudkan keamanan serantau iaitu dalam


mesyuarat menteri-menteri ASEAN di Kuala Lumpur, mereka telah
mengisytiharkan negara-negara ASEAN sebagai zon aman, bebas dan berkecuali
(ZOPFAN).Malaysia juga tidak bersekongkol dengan mana-mana blok barat atau
blok timur bagi mengelakkan campur tangan kuasa besar.Malaysia dalam ASEAN
berusaha membantu Kampuchea menjatuhkan kerajaan Khmer Rouge dengan
mengadakan satu mesyuarat bagi membentuk kerajaan demokratik campuran
Kampuchea di bawah pimpinan Putera Norodom Sihanouk di Kuala Lumpur tahun
1982.Dalam mesyuarat tahun 1984, menteri-menteri luar ASEAN memutuskan
bahawa ASEAN ialah zon bebas senjata nuklear.Dengan ini tidak membenarkan
mana-mana kapal menggunakan perairan dan kemudahan pelabuhannya untuk
mengangkut bahan atau senjata nuklear.Selain itu, Malaysia memberi bantuan
kemanusiaan kepada pelarian Rohingya yang melarikan diri dari
Myanmar.Malaysia dan kerajaan Thailand bekerjasama dalam bidang pertahanan
iaitu persempadanan seperti di Rantau Panjang, dan Bukit Kayu Hitam.
Malaysia juga menjadi perantara gencatan senjata antara kerajaan Filipina
dengan MNLF.Malaysia dalam ASEAN Regional Forum telah memperjuangkan
penyelesaian politik di Kemboja di mana tentera Vietnam diberi tekanan agar
segera berundur dari Kemboja dan rakyatnya diberi peluang menentukan nasib
sendiri.Malaysia menjalin kerjasama dengan kerajaan Filipina menyelesaikan isu
pencerobohan di Lahad Datu oleh keturunan Kesultanan Sulu.Negara Malaysia
juga bekerjasama dengan Indonesia dalam menangani isu pengganas dengan
membenarkan Indonesia mengekstradisi rakyat Malaysia iaitu Nordin Mat Top
yang disyaki menjadi dalang dalam beberapa siri keganasan.Malaysia juga
memberi pengampunan kepada pendatang tanpa izin dari negara Indonesia,
Vietnam dan Myanmar yang memasuki Malaysia secara haram.Malaysia dapat
menyelesaikan isu tuntutan terhadap Pulau Batu Putih dengan kerajaan
Singapura dengan bijak.Malaysia tidak campur tangan dalam isu yang berlaku di
selatan Thailand selaras dengan dasar berkecuali yang diamalkan oleh negara.

Peranan dan sumbangan Malaysia dalam pertubuhan serantau sejak


menyertainya

Sumbangan tersebut adalah menjamin kestabilan politik serta menjalin


kerjasama dalam bidang ekonomi, sains dan sosial.Malaysia juga telah
mewujudkan pusat latihan dan penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi
contohnya pembinaan Pusat Serantau untuk sains dan matematik(RECSAM) di
pulau Pinang.Kita juga yelah menyelesaikan pertelingkahan tentang
pembentukan Malaysia dengan Filipina dan Indonesia.
Negara kita juga telah memberikan sumbangan terhadap masalah pencerobohan
Vietnam ke atas Kemboja dan berjaya meningkatkan ekonomi serta taraf hidup
penduduk.Malaysia juga bertukar-tukar pandangan melalui mesyauarat dan
persidangan yangdisertai. Kita juga menghadiri serta menyertai mesyuarat
CHOGM atau ketua-ketuakerajaan Komanwel .Sumbangan Malaysia juga
dengan menjadi tuan rumah mesyuaratCHOGM di Kuala Lumpur Negara kita juga
terlibat dalam pembentukan ZOPFAN melalui Deklarasi Kuala Lumpurpada bulan
November 1971. Kita juga akur dengan ketetapanDeklarasi Langkawi.
Sumbangan berikutnya adalah dengan menganjurkan sukan SEAdisamping
menyertai sukan tersebut. Kita telah membantu membentuk kerajaan
DemokratikCampuran Kampuchea dan dipersetujui oleh Vietnam.
Malaysia telah membina projek perindustrian contohnya projek baja urea di
Bintulu. Kita juga telah menyumbangkan idea terhadap penubuhan AFTA
diSidang Kemuncak ASEAN di Singapura. Tambahan pula kita talah
mengemukakan idea kerjasama ekonomi yang melibatkan China.idea ini
dikemukakan oleh Dato Seri Dr.Mahathir Mohammad dan dinamakan
EAEC.Negara kita turut menyubangkaan idea dalam pendidikan iaitu dengan
penubuhan Pertubuhan Menterri-menteri pelajaran ASEAN(SEAMEO). Penglibatan
Malaysia dalam bidang kebudayaan dibuktikan dengan mengadakan festival
kebudayaan dan kesenian dengan menubuhkan Tabung Kebudayaan
ASEAN..Malasia juga mengadakan pertukaran rancangan televisyen dan radio

Bagaimana Malaysia memainkan peranan dalam memacu perjuangan


pertubuhan ASEAN

Kita dapat menjalin hubungan baik dengan semua negara anggota serta
mengambil bahagian dalam sukan SEA.. Selain itu sentiasa mewujudkan
kerjasama dalam bidang politik ekonomi dan sosial Kita juga cuba menyekat
pengaruh menyekat pengaruh komunis.Bersedia menerima bantuan dari segi
politik.Bersedia menerima bantuan dari segi ekonomi .Bersedia menerima
bantuan dari segi social.Menyertai mesyuarat CHOGM / ketua-ketua kerajaan
Komanwel

Menjadi tuan rumah mesyuarat CHOGM .Akur dengan ketetapan deklarasi


Langkawi
Memberi bantuan teknikal dan pendidikan kepada negara-negara
anggota.Membantu menjaga keamanan seperti mana dilakuakan di
Kampuchea.Usaha-usaha yang dilakukan oleh Malaysia termasuklah
menubuhkan dan mengaktifkan ZOPFAN.

