You are on page 1of 2

Ucapan Majlis Restu Ilmu

Terima kasih pengerusi majlis,


Bismilah ..Wassalam tuwassalam waalaasyrafil ambiya iwalmursalin waala
alihiwasohbihi ajmain. Assalamualaikum wbt .. dan selamat sejahtera.

Yang Berbahagia dan dikasihi, Bonda, Pn Hasnah bt Md Isa, Guru Bear SK Lubok
Kelubi, guru-guru Penolong Kanan SK Lubok Kelubi dan guru-guru SK Lubok
Kelubi, rakan-rakan serta calon-calon UPSR sekalian.
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya pada tahun yang
cemerlang ini, kami calon UPSR SKLK berpeluang untuk menyambut Majlis Restu
Ilmu untuk memohon kemaafan dan mengharapkan guru-guru menghalalkan
segala ilmu yang di curahkan kepada kami. Ada antara kami yang berdebar
menanti saat peperiksaan, dan ada juga antara kami yang tersenyum menanti
saat peperiksaan dengan tenang. Entah mengapa hiba sangat hati ini
mengenang akan kesilapan yang dilakukan terhadap guru-guru kami. Kami
mengharapkan doa restu yang ada dalam lubuk hati guru-guru yang pernah dan
mendidik kami agar merestui ilmu dan perjalanan kami dalam menghadapi
peperiksaan UPSR pada minggu hadapan.
Kami juga berharap guru-guru sekalian memaafkan segala tingkah laku dan
kekasaran tutur kata kami, sepanjang kami menuntut ilmu. Mungkin selama ini
kami ada melawan kata, tidak menyiapkan tugasan yang diberi, dan sering
menyakiti hati guru-guru. Kami tahu, ada dalam kalangan guru-guru yang
tersinggung akan sikap kami yang menyakiti hati guru-guru. Sesungguhnya
dengan hanya doa dan restu guru-guru sajalah akan membantu kami untuk
berjuang di dalam dewan peperiksaan itu nanti.
Seterusnya, saya dan rakan-rakan, ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada guru-guru yang begitu gigih mengajar kami dengan usaha
yang berterusan, penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan dan
dedikasi dalam mendidik kami calon-calon UPSR umpama lilin membakar diri.
Terima kasih juga kepada guru-guru yang mengajar kami dari Prasekolah, tahun 1
hingga tahun 6 dan memberi sokongan kepada kami serta semua guru kerana
mengajar, mendidik dan menegur kami secara langsung atau tidak langsung.
Anak haruan berlima-lima,
Mati ditimpa panggur berdaun,
Budi guru kami terima,
Jadi azimat bertahun-tahun.
Akhir sekali, sekali lagi saya bagi wakil calon UPSR tahun 2016 merakamkan
setinggi-tinggi kesyukuran dan mengharapkan restu daripada semua guru agar
kami dapat menghadapi peperiksaan dengan tenang dan ditunjukkan kepada
kami jawapan yang tepat, Amin. Kami sedia menyahut cabaran untuk memberi
keputusan terbaik agar sekolah kita dapat berada pada tahap setanding sekolahsekolah terbaik. Semoga dengan keizinan Tuhan jua, guru-guru kami sentiasa
diberkati, sihat dan sejahtera dalam usaha mendidik kami, Amin.
Gunung pantai tinggi mengawan,
Nampak dari padang tamu,
Sampai di sini tinggallah tuan,
Bersama hajat mohon restu.

Sekian, assalamualaikum w.b.t

You might also like