You are on page 1of 4

DOA SEBELUM MENUNAIKAN HAJI

MEMOHON KEISTIMEWAAN

MOHON IKATAN KASIH SAYANG

Ya Allah, kami mohon keampunanMu, Ya Allah. Kami mohon
rahmatMu Ya Allah. Kami mohon taufik dan hidayahMu, Ya
Allah. Ya Allah, aku dijemput olehMu bagi menunaikan ibadat
haji pada tahun ini. Aku bersyukur atas segala nikmat yang
Engkau berikan kepada kami sekeluarga. Ya Allah, terimalah
aku sebagai tetamuMu, Ya Allah. Tetamu yang paling
istimewa, Ya Allah. Ya Allah, aku tahu Engkaulah yang
berkuasa memberi keistimewaan kepada sesiapa yang
Engkau mahu berikan. Ya Allah, ampunilah diriku, Ya Allah.

Ya Allah, Kau ampunilah diriku. Ya Allah, bersama-sama aku
nanti adalah suamiku/isteriku. Ya Allah, kami pergi ke
rumahMu semata-mata untuk beramal ibadat kepadaMu.
Jangan kau palingkan niat dan tujuan kami. Jangan Kau
sukarkan perhubungan antara aku dengan suamiku.
Ya Allah, kau berilah perasaan kasih sayang, cinta-mencintai
antara kami, saling maaf-bermaafan dan tidak cepat berasa
tersinggung dan bermasam muka. Jadikanlah kami saling
faham-memahami dan saling kasih-mengasihi. Jagalah
hubungan kami suami-isteri. Jangan kau uji kami dalam soal
ini, Ya Allah.

MOHON PERLINDUNGAN KELUARGA
Ya Allah, Kau peliharalah keselamatan dan kesihatan anakanak kami. Tenangkanlah hati mereka. Jangan Kau cetuskan
rasa rindu kepada kami sepanjang kami menjadi tetamuMu.
Ya Allah, bukalah pintu hati anak-anak kami menjadi
tetamuMu. Ya Allah, bukalah pintu hati anak-anak kami untuk
menjadi anak yang soleh, taat kepadaMu dan mampu
menjaga diri mereka. Ya Allah, bukalah pintu hati mereka
supaya belajar bersungguh-sungguh dan berjaya dunia dan
akhirat.

MOHON PERLINDUNGAN PERJALANAN
Ya Allah, permudahkanlah perjalanan kami dari rumah ke
Mekah atau Mina. Janganlah kami terjebak dengan sebarang
kesulitan yang menyukarkan kami untuk mendaftar diri.
Jauhilah kami daripada malapetaka, Ya Allah. Ya Allah,
permudahkanlah urusan pendaftaran. Jangan kau pisahkan
kami sekeluarga. Ya Allah, Ya Tuhan kami, berilah kami
ketenangan, keamanan dan kemudahan terumatanya dalam
soal-soal kesihatan sepanjang perjalanan kami. Elakkan
daripada perasan kerap ingin membuang angin, air
kecil/besar. Ya Allah, jagalah kesihatan tubuh badan kami.

Ya Allah, kau berilah kesihatan yang baik kepada anak-anak
kami. Kau lindungilah mereka. Masukkanlah mereka di
kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Kau
ampunilah dosa-dosa mereka. Ya Allah, aku mohon
keampunanMu, Ya Allah.

Ya Allah, permudahkanlah perjalanan kami dari rumah ke
destinasi kami sepanjang hendak menunaikan ibadah haji.

1

Biarlah kami sentiasa bersama, tidak terpisah dan mendapat
tempat yang istimewa di dalam mana-mana kenderaan. Ya
Allah, Ya Tuhan kami, permudahkanlah urusan kami untuk
bertolak ke Mekah. Jauhilah kami daripada sebarang mala
peteka.
Selamatkan
kami,
Selamatkanlah
kami.
Selamatkanlah kami sehingga sampai ke tempat kami akan
bermalam.

sunat tawaf, berdoa di hadapan Multazam dan meminum air
zam-zam. Ya Allah, berikanlah kekuatan dan kesihatan untuk
aku melakukan ibadat sai haji. Ya Allah, jangan Kau uji kami
dengan rasa jarak yang jauh, hati yang malas dan tenaga
yang tiada. Ya Allah, apabila kami selesai mengerjakan sai,
janganlah Kau lalaikan kami daripada melakukan ibadahibadah yang seterusnya. Ya Allah, Kaulah yang Maha
Berkuasa atas segala-galanya.

