You are on page 1of 7

MATLAMAT DAN KEPENTINGAN SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS SERTA

TRANSFORMASINYA
Sistem pendidikan di negara kita masa kini telah banyak melalui transformasi
yang
memerlukan komitmen guru yang amat tinggi. Perubahan dan
pembaharuan dalam sistem pendidikan dilihat sebagai peluang untuk menguji
potensi, kemampuan dan cara untuk mengoptimumkan pembangunan individu.
Mereka perlu sedar akan kekuatan dan kelemahan diri dan di atas kesedaran itu
sanggup meningkatkan keupayaan diri serta bersedia melakukan perubahan
mengikut keperluan. Guru bertaraf dunia bukan sahaja merancang strategi
pengajaran-pembelajarannya dengan teliti dan sentiasa membuat persediaan
untuk membuka peluang kepada pelajar melakukan penerokaan malah
merancang pelbagai laluan pembelajaran dengan kemahiran yang tinggi.

Cabaran dalam profesion perguruan masa kini memerlukan pengorbanan


yang sangat tinggi. Pekerjaan yang penuh cabaran ini menguji kemampuan dan
ketabahan dalam menguruskan suatu organisasi dengan bijaksana. Menurut
Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2007 : 232) cabaran didefinisikan sebagai hasil
yang mencabar kemampuan dan ketabahan seseorang dalam pekerjaan yang
penuh dengan cabaran. Dalam konteks perguruan, profesion menjadi seorang
guru perlu menyahut cabaran untuk melihat keupayaan seorang guru dalam
melaksanakan tugasannya bukan dengan muridnya tetapi juga bersama
organisasi dan rakan sekerja yang mempunyai pelbagai kepakaran. Pengurusan
dalam pendidikan mempunyai satu organisasi yang dibentuk yang mempunyai
hala tuju yang mahu dicapai.

Halatuju pula bermaksud penetapan matlamat dan sasaran yang hendak dicapai
dalam sesuatu organisasi. Pendidikan khas perlu mempunyai visi, misi dan
objektif utama dalam mengurus tadbir sesuatu organisasi. Halatuju merangkumi
perancangan pentadbiran, program-program utama, peningkatan kemahiran dan
pengetahuan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran dan membentuk
kepakaran yang beretika.

2.0 Cabaran yang dimaksudkan boleh dilihat dalam pelbagai aspek:

2.1 Individu dan keluarga

Dari aspek penglibatan ibu bapa, didapati di Malaysia tahap kesedaran ibu bapa
mengenai masa depan anak-anak yang berkeperluan khas masih berada dalam
keadaan yang minima. Hal ini dapat dilihat dengan jelas di kalangan ibu bapa
yang mempunyai anak istimewa yang tinggal di luar bandar. Hal ini kerana

terdapat setengah ibu bapa yang beranggapan anak yang istimewa ini tidak
layak dan tidak berkeupayaan untuk mendapat pendidikan yang seimbang dan
sempurna. Disebabkan anggapan sedemikian maka wujudlah keciciran muridmurid berkeperluan khas daripada alam persekolahan. Perkara ini terus
menyebabkan kanak-kanak istimewa ini tidak mempunyai kemahiran hidup yang
baik dan akhirnya memberi bebanan kembali kepada keluarga masing-masing.

