You are on page 1of 25

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEPTEMBER / 2013

HDPS2103
KELUARGA DAN MASYARAKAT DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

NO. MATRIKULASI

:

930425105424001

NO. KAD PENGENALAN

:

930425-10-5424

NO. TELEFON

:

012-382-5330

E-MEL

:

cherylsw_93@yahoo.com.my

PUSAT PEMBELAJARAN :

PPT Shah Alam

Isi Kandungan

1.0

Pengenalan
Menurut Rahil dan Habibah (2002) (1), persekitaran merupakan segala
rangsangan yang mempengaruhi perkembangan individu. Berdasarkan teori
Robert Havighurst (2), faktor persekitaran boleh mempengaruhi perkembangan
seseorang kanak-kanak. Aspek persekitaran yang banyak berpengaruh ke atas
perkembangan kanak-kanak termasuklah elemen-elemen kemanusiaan seperti ibu
bapa, guru, rakan sebaya, ahli keluarga dan masyarakat atau elemen-elemen
bukan kemanusiaan seperti sekolah yang merupakan infratsuktur dalam
membekalkan peluang pendidikan kepada kanak-kanak (3).

1.1

Penglibatan Ibu Bapa
Persekitaran awal seseorang kanak-kanak di rumah mempunyai kesan jangka
panjang atas perkembangan kanak-kanak tersebut. Memandangkan ibu bapa
merupakan salah satu pihak terawal yang berinteraksi dengan kanak-kanak di
rumah, peranan ibu bapa dalam membentuk asas-asas perkembangan diri
seseorang anak amatlah penting (3). Malah dalam sistem Reggio Emilia (4), guru
menghormati ibu bapa sebagai guru pertama setiap kanak-kanak dan melibatkan
ibu bapa dalam setiap aspek pembelajaran kurikulum kanak-kanak.
Penglibatan ibu bapa dalam kehidupan persekolahan kanak-kanak merupakan cara
yang berkesan dalam menggalakkan kejayaan pendidikan kanak-kanak. Apabila
ibu bapa melibatkan diri secara aktif dalam program-program prasekolah kanakkanak, kanak-kanak mampu mencapai lebih banyak lagi dengan mencurahkan
usaha terbaik mereka. Laporan daripada Makmal Pembangunan Pendidikan Barat
Daya (2002) menunjukkan bahawa murid yang mempunyai penglibatan aktif ibu
bapa

berkemungkinan

mempunyai

kemahiran

sosial

yang

lebih

baik,

menunjukkan tingkah laku yang lebih baik, dan lebih berkemampuan dalam
menyesuaikan diri dengan sekolah berbanding dengan murid-murid yang lain (5).

1.2

Peranan Sekolah
Selain itu, sekolah yang merupakan ejen sosialisasi dan guru turut berpengaruh
penting dalam perkembangan kanak-kanak dari segi fizikal, intelek, sosial, emosi,
rohani dan jasmani (3). Guru dapat menggalakkan perkembangan kanak-kanak
dengan mengadakan aktiviti pembelajaran yang releven dengan domain
perkembangan kanak-kanak. Contohnya, guru menggalakkan pertumbuhan fizikal
kanak-kanak dengan mengadakan kelas jasmani.

1.3

Kerjasama antara Rumah dan Tadika
Rumah dan tadika merupakan tempat utama seseorang kanak-kanak belajar dan
menjalani kehidupan. Dalam menggalakkan perkembangan fizikal dan mental
kanak-kanak, keluarga dan tadika seharusnya saling bekerjasama antara satu sama
lain (6).
Seterusnya, Teori Epstein (10) menjelaskan kerjasama yang perlu wujud di antara
pihak sekolah, keluarga dan masyarakat. Antaranya, masyarakat berperanan dalam
membantu keluarga menguasai kemahiran keibubapaan. Misalnya, masyarakat
boleh memainkan peranan dalam mengadakan kempen keibubapaan bagi
pasangan yang bakal menjadi ibu bapa. Pihak sekolah perlu mengamalkan cara
berkomunikasi yang berkesan dan mengekalkan hubungan yang baik dengan
keluarga. Dengan ini, ibu bapa mampu mengetahui apa yang dipelajari oleh anakanak di sekolah dan mampu membimbing anak-anak di rumah dengan cara yang
sewajarnya.

