You are on page 1of 11

02/1

Bahasa
Melayu
Kertas 1
Oktober
2011
1 jam

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN METHODIST ( ACS ) KLANG


JALAN RAYA BARAT, PETI SURAT NO. 17
41000 KLANG, SELANGOR
__________________________________________________________________________________________

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN


TINGKATAN SATU
__________________________________________________________________________________________

BAHASA MELAYU
Kertas 1
Satu jam
__________________________________________________________________________________________
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan aneka pilihan
2. Jawab semua soalan.
3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan yang berhuruf A, B, C dan D. Bagi tiap-tiap satu
pilih satu jawapan sahaja. Tandakan semua jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan.
4. Fikir dengan teliti ketika memilih jawapan. Jika hendak menukar sesuatu jawapan, padamkan sehingga
bersih tanda yang tidak dikehendaki itu dan hitamkan pilihan anda yang baru.
______________________________________________________________________________________
Penggubal Soalan :

Disemak Oleh :

Disahkan Oleh :

.................................................

........................................................

.............................................

( Puan Nurbaya Binti Kardy )

(Puan Zaimah Binti Arifin)

(Puan Zakiah Binti Abd Rahman)

Guru Bahasa Malaysia

Guru Panitia Bahasa Melayu

Ketua Bidang Bahasa

Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak

[Lihat sebelah

SULIT

02/1

Soalan 1 hingga Soalan 7


Lengkapkan ayat - ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
1.

Rani dan adiknya sedang _______________ televisyen di ruang tamu.


A. melihat
B. menonton
C. mengintai
D. memerhati
2.

Ibu menasihati abang supaya tidak _______________ ketika memandu kereta.


A. terkial-kial
B. terburu-buru
C. terkejar-kejar
D. termengah-mengah

3.

Ibu jari Amir luka akibat _______________ batu.


A. terpijak
B. tersepak
C. terlanggar
D. tertendang
4.

Jessica _______________ memanggil anaknya pulang ke rumah.


A. melalak-lalak
B. melaung-laung
C. meraung-raung
D. memekik-mekik

5.

Pihak polis telah melakukan _______________ di sebuah pondok using yang dipercayai
menjadi sarang penangih dadah.
A. penyelidikan
B. penyiasatan
C. pengintipan
D. pemeriksaan

6.

Mak Cik Leha sedang merebus beberapa _______________ jagung.


A. biji
B. ulas
C. buah
D. tongkol
[Lihat sebelah

02/1

SULIT

SULIT

02/1

7.

Para pekerja di syarikat itu mengadakan _______________ untuk menuntut kenaikan gaji.
A. uji kaji
B. soal selidik
C. soal jawab
D. mogok liar
Soalan 8 hingga Soalan 14
Ayat - ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu
telah ditanda dengan A, B dan C. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi
kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan.
8.

Penjenayah yang menjadi buruan polis itu akhirnya berjaya diberkas. Tiada kesalahan.
A
B
C
D

9.

Pengarah akan berbincang tentang pelaksanaan peraturan baru itu kepada semua kakitangan
A
B
syarikat dalam mesyuarat akan datang. Tiada kesalahan.
C
D

10.

Pengembangan bidang bioteknologi memberikan manfaat kepada masyarakat dan negara.


A
B
C
Tiada kesalahan.
D

11.

Golongan cerdik pandai disaran agar bersama-sama menggembleng tenaga dalam usaha
A
B
membangunkan ekonomi negara. Tiada kesalahan.
C
D

12.

Kejadian tembak-menembak berlaku apabila penjenayah itu enggan menyerah diri pada
A
B
C
pihak polis. Tiada kesalahan.
D

13.

Pengembara yang dilaporkan sesat di dalam hutan itu telah berjaya ditemukan oleh pasukan
A
B
C
penyelamat. Tiada kesalahan.
D
[Lihat sebelah

02/1

SULIT

SULIT

14.

02/1

Hang Tuah telah mengepalai rombongan pertunangan Puteri Gunung Ledang untuk Sultan
A
B
C
Melaka. Tiada kesalahan.
D

Soalan 15 hingga Soalan 17


Pilih ayat - ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul dan tentukan
bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.
15.

I
II
III
IV
A.
B.
C.
D.

16.

I
II
III
IV

Fikirannya menjadi hampa apabila masalah itu tidak dapat diselesaikan.


