1

BERI PENDAPAT ANDA TENTANG FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA
KEPADA KEJAYAAN DAN KEJATUHAN NAPOLEON BONAPARTE DI
PERANCIS.
1.0 PENGENALAN
Persoalan mengenai kejayaan dan kejatuhan pemerintahan Napoleon Bonaparte di Perancis
banyak sebenarnya. Walaupun sebelum zaman beliau Perancis tidak lah berada dalam
keadaan yang baik, namun beliau telah membawa Perancis lari daripada pergolakan yang
berlaku iaitu dipanggil Revolusi Perancis pada tahun 1789. Sebelum ini Perancis sebagai
sebuah pemerintahan beraja despotic yang boleh dikatakan agung telah mengalami
kemerosotan yang hebat semasa abad ke-18. Muncul Napoleon Bonaparte telah menjadi
Perancis ‘hidup semula’ di mata negara Eropah lain untuk menjadikan Perancis sebuah
negara yang berpengaruh.

Napoleon Bonaparte dilahirkan di Ajaccio, Corsica iaitu pada tarikh 15 Ogos 1769.1
Perawakan beliau pendek dan sederhana, seorang pendiam, dan kelihatan bersungguhsungguh. Beliau meninggal dunia pada tanggal 15 Mei 1821 di Longwood, iaitu di Pulau St.
Helena.2 Napoleon Bonaparte mulai memasuki pendidikannya di Militer Perancis pada tahun
1779 di Brienne dan seterusnya di Paris pada tahun 1784.Berkaitan dengan fizikal, matanya
berwarna kelabu, dan pergerakannya agak kaku. Berasal daripada beberapa keluarga Itali
yang terkenal, pada mulanya namanya ditulis sebagai Napoleon Buonaparte. Ia telah terpilih
bersama-sama dengan anak-anak orang Corsica yang lain untuk diberi pendidikan oleh
kerajaan Perancis. Dengan jalan ini, beliau telah menerima didekan tentera yang baik di
Brienne dan di Paris.

Pada masa mudanya beliau bercita-cita untuk menjadi pemimpin kepada satu
pergerakan bagi mendapatkan kemerdekaan Corsica, tetapi apabila pecah perang Revolusi
Perancis nampak kepadanya bahawa ia dapat meluaskan lagi bidang cita-citanya. Sebagai
seorang jurutera dan anggota pasukan meriam, beliau telah menggantungkan nasibnya kepada
1

H. Hart, Michael, The 100 A Ranking of The Most Influential Person In History, Golden Books
Centre Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, 1989, hlm. 199.
2
Major Drs. Arief Iskandar, Sedjarah Perkembangan Perang Dari Zaman Klasik-Modern, Departemen
Pertahanan-Keamanan Pusat Sedjarah Abri, 1971, hlm. 89.

2

Jacobin bersimpati, sekurang-kurangnya pada zahirnya kepada revolusi, dan beroleh daripada
kempennya di Itali pada tahun 1796, satu gelaran sebagai seorang jeneral yang paling bijak
dalam Republik Perancis.3

Peri atau sifat bagaimana Napoleon Bonaparte menggunakan nama baiknya bagi
menjadikan diri nya ‘tuan’ kepada negeri yang ditumpanginya itu telah pun diterangkan.
Sebab kejayaannya yang terpenting sekali ialah peluang yang diberikan kepadanya oleh
keadaan politik Perancis yang luar biasa pada ketika itu. Selain itu juga sebab sifat-sifat baik
yang dimiliki oleh jeneral Napoleon Bonaparte itu. Pertama sekali beliau mempercayai
sepenuhnya akan kebolehannya. Beliau juga bercita-cita tinggi, tamak, dan ego pada diri
sendiri menyebabkan beliau selalu memikirkan dan merancangkan cara-cara bagaimana
beliau menonjolkan atau memperkenalkan di mata rakyat Perancis.