Keanggotaan Malaysia dalam pelbagai pertubuhan di Asia Tenggara telah


menjadi pemangkin kepada kejayaan negara Jelaskan kejayaan tersebut.

Keamanan negara terjamin


Kedaulatan negara terpelihara
Perkembangan ekonomi
Wujudnya pakatan ekonomi /EAEC/ ASEAN +3/ AFTA
Menjadi rantau bebas daripada ancaman senjata nuklear
Menjadi negara contoh dalam membanteras ancaman komunis
Menjalin hubungan bilateral / multilateral
Malaysia menjadi hab halal
Mewujudkan pasaran bebas
Berjaya membina Pusat Serantau Sains Matematik / RECSAM
Menubuhkan SITTDEC di Kuala Lumpur
Menganjurkan sukan SEA
Mana-mana munasabah

Kejayaan Malaysia dalam pertubuhan ASEAN

Penubuhan struktur pentabiran ASEAN

Mengadakan persidangan Menteri-menteri Luar ASEAN

Mengadakan mesyuarat Menteri-menteri Ekonomi ASEAN

Mengadakan sidang kemuncak ASEAN

Penubuhan Sekretariat Tetap ASEAN

Penubuhn Jawatankuasa Tetap Sosial dan Ekonomi

Mengisytiharkan negara-negara ASEAN zon aman, bebas dan berkecuali


(ZOPFAN)
-

Menjadikan ASEAN zon bebas senjata nuklear

Mengadakan mesyuarat bagi membentuk kerajaan Demokratik Campuran


Kampuchea
Membentuk kerjasama projek perindustrian seperti projek baja urea di
Bintulu Sarawak dan di Acheh Indonesia
-

Mewujudkan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)

Kerjasama dalam bidang pendidikan melui penubuhan Pertubuhan MenteriMenteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO)
Kerjasama dalam bidan kebudayaan dan kesenian melalui
penubuhanTabung Kebudayaan ASEAN
Pengganjuran Sukan SEA untuk merapatkan hubungan antara Negara
anggota
Mengadakan kerjasama dalam bidang pelncongan dengan mengadakan
Tahun Melawat ASEAN

Malaysia telah menyertai pertubuhan serantau secara aktif. Apakah peranan


yang dimainkan oleh Malaysia sehingga kini?

Malaysia menjadi Pusat Serantau Sains dan Matematik (RECSAM) yang dibina di
Pulau Pinang
Malaysia pernah menjadi tuan rumah sukan SEA yang diadakan untuk
merapatkan hubungan dalam kalangan negara anggota
Malaysia telah menganjurkan Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN di Kuala
Lumpur pada November 1971
Satu deklarasi bersama telah ditandatangani oleh semua negara anggota yang
dikenali sebagai Deklarasi Kuala Lumpur
Malaysia bersama-sama dengan negara anggota telah mengisytiharkan negaranegara ASEAN sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali atau dikenali sebagai
ZOPFAN
Tujuan penubuhan ZOPFAN adalah untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan
politik di rantau Asia Tenggara dan tidak bersekongkol dengan mana-mana blok
Barat
Malaysia bersama negara anggota yang lain berusaha menyelesaikan masalah
pencerobohan Vietnam ke atas Kampuchea pada tahun 1978

Dalam persidangan pada tahun 1982 di Kuala Lumpur, Malaysia bersama


anggota yang lain bersetuju dengan penubuhan Kerajaan Demokratik Campuran
Kampuchea
Pada tahun 1984, Menteri-menteri Luar ASEAN telah bersama-sama memutuskan
bahawa ASEAN ialah Zon Bebas Senjata Nuklear
Larangan penggunaan perairan dan pelabuhan rantau Asia Tenggara untuk
kapal-kapal mengangkut bahan atau senjata nuklear
Malaysia bersama anggota ASEAN yang lain bekerjasama dalam projek-projek
perindustrian seperti projek baja urea di Bintulu Sarawak dan Acheh
Malaysia mewujudkan kerjasama ekonomi ASEAN melalui Zon Kawasan
Perdagangan Bebas ASEAN atau ASEAN free Trade Area (AFTA)
Malaysia mengemukakan idea memperluaskan skop kerjasama ekonomi bagi
rantau sebelah sisi melibatkan China, Jepun dan Korea Selatan yang dikenali
sebagai EAEC
Mewujudkan kerjasama antara negara ASEAN dengan China,Jepun dan Korea
serta Amerika Syarikat
Bekerjasama dalam bidang pendidikan melalui Pertubuhan Menteri-menteri
Pelajaran ASEAN (SEAMEO)
Mengadakan festival kebudayaan dan kesenian dengan menubuhkan Tabung
Kebudayaan ASEAN
Malaysia bersama negara anggota yang lain membuat pertukaran rancangan
televisyen dan radio
Kerjasama dijalankan dengan mengadakan Tahun Melawat Malaysia pada tahun
1992
Bekerjasama dalam kempen Tahun Melawat ASEAN tahun 1992
Kerjasama Belia ASEAN
Mewujudkan kerjasama dalam bidang teknikal
Mewujudkan kerjasama dengan negara anggota untuk mengatasi masalah
ancaman komunis di Asia Tenggara
Menjalinkan kerjasama dalam bidang ekonomi, sains dan sosial
Malaysia turut bekerjasama memerangi masalah dadah di Asia Tenggara
Negara kita berjaya menamatkan konfrontasi Indonesia semasa pembentukan
Malaysia
Malaysia mengadakan rundingan dengan Filipina dan Indonesia bagi
menyelesaikan pertelingkahan mengenai pembentukan Malaysia
Malaysia dan Kerajaan Thailand bekerjasama dalam bidang pertahanan iaitu
persempadanan seperti di Rantau Panjang dan Bukit Kayu Hitam.
Malaysia juga menjadi perantara gencatan senjata antara kerajaan Filipina
dengan MNLF.