Selain itu juga, terdapat juga ibu bapa yang masih kurang sedar mengenai
betapa pentingnya memberi pendidikan atau pun kemahiran mengurus diri
kepada anak-anak yang istimewa. Faktor utama yang menyebabkan perkara ini
berlaku disebabkan kurangnya keyakinan akan kebolehan anak-anak istimewa
mereka ini. Sebagai contoh, pengajaran amali kemahiran memasak dan menjahit,
mungkin boleh menyebabkan timbulnya perasaan risau ibu bapa terhadap anakanak mereka berada di dapur. Hal ini mungkin disebabkan memikirkan keadaan
yang mungkin boleh mengundang bahaya semasa di dapur dan semasa
menggunakan jarum untuk menjahit. Disebabkan sikap yang terlalu obses akan
perkara negatif inilah menyebabkan mengapa kanak-kanak berkeperluan khas di
Malaysia agak ketinggalan.
Selain itu juga, terdapat juga ibu bapa yang hanya bergantung kepada pihak
sekolah semata-mata sahaja dalam usaha memberi didikan kepada anak mereka
terutama dalam aspek pengurusan diri. Disebabkan itulah terdapat murid-murid
yang masih tidak tahu untuk membuang air kecil atau besar di tempat yang
sepatutnya iaitu tandas. Perkara ini sedikit sebanyak agak mengganggu proses
pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Akibatnya guru sendiri terpaksa
membantu menguruskan kanak-kanak tersebut semasa berada di dalam kelas.
Segelintir mereka mengharapkan sesuatu yang mustahil dalam masa
yang singkat. Keenganan ibu bapa memahami perjalanan pengurusan pendidikan
khas menjadikan ianya semakin sukar untuk dilaksanakan. Bagi mereka anak
mereka harus diajar seperti murid aliran perdana yang lain. Keghairahan
menjadikan anak mereka sama dengan rakan sebaya sedikit sebanyak
memberikan tekanan kepada pengurusan pendidikan khas. Walau bagaimanapun
ada sebahagian mereka pula menyerahkan sepenuhnya anak mereka kepada
pihak sekolah.

Mereka mengharapkan sepenuhnya kepada guru pendidikan khas mendidik anak


mereka dalam segala aspek. Kedua-dua situasi ini menjadi satu cabaran yang
besar dalam pendidikan khas. Hal yang demikian kerana tidak ada
kesinambungan dan komitmen daripada pihak ibu bapa terhadap pembelajaran
anak mereka di luar waktu persekolahan. Peranan sesebuah institusi keluarga
dan sekolah amat penting dalam membantu membina kemahiran-kemahiran
yang seharusnya dikuasai murid berdasarkan transformasi dalam pendidikan.
Terdapat sebahagian ibu bapa merasa rendah diri kerana mempunyai anak yang

tidak sempurna dan berasa malu pada ahli keluarga yang lain.
sebahagiannya pula mengasingkan diri dari ahli keluarga lain.

Ada

Dari aspek individu murid pula adalah berbeza diantara satu sama lain. Menurut
Khairul Yusri (2007), perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan
individu daripada norma kumpulannya sama ada dari segi sifat kognitif, emosi,
fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau bakat dan aspek aspek yang lain
mungkin terdapat sesama individu dalam sesuatu kumpulan. Cabaran utama
bagi guru-guru pendidikan khas bagaimana untuk mendapat kepercayaan dari
anak-anak istimewa ini. Bukan senang untuk berhadapan dengan mereka kerana
setiap orang kanak-kanak istimewa tersebut biasanya mempunyai pelbagai
kelainan. Kesediaan anak-anak istimewa ini memasuki alam persekolahan juga
dengan cara yang berbeza. Ini dapat dilihat pada faktor kematangan dan
kesediaan fizikal berhadapan dengan rakan-rakan baru di sekolah. Besar
kemungkinan layanan yang diterima di sekolah tidak sama dengan dirumah.
Setiap hari mereka perlu mengikuti peraturan-peraturan sama seperti rakan
sebaya mereka.

Guru akan menghadapi berbagai bagai gaya dan karenah daripada murid-murid
pendidikan khas ini kerana kebanyakan mereka tidak pernah mengenali alam
persekolahan pada peringkat awal. Mereka mahu dilayan sebagaimana ibu bapa
mereka melayan mereka di rumah. Guru sebagai pengganti ibu bapa perlu peka
kepada keperluan mereka setiap masa. Termasuklah dalam pengurusan emosi
dan amalan berdikari. Cabarannya ialah mungkin apa yang diberi oleh guru tidak
sama dengan apa yang mereka terima dirumah. Sangat sukar bagi guru
berhadapan dengan mereka yang mempunyai kepelbagaian yang pelbagai.
Hanya dengan kesabaran dan keperihatinan serta kemampuan memberikan
layanan yang baik dalam pelbagai aspek mampu meningkatkan kepercayaan
murid terhadap guru pendidikan khas. Kepercayaan dan kasih sayang mereka
terhadap guru akan melebihi kepercayaan dan kasih sayang terhadap ibu bapa
mereka sekiranya kita dapat menyesuaikan diri dengan kepelbagaian mereka.