MOHON TEMPAT KEDIAMAN
MOHON MENETAPKAN HATI SEBELUM WUKUF

Ya Allah, hanya padamulah tempat kami bergantung harap. Ya
Allah, berikanlah kemudahan kepada kami sekeluarga.
Tempatkanlah kami di kawasan yang berdekatan dengan
Jamaraat dan Masjidil Haram. Ya Allah, kami memohon
kepadamu supaya tempat tinggal kami tidak menjadi
penghalang kepada tujuan kedatangan kami ke Mekah. Kami
mahu beramal ibadat kepadamu. Semata-mata untukmu, Ya
Allah. Permudahkanlah makan-minum kami dan berikanlah
kesihatan yang baik sepanjang kami di sana. Ya Allah, kau
berikanlah kesabaran kepada kami suami isteri dan anak
dalam menghadapi sebarang dugaan. Ya Allah, jauhilah kami
daripada sengketa. Ampunilah kami, Ya Allah.

Ya Allah, apabila kami selamat sampai di Mina dan tempat
tinggal kami, janganlah Kau lalaikan kami dengan bersenanglenang dan malas beramal ibadat. Ya Allah, kami hadir
sebagai tetamuMu dalam keadaan yang jahil. Kaulah yang
dapat membantu kami. Ya Allah, berikanlah aku perasaan
jatuh cinta kepada Masjidil Haram. Gerakkanlah hati kami
supaya sentiasa berada di sana. Beramal ibadat di sana.
Itulah cita-cita kami, Ya Allah. Kami datang semata-mata
keranaMu Ya Allah. KeranaMu, Ya Allah. Ya Allah, tutupkanlah
pintu hati kami daripada perkara-perkara lain yang melalaikan.
Ya Allah, penuhilah ruang masa kami dengan melakukan amal
ibadat yang sepatutnya kami lakukan. Ya Allah aku ingin
khatam Al-Quran di Masjidil Haram. Ya Allah, aku ingin solat di
Hijir Ismail. Ya Allah, aku ingin mencium Hajar Aswad. Ya
Allah, aku ingin mengadap Multazam, Ya Allah. Ya Allah,
berikanlah rasa kasih yang mendalam kepada Masjidil Haram.
Ya Allah, Kau ajarlah kami. Kau bantulah kami, Kau
tunjukkanlah dengan sebaik-baik pengajaran. Kau berikanlah
ilham untuk aku melakukan yang terbaik. Ampunilah kami, Ya

MOHON KEMUDAHAN MENGERJAKAN UMRAH/HAJI
Ya Allah, kami akan mengerjakan haji Qiran/Ifrad. Kau
terimalah ibadat ini. Ya Allah, mudahkanlah kami melakukan
ibadat umrah/wajib haji. Berikanlah laluan dan lorongan bagi
kami melakukan tawaf qudum, tawaf ifadhah dan tawaf wida’.
Permudahkanlah kami, Ya Allah. Ingatkan kami untuk solat
2

Allah. Hanya kepadaMu tempat kami berserah dengan
sesungguhnya.

melontar. Ya Allah, jauhilah kami daripada kesesakan
manusia. Berikanlah ruang dan laluan untuk kami berjalan
menuju ke Jamratul Aqabah, Jamratul Wusta dan Jamratul
Sughra.
Ya Allah, lindungilah kami daripada sebarang
kecelakaan semasa kami melakukan ibadat ini. Ya Allah,
berikanlah kekuatan untuk kami beramal ibadat di dalam
khemah di Muzdalifah, Mina dan Arafah. Aku berserah
kepadaMu, Ya Allah, izinkanlah aku melakukan ibadat
bertahalul awal semasa di Mina.

MOHON PERLINDUNGAN ARAFAH, MUZDALIFAH DAN
MINA
Ya Allah, ampunilah kami, Ya Allah. Mudahkanlah perjalanan
kami dari Mekah ke Mina, dan seterusnya Arafah dan ke
Muzdalifah. Jauhilah kami daripada sebarang malapetaka.
Jangan kau uji kami dengan sesuatu yang tidak dapat kami
pikul. Berikanlah kami kesihatan yang baik. Amankan hati
kami. Tenangkan perasaan kami. Ingatkan kami supaya
bertalbiah sepanjang jalan. Ya Allah mudahkan urusan kami
semasa di Arafah. Berikanlah kemudahan bilik air kepada
kami sekeluarga. Janganlah ia menjadi masalah yang besar.
Ya Allah, tetapkan hati kami untuk beramal-ibadat. Ya Allah
kuncilah mulut kami daripada bercakap-cakap perkara yang
tidak memberi faedah. Jauhkanlah kami daripada mereka
yang suka bersembang, menghabiskan masa dan membazir
waktu.