Pengaruh rakan sebaya juga dianggap penting dalam perkembangan kanak-kanak,
khususnya dari segi sudut intelek, emosi, sahsiah dan sosial. Contohnya, kanakkanak yang bercampur gaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan
mempunyai

perkembangan

intelek

yang

optimum.

Kanak-kanak

yang

bersosialisasi dengan rakan sebaya yang beradab pula akan mempunyai
keperibadian yang terpuji. Hal ini disebabkan kanak-kanak mengutamakan
keperluan untuk diterima oleh rakan sebaya mereka.

Manakala, dalam Teori Psikososial Erik Erikson, beliau menggabungkan tiga
faktor yang mempengaruhi perkembangan individu, iaitu faktor kendiri, emosi
dan faktor sosial. Berdasarkan teorinya, manusia berpotensi mengalami
perkembangan psikologi yang sihat dan mampu mengatasi kerumitan yang selaras
dengan masa dan perkembangan tertentu. Menurut Erikson, perkembangan ego
berubah ketika manusia menimba pengalaman dan mendapatkan maklumat baru
dalam berinteraksi dengan orang lain. Beliau juga percaya bahawa keupayaan
memotivasi sikap dan perbuatan mampu menjadikan perkembangan menjadi
positif. ( examples )

2.0

Laporan Kerjasama di Tadika
Kajian tentang kerjasama yang wujud antara sekolah dan keluarga telah
dijalankan oleh penulis di salah satu cawangan Tadika Noble Kids. Cawangan
tersebut terletak di No.62, Jalan U16/89, Denai Alam, 40160, Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. Tadika Noble Kids di Denai Alam ditubuhkan pada tahun
2012. Terdapat 3 orang guru yang bekerja di tadika ini. Tadika ini mempunyai
enrolmen pelajar sebanyak 80 orang kanak-kanak.

2.1

Kurikulum Tadika

Kurikulum Tadika Noble Kids adalah direka khas untuk memberi keseimbangan
kepada kanak-kanak dengan pengajaran Islam, pengajaran subjek-subjek
akademik dan aktiviti pengayaan yang lain. Kurikulum ini sebenarnya disusun
berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan yang ditubuhkan oleh
Kementerian Pendidikan di Malaysia. Selain itu, Tadika Noble Kids telah
menambah Sistem Montessori dan pengajaran Islam ke dalam program yang
dijalankan untuk menambah nilai program. Program yang dikendalikan di Tadika
Noble Kids menggunakan alat multimedia sebagai alat pengajaran.
2.2

Bentuk Kerjasama antara Tadika dan Keluarga
Adalah jelas bahawa terdapatnya kerjasama antara sekolah dan keluarga di Tadika
Noble Kids. Bentuk kerjasama ini boleh dibahagikan kepada bentuk kerjasama
formal dan tidak formal.

2.2.1

Bentuk Kerjasama Semasa Aktiviti Tadika
(a) Hari Orientasi
Terutamanya dengan menjemput ibu bapa untuk menyertai hari orientasi kanakkanak, tadika memudahkan kanak-kanak menyesuaikan diri dengan baik.
Matlamat hari orientasi adalah untuk memberi taklimat kepada kanak-kanak
tentang segala kemudahan yang boleh didapati di tadika dan segala arahan yang
perlu dipatuhi semasa mereka berada di dalam tadika.
Dengan menyertai program orientasi, ibu bapa dapat mengalami dengan
sendirinya apa yang akan dialami oleh anak-anak mereka. Hal ini membolehkan
mereka untuk menasihatkan anak-anak tentang apa-apa arahan yang mereka mesti
patuhi semasa sesi tadika dijalankan. Dengan ini, ibu bapa dapat membiasakan
anak-anak dalam proses peralihan dari rumah ke tadika.