Cabaran juga dilihat dalam menguruskan murid-murid pendidikan khas


yang berada di dalam kelas inklusif . Kelas inklusif yang berjaya memerlukan
guru biasa dan guru Pendidikan Khas perlu bersikap jujur dan terbuka.
Perkara yang sering diperkatakan ialah layanan yang diberikan terhadap murid
pendidikan khas dan keprihatinan guru dalam membimbing mereka bersama
murid biasa. Kita juga melihat peranan yang perlu dipikul oleh guru pendidikan
khas semasa menghantar murid mereka ke kelas inklusif. Murid inklusif ini

mempunyai potensi untuk cemerlang sama dengan murid biasa tetapi mereka
memerlukan lebih bimbingan dan motivasi yang tinggi untk berdaya saing.

2.2 Sosial dan persekitaran

Sosial dan persekitaran merupakan salah satu aspek penting dalam pengurusan
pendidikan khas. Sikap dan keprihatinan masyarakat terhadap kepentingan
murid-murid pendidikan khas merupakan satu lonjakan ilmu yang perlu diterokai
bersama. Masyarakat mempunyai pelbagai perbezaan gaya hidup dan
kepercayaan. Cabaran yang sangat besar bagi pengurusan pendidikan khas
adalah dalam memberikan kesedaran dan membetulkan tanggapan mengenai
pendidikan untuk kanak-kanak kelainan upaya. Bukan semua daripada mereka
mempunyai kemampuan untuk memenuhi keperluan perbelanjaan sara hidup
anak-anak mereka. Malah kebanyakan kanak-kanak kelainan upaya ini datang
dari keluarga yang mempunyai kemampuan yang tinggi untuk memberikan
kemudahan-kemudahan yang sesuai dengan keperluan.

Kita mengharapkan sokongan dan komitmen dari ahli masyarakat dalam


menangani masalah tingkah laku dan displin serta penderaan kanak-kanak.
Sokongan masyarakat sangat penting bagi meredakan kegundahan hati ibu bapa
berhadapan dengan pelbagai rintangan dan cabaran membesarkan anak-anak
kurang upaya. Ibu bapa sendiri perlu bersikap terbuka bagi menggalakan
masyarakat bersifat penyayang dan prihatin. Hubungan dengan ahli komuniti
yang lain perlu dijaga supaya
semua orang sekeliling faham mengenai
pengurusan anak-anak pendidikan khas. Pengurusan pendidikan khas
menghadapi cabaran dalam menerapkan nilai-nilai simpati dan empati dalam
kalangan ahli masyarakat atas nama kesedaran dan tangungjawab. Kegiatankegiatan kerja amal dalam masyarakat masih lagi kurang mendapat sambutan
dan penglibatan dalam badan-badan sukarela hanya dalam kalangan ahli yang
terlbat sahaja.

Oleh yang demikian pelbagai kemudahan dalam persekitaran dapat diusahakan


bersama . Namun demikian bukan disemua tempat segala kemudahan itu
disediakan malah ada segelintir yang menyalahgunakannya. Menerapkan
kesedaran dalam kalangan ahli masyarakat
mengenai keperluan golongan
kelainan upaya bukanlah sesuatu yang mudah. Lontaran pandangan sinis dan
serong terhadap golongan ini secara negatifnya akan memberi impak kepada
pergaulan kanak-kanak kelainan upaya dalam masyarakat. Kita lihat juga di
persekitaran sekolah dimana penerimaan pentadbiran sekolah dalam membuka

ruang kepada murid-murid pendidikan khas. Pengintegrasian sesuatu program


bukanlah sesuatu yang mudah hendak dilaksanakan. Kesanggupan berkongsi
segala kemudahan yang ada dan memberikan keutamaan kepada murid-murid
pendidikan khas merupakan antara sesuatu yang amat sukar untuk dilakukan.