Malaysia menjalinkan kerjasama dengan kerajaan Filipina menyelesaikan isu


pencerobohan di Lahad Datu oleh Kesultanan Sulu.
Negara Malaysia juga bekerjasama dengan Indonesia dalam menangani isu
pengganas dengan membenarkan Indonesia mengekstradisi rakyat Malaysia,
iaitu Nordin Mat Top yang disyaki menjadi dalang dalam beberapa siri
keganasan.
Malaysia juga memberi pengampunan kepada pendatang tanpa izin dari negara
Indonesia, Vietnam dan Myanmar yang memasuki Malaysia secara haram.
Malaysia dapat menyelesaikan isu tuntutan terhadap Pulau Batu Putih dengan
kerajaan Singapura dengan bijak.
Malaysia tidak campur tangan dalam isu yang berlaku di selatan Thailand selaras
dengan dasar berkecuali yang diamalkan oleh negara.
Malaysia bersama dengan negara anggota yang lain berusaha menyelesaikan
masalah pelarian Vietnam
Berusaha bersama-sama dengan Negara anggota yang lain menyelesaikan isu
politik di Acheh
Malaysia telah menghantar tentera pengaman di Timur Leste dan Kemboja
Mengadakan Forum Serantau ASEAN bagi menyelesaikan konflik antara negara
anggota disebabkan perbezaan politik, persempadanan dan pembangunan
ekonomi
Malaysia menyatakan pendirian kurang senang dengan kewujudan pangkalan
tentera Amerika di Singapura
Malaysia berusaha menyelesaikan tuntutan bertindih Kepulauan Spratly di Laut
China Selatan yang melibatkan Republik China, Vietnam, Filipina, Brunei dan
Malaysia

Bagaimanakah konsep Zon Aman Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) membawa


kemajuan kepada negara kita?

Konsep ZOPFAN membawa kemajuan kepada Negara kita kerana beberapa


perkara iaitu;
Malaysia tidak membenarkan pembukaan pangkalan tentera asing.
Kita juga tidak bersekongkol dengan mana-mana blok Barat mahupun blok Timur.
Dalam erti kata lain, untuk mengelakkan campur tangan kuasa-kuasa besar
contohnya Amerika Syarikat dan Russia.
Malaysia juga menyertai Pergerakan Negara-negara berkecuali (NAM).
Malaysia menyokong Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) sebagai Zon Bebas
Senjata Nuklear dalam satu mesyuarat pada tahun1984 apabila Menteri-menteri

Luar Negara-negara ASEAN memutuskan ASEAN sebagai Zon Bebas Senjata


Nuklear .
Ini bermakna rantau ini tidak akan membenarkan mana-mana kapal
menggunakan perairan dan kemudahan pelabuhannya untuk mengangkut
bahan atau senjata nuklear.
Sokongan Malaysia terhadap dasar mewujudkan Asia Tenggara sebagai Zon
Bebas nuklear melalui ZOPFAN.
Malaysia juga menyuarakan bantahan tegas di forum-forum antarabangsa
mengenai isu penggunaan senjata nuklear.
Negara kita juga komited menganjurkan forum-forum antarabangsa yang
bertemakan keamanan sejagat.
Pusat latihan nenangani keganasan serantau juga ditubuhkan.
Ini bertujuan untuk menyelesaikan semua isu atau pertelingkahan melalui
rundingan.
Sebagai contoh, isu Selatan Filipina dan Selatan Thailand.
Selain itu, Malaysia mencadangkan agar negara-negara anggota ASEAN berbaikbaik dengan semua negara tanpa mengira ideology mahupun bangsa.

Pada pandangan anda, mengapakah Malaysia perlu terus mengamalkan dasar


berbaik-baik dengan negara jiran

F1

Mengekalkan keamanan negara

F2

Memastikan kemajuan ekonomi

F3

Meningkatkan pasaran barangan negara

F4

Mengekalkan hubungan diplomatik

F5

Mengawal perairan ASEAN daripada dicerobohi musuh

F6

Berlaku pertukaran teknologi /kepakaran

F7

Mewujudkan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi

F8

Mengelakkan pergeseran/perselisihan dengan negara

F9

Membuka peluang pekerjaan

F10

Membina semangat setia kawan

lain

F11

Mewujudkan perdagangan dua hala

F12

Membantu meningkatkan prasarana

F13

Dapat bertindak sebagai satu suara

F14

Akan ditakuti/disegani oleh kuasa luar lain

F15

Menjalin kerjasama dalam bidang perubatan/kesihatan

F16

Mengawal kedatangan pendatang asing

Pertubuhan serantau telah memberikan banyak faedah kepada negaraa-negara


anggotanya.

Antara faedah yang diperoleh Malaysia melalui hubungan serantau


ialah wujudnya kestabilan politik.
Hal ini demikian kerana melalui ASEAN hasil
daripada Deklarasi Kuala Lumpur Malaysia telah mencadangkan supaya negaranegara ASEAN diisytiharkan sebagai zon aman,bebas, dan berkecuali ( ZOPFAN ).
Dengan adanya perisyitharan tersebut rakyat Malaysia dapat hidup dalam
keadaan yang aman dan harmoni serta dapat menjamin kestabilan politik di
negara ini. Secara tidak langsung kedaulatan negara kita dapat dikekalkan.
Rantau yang aman,selamat,dan berkecuali akan dijamin jika negara kita menjalin
hubungan yang baik dengan negara serantau.
Sehubungan dengan itu,
negara kita tidak terlibat dalam kancah peperangan dengan negara lain atau
melibatkan diri dalam konflik negara lain. Hal ini secara tidak langsung telah
mengekalkan keamanan dan keharmonian di negara kita.Di samping itu juga
dalam memastikan negara kita bebas daripada ancaman senjata nuklear apabila
ASEAN mengisytiharkan rantau ini sebagai Zon Bebas Senjata Nuklear yang tidak
membenarkan mana-mana kapal menggunakan perairan rantau ini untuk
membawa senjata nuklear.
Di samping itu,hubungan baik yang dijalin dengan negara serantau telah
memudahkan kita untuk mendapatkan bantuan . Oleh hal yang demikian,
negara- negara di dunia hanya akan menghulurkan bantuan kepada negaranegara yang menjalin hubungan yang baik dengan mereka. Negara serantau
akan memberi bantuan dengan segera apabila negara kita memerlukan bantuan
kerana hubungan yang erat telah dijalinkan antara satu sama lain.Selain
itu,hubungan baik dan erat dengan negara serantau juga dapat meningkat dan
memakmurkan ekonomi negara. Hal ini kerana penubuhan AFTA iaitu zon bebas
cukai antara negara ASEAN mewujudkan pasaran yang berpotensi besar kepada
pengeksport Malaysia asalkan mereka meningkatkan piawaian produk dan
perkhidmatan.Penubuhan AFTA membolehkan barangan dari negara serantau
bersaing secara sihat . Dengan demikian rakyat Malaysia juga dapat membeli
barangan yang berkualiti dari negara ASEAN dapat membeli barang yang
berkualiti setelah AFTA ditubuhkan. Di samping itu zon kawasan perdagangan
bebas ASEAN juga memberi faedah dari segi perdagangan dan pasaran. Begitu
juga dengan Perundingan Ekonomi Asia Timur ( EAEC ) berdasarkan konsep dan
idea ASEAN + 3 melibatkan negara Cina, Jepun dan Korea Selatan yang