MOHON KEAMANAN DI MEKAH SELEPAS SELESAI HAJI
Ya Allah, kau permudahkanlah perjalanan pulang kami dari
Mina dan Muzdalifah ke Mekah. Berikanlah kesihatan yang
baik kepada kami, ketenangan hati dan perasaan. Ya Allah,
sekali lagi aku mohon kepadaMu, mudahkanlah untuk aku
melakukan tawaf haji, sai haji dan Ya Allah, gerakkanlah hati
bagi kami melakukan ibadat sunat sebanyak mungkin. Ya
Allah, gerakkanlah hati kami bagi membanyakkan amal di
Masjidil Haram. Berikanlah perasaan kasih sayang, cinta dan
keinginan untuk berada di sana. Ya Allah, mudahkanlah untuk
aku melakukan ibadat tawaf, bersolat dan membaca Al-Quran.
Ya Allah, aku mohon keampunan daripadaMu.

Ya Allah, semasa wukuf, berikanlah kami ruang di luar khemah
untuk mengadapMu bersama sekeluarga. Ya Allah, Kau
izinkanlah kami untuk beramal ibadat dari gelincir matahari
sehinggalah terbenam matahari. Ya Allah, berikanlah
kesihatan yang baik semasa wukuf. Jangan Kau lalaikan kami
daripada pelbagai perkara yang menyusahkan.

{MOHON KEREDAAN MELAKUKAN ZIARAH KE MADINAH
Ya Allah, kau mudahkanlah perjalanan kami dari Mekah ke
Madinah. Berikanlah kesihatan yang baik. Jauhilah kami
daripada kesusahan, mala petaka dan sebarang kesulitan. Ya
Allah, di Madinah, Kau berikanlah rasa cinta, rasa sayang dan

Ya Allah, mudahkan perjalanan kami ke Mina dan Muzdalifah.
Izinkan kami untuk bermabit di sana. Berikanlah kesihatan
yang terbaik semasa kami di sana. Mudahkanlah urusan

3

rasa kasih kepada Masjid Nabi. Ya Allah, aku mahu yang
terbaik. Aku mahu beramal ibadat di sana.

kepadamu
serta
ketakutan
dan
keinginan
untuk
menyampaikan rasa syukur aku kepadaMu. Kau yang Maha
Berkuasa. Kau yang mampu memakbulkan segala
permohonan hambaMu. Ya Allah, aku mahu yang terbaik,
yang teristimewa dan yang terpilih di antara jutaan hambaMu.

Berikanlah aku peluang untuk melakukan ziarah dan dapatlah
aku melalui Makam Rasulullah. Ya Allah, berikanlah aku ruang
solat di Raudhah. Cukupkanlah solatku sekurang-kurangnya
40 waktu secara berterusan. Ya Allah, berikanlah kemudahan
tempat tinggal, makan dan minum. Ya Allah, jangan kau
palingkan rasa takut, rasa gentar dan keinginan mengapa
kami ingin menziarahi kota Madinah. Ya Allah, kau redhailah
niat murni kami.}

Ya Allah, berikanlah dan kurniakanlah kami haji yang mabrur,
haji yang kau redhai dan yang mulia di sisiMu. Ya Allah,
apabila aku pulang ke kediamanku, aku mahu berubah, Ya
Allah. Aku mahu menjadi manusia yang lebih baik di sisiMu.
Ya Allah, berikanlah kebahagiaan kepada kami sekeluarga.
Berikanlah rezeki yang halal dan jauhilah kami daripada
mereka yang suka membuat fitnah. Kaulah yang mencipta
kami dan kami hanyalah hambaMu yang hina dan tidak
berpengetahuan tanpa petunjukMu.

MOHON KEMUDAHAN PERJALANAN PULANG
Ya Allah, Ya Tuhan kami, Kau ampunilah kami. Kau berikanlah
taufik dan hidayah. Kau berikanlah kerahmatan kepada kami.
Ya Allah, selepas selesai manasik haji kami, aku mohon
kepadaMu, permudahkanlah perjalanan pulang kami.
Permudahkanlah urusan di perhentian bas. Permudahkanlah
kami semasa di dalam kenderaan. Ya Allah, jauhilah
malapetaka
semasa
perjalanan
pulang.
Berikanlah
keselamatan kami sehinggalah dapat kami sampai ke tempat
kediaman kami. Ya Allah, kau berkatilah kami Ya Allah.
Ampunilah kami, Ya Allah.

Ya Allah, jika aku dipanggil olehMu, panggillah di saat kau
paling redha dengan aku. Kau masukkanlah aku di kalangan
orang yang beramal soleh. Mereka yang beriman. Kau
tempatkanlah aku di dalam syurgaMu yang paling istimewa.
Syurga Firdaus, Ya Allah. Kami mohon keredhaanMu.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar.

MOHON HAJI MABRUR
Ya Allah, aku adalah manusia jahil. Aku manusia yang kerdil.
Aku banyak dosa kepadamu, Ya Allah. ampunilah diriku. Aku
pergi menunaikan fardhu haji semata-mata kerana taat

4