Kebanyakan sekolah lebih berfokus kepada kecemerlangan dan bukan kepada


kebajikan kerana ianya membawa kepada impak yang lebih besar. Bukan semua
program integrasi mendapat tempat yang selesa dan mempunyai ruang yang
cukup bagi menampung keperluan aktiviti mereka. Pentadbir melihat program
pendidkan khas ini seolah sekadar menumpang disatu sudut yang lain atau
menjadi tempelan sahaja kepada sekolah. Masyaralat sekolah memandang ianya
satu program yang bukan menyumbang kepada kecemerlangan dan
pembangunan sekolah.

Inilah cabaran yang sangat besar yang perlu dihadapi oleh pengurusan
pendidikan khas. Dalam melaksanakan tugasan hakiki dan berdaya saing
dengan ahli masyarakat sekolah yang lain maka pengurusan pendidikan khas
perlu mempunyai hala tuju supaya program ini akan dipandang sama hebat
dengan program lain. Kerjasama dengan badan-badan atau persatuan yang boleh
memperjuangkan hak-hak kanak-kanak kelainan upaya sangat memberi impak.
Kita semua perlu bersatu menetapkan satu perjuangan yang sama supaya akan
timbul kesedaran dalam kalangan mereka bagi menghargai golongan yang
kurang bernasib baik.
Jabatan-jabatan kerajaan turut memainkan peranan
membuka ruang dan menjalankan aktiviti bagi meningkatkan kesedaran
masyarakat terhadap tanggungjawab sosial yang perlu ditunaikan berbanding
kepentingan peribadi.

Pelbagai aktiviti dan program perlu dirancang bagi


pengurusan pendidikan khas boleh berdaya saing dan
jangka panjang. Kesedaran dapat dilihat sudah banyak
menjalankan aktiviti-aktiviti bersama dan memberikan
memerlukan.

membuktikan bahawa
mempunyai matlamat
badan-badan sukarela
bantuan kepada yang

2.3 Personel dan Kepakaran


Asas terpenting yang perlu dimiliki dalam sesuatu organisasi pendidikan ialah
personel yang terdapat dalam sesuatu organisasi. Personel inilah yang akan
membentuk dan menggerakkan sesuatu organisasi untuk mencapai matlamat
yang telah ditetapkan. Menurut Greenlaw dan Kohl dalam buku Pengurusan dan
Kepimpinan Pendidikan(zaidatol,2003), pengurusan personel merangkumi semua
keputusan yang berkaitan dengan sesebuah organisasi. Termasuklah aspek
motivasi, melatih dan menyediakan keperluan serta kefungsian personel.

Dalam konteks cabaran dalam pengurusan pendidikan khas, pengurusan sekolah


berusaha membentuk personel seorang guru yang mempunyai nilai-nilai etika
dan kredibiliti sebagai seorang pendidik. Semua peringkat dalam pengurusan
perlu memberikan perhatian dan mengambil berat kebajikan guru dalam
memberikan ruang keselesaan. Pengurusan perlu bijak meletakkan guru di
tempat yang betul dengan minat dan kepakarannya. Kecekapan sesuatu
pengurusan dapat dilihat dengan sumbangan dan kerja buat seorang guru yang
mampu melaksanakan tugasan dengan efisyen.

