You are on page 1of 5

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

PEMULIHAN KHAS
Tarikh
Hari
Masa
Tahun/ Kelas
Jumlah Murid
Mata pelajaran
Nilai Murni
Kemahiran Bernilai Tambah

Kategori

:
:
:
:
:
:
:
:

9 April 2012
Isnin
60 minit (12.10 tengahari 1.10 petang )
Tahun 3 Anggerik
4 orang
Matematik
kesungguhan, kerjasama, ketekunan, kesabaran, bersyukur.
1.
KP : Kecerdasan Pelbagai (logik matematik,verbal-linguistik,visual-ruang,muzik)
2.
KB : Kemahiran Belajar (mendengar dengan aktif)
3.
KBKK (mengingat semula, membilang, memerhati, meneliti, berimaginasi,
konsentrasi)

Tahap Akademik : Sederhana

Nama Murid

1.
2.
3.
4.

Syamirul Fikry bin Adenan


Durgeshwaran a/l Rajendran
Nurul Azierah binti Roshidi
Muhammad Raziq bin Mokhtar

Kemahiran

9.0 Penolakan nombor dua digit dengan dua digit, dalam lingkungan 18, tanpa mengumpul semula.
9.1 Menulis ayat matematik.
iii. menulis ayat matematik dalam bentuk lazim.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat


1. Melengkapkan 4 daripada 5 soalan matematik, operasi tolak, nombor dua digit dengan nombor dua
digit, dalam lingkungan 18, tanpa mengumpul semula, dengan menggunakan bentuk lazim dengan
betul berdasarkan carta ajaib yang diberikan.
2. Melengkapkan 3 daripada 4 soalan matematik, operasi tolak, nombor dua digit dengan nombor dua
digit, dalam lingkungan 18, tanpa mengumpul semula, dengan menggunakan bentuk lazim dengan
betul berdasarkan Kisah Pengembaraan Si Bobo.
3. Melengkapkan 4 daripada 5 soalan matematik, operasi tolak, nombor dua digit dengan nombor dua
digit, dalam lingkungan 18, tanpa mengumpul semula, dengan menggunakan bentuk lazim dengan
betul berdasarkan lembaran kerja yang diberi.

Pengetahuan Sedia
Ada

Murid sudah menguasai kemahiran operasi menolak dalam lingkungan 18, antara nombor dua digit
dengan satu digit, tanpa mengumpul semula.
Murid boleh membuat pengiraan operasi tolak dengan menggunakan jari.

Bahan Bantu
Mengajar

Langkah P&P

Bahan Bantu Mengajar

1. Set Induksi

Paparan video 10 budak hitam


-Laptop, Pembesar suara, video 10 Budak Hitam.

2. Langkah 1

Aktiviti P&P : Carta Bunga Gergasi


-Pen marker, Kad manila berbentuk bunga gergasi, soalan
operasi tolak dalam bentuk lazim.
Aktiviti Pengukuhan : Kisah Pengembaraan Si Bobo.
- Kad Tetingkap (bergambar, soalan operasi tolak, kad huruf)
-Boneka lidi Si Bobo.

3. Langkah 2

Langkah
Set Induksi
( 5 minit )

4. Langkah 3

Lembaran Kerja : Lengkapkan Penolakan ( Bentuk Lazim)

5. Penutup

Nyanyian : Tolak Satu, Satu. (Melodi : Bila Rasa Gembira)

Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran


Paparan video 10 Budak Hitam :
A
1. Murid menonton video pendek tentang kisah 10 Budak
Hitam versi orang lidi.
2. Murid diminta menceritakan apa yang mereka faham
tentang video tersebut.
3. Guru mengaitkan permainan tersebut dengan isi
pelajaran hari ini :
Belajar menolak dalam lingkungan 18 dalam bentuk
lazim.

