You are on page 1of 3

ANALISIS AYAT (JENIS-JENIS AYAT)

1)AYAT PENYATA
Definisi:
1. Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud untuk menyatakan
atau menerangkan sesuatu hal.
2. Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat berita atau ayat keterangan.
Ayat contoh:
a) Pelajar-pelajar sedang mengulang kaji pelajaran di perpustakaan.
b) Normah tidak pergi ke sekolah pada hari ini.
c) Dia suka menonton rancangan televisyen.
d) Datuk sedang berehat di ruang tamu.
e) Kami sekeluarga akan melancong ke Taiwan.
2) AYAT SERUAN
Definisi:
1. Ayat seruan ialah ayat yang digunakan untuk melahirkan perasaan seperti
takut, marah, gembira, sakit, benci dan sebagainya.
2. Tanda seru (!) biasanya diletakkan pada akhir ayat seruan.
3. Ayat seruan didahului oleh kata seru seperti amboi, wah, eh, oh, aduh, cis dan
sebagainya.
Ayat contoh:
a) Amboi, cantiknya gadis itu!
b) Wah, mahalnya baju ini!
c) Oh, aku lupa bawa wang hari ini!
d) Cis, berani kamu pukul saya!
e) Syabas, kamu telah menang!
3) AYAT TANYA
Definisi:
1. Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal.
2. Terdapat dua jenis ayat tanya, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat
tanya dengan kata tanya.
3. Tanda soal (?) diletakkan pada akhir ayat dalam tulisan.
Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya
1. Ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat yang diucapkan dengan meninggikan
nada suara pada akhir ayat penyata.
2. Dalam tulisan, nada tanya ini ditandai dengan tanda soal (?).
Ayat contoh:
a) Adik masih belum makan?
b) Pertandingan perbahasan itu akan diadakan minggu hadapan?

c) Bas itu sudah bertolak?


Ayat Tanya Dengan Kata Tanya
1) Ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat yang menggunakan kata tanya
seperti apa, siapa, bila, mana, bagaimana dan sebagainya.
Ayat contoh:
a) Barang itu apa?
b) Pemain piano itu siapa?
c) Hari jadi kamu bila?
2) Dalam bentuk tulisan, ayat-ayat tanya ini perlu menerima partikel "-kah" dan
diletakkan di hadapan ayat.
Ayat contoh:
a) Apakah barang itu?
b) Siapakah pemain piano itu?
c) Bilakah hari jadi kamu?
4) AYAT PERINTAH
1. Ayat perintah ialah ayat yang digunakan untuk menimbulkan sesuatu
tindakan.
2. Ayat perintah terdiri daripada empat jenis, iaitu:
a) Ayat Suruhan
- Minumlah teh ini dahulu.
b) Ayat Larangan
- Jangan petik bunga itu.
- Usah bermain di tepi jalan.
- Tak usah kau campur tangan dalam hal saya.
c) Ayat Silaan
- Silalah pakai topi keledar.
- Jemput makan bersama-sama.
d) Ayat Permintaan
- Minta anda semua bersabar.
- Tolong ambilkan saya secawan air.

JENIS-JENIS AYAT

LATIHAN 1
Kenal pasti jenis-jenis ayat berikut. Tentukan sama ada ayat tersebut ialah ayat penyata,
ayat tanya, ayat perintah atau ayat seruan.
(i) Murid yang miskin itu sudah diberi biasiswa.
(ii) Sudahkah awak membaca novel tulisan A. Samad Said itu ?
(iii) Jamaliah baru sahaja melapor diri untuk bertugas di sekolah ini tadi.
(iv) Wah, awak kelihatan sungguh ceria sejak akhir-akhir ini!
(v) Jangan memuji saya berlebih-lebihan.
(vi) Syabas, teruskan usaha murni awak!
LATIHAN 2
Tentukan jenis ayat di bawah sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan atau ayat
perintah.
1. Aduh, sakit kepalaku ini!
2. Mangsa kemalangan itu telah meninggal dunia.
3. Harap hadirin bersabar seketika.
4. Bilakah tarikh perkahwinan Badrul?
5. Leornardo Da Vinci merupakan pelukis potret Monalisa.
6. Kampung saya bernama Kampung Aman.
7. Biarkan sahaja mereka bermain di situ.
8. Hebatkah Panglima Hitam berbanding Panglima Jali?
9. Tahniah, anda telah memenangi pertandingan itu!
10. Rumah agam di atas bukit itu milik siapa?
LATIHAN 3
Tentukan jenis ayat di bawah sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan atau ayat
perintah.
1. Cis, berani awak datang ke sini!
2. Berapakah harga kereta itu?
3. Jemputlah datang ke rumah saya malam ini.
4. Bapa saya seorang pekebun sayur.
5. Nah, ambil duit ini!
6. Budak yang berbaju merah itu siapa?
7. Adik bongsu saya sudah pandai berjalan.
8. Jangan berlari di sini!
9. Amboi, kacaknya berkaca mata hitam!
10. Ibu sedang menggoreng ikan di dapur.

You might also like