dikemukakan Malaysia telah meluaskan lagi kerjasama ekonomi bagi rantau Asia
dan Asia Tenggara.
Faedah lain yang turut dinikmati Malaysia ialah dari segi kerjasama projek
projek perindustrian seperti projek baja urea di Bintulu, Sarawak dan juga di
Acheh.Sementara itu dalam bidang sosial juga hasil daripada hubungan serantau
yang dijalinkan Malaysia maka wujudnya kerjasama kebudayaan dan
kesenianPenubuhan tabung kesenian ASEAN dan pertukaran rancangan
televisyen antara negara-negara ASEAN seperti rancangan Salam Muhibbah
RTM-RTB, dan RTM-RRI.
Malaysia juga mendapat faedah dari segi pelancongan dengan melancarkan
Tahun Melawat Malaysia buat kali pertama pada tahun 1992 dan akan diteruskan
pada tahun hadapan untuk kali keempat dalam usaha menarik lebih ramai
pelancong datang ke negara kita. Selain itu dengan adanya hubungan serantau
juga negara kita telah berjaya mengambil bahagian dalam kejohanan SUKAN SEA
dan pernah menjadi tuan rumah untuk kejohanan tersebut.Malah Malaysia juga
akan turut mengambil bahagian dalam kejohanan sukan SEA yang akan
diadakan di Myanmar pada tahun ini. Dengan adanya penglibatan tersebut
negara kita lebih dikenali dan berjaya menaikkan imej negara dengan meraih
kejayaan dalam sukan tersebut. Faedah seterusnya ialah dapat meningkatkan
taraf pendidikan di negara kita hasil daripada wujudnya kerjasama dalam bidang
pendidikan melalui Pertubuhan Menteri-menteri Pelajaran ASEAN ( SEAMEO ).
Hasil daripada kerjasama tersebut pembinaan Pusat Serantau untuk Sains dan
Matematik (RECSAM) telah diadakan di Pulau Pinang.

Sebagai warga global yang bertanggungjawab, bagaimanakah negara Malaysia


boleh menumbang kepada kesejahteraan serantau?

Sebagai warga global rakyat Malaysia perlu mengamalkan kehidupan bersatu


padu dan mencintai keamanan. Setiap kaum mesti saling memahami dan
bertolak ansur dalam menyelesaikan masalah.
Generasi muda Malaysia harus menghindari penyalah gunaan dadah dan
menghormati hak asasi manusia. Sebagai warga negara Malaysia yang hebat
mesti mematuhi undang-undang negara serta menolak gejala negetif.
Selain itu warganegara Malaysia juga mesti secara suka rela melibatkan diri
dalam misi kemanusiaan dan menghormati hak asasi manusia global. Nilai-nilai
kasih sayang mesti dipupuk oleh pemimpin bagi melahirkan generasi muda yang
cintakan keamanan.
Malaysia juga berusaha untuk menghindari pencerobohan kedaulatan negaranegara lain. Setiap wargenegara juga berpegang kepada prinsip keadilan,
sentiasa rasional dan menentang kezaliman.
Kita juga perlu menghormati kedaulatan negara-negara lain serta
mengutamakan rundingan jika menghadapi sebarang pemasalahan atau konflik

dua negara. Seboleh-bolehnya negara Malaysia perlu mengelakkan peperangan


dan sentiasa mengamalkan semangat setiakawan bersifat sejagat.

Cara negara kita Malaysia memanfaatkan keanggotaan dalam pertubuhan


serantau untuk kemajuan negara

Politik

1. Bertukar maklumat keselamatan


2. Mewujudkan hubungan politik yang erat / diplomatik
3. Tidak campur tangan dalam politik negara jiran
4. Mengutamakan rundingan jika ada masalah
5. Membantu negara jiran yang mengahadapi masalah
6. Mengadakan forum antara negara
7. Mewujudkan deklarasi bersama seperti Deklarasi Kuala

Lumpur

8. Merealisasikan Zon aman, bebas dan berkecuali (ZOPFAN)


9. Merealisasikan Zon Bebas Senjata Nuklear
10. Mewujudkan perpaduan antara negara
11. Berbaik-baik dengan negara jiran
12. Meningkatkan imej negara
13. Meningkatkan kepimpinan negara

Ekonomi

1. Mewujudkan pasaran yang luas


2. Mewujudkan kerjasama ekonomi serantau
3. Projek baja urea di Bintulu (Sarawak)
4. Zon Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN
5. Meluaskan kerjasama ekonomi melibatkan China, Jepun
Korea Selatan
6. Meningkatkan kerjasama ekonomi ASEAN
7. Menghapuskan sekatan dagangan

dan

8. Memajukan bidang industri


9. Meningkatkan hasil keluaran negara-negara ASEAN
10. Meningkatkan ekonomi negara-negara serantau
11. Menghadiri perbincangan tentang kerjasama yang ingin
diwujudkan
12. Meningkatkan eksport negara
13. Memajukan sektor perkilangan
14. Memajukan sektor pertanian
15. Mempelbagaikan hasil keluaran negara
16. Memajukan sektor perdagangan
17. Memajukan sektor perkapalan
18. Mewujudkan pelabuhan antarabangsa