(b) Hari Perjumpaan Ibu Bapa dengan Guru
Di samping itu, perjumpaan antara ibu bapa dan guru diadakan setiap enam bulan
bagi memaklumkan ibu bapa tentang prestasi anak-anak dari segi pelbagai aspek
perkembangan
Dalam perjumpaan tersebut, pihak tadika berpeluang menerangkan kekuatan dan
kelemahan kanak-kanak, masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak dalam proses
pembelajaran serta masalah yang guru alami dalam mengajar kanak-kanak dan
keputusan penilaian kanak-kanak yang telah dilakukan terutamanya dalam
pencapaian akademik kanak-kanak melalui penilaian formatif dan sumatif yang
telah dilakukan kepada ibu bapa.
Dalam perjumpaan tersebut juga, ibu bapa akan dimaklumkan tentang
perkembangan anak-anak dalam domain fizikal, sosial, emosi, rohani dan
jasmani.
(c) Hari Konsert dan Hari Tema
Selain dari itu, pihak sekolah dapat menjemput ibu bapa untuk menghadiri
peristiwa kanak-kanak yang penuh bermakna di tadika. Misalnya, ibu bapa dapat
memberi sokongan dan dorongan kepada kanak-kanak ketika menghadiri konsert
kanak-kanak dan hari tema tadika di sekolah. Penglibatan ibu bapa ini dapat
meningkatkan tahap motivasi anak-anak di samping membolehkan ibu bapa
mengetahui kemampuan anak-anak dan perkembangan anak-anak dalam pelbagai
aspek.

2.2.2 Bentuk Kerjasama yang lain-lain
(a) Perbincangan Ibu Bapa dan Guru
Ketika ibu bapa datang menghantar atau mengambil kanak-kanak sebelum
/setelah sesi tadika bermula/tamat, guru digalakkan memberitahu ibu bapa
kemajuan istimewa yang dicapai oleh anak-anak yang berlaku dalam tempoh
tertentu atau apa-apa kejadian berlaku yang melibatkan kanak-kanak tertentu
untuk maklumat atau tindakan ibu bapa.
Ibu bapa juga digalakkan memberi maklum balas kepada guru tentang
perasaan atau pandangan anak-anak tentang aktiviti-aktiviti yang dianjurkan
oleh tadika dan apa-apa cadangan.
(b) Papan Kenyataan Hasil Kerja Kanak-kanak
Guru juga melampirkan hasil kerja kanak-kanak pada papan kenyataan di
tadika untuk membolehkan ibu bapa membuat komen kepada anak-anak
tentang hasil kerja tersebut. Selain itu, ibu bapa dapat mengetahui tahap
perkembangan anak-anak dan membuat perbandingan antara hasil kerja anakanak dengan hasil kerja rakan-rakan untuk memotivasi kanak-kanak supaya
terus berusaha. Ibu bapa juga digalakkan berbincang dengan guru tentang apaapa cadagan yang berkenaan.
(c) Membuat Panggilan Telefon dan Penggunaan Khidmat Pesanan Ringkas
Guru juga diagalakakn meraptkan cara berkomunikasi dengan ibu bapa
seperti membuat panggilan telefon atau menggunakan khidmat pesanan
ringkas dalam mengingati ibu bapa tentang hal-hal yang penting, seperti hal
ehwal tadika yang penting untuk tindakan atau maklum bakas ibu bapa.

(d) Aktiviti Social Lain-Lain
Terutama pada musim perayaan, segolongan ibu bapa kadangkala
menyediakan kuih-muih untuk jamuan dan membawanya untuk diagihkan
kepada guru-guru dan kanak-kanak.
Terdapat sesetengah ibu kanak-kanak yang menolong dalam menjahitkan baju
kanak-kanak untuk aktiviti persembahan kanak-kanak sempena peristiwa yang
istimewa seperti Hari Ibu dan Sambutan Maulidur Rasul.
2.3

Kesan-kesan Kerjasama antara Tadika dengan Keluarga

2.3.1 Faktor Mempengaruhi Perkembangan Kanak-kanak
Menurut Urie Bronfenbrenner dalam Teori Ekologi (1979, 1989) (8),
perkembangan kanak-kanak adalah dibentuk oleh pelbagai sistem dalam
persekitaran kanak-kanak dan hubungan antara sistem-sistem ini. Kanak-kanak
mempengaruhi persekitaran dan faktor persekitaran juga mempengaruhi kanakkanak tersebut (8). Misalnya, persekitaran di mana seseorang kanak-kanak
tinggal, bermain, belajar dan tidur boleh mempengaruhi cara dia berkelakuan (9).
Menurut Bronfenbrenner, persekitaran perkembangan seseorang individu terdiri
daripada beberapa sistem, iaitu mikrosistem, mesosistem, ekosistem, makrosistem
dan kronosistem. Sistem Mikro mempunyai suatu persekitaran yang terdekat di
mana kanak-kanak menghabiskan paling banyak masa dalam berinteraksi dan
berkomunikasi. Dalam sistem ini, kanak-kanak sering berinteraksi dengan ibu
bapa, adik-beradik, guru, rakan dan jiran. Sistem Meso pula membabitkan
perhubungan antara mikrosistem. Contohnya, suasana atau keadaan di rumah
boleh mempengaruhi cara kanak-kanak berkelakuan di sekolah (17). Penglibatan