Tugas seorang guru sebagai pengurus kanak-kanak istimewa ini sangat


mencabar.
Sebagai seorang guru, adalah penting untuk mengetahui dan
meneliti
pendekatan yang bersesuaian yang dibawa oleh setiap murid
pendidikan khas, bakat serta minat mereka ke dalam situasi pembelajaran.
Sewajarnya guru perlu mengetahui bahawa setiap individu adalah berbeza dari
aspek budaya, latar belakang keluarga, dan tahap sosioekonomi yang mana
sedikit sebanyak memberi kesan kepada gaya dan corak pembelajaran mereka.
Setelah guru perlu mampu memahami serta mengenali setiap jenis murid
didalam kelas supaya mereka juga boleh mencapai kejayaan daripada hasil
pembelajaran mereka di sekolah. Cabaran yang paling besar bagi guru
pendidikan khas ialah bukan sahaja memberikan pendidikan malah memastikan
mereka juga boleh melakukan amalan berdikari dalam kehidupan harian mereka.
Amat sukar untuk dipastikan sebanyak mana amalan tersebut dipraktikan di
rumah dan mempunyai kesinambungan yang berterusan.

Pengurusan pendidikan khas juga perlu membuat perancangan mengurus bagi


menentukan keperluan dalam sesuatu organisasi. Ini bermaksud mengetahui
bilangan guru yang diperlukan dalam sesuatu organisasi mencukupi dengan
keperluan. Kebanyakan program pendidikan khas sering mengalami kekurangan
guru. Tenaga pengajar yang tidak cukup akan menganggu proses pengajaran dan
pembelajaran murid khas. Oleh yang demikian lahirlah guru-guru yang dilatih
secara segera oleh kementerian termasuklah yang bertukar opsyen. Pengurusan
pendidikan khas terpaksa berhadapan dengan tenaga kerja yang kurang
berpengetahuan, kurang kepakaran dan tidak mempunyai minat dengan
pendidikan khas.

Kewibawaan dan kebolehan guru pendidikan khas pula sering dipertikaikan


kerana usaha melahirkan seorang kelainan upaya yang cemerlang sangat sukar
dilakukan. Kecemerlangan mereka dinilai oleh prestasi murid pendidikan khas
dalam akademik. Guru perlu sentiasa mengubahsuai proses pengajaran dan
pembelajaran termasuk kesediaan menggunakan pelbagai alatan pengajaran
bagi mencapai objektif pengajaran. Namun demikian masa untuk menghasilkan
seorang insan yang cemerlang dalam kalangan kelainan upaya memerlukan

masa yang amat panjang. Sikap kebanyakan guru pendidikan khas sendiri yang
terlalu mengambil mudah dan tidak menunjukkan kesungguhan dalam
melaksanakan tugas. Alasan kerana mengajar pendidikan khas bukanlah satu
helah yang baik untuk tidak memberikan kerjasama dalam organisasi sekolah.
Inilah satu cabaran dalam pengurusan pendidikan khas kerana keseluruhan
organisasi akan dipandang sepi kerana sikap beberapa orang guru yang
sedemikian.
Begitu sukar meletakan satu-satu kepakaran mengikut minat dan kebolehan guru
dalam pengurusan pentadbiran. Kepakaran itu boleh diperolehi dengan usaha
latihan dan bacaan, kursus, pembelajaran kendiri. Inidividu guru itu sendiri perlu
mengapliksikan kepakaran yang ada bersama organisasi lain atau kepakaran itu
tidak boleh dikongsikan dengan orang lain. Ini satu cabaran yang sukar dihadapi
kerana ianya bergantung kepada minat dan komitmen guru dalam menjana idea
dan perkongsian maklumat. Bekerjasama sebagai
satu kumpulan guru-guru
biasa dan guru khas merupakan satu himpunan kepakaran dan resos yang
boleh
digunakan
untuk
memenuhi
keperluan kepelbagaian
murid.
Kesepaduan
tenaga
dan
pemikiran
tersebut
akan mengurangkan
pergantungan kepada pendekatan pengasingan.

Pengurusan pendidikan khas perlu melahirkan


personel yang mempunyai
kepakaran dan kualiti kerja yang seimbang dengan penampilan peribadi. Cabaran
memupuk hubungan baik dengan dalam satu organisasi bagi meningkatkan mutu
perkhidmatan dan daya pengeluaran dalam satu kerja berpasukan. Struktur
organisasi perlu membina hubungan baik dan menyediakan latihan bagi
meningkatkan semangat kerja berpasukan dan mempertingkatkan kepakaran
personel.