Sosial

1. Kerjasama dalam bidang pendidikan


2. Kerjasama dalam bidang kebudayaan
3. Mengadakan festival kebudayaan dan kesenian
4. Menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN
5. Mengadakan pertukaran rancangan televisyen dan radio
6. Mengadakan Sukan SEA
7. Mengadakan Tahun Melawat ASEAN
8. Menyertai Pertubuhan Menteri-menteri Pelajaran ASEAN
(SEAMEO)
9. Menubuhkan Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik
(RECSAM) di Pulau Pinang,
Malaysia
10. Meningkatkan kemudahan tempat pelancongan
11. Mengadakan pertukaran belia
12. Memajukan sistem perhubungan yang baik
13. Memajukan sistem telekomunikasi

Kejayaan negara Malaysia hasil daripada keanggotaan dalam pertubuhan


serantau

Aspek politk

Mewujudkan kestabilan politik

Meningkatkan imej negara

Mengukuhkan kewibawaan pemimpin negara

Mengeratkan hubungan dengan negara jiran

Menyelesaikan masalah antara negara melalui perundingan

Mengukuhkan keamanan dalam negara

Mewujudkan keharmonian dalam negara

Menjadi model pentadbiran yang mantap

Mendamaikan negara yang bersengketa

Menyelesaikan masalah sempadan negara

Mengelak campur tangan negara asing

Aspek ekonomi

Meluaskan pasaran keluar negara

Mengadakan kerjasama ekonomi

Mengadakan perjanjian perdagangan

Meningkatkan eksport negara

Memajukan ekonomi negara

Memajukan bidang perdagangan antarabangsa

Memajukan bidang pertanian

Peningkatan penggunaan teknologi moden

Taraf hidup rakyat meningkat

Mengadakan projek usahasama antara negara

Memajukan sektor perkilangan

Aspek sosial

Memajukan bidang pendidikan negara

Menjadi pusat pendidikan antarabangsa

Menjadi tuan rumah kejohanan sukan

Melahirkan ahli sukan berwibawa

Memajukan prasarana negara

Meningkat taraf hidup rakyat

Melahirkan golongan intelektual

Memajukan sektor pelancongan

Memajukan bidang telekomunikasi

Memajukan bidang ict

Melahirkan tenaga kerja mahir

Cadangan anda untuk memastikan negara kita terus bergiat aktif dalam
pertubuhan antarabangsa.

Bagi memastikan negara kita terus bergiat aktif dalam pertubuhan serantau
kita perlulah mempunyai pemimpin bersuara lantang diperingkat antarabangsa
Selain itu, negara kita perlulah terlibat dengan misi bantuan kemanusiaan ke
negara yang memerlukan.

Seterusnya negara kita perlulah menjadi pemimpin yang mengetuai


pertubuhan-pertubuhan antarabangsa agar idea yang dibawa mampu didengar
oleh masyarakat dunia.
Selain itu, Malaysia juga boleh menjadi tuan rumah bagi persidangan peringkat
antarabangsa
Tambahan pula, Malaysia juga perlu menjadi negara penganjur sukan di
peringkat antarabangsa
Negara kita juga hendaklah menyertai pameran bertaraf antarabangsa.
Malaysia juga boleh melibatkan diri dalam pertandingan -pertandingan
antarabangsa berkaitan R&D
Negara kita juga perlu sentiasa menghasilkan penyelidikan, buku dan novel
bertaraf antarabangsa.
Selain itu juga, Malaysia perlulah menjadi perantara atau orang tengah kepada
negara-negara yang sedang bergolak
Seterusnya Malaysia perlu menjadi pelopor hub halal dunia bagi memasuki
pasaran antarabangsa.

Malaysia terkenal dengan pelbagai idea bagi menjaga keamanan dan


kesejahteraan serantau. Cadangan anda untuk mengekalkan keamanan
serantau?

Menjalin hubungan diplomatik dengan negara luar


Tidak menganggotai pakatan tentera
Berpegang pada piagam PBB
Bekerjasama dalam semua bidang/politik/ekonomi /sosial
Menghormati prinsip negara luar
Mewujudkan semangat patriotisme di Malaysia
Memupuk perpaduan antara kaum
Mengelakkan perdebatan isu-isu sensitif
Memilih pemimpin yang berwibawa
Memberi penekanan terhadap nilai keagamaan/moral
Mengamalkan prinsip Rukun Negara
Menganjurkan bulan keamanan
Mengamalkan konsep Satu Malaysia
Mengamalkan semangat kekitaan/ muhibbah

Menganjurkan program RIMUP

Cabaran/masalah yang dihadapi oleh pertubuhan serantau

Tekanan daripada negara maju seperti penubuhan EAEC terutamanya AS

Perkongsian kepakaran yang terhad. Misalnya kepakaran dalam bidang


pertanian di Thailand lebih tinggi berbanding negara kita.
-

Masih bergantung kepada negara maju untuk memasarkan barang siap.

Sukar memasuki pasaran negara maju.

Tidak semua negara ASEAN bersepakat dalam perlaksanan sesuatu isu


seperti pelaksanaan AFTA, masih terdapat negara yang mementingan
pengeluaran barangan negara mereka.
Tidak sensitif dengan negara-negara anggota seperti Singapura menjalin
hubungan diplomatik dengan Israel
Kedudukan yang strategik untuk penyeludupan dadah/perdagangn
manusia.
Keadaan politik negara anggota yang tidak stabil. Contoh selatan Thailand
/ Selatan Filipina/Mymar/ Kemboja
-

Ancaman lanun diperairan rantau Asia Tenggara.

Pencerobohan sempadan negara lain/ ruang udara.

Langkah-langkah yang boleh diambil oleh pertubuhan serantau.

Mencari jalan lain dengan menubuhkan ASEAN + 3

Bertukar-tukar kepakaran di kalangan negara anggota.