guru dan ibu bapa bersama dalam pendidikan kanak-kanak akan menyebabkan
Sistem Meso berfungsi (8).
Sistem Exo pula mempengaruhi perkembangan kanak-kanak walaupun kanakkanak tidak terlibat dalam sistem ini secara langsung. Dalam situasi di mana ibu
bapa tidak dapat mengambil cuti daripada syarikat ketika mesyuarat Persatuan Ibu
Bapa dan Guru diadakan di sekolah, ibu bapa tidak dapat berinteraksi dengan
guru. Hal ini secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.
(8)
2.3.2 Impak Kerjasama yang Wujud
Pada keseluruhannya, bentuk kerjasama antara sekolah dan keluarga di Tadika
Noble Kids dilakukan dengan secara bersemuka. Guru melibatkan ibu bapa secara
aktif dalam aktiviti kanak-kanak yang berpengaruh atas perkembangan mereka.
Guru juga memastikan ibu bapa memainkan peranan dalam menjayakan aktiviti
persembahan kanak-kanak di sekolah.
Hasil daripada bentuk kerjasama antara keluarga dan sekolah di Tadika Noble
Kids, hubungan ibu bapa dan guru menjadi semakin rapat. Guru dapat memahami
permintaan ibu bapa terhadap kualiti penjagaan dan pendidikan yang diingini bagi
anak-anak mereka. Ibu bapa pula dapat membekalkan maklumat yang berguna
kepada guru tentang cara anak-anak dididik di rumah dan rekod perubatan anakanak. Selain itu, hubungan ibu bapa dengan anak-anak menjadi semakin akrab
disebabkan terdapatnya saluran komunikasi yang efektif antara rumah dan
sekolah. Anak-anak juga lebih menghargai usaha ibu bapa dalam meluangkan
masa bagi menyaksikan aktiviti persembahan anak-anak.
Kajian telah menunjukkan bahawa penglibatan ibu bapa dalam program
pendidikan awal kanak-kanak membantu kanak-kanak berjaya dalam tempoh
peralihan daripada tadika kepada sekolah rendah. Hal ini disebabkan kanak-kanak

dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekolah dengan adanya motivasi
daripada ibu bapa. Pelbagai program pendidikan awal kanak-kanak yang termasuk
penglibatan ibu bapa telah menunjukkan hasil yang positif lagi signifikan dalam
membantu transisi kanak-kanak ke tadika dan memastikan kanak-kanak berjaya
dalam peringkat sekolah rendah (Kreider, 2002; Marcon, 1999; Miedel and
Reynolds, 1999; Starkey and Klein, 2000) (11).
Kerjasama yang wujud di antara ibu bapa dan guru di Tadika Noble Kids juga
memudahkan interaksi mereka. Hal ini disebabkan hubungan ibu bapa dan guru
dapat terjalin melalui bentuk kerjasama yang dilakukan. Selain itu, penglibatan
ibu bapa di bilik darjah anak-anak membolehkan ibu bapa mengetahui bagaimana
sesi kelas di tadika dikendalikan oleh guru. Kajian (12) juga menunjukkan
bahawa penglibatan guru dan ibu bapa menyebabkan pencapaian kanak-kanak
yang lebih baik di sekolah. Kerjasama antara guru dan ibu bapa juga secara
langsung meningkatkan tingkah laku sosial dan interaksi kanak-kanak dengan
rakan sebaya (Fantuzzo et al.,1995; Izzo et al., 1999; Marcon, 1999; Reynolds,
1991).

3.0

Langkah-langkah untuk Mengurangkan Perasaan Tertekan Kanak-kanak
Langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh guru dan ibu bapa dalam
mengurangkan perasaan tertekan kanak-kanak di sekolah boleh dibahagikan
kepada bentuk kerjasama formal dan tidak formal.