Catatan
BBM :
-Laptop, Video 10 Budak Hitam,
Pembesar Suara.
KBT :
-Kecerdasan Pelbagai (KP)
: visual-spatial
KBKK :
-mengamati perbezaan bilangan orang lidi
Nilai Murni :
-Ketekunan

Langkah 1
( 20 minit )

Carta Bunga Gergasi & Pen Marker Beracun:


1. Guru menunjukkan Carta Bunga Gergasi.
2. Guru menulis soalan penolakan dalam bentuk lazim.
3. Guru mengajar murid cara menolak dalam bentuk lazim :
Murid menolak nombor dalam rumah sa sebelah
paling kanan terlebih dahulu.
Kemudian, tolak pula nombor di rumaah puluh di

BBM :
-Carta Bunga Gergasi
-Pen Marker
-Laptop
-Pembesar Suara
KBKK :
-kemahiran menolak menggunakan jari

sebelah kiri
Murid perlu dipastikan menulis nombor (jawapan)
selari menegak dengan nombor (soalan.)
4. Murid diminta buat satu bulatan dan salah seorang
diberikan pen marker.
5. Apabila muzik dimainkan, murid pertama perlu memberi
pen marker kepada kawan sebelah tanpa henti.
6. Apabila muzik dimatikan, murid yang terakhir yang
memegang pen marker diminta ke hadapan untuk
menjawab soalan bentuk lazim yang guru sediakan.
7. Guru menyemak jawapan bersama murid.
Langkah 2
( 20 minit )

Kisah Pengembaraan Si Bobo :


1. Guru menceritakan kisah pengembaraan Si Bobo dalam
mencari harta karun.
2. Bagi mendapatkan klu dan petunjuk, Bobo perlu melalui
4 halangan untuk mendapatkan harta karun tersebut.
3. Bobo memerlukan bantuan rakan-rakan (murid-murid)
untuk membantunya menyelesaikan masalah tolak
dalam bentuk lazim bagi mengharungi setiap halangan
nya.
4. Setiap jawapan yang betul diberikan satu huruf petunjuk
sebagai kunci membuka peti harta karun yang dijejaki
Bobo.
Halangan 1 : menyeberang tasik buaya (huruf T)
Halangan 2 : merentasi hutan tebal (huruf O)
Halangan 3 : mendaki bukit berbatu (huruf L)
Halangan 4 : memanjat pokok gergasi (huruf A)
5. Murid perlu meneka huruf terakhir bagi melengkapkan

-memerhati, meneliti
KBT :
-Kecerdasan Pelbagai : Logik-Matematik
-Kemahiran Belajar : Latih tubi
Nilai Murni :
-Kesabaran

BBM :
-Boneka lidi Si Bobo
-Kad Tetingkap (Bergambar, soalan
bentuk lazim, kad huruf)
-Kotak Peti Harta Karun
KBKK :
-Berimaginasi
-membuat konsentrasi
KBT :
-Kecerdasan Pelbagai (KP) :
Logik-Matematik.
Nilai Murni :
-Kerjasama

perkataan TOLA_ untuk membuka peti harta karun.


Langkah 3
( 10 minit )

Latihan Lembaran Kerja :


1. Murid diberi helaian lembaran kerja.
2. Murid diminta menjawab soalan tersebut secara

BBM :
-Lembaran Kerja.

KBKK :
-Kemahiran mengingat semula.
individu.
Nilai Murni :
3. Guru membimbing murid yang masih memerlukan
-Ketekunan
bimbingan (jika ada) dan menyemak jawapan murid. KBT :-KP : Logik Matematik

Penutup

Nyanyian lagu Tolak Satu, Satu

( 5 minit )

9 tolak 1 tinggal 8, (tepuk tangan 2x)


8 tolak 1 tinggal 7, (tepuk tangan 2x)
7 tolak 1, tinggallah 6,
6tolak 1 tinggal 5(tepuk tangan 2x)
5 tolak 1 tinggal 4, (tepuk tangan 2x)
4 tolak 1 tinggal 3, (tepuk tangan 2x)
3 tolak 1 tinggallah 2,
2 tolak 1 tinggal 1, (tepuk tangan 2x)
1 tolak 1 tinggal 0, (tepuk tangan 2x, yeay !)

BBM :
-Lirik lagu Tolak Satu, Satu
(melodi : lagu Bila Rasa Gembira)
KBT : -KP :
-Logik Matematik
-Muzik

You might also like