Meluaskan pasaran ke negara ASEAN dan negara Dunia Ketiga

Mengesakan negara maju mengenakan syarat perdagangan yang adil

Kerap mengadakan rundingan dan bertolak ansur dalam melaksanakan


sesuatu dasar
-

Menghormati keputusan yang diambil oleh pertubuhan serantau

Memperkuatkan kawalan sempadan/ memperketatkan undang-undang


kepada penceroboh
-

Kerjasama di kalangan pemimpin negara anggota untuk member ideal

Kerjasama negara anggota untuk mengawal perairan

Isu yang diperjuangkan oleh Malaysia melalui pertubuhan


penyelesaiannyat

serantau dan cara

Terdapat banyak isu yang timbul diperingkat ASEAN sejak akhir-akhir ini.
Antaranya isu kebanjiran pendatang tanpa izin ( PATI ) ke negara kita dan juga
negara negara anggota ASEAN yang lain. Selain itu isu pencemaran alam
seperti pembakaran secara terbuka yang berlaku hampir setiap tahun di
Indonesia. Isu LYNAS iaitu pembinaan logi pembuangan sisa-sisa toksik di
Malaysia baru-baru ini. Selain daripada itu isu pemberontakan. Contohnya,
pemberontakan yang berlaku di Lahad Datu, Sabah dan pemberontakan puak
Moro di Filipina. Di samping itu juga isu pelarian Rohinya yang masih belum ada
jalan penyelesaian. Isu-isu yang lain seperti penyeludupan
dadah,pemerdagangan manusia, isu tenaga kerja, isu penyeludupan senjata api ,
isu pencerobohan perairan Malaysia dan sebagainya.

Langkah-langkah penyelesaiannya.
Isu-isu yang berlaku di peringkat ASEAN perlu ditangani segera demi kebaikan
bersama. Antara langkah-langkah penyelesaiannya ialah kekerapan mengadakan
persidangan atau mesyuarat menteri-menteri antara negara-negara anggota
ASEAN.Masalah negara ASEAN hari ini juga boleh diselesaikan jika setiap negara
anggota mengamalkan konsep kesederhanaan atau wassatiyah. Jika semua
negara anggota menggunakan kesederhanaan dalam tindak tanduk dan dasar
mereka, keamanan akan dapat digapai serta setiap negara akan mempunyai
masyarakat yang lebih adil dan saksama.ASEAN hendaklah juga menghormati
hak asasi setiap negara. Menghormati hak asasi setiap negara dapat
mengelakkan konfrantasi dan konflik dalam kalangan negara-negara
anggota.Langkah-langkah penyelesaian lain yang boleh dilakukan seperti
penguatkuasaan undang-undang, menguasai ilmu pengetahuan, mengeratkan
hubungan dagangan, menggalakkan daya saing yang sihat, melahirkan tenaga
kerja yang berkemahiran dan membentuk mutu pendidikan bertaraf dunia.

Langkah-langkah mengeratkan hubungan antara negara

serantau

- Berunding untuk menyelesaikan sebarang masalah


- Mengadakan kerjasama dalam bidang pendidikan
- Pertukaran pelajar
- Universiti berkembar
- Mengadakan latihan ketenteraan secara bersama
- Bersama-sama menyertai aktiviti sukan
- Mengadakan Tahun Melawat Asean
- Pertukaran budaya
- Kunjungan hormat antara pemimpin negara
- Bantuan kecemasan/ pasukan penyelamat
- Menjadi orang tengah/ perunding dalam penyelesaian sebarang
masalah
- Mengadakan kerjasama membenteras jenayah

7.

NILAI-NILAI MURNI / IKTIBAR

Contoh 1

Nyatakan nilai-nilai yang perlu ada pada seorang pemimpin bagi menjamin
kesejahteraan Malaysia pada masa depan

Sebagai seorang pemimpin kita perlu bijak mengambil peluang untuk kemajuan
negara.Selain itu pemimpin mestilah adil, saksama dan bertanggungjawab.Di
samping itu, pemimpin juga mesti sanggup berkorban dan berfikiran terbuka
untuk menerima pendapat. Pemimpin juga harus mempunyai semangat patriotic
dan berwawasanPemimpin juga mesti sanggup berkorban dan berfikiran terbuka
untuk menerima pendapat. Pemimpin juga harus mempunyai semangat patriotic
dan berwawasan

Contoh 2

Nyatakan nilai-nilai murni yang boleh diperolehi daripada


Malaysia dalam hubungan serantau

penglibatan

Di antara nilai-nilai murni yang diperoleh ialah menjaga keamanan negara dan
menghormati kedaulatan negara jiran .Kita hendaklah bersatupadu dan
berkerjasama dalam semua aspek ekonomi, politik dan sosial. Di samping itu,
kita juga haruslah bersifat toleransi dan mempunyai semangat kekitaan

Contoh 3

Sifat yang perlu diamalkan untuk keamanan serantau.

Di antara sifat yang perlu diamalkan ialah berani mempertahankan negara dan
menghormati kedaulatan negara serantau. Di samping itu, kita juga harus
menjalin hubungan komunikasi yang baik. Selain itu, kita mestilah bersikap
terbuka dan berpandangan jauh dalam menjalinkan hubungan serantau.

Contoh 4

Nilai / unsur patriotisme.

Berfikir secara rasional dalam menangani sesuatu isu.

Toleransi antara masyarakat

Bertanggungjawab untuk menjaga hubungan baik antara negara

Bekerjasama menjayakan program / dasar-dasar kerajaan

Bersatupadu antara masyarakat / pentingnya menjaga perpaduan

Bersikap terbuka menerima kepelbagaian etnik lain

Berbaik-baik dengan negara lain

Prihatin terhadap perkembangan dunia

Bantu membantu antara masyarakat dan negara yang ditimpa musibah

Jujur/ amanah dalam menjalankan tanggungjawab negara

Iktibar

Kita seharusnya menghormati dan memahami budaya negara lain

Tidak mencampuri urusan negara lain kerana menghormati kedaulatan


negara masing-masing

Menyelesaikan sebarang masalah secara mesyuwarah/rundingan

Berkongsi kepakaran dan teknologi antara negara

Kita perlu memperkukuhkan hubungan / pertubuhan serantau sedia ada

Menjadi tanggungjawab bersama dan bersungguh-sungguh mengekalkan


keamanan serantau

Kita sewajarnya mengekalkan keselamatan dan kestabilan politik negara


dan serantau

Berani menyatakan pendapat terhadap isu-isu negara dan serantau demi


kebaikan bersama

Kita perlu sentiasa membuat rundingan dan bertolak ansur dalam


menjayakan sesuatu dasar.