3.1

Bentuk Kerjasama Anjuran Tadika

3.1.1 ‘Hari Ibu Bapa’
Salah satu jenis kerjasama antara sekolah dan keluarga yang boleh dijalankan
untuk mengurangkan perasaan tertekan kanak-kanak di sekolah adalah pihak
sekolah boleh mengadakan ‘Hari Ibu Bapa’ dengan lebih kerap di institusi tadika.
Tujuannya adalah untuk membolehkan ibu bapa memerhatikan dan memahami
kehidupan seharian kanak-kanak di tadika (13). Dengan ini, kanak-kanak dapat
mengetahui bahawa ibu bapa mereka mengambil berat tentang pendidikan
mereka. Hal ini mampu memudahkan perbualan seharian antara ibu bapa dan
kanak-kanak di samping merapatkan hubungan antara ibu bapa dan kanak-kanak.
Misalnya, ibu bapa boleh bertanya anak-anak tentang apa yang dipelajari oleh
anak-anak dan perkembangan kanak-kanak di tadika.
Ketika ‘Hari Ibu Bapa’ diadakan di tadika, ibu bapa dapat memerhatikan jenis
aktiviti yang dilakukan oleh kanak-kanak di tadika (13). Dengan adanya
kehadiran ibu bapa di tadika, kanak-kanak akan berasa lebih selesa dengan
persekitaran mereka dan tidak berasa seolah-olah berada di institusi akademik
yang rasmi. Persepsi kanak-kanak ini turut dapat mengurangkan rasa tertekan
kanak-kanak di tadika.
3.1.2 Galakan Penglibatan Ibu Bapa di Bilik Darjah oleh Guru

Guru boleh menggalakkan penglibatan ibu bapa di dalam bilik darjah anak-anak
pada peluang yang sesuai. Hal ini disebabkan ibu bapa merupakan faktor penting
dalam kejayaan sesebuah organisasi bilik darjah dan mempengaruhi penglibatan
anak-anak di dalam bilik darjah (6).
Misalnya, guru boleh menggalakkan ibu bapa menjadi sebahagian daripada
aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak di bilik darjah. Apabila ibu bapa sedang
memerhatikan setiap tingkah laku anak-anak, anak-anak akan lebih cenderung
untuk memberikan usaha mereka yang terbaik dalam segala-galanya yang mereka
lakukan bagi menarik perhatian ibu bapa.
3.1.3 Galakkan penglibatan murid-murid menyertai lawatan yang bermanfaat
Di samping itu, guru boleh berbincang dengan ibu bapa tentang kebaikan anakanak mereka menyertai lawatan sambil belajar. Lawatan sambil belajar ini mampu
memberi

kanak-kanak

pengalaman

pendidikan

yang

berbeza

daripada

persekitaran sekolah biasa mereka.
Penganjuran jenis lawatan ini membolehkan kanak-kanak melepaskan tekanan
dari kerja sekolah. Lev Vygotsky dalam teori perkembangannya (7) mempercayai
bahawa perkembangan kanak-kanak yang berlaku merupakan hasil interaksi
antara orang dan persekitaran sosial mereka. Vygotsky juga meletakkan
penekanan yang lebih terhadap sumbangan sosial dalam proses perkembangan
manusia.