Ibu sedang mengasingkan padi yang hampa dengan padi yang bernas.
Pasukan bola sepak itu pulang dengan hampa setelah tewas dalam perlawanan
persahabatan.
Anita berasa hampa apabila gagal dalam temu duga.
I dan II
III dan IV
I, II dan III
II, III dan IV
Sindiran Puan Tan yang tajam itu masih berbekas di hati saya.
Ayah mengasah pisau itu sehingga tajam.
Kanak-kanak itu tajam pemikirannya walaupun masih kecil.
Tingkah laku lelaki itu amat tajam terhadap ibu bapanya.

A. I dan II
B. III dan IV
C. I, II dan III
D. II, III dan IV
17.

I
II
III
IV
A.
B.
C.
D.

Oleh sebab kasihan, Aizad melucutkan burung itu dari sangkarnya.


Telatah bayi yang comel itu benar-benar melucutkan hati.
Jihan melucutkan gelang tangan sebelum masuk ke dalam bilik air.
Encik Alias terpaksa melucutkan jawatan pengawal keselamatan itu kerana tidak
berdisiplin.
I dan II
III dan IV
I, II dan III
II, III dan IV

Soalan 18 hingga Soalan 21


Sebahagian daripada ayat - ayat berikut telah digariskan. Bahagian yang bergaris itu mungkin
mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.
Tandakan A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
18.

Kerja-kerja membaiki perabot yang rosak itu akan dilakukan oleh para pelajar pada hujung
minggu.
A. para pelajar di hujung
B. pelajar-pelajar di hujung
C. para pelajar-pelajar pada hujung
D. para pelajar pada hujung
[Lihat sebelah

02/1

SULIT

SULIT

02/1

19.

Para nelayan mendapat manfaat daripada dasar kerajaan yang memberikan tumpuan pada
sektor perikanan.
A. memberi tumpuan pada
B. member tumpuan kepada
C. memberikan tumpuan kepada
D. memberikan tumpuan pada

20.

Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menerima rasuah.
A.
B.
C.
D.

21.

ambil tindakan tegas ke


ambil tindakan tegas pada
mengambil tindakan tegas ke atas
mengambil tindakan tegas terhadap

Bantuan kemanusiaan demi mangsa-mangsa gempa bumi di Indonesia telah dilakukan sejak
seminggu yang lalu.
A. Bantuan kemanusiaan kepada mangsa-mangsa
B. Bantuan-bantuan kemanusiaan untuk mangsa
C. Bantuan kemanusiaan pada semua mangsa-mangsa
D. Bantuan kemanusiaan demi mangsa-mangsa

Soalan 22 hingga Soalan 24


Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang dicetak
tebal.
22.

Peruntukan yang mencukupi bagi program penyelidikan dan pembangunan mampu


merangsang industry pertanian negara.
A. Program penyelidikan dan pembangunan memerlukan perbelanjaan yang banyak bagi
merangsang industri pertanian negara.
B. Peruntukan yang mencukupi dapat merangsang penyelidikan dan pembangunan dalam
industri pertanian negara.
C. Industri pertanian negara mampu berkembang sekiranya peruntukan yang mencukupi
disediakan bagi membiayai program penyelidikan dan pembangunan.
D. Perkembangan dalam industri pertanian negara disebabkan peruntukan yang mencukupi
bagi program penyelidikan dan pembangunan.

23.

Masyarakat harus berganding bahu untuk membentuk generasi yang bersedia


menghadapi alaf baru yang penuh cabaran.

A. Pelbagai usaha boleh dilakukan oleh masyarakat untuk menghadapi cabaran alaf baru.
B. Kerjasama masyarakat amat perlu bagi membentuk generasi yang bersedia menghadapi
cabaran alaf baru.

C. Dalam menghadapi alaf baru yang penuh cabaran, setiap generasi perlu berganding bahu.
D. Cabaran alaf baru perlu ditangani dengan bijak oleh setiap lapisan masyarakat.
[Lihat sebelah
02/1

SULIT

SULIT

24.

02/1

Dasar Bahasa Kebangsaan membolehkan semua kaum berkomunikasi menggunakan


Bahasa Melayu.
A. Bahasa Melayu menjadi dasar yang membolehkan semua kaum berkomunikasi antara
satu dengan yang lain.
B. Dasar Bahasa Kebangsaan telah mewajibkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai alat
komunikasi antara kaum.
C. Semua kaum boleh berkomunikasi dengan Bahasa Melayu berikutan kewujudan Dasar
Bahasa Kebangsaan.
D. Penggunaan Bahasa Melayu telah membolehkan semua kaum berkomunikasi dengan
baik.