Kerjasama pemimpin serantau dan negara kita dalam menstabilkan politik


mampu menjadikan negara aman

Contoh 5

Sebagai warganegara ASEAN yang bertanggungjawab bagaimanakahanda boleh


menyumbang kepada keamanan serantau? (10 Markah)
F1

Hidup bersatu-padu

F2

Menghargai keamanan

F3

Saling memahami

F4

Bertolak ansur

F5

Menghormati hak asasi manusia

F6

Mematuhi undang-undang

F7

Memulihara sungai/laut/alam sekitar

F8

Mengelakkan pembakaran terbuka

F9

Menanam pokok/bunga/

F10

Menolak gejala negatif

F11

Melibatkan diri dalam misi kemanusiaan

F12

Menolak pendekatan perkauman

F13

Menghindari penyalahgunaan dadah

F14

Menamatkan perlumbaan senjata

F15

Mengharamkan senjata nuclear

F16

Mengelakkan peperangan

F17

Mengamalkan semangat setia kawan

F18

Menjalinkan hubungan baik dengan Negara lain

F19

Menentang kezaliman

F20

Menghormati kedaulatan negara lain

8. RUMUSAN

Contoh 1

Melalui tajuk ini,saya memperolehi pengetahuan tentang peranan dan


sumbangan Malaysia dalam pertubuhan serantau seperti ASA,MAPHILINDO dan
ASEAN. Contohnya, dalam menyelesaikan pertelingkahan antara MalaysiaFilipina dan Malaysia-Indonesia.Saya juga dapat mengetahui faedah yang
diperolehi oleh Malaysia melalui hubungan serantau..
Di samping itu,
iktibar kepada kita hendaklah saling membantu demi mencapai kejayaan yang
lebih gemilang.Contohnya dalam bidang ekonomi, sokongan negara-negara
serantau amat diperlukan.Selain itu, rakyat Malaysia hendaklah mengamalkan
sikap toleransi antara kaum demi mengekalkan keamanan negara seperti tidak
membicarakan isu-isu sensitif yang boleh menyebabkan perbalahan kaum.
Sehubungan dengan itu, negara Malaysia hendaklah menjaga dan mengekalkan
hubungan baik dengan negara serantau. Misalnya isu lagu Negaraku yang
menjadi perbalahan dengan Indonesia telah berjaya diselesaikan melalui
rundingan.Harapan untuk masa depan Malaysia agar terus memantapkan lagi
hubungan serantau dan juga antarabangsa sama ada melalui pertukaran
teknologi, budaya dan sukan.Sekiranya semangat ini berkekalan, maka harapan
Malaysia untuk merealisasikan hasrat kerajaan mencapai Wawasan 2020 akan
termakbul.

Contoh 2

Memperkaya ilmu berkaitan dasar luar


Memiliki semangat patriotisme/ cinta akan negara
Menanamkan jati diri
Memperoleh idea baru untuk meningkatkan kemajuan negara
Mempertahan kedaulatan negara
Kerjasama penting untuk mencapai kejayaan
Semangat meneroka dalam pelbagai bidang
Mengekalkan hubungan baik dengan negara-negara lain
Keamanan dunia bertambah baik
Berkongsi kepakaran dalam semua bidang
Malaysia menjadi negara maju / makmur
Taraf kehidupan rakyat meningkat
Pentadbiran negara mendapat pengiktirafan dunia
Mengukuhkan identiti negara dan bangsa Malaysia

Contoh 3

Pengetahuan
-

Pentingnya menjalin hubungan dengan negara-negara jiran.

Perlunya hubungan persahabatan antara negara demi kepentingan rakyat


dan negara.
Asean memberikan sumbangan besar kepada negara-negara rantau Asia
Tenggara
Asean berjaya mengekalkan kedudukan Asia Tenggara sebagai zon aman,
bebas dan berkecuali.
Penubuhan ZOPFAN mengekalkan keamanan dan kestabilan politik dirantau
Asia Tenggara.
-

Wujud kerjasama antara negara serantau dalam bidang ekonomi.

Mewujudkan AFTA ( kawasan perdagangan bebas ASEAN) bagi


menghapuskan sekatan dagangan.
-

Wujud kerjasama dalam bidang pendidikan

Kerjasama dalam bidangkebudayaan dan sosial

Sukan SEA dapat merapatkan hubungan antara negara serantau melalui


semangat kesukanan.
-

Mengamalkan dasar berbaik-baik dengan negara lain

Kerjasama dalam bidang pelancongan Tahun Melawat ASEAN 1992


Iktibar

Pentingya keamanan serantau

Pentingnya semangat kerjasama antara negara

Pentingnya perpaduan dan toleransi dalam kerjasama serantau

Pentingnya berfikiran kreatif untuk manfaat bersama

Menghormati undang-undang negara

Bijak memanfaat peluang untuk kemajuan dan kemanan

Memajukan ekonomi serantau

Memerlukan pemimpin berwibawa

jamin keamanan dan kemakmuran

Bersepakat dalam membuat keputusn

Menghormati negara lain


Harapan

Bersama-sama memelihara maruah negara

Politik negara menjadi semakin stabil

Taraf hidup rakyat semakin meningkat

Ekonomi negara semakin maju

Bidang pendidikan bertaraf dunia

Memelihara kemajuan yang telah dicapai dengan sebaiknya

Lahir pemimpin bertaraf dunia

Bersama-sama mengekalkan kedaulatan negara

Keamanan serantau dapat dikekalkan

Contoh 4

Pengetahuan yang diperoleh

Semua negara hendaklah mempunyai hubungan baik dengan negara luar.