.
3.2

Bentuk Kerjasama Lain-Lain

3.2.1 Bimbing Kanak-kanak dalam Menghadapi Peristiwa Tertekan
Ibu bapa dan guru juga boleh membimbing kanak-kanak dalam menghadapi
peristiwa yang akan menyebabkan kanak-kanak berasa tertekan, seperti hari
penilaian pertama kanak-kanak diadakan dan bakal kelahiran adik-beradik. Orang
dewasa seperti ibu bapa dan guru boleh mempersiapkan kanak-kanak dengan
meningkatkan kefahaman kanak-kanak tentang bakal peristiwa yang akan berlaku
dan mengurangkan kesan tertekannya ke atas kanak-kanak tersebut (Marion,
2003) (16).
3.2.2 Memperuntukkan Masa untuk Kanak-kanak Bermain
Selain itu, ibu bapa boleh mengadakan perbincangan dengan guru tentang usaha
menggalakkan persekitaran yang membolehkan kanak-kanak meluahkan perasaan
mereka di sekolah. Ibu bapa juga boleh menyertai usaha guru dalam
memperuntukkan masa tertentu setiap hari untuk kanak-kanak bermain
memandangkan kanak-kanak di tadika belajar melalui bermain. Menurut Elkind,
bermain merupakan cara semulajadi untuk kanak-kanak menangani perasaan
tertekan (Elkind, 2001, p. 197). Dari masalah serius yang melanda kanak-kanak
terganggu (Axline, 1964) kepada pergelutan biasa anak-anak muda di mana-mana,
bermain adalah salah satu teknik terbaik untuk mengurangkan tekanan kanakkanak (Frost, Wortham, & Reifel, 2005). (14)
3.2.3 Mengajar Kanak-kanak Strategi Pengendalian Stres
Dalam mengurangkan perasaan tertekan kanak-kanak di tadika, ibu bapa dan guru
dapat membantu kanak-kanak dalam mengenal pasti beberapa strategi
pengendalian perasaan tertekan. Misalnya, guru boleh memberitahu kanak-kanak
cara mengendalikan keadaan sekiranya diejek oleh seseorang. Kanak-kanak
tersebut boleh meminta bantuan orang dewasa atau mengabaikan ejekan tersebut.
Strategi pengendalian perasaan tertekan mampu membantu kanak-kanak berasa

lebih efektif dalam menghadapi keadaan tertekan (Fallin, Wallinga, & Coleman,
2001) (16).
3.2.4 Mengajar Kanak-kanak Teknik Relaksasi
Ibu bapa dan guru dapat saling bekerjasama dalam mengajar kanak-kanak teknik
relaksasi. Ibu bapa dan guru boleh membuat pertimbangan dalam mencadangkan
kepada kanak-kanak tentang cara-cara melepaskan tekanan, seperti mengambil
tiga nafas dalam, bermain dengan adunan mainan, menari dan membayangkan
destinasi kegemaran anda serta melawat tempat tersebut dalam fikiran anda
menggunakan gambar visual yang kreatif (O'Neill, 1993) (16).
4.0

Kesan ke atas Perkembangan Jika Ketiadaan Kerjasama Tadika-Rumah
Menunjuk kajian dan hujah-hujah kesan negatif yang ketara atas perkembangan
kanak-kanak akan berlaku jika tidak berlakunya kerjasama antara Tadika dan
Rumah seperti berikut :

4.1 Kesan Ketiadaan Sokongan Ibu Bapa
Kajian (18) menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa yang
tidak melibatkan diri dalam pembelajaran mereka bercenderung menunjukkan
ciri-ciri perangai berikut:
(a)
(b)
(c)
(d)

takut menjadi bergantung kepada orang lain
tidak menunjukkan minat dalam berkomunikasi dengan orang lain
menunjukkan kecenderungan dalam melakukan jenayah pada zaman remaja
Berasa takut, kebimbangan dan stres disebabkan kurang sokongan ibu bapa.

Kesan negatif ini bakal membawa ketidakstabilan perangai dan seterusnya
membawa masalah tertentu pada masa depan mereka.

Sebaliknya, kajian lain (19) menunjukkan bahawa penglibatan ibu bapa akan
menaikkan semengat dan rasa selamat kanak-kanak dan meningkatkan prestasi
pembelajaran mereka.
4.2 Ibu Bapa tidak Mengetahui Tahap Perkembangan Anak-anak
Selain itu, ibu bapa sukar untuk mengetahui tahap perkembangan anak-anak
dalam pelbagai domain seperti fizikal, sosial, emosi, rohani dan jasmani dan sama
ada anak-anak mempunyai perkembangan yang biasa atau tidak. Hal ini
disebabkan ibu bapa tidak mempunyai apa-apa pengetahuan tentang cara yang
sistematik untuk menilai perkembangan kanak-kanak. Kekurangan pengetahuan
ini akan menghindar mereka untuk membantu anak-anak mereka untuk
berkembang di mana-mana aspek berkenaan.
Sebaliknya, kajian menunjukkan bahawa kerjasama antara ibu bapa dan guru
membolehkan ibu bapa melibatkan diri secara aktif dalam proses pambelajaran
kanak-kanak untuk mengetahui tahap perkembangan kanak-kanak dari pelbagai
aspek.
4.3 Potensi Sepenuhnya Kanak-kanak Tidak dapat Dicapai
Terdapatnya kajian (15) yang menunjukkan kaitan positif antara penglibatan ibu
bapa dan pencapaian kanak-kanak. Walau bagaimanapun, seandainya ibu bapa
dan guru tidak bekerjasama bersama, kanak-kanak gagal mencapai potensi
mereka sepenuhnya kerana ibu bapa dan guru tidak berkongsi pengetahuan
tentang tahap perkembangan kanak-kanak dan cara untuk marangsang
perkembangan kanak-kanak. Pada usia kanak-kanak menghadiri tadika,
penglibatan ibu bapa adalah penting kepada kejayaan program intervensi awal
(12). Hal ini disebabkan peranan ibu bapa penting dalam membentuk tingkah laku
awal kanak-kanak dari segi cara didikan.