Soalan 25 hingga Soalan 27


Pilih ayat - ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang
paling sesuai.
25.

Amirul bertanya-tanya tentang keadaan ibunya yang sakit di kampung.

II

Kami kehujanan ketika pulang daripada Bandar.

III

Kakak dimarahi oleh ibu kerana pulang lewat.

IV

Buku yang dicarinya itu di mana? tanya ibu kepada adik.

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
26.

Pak Ali sanggup bersusah payah demi untuk kebahagiaan keluarganya.

II

Mangsa pembunuhan itu telah dihantar ke hospital untuk disoal siasat.

III

Dedaun ketapang yang kering gugur ditiup angin.

IV

Fatin suka duduk di tepi pantai sambil menghirup udara segar.

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

[Lihat sebelah
02/1

SULIT

SULIT

27.

02/1

Isu-isu semasa sedang dibincangkan oleh mereka.

II

Hidangan itu tidak berusik sejak pagi tadi.

III

Pokok-pokok renek tumbuh meliar di belakang rumahnya.

IV

Majlis itu telah dicemarkan oleh sikap keterlaluan artis undangan itu.

A. I dan III
B. II dan IV
C. I, II dan III
D. II, III dan IV
Soalan 28 hingga Soalan 30
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi soalan - soalan di bawah ini.
28.

Peribahasa seperti ikan pulang ke lubuk bermaksud


A. kerana kejahatan yang sedikit, semua kebaikan dilupakan
B. jangan sengaja mencari kesusahan
C. seseorang yang kembali ke tempat asalnya setelah lama merantau
D. orang kaya yang sudah jatuh muflis

29.

Mulai hari ini, marilah kita berganding bahu mempertahankan negeri ini daripada ancaman
musuh, titah sultan kepada rakyat jelata.
Situasi berikut sesuai dengan peribahasa
A. di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.
B. di mana da kemahuan, di situ ada jalan.
C. ke bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni.
D. melentur buluh biarlah dari rebungnya.

30.

Amirul bercita-cita untuk menjadi juruterbang tetapi dibantah oleh ibunya yang berpendapat
bahawa kerjaya itu terlalu berbahaya. Amirul oula berpendapat bahawa semua pekerjaan ada
cabarannya.
Bak kata pepatah
A. tidak ada laut yang tidak berombak.
B. ombak yang kecil jangan ditidakkan.
C. biar alah sabung, asalkan menang sorak.
D. Genggam bara api biar sampai jadi arang.

[Lihat sebelah
02/1

SULIT

SULIT

02/1

Soalan 31 hingga Soalan 35


Baca petikan di bawah dengan teliti dan jawab soalan - soalan berikutnya.
Amin, bila lagi awak nak bayar yuran sekolah? Yuran sukan dan yuran PMR awak, hah!
sergah CIkgu Arsad di dalam kelas. Semua mata murid lain tertumpu ke arahnya. Amin tidak
menjawab. Dia tunduk. Mukanya merah bagai udang dibakar. Dia berasa sangat malu. Bagaimanapun
gurunya tidak boleh dipersalahkan. Sekolah juga tidak boleh dipersalahkan. Mak Jah? Mak Jah juga
tidak bersalah. Jadi siapa yang bersalah? Pertanyaan-pertanyaan itulah yang menghantui kotak fikiran
Amin. Baginya keadaan hidupnyalah yang membuatkan ibunya dibaluti kesusahan. Jadi keadaanlah
yang harus dipersalahkan apabila dia tidak dapat melunaskan yuran tersebut.
Saya nak awak bayar esok! bentak Cikgu Arsad.
Amin, kalau awak tak bayar yuran PMR tu, awaka kan dikeluarkan darin senarai calon
peperiksaan. Faham? tambah pengetua pula. Amin hanya mampu mengangguk. Untuk mengataan ya
atau tidak, dia tidak berdaya.
Awak boleh keluar sekarang, tapi ingat, esok yuran-yuran tu mesti dijelaskan, pesan
pengetua sebelum Amin keluar dari bilik pengetua.
(Dipetik daripada cerpen Yuran, karya Omar Mamat, dalam Antologi Kasut Kelopak Jantung,
Tingkatan 1, Dewan Bahasa dan Pustaka)
31.