Napoleon Bonaparte sebelum ini tidak begitu dikenali sama ada dalam kancah politik
mahupun lapangan dalam perang. Beliau sangat bersimpati dengan Revolusi yang berlaku di
Perancis. Walaupun ia selepas kejatuhan Robespierre4, bersungguh-sungguh menafikan
sebarang pertalian dengan puak-puak radikal pelampau. Napoleon Bonaparte dikenali
masyarakat Perancis apabila beliau dengan bijaksana nya dapat menghalau British dari
bandar Toulon pada tahun 1793. Selain itu, beliau juga berjaya mempertahankan Majlis
Perhimpunan Kebangsaan daripada serangan orang-orang Paris pada tahun 1795 yang
menjadikan dan menganggapnya sebagai sahabat kepada undang-undang dan ketenteraan.5

3

Hayes, Carlton Joseph Huntley, Sejarah Eropah Moden hingga 1870, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, 1971, hlm. 625.
4
Kejatuhan Robespierre atau dipanggil Reaksi Thermidor bermaksud sebagaimana yang telah dilihat
tamatnya pemerintahan ganas yang bermaharajalela. Selain itu, ia juga bererti merosotnya pengaruh orangorang Paris ke atas Perhimpunan Kebangsaan dan menyebabkan kebolehan golongan pertengahan yang
menjadi ahli perhimpunan mengarahkan peringkat akhir kegiatan mereka mengikut kepentingan ekonomi
mereka sendiri. Lihat Hayes, Carlton Joseph Huntley, Sejarah Eropah Moden hingga 1870, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1971, hlm. 616.
5
Ibid., hlm. 619.

sosial..6 Lantas. 2.1. Pada 2hb Disember 1804.. perbincangan dalam esei ini pada mulanya akan membincangkan tentang kejayaankejayaan Napoleon yang menjadi persoalan pertama dalam esei ini. mencadangkan supaya jawatan Konsul yang dipegang oleh Napoleon itu dijadikan jawatan keturunan dan gelaran Konsul itu ditukar kepada gelaran Maharaja. 8 Perlembagaan Tahun III memberi kuasa perundangan kepada dua buah dewan yang dipilih oleh pilihan raya secara tidak langsung dan terhad.1 KEADAAN POLITIK 2. Napoleon Bonaparte telah dilantik menjadi Konsul seumur hidup dengan pungutan suara terbanyak. dua tahun berikutnya Senat yang hanya sebagai alat ketika itu. cadangan ini telah diakui oleh satu pungutan suara terbanyak. hlm. dan juga undang-undang di Perancis. Oleh itu. Oleh itu. Perbuatan 6 Ibid. ekonomi. Satu dewan rendah seramai 500 ahli untuk mencadangkan 7 .0 FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN PEMERINTAHAN NAPOLEON BONAPARTE. dengan adat istiadat secara besar-besaran yang dilangsungkan di Gereja besar Notre Dame. tugas Napoleon Bonaparte yang pertama dalam peranannya ialah mengadakan satu perlembagaan kerajaan untuk menggantikan Perlembagaan III8. Jeneral Napoleon Bonaparte telah meletakkan mahkota di atas kepalanya sendiri dan sekali gus menggelar dirinya sebagai Napoleon I iaitu Maharaja Perancis. Pembaharuan serta perubahan yang di usaha telah meletakkan Perancis daripada zaman Revolusi Perancis itu kepada pemodenan yang baru untuk keseluruhan rakyatnya.3 Mengenai perkahwinan Napoleon Bonaparte.7 Setelah berjaya menakluki Perancis. 2. serta dihadiri oleh Paus Pius VII yang telah datang dari Rom kerana menyerikan peristiwa itu. pemerintahan Napoleon Bonaparte di Perancis telah banyak membawa kepada perubahan iaitu dari segi politik. manakala seterusnya akan membincangkan tentang faktor-faktor kejatuhannya. Secara umumnya. 634.1 Konsul dan Maharaja Pada tahun 1802. Ibid. akhirnya pada tahun 1796 beliau berkahwin dengan Josephine Beauharnais iaitu janda seorang jeneral revolusi serta perempuan simpanan kepada seorang anggota Badan Pengarah. Kemudian. memberinya peluang baik untuk berjuang dalam bidang politik dan kancah perang.