Dasar luar negara hendaklah berasaskan kepentingan bersama bagi


mengelakkan perselisihan faham antara negara anggota.
Nilai jujur, telus, dan tolak ansur menjadi asas kepada hubungan antara
negara.
Hubungan baik antara negara akan memberi faedah bersama dan
bermanfaat
kepada pihak lain
-

Contohnya akan berlaku perkongsian ilmu, teknologi, kemahiran dan idea.

Iktibar kepada diri

Kita hendaklah mempunyai hubungan baik dengan orang lain dan

hubungan tersebut hendaklah berasaskan nilai kejujuran


Selain itu kita perlu menjadi lebih kompetitif, mempunyai sifat inovasi dan
daya saing yang bersifat global
Justeru kita perlu menjaga hubungan dengan baik sesama manusia supaya
akan mewujudkan suasana yang aman dan harmoni.

Iktibar kepada bangsa

Kita hendaklah sentiasa peka dengan perkembangan semasa.

Kita juga perlu menghormati bangsa lain walaupun berbeza agama,


budaya, bahasa bagi mengelak isu sensitif.
Selain itu kita juga hendaklan memupuk semangat kerjasama bagi
membentuk perpaduan antara kaum.
Selain itu, kita juga perlu melibatkan semua kaum dalam semua aktiviti
yang dijalankan bagi mengelakkan sikap prejudis dan diskriminasi.

Iktibar kepada negara

Negara Malaysia akan maju apabila menjalin hubungan baik dengan semua
negara.

Hal ini kerana kestabilan negara bergantung kepada hubungan baik dengan
negara lain .
Perkembangan pembangunan negara akan berlaku melalui kerjasama,
pertukaran dan perkongsian ilmu, kemahiran dan teknologi
Seorang pemimpin yang berwawasan akan menjamin kemakmuran dan
kemajuan negara.
Justeru hubungan erat pemimpin antara negara menjadi asas keamanan
serantau

Harapan untuk masa depan pertubuhan serantau lebih cemerlang

Semua negara hendaklah menghormati persetujuan yang telah dicapai


berkaitan sesuatu isu.
Selain itu, setiap pertubuhan perlulah merangka program yang melibatkan
kerjasama yang lebih dinamik
Hal ini penting bagi memastikan kelangsungan hubungan serantau yang
baik.
Diharapkan melalui pertubuhan yang cemerlang akan mendapat
pengiktirafan dan penghormatan daripada pertubuhan antarabangsa
Semua negara juga perlulah sentiasa mengadakan pertemuan dan
perbincangan secara berkala antara ketua negara bagi memastikan negara akan
terus bersaing dalam pelbagai bidang.

Contoh 5

Melalui tajuk ini,saya memperolehi pengetahuan tentang peranan dan


sumbangan Malaysia dalam pertubuhan serantau seperti ASA,MAPHILINDO dan
ASEAN. Contohnya, dalam menyelesaikan pertelingkahan antara MalaysiaFilipina dan Malaysia-Indonesia.Saya juga dapat mengetahui faedah yang
diperolehi oleh Malaysia melalui hubungan serantau..
Sejarah membuktikan pentingnya sesebuah negara menjalin hubungan dengan
negara-negara jiran.Kita juga dapati perlunya hubungan persahabatan antara
negara demi kepentingan rakyat dan negara.
Selain itu Asean juga memberikan sumbangan besar kepada negara-negara
rantau Asia Tenggara
Di samping itu, iktibar kepada saya kita hendaklah saling membantu demi
mencapai kejayaan yang lebih gemilang.Contohnya dalam bidang ekonomi,
sokongan negara-negara serantau amat diperlukan.

Selain itu, rakyat Malaysia hendaklah mengamalkan sikap toleransi antara kaum
demi mengekalkan keamanan negara seperti tidak membicarakan isu-isu
sensitif yang boleh menyebabkan perbalahan kaum.
Sehubungan dengan itu, negara Malaysia hendaklah menjaga dan mengekalkan
hubungan baik dengan negara serantau. Misalnya isu lagu Negaraku yang
menjadi perbalahan dengan Indonesia telah berjaya diselesaikan melalui
rundingan.
Harapan untuk masa depan Malaysia agar terus memantapkan lagi hubungan
serantau dan juga antarabangsa sama ada melalui pertukaran teknologi, budaya
dan sukan. Sekiranya semangat ini berkekalan, maka harapan Malaysia untuk
merealisasikan hasrat kerajaan mencapai Wawasan 2020 akan termakbul.

Contoh 6

Banyak pengetahuan yang diperolehi daripada daripada penyertaan Malaysia


dalam pertubuhan serantau. Antaranya Malaysia telah mengambil langkah yang
dinamis untuk bersaing dengan negara lain.
Negara juga mengamalkan dasar berbaik-baik dengan negara jiran dan
antarabangsa dalam menghadapi pelbagai ancaman luar. Selain itu Malaysia
juga mewujudkan hubungan diplomatik bagi menjamin keharmonian sejagat dan
meningkatkan ekonomi negara.
Iktibar pada diri ialah kita harus hidup bersatu padu dan memupuk
kerjasama serta bantu-membantu untuk kebaikan bersama. Kita juga harus
mempunyai sifat jati diri dan menyemai semangat cinta negara.
Iktibar pada bangsa pula ialah dapat melahirkan bangsa Malaysia yang
berdisiplin dan berdaya saing di peringkat global serta mengamal dan
menghayati nilai-nilai murni dalam semua aspek kehidupan.
Iktibar kepada negara pula ialah negara harus menjalin hubungan baik
dengan semua negara terutama negara berjiran dan sentiasa menyokong usaha
untuk memelihara keamanan.
Selain itu segala pertikaian harus diselesaikan secara diplomasi dan
mengamalkan sikap toleransi.
Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang setelah
menyertai dan bergiat aktif dalam pertubuhan serantau ialah menjadikan negara
maju setanding dengan negara lain. Negara juga diharap dapat mengekalkan
keamanan dan kesejahteraan sejagat. Selain itu, melalui hubungan dan
penyertaan Malaysia secara aktif dalam pertubuhan serantau memantapkan lagi
hasrat untuk mencapai Wawasan 2020.

You might also like