Maksud rangkai kata dibaluti kesusahan hidup dalam petikan di atas ialah
A. tekanan perasaan.
B. keperitan hidup.
C. kesukaran.
D. dilemma.

32.

Mengapakah semmua mata murid lain tertumpu ke arah Amin?


A. Mereka mahu melihat Amin
B. Mereka mahu menghina Amin
C. Mereka terdengar sergahan Cikgu Arsad
D. Mereka melihat kedatangan Cikgu Arsad

33.

Perwatakan Amin dalam petikan di atas ialah


A. penyabar.
B. prihatin.
C. penyayang.
D. bertanggungjawab.

[Lihat sebelah
02/1

SULIT

SULIT

34.

02/1

Petikan cerpen di atas menggambarkan sikap pengetua seperti yang berikut, kecuali
A. tegas.
B. tabah.
C. cepat marah.
D. suka memberikan amaran.

35.

Apakah kesudahan tindakan Amin dalam cerpen Yuran?


A. Amin insaf dan memohon maaf daripada pengetua
B. Amin bertekad untuk meneruskan cita-citanya
C. Amin terus ponteng sekolah kerana malu
D. Amin berhenti sekolah

Soalan 36 hingga Soalan 40


Baca petikan di bawah dengan teliti dan jawab soalan - soalan berikutnya.

FATIMAH : Eh, Ina! Awak hendak ke mana?


ZALINA : (Pantas) Jumpa cikgu!
FATIMAH : (Terkejut) Kenapa?
ZALINA : (Menunjukkan surat) Ni!
ZALINA terus berlalu. FATIMAH mengekori dari belakang.
JAIS : (Mendekati ZALI) Habislah kau, Zali
ZALI : (Menepuk bahu JAIS) Jangan bimbang. Bukan dia tahu.
JAIS : Tulisan kau!
ZALI : Ya, juga.
Mereka diam.
ZALI : Ah, kita jangan mengaku!
BADAR: Usah ditakutkan. Belum tentu Zalina berani melaporkan perkara ini. Nanti dia juga yang malu.
JAIS : (Riang) Betul juga pendapat kau tu.
Selang beberapa detik kemudian, ZALINA dan FATIMAH masuk ke kelas. CIKGU HALIL masuk
kemudian dengan wajah serius.
KETUA KELAS : Bangun!
Semua murid bangun.
KETUA KELAS : Selamat sejahtera, cikgu.
CIKGU HALIL : Selamat sejahtera, murid-murid. Duduk.
CIKGU HALIL memerhatikan sekeliling kelas. Masing-masing diam.
( Dipetik daripada drama Surat untuk Ina, karya Amiruddin Ali, Antologi Kasut Kelopak Jantung,
Tingkatan 1, DBP )
02/1

SULIT

SULIT

36.

02/1

Maksud kata mengekori dalam petikan drama di atas adalah seperti berikut, kecuali
A. mengikuti.
B. menyertai.
C. menuruti.
D. berjalan.

37.

Mengapakah Zali, Jais dan Badar terdiam?


A. Takut akan kesalahan mereka
B. Mereka akan didenda oleh Cikgu Halil
C. Tidak menyangka Zalina akan membuat laporan
D. Tulisan dalam surat itu menyerupai tulisan Zali

38.

Gambaran perwatakan Zalina dalam petikan di atas ialah


A. berani.
B. keikhlasan.
C. penyayang.
D. panas baran.

39.

Dalam petikan drama di atas, Zali telah mengambil tindakan untuk


A. mendiamkan diri sahaja.
B. membuat pengakuan atas kesalahannya.
C. berpura-pura tidak mengetahui apa-apa yang berlaku.
D. tidak akan mengaku jika ditanya oleh Cikgu Halil.

40.

Apakah kesudahan cerita dalam drama Surat untuk Ina?


A. Zalina memaafkan kesalahan Zali
B. Zali berasa malu terhadap Zalina
C. Zali kecewa akan sikap Zalina
D. Zalina bercinta dengan Zali

KERTAS SOALAN TAMAT


02/1

10

SULIT

SULIT

02/1

JAWAPAN

02/1

11 A

21 A

31 B

12 C

22 C

32 C

13 D

23 B

33 A

14 B

24 C

34 B

15 D

25 D

35 B

16 C

26 D

36 D

17 B

27 C

37 D

18 D

28 C

38 A

19 C

29 C

39 D

10 A

20 D

30 A

40 A

11

SULIT

You might also like