Beliau telah melantik tiga orang Konsul.. undang-undang dan sebuah majlis Purba seramai 250 orang untuk mengkaji dan menjadikannya sebuah undang-undang. Lihat Ibid. Badan Mahkamah membincangkan perihal undang-undang yang telah dicadangkan dengan tidak mengambil apa-apa undian terhadapnya. 9 Ibid. di mana yang pertama ialah Jeneral Bonaparte dan yang lain-lainnya ialah orang-orang pilihannya sendiri. 10 Di mana keadaan di Perancis semakin buruk. hlm. masalah kewangan kemasyarakatan semakin meruncing.627. dan mengawasi pelaksanaan undang-undang itu. Perlembagaan Bonaparte untuk Konsul disetujui oleh satu pungutan suara ramai dan dikenali sebagai Perlembagaan Republik Tahun VIII. Kuasa Kerja telah diserahkan kepada satu Badan Pengarah seramai 50 orang yang akan dipilih oleh Badan Perundangan dan yang akan melantik Menteri-menteri negara atau kabinet. Komplot-komplot baru muncul.9 Satu sebab mengapa bangsa Perancis begitu bersedia menyetujui perbuatan merampas kuasa yang tidak sah secara terang-terangan itu ialah disebabkan negeri itu masih lagi diancam oleh satu kuasa luar yang akan menggugat negeri itu. mereka sedang berura-ura atau berbincang hendak menyerang negeri Perancis. Manakala Badan Undangan pula mengundi di atas undang-undang yang telah dicadangkan tadi dengan tidak perlu membincangkannya.. Badan Konsul terpaksa menghadapi kondusi yang sama seperti yang dihadapi oleh Badan Pengarah pada tahun 1796.4 beliau ini telah menyembunyikan sifat diktator ketenteraan nya di sebalik topeng bentukbentuk yang disukai ramai. Seperti yang kita lihat dahulunya pada tahun 179910 askar-askar campuran yang kedua telah merosakkan penyelesaian Campo Formio. Oleh itu. Hanya Konsul Pertama yang boleh mencadangkan perundangan. sebuah Badan Mahkamah dan sebuah Badan Undangan. hlm. . Konsulkonsul ini akan memilih Senat yang akan memikirkan masalah perlembagaan yang juga akan melantik dari satu daftar nama-nama yang telah dipilih mengikut kesukaan orang ramai. dan setelah menduduki Itali dan daerah di lembah Rhine. 622. dan akhirnya semakin bermula semula perang kuasa-kuasa luar secarabesar-besaran.

Konsul Pertama mendapati dirinya bebas untuk menumpukan daya kebolehannya bagi memerintah dan menjalankan tugas-tugas di dalam negeri. Konsul Pertama telah menyiapkan kempen Itali nya menentang Austria. Austria telah meminta perdamaian dan berjaya mewujudkan Perjanjian Luneville (1801) yang menegaskan dan menguatkan lagi syarat Perdamaian Campo Formio. ia telah menuruni lembah Po yang subur itu di Marengo. Dengan keadaan bahawa semua musuh luar negerinya ditewaskan. di Selatan Jerman. tetapi juga menyebabkan Tsar Paul11 yang kurang sihat itu mengambil tindakan berpaling tadah terhadap Great Britain dan bersikap berkecuali dalam segala hal mengenai peralatan senjata di bahagian Utara Eropah. dengan wilayahwilayah kepunyaannya meluas hingga ke Rhine. dan dengan sahabat-sahabatnya di negeri Sepanyol dan kerajaan boneka seperti republik-republik Batavia. tiba-tiba dalam perjalanannya mengetuai tentera Perancis melalui jalan yang buruk dan bersalji di pergunungan Alps. termasuk Rusia. Pejabat Konsul bermaksud mewujudkan satu perdamaian yang berfaedah bagi Perancis. Helvetise. Namun. Napoleon Bonaparte berjaya dengan menggunakan pujian dan diplomasi. dan Denmark. memerintah dari tahun 1796-1801. di bawah pemerintahan Moreau. Sementara itu. ia telah menyebabkan kekalahan yang teruk ke atas pihak musuh. Ligura. di Hohenlinden. Kemenangannya di Itali ini telah ditambah pula beberapa bulan kemudian dengan satu lagi kemenangan bagi pihak askar-askar Perancis. dalam bulan Jun 1800. . Prussia Sweden. Penubuhan Konsul pada tahun 1799 hingga 1804 adalah satu masa di mana Napoleon Bonaparte memberikan khidmatnya yang paling berguna dan paling kekal bagi kemajuan Perancis dan institusinya. dan Cisalpine.5 Dalam masa yang singkat. bukan sahaja menyebabkan Rusia menarik diri. Hasilnya. 11 Tsar Paul merupakan anak lelaki Catherine Yang Agung.