Sebaliknya, sekiranya ibu bapa memberikan sokongan kepada kanak-kanak, bakat
kanak-kanak dapat dicungkil dan digunakan sepenuhnya dalam memanfaatkan
kanak-kanak tersebut.

Kesimpulan

Bibliografi
(1) Didapati dari http://www.scribd.com/doc/8647039/FAKTORPERSEKITARAN-YANG-MENYUMBANG-BAGI-PENGLIBATANMURIDMURID-DALAM-SUKAN-BOLASEPAK-DI-SEKOLAHRENDAH-RIMBA-I
(2) Didapati dari http://haniemirae.blogspot.com/2012/12/teori-tugasperkembangan-robert.html
(3) Didapati dari www.ukm.my/jhadhari ( do in APA citation)

(4)Didapati dari
http://www.communityschool.org/academics/early_childhood_center/the_reggio_
emilia_approach/index.aspx

(5) http://www.nea.org/tools/17360.htm
(6) Dai Hongzhu , 2013. The Study of Cooperation and Interaction Between
Family and Kindergarten Based on Network. Information Technology Journal,
12: 482-485.
(7) Didapati dari
http://education.stateuniversity.com/pages/1912/Developmental-TheoryVYGOTSKIAN-THEORY.html
(8) Krishnan, V. (2010). Early Child Development: A Conceptual Model*.
Alberta, Canada. Early Child Development Mapping Project Alberta.

Retrieved from http://www.cup.ualberta.ca/wpcontent/uploads/2013/04/ConceptualModelCUPwebsite_10April13.pdf

(9) http://everydaylife.globalpost.com/can-influence-childs-behavior-4522.html
(10) http://msgsabah.blogspot.com/2009/03/keibubapaan.html

(11) Carter, S. (2002). The Impact of Parent/Family Involvement on Student
Outcomes: An Annotated Bibliography of Research from the Past Decade.
Consortium for Appropriate Dispute Resolution in Special Education (CADRE.
Retrieved from http://www.directionservice.org/cadre/pdf/the%20impact%20of
%20parent%20family%20involvement.pdf
(12) http://www.geocities.ws/parentsaspartners/parentinvolvement.pdf
(13) http://www.ocha.ac.jp/intl/cwed_old/eccd/report/hand_E/2-8e.pdf
(14) Henninger, M.L. (2009). Teaching Young Children: An Introduction, 379.
Pearson. Prentice Hall. Retrieved from
http://www.education.com/reference/article/helping-children-cope-stress/
(15)Didapati dari
http://www.etfo.ca/Publications/PositionPapers/Documents/Kindergarten
%20Matters%20%20The%20Importance%20of%20Kindergarten%20in
%20the%20Development%20of%20Young%20Children.pdf
(16) U.S. Department of Education. (2010). Educational Resource Information
Center. Jewett, J. & Peterson, K.

Retrieved from
http://www.education.com/reference/article/Ref_Stress_Young/?page=3
(17) Didapati dari http://rujuknota.blogspot.com/2009/07/teori-ekologibronfenbrenner-19791989.html
(18) Didapati dari http://psychology.about.com/od/childcare/f/uninvolvedparenting.htm
(19) http://gradworks.umi.com/3498030.pdf

http://www.educationscotland.gov.uk/supportinglearners/partnershipsforsupport/parentandcarerin
volvement/

Misalnya, sesetengah ibu bapa yang tinggal di rumah berdekatan dengan Tadika
Noble Kids akan membantu menjaga tadika pada waktu sebelah petang dalam memastikan
persekitaran tadika yang selamat untuk kanak-kanak. Ketika menjemput anak-anak dari tadika