Ismail. Selain itu. ekonomi. Penaklukan Perancis hanya berlangsung dalam tempoh lebih kurang tiga tahun sahaja iaitu dari tahun 1798 hingga 1801. Hal ini boleh dilihat dengan kenyataan mereka yang mengatakan: ‘… without Bonaparte. dan sosial. Dalam penaklukan ini. 88. Ismail. tetapi majoriti sarjana Barat mendakwa bahawa peristiwa ini telah mendorong banyak kesan positif kepada Mesir sehingga dikatakan kemasukan Perancis ke Mesir merupakan ‘zaman moden’ di negara itu. modern Egypt is inconceivable…’12 Penyataan ini menggambarkan bahawa Perancis telah membawa kemodenan serta kemajuan kepada Mesir dan penaklukan kuasa Eropah ini telah meninggalkan kesan positif yang besar dari segi politik. 13 Wan Kamal Mujani & Napisah Karimah Hj. penguasaan ke atas Mesir juga dapat meneruskan hasrat beliau untuk meluaskan kekuasaan ke atas Palestin. hlm.13 12 Wan Kamal Mujani & Napisah Karimah Hj. The Impact of French Occupation on Egypt (1798-1801): A Reassesment. Penaklukan Mesir juga didorong oleh cita-cita tinggi Napoleon Bonaparte untuk meluaskan Empayar Perancis ke Timur seperti yang pernah dilakukan oleh Iskandar Zulkarnain iaitu seorang tokoh Greek pada zaman kegemilangan Yunani. Meskipun penaklukan berlangsung dalam masa yang singkat. Napoleon Bonaparte merupakan salah seorang Jeneral Perancis yang mengetuai ekspedisi penaklukan tersebut. Akademika 79 (Mei-Ogos): 2010: 87-103. hlm.1.2 Penaklukan Perancis di Mesir oleh Napoleon Bonaparte Perancis merupakan negara Eropah yang terawal menduduki Mesir selepas berlaku kemerosotan politik dalam pemerintahan ‘Uthmaniyah di Mesir pada penghujung abad ke-18. . Iran. Napoleon Bonaparte telah memenangi beberapa siri peperangan yang melibatkan Perancis menentang musuh-musuh di sekitar negaranya setelah mengimpikan penubuhan sebuah Empayar Timur sekali gus berharap dapat menyekat hubungan antara British dan India. The Impact of French Occupation on Egypt (1798-1801): A Reassesment. dan Pakistan. Afghanistan.6 2. 89. Akademika 79 (Mei-Ogos): 2010: 87-103. Keadaan politik di Mesir yang tidak stabil di bawah pentadbiran Bey-bey (bermaksud ketua atau pemimpin) Mamluk yang saling bermusuhan antara satu sama lain juga mendorong Perancis untuk menamatkan kekuasaan golongan itu di Mesir.

Kejayaan Napoleon Bonaparte menakluki Kaherah menyebabkan Gabenor Mesir iaitu Bakr Pasha dan pimpinan Mamluk seperti Ibrahim Bey serta pegawai-pegawai ‘Uthmaniyah yang lain termasuk Kadi Besar yang dilantik oleh Sultan Uthmaniyah melarikan diri menuju ke Syria. yang tinggal di Mesir hanyalah golongan 14 Ibid. Sementara Murad Bey yang juga salah seorang pemimpin Mamluk bersama pengikutnya melarikan diri menuju ke selatan Mesir. Dengan penguasaan Lautan Mediterranean. 14 Dalam aspek politik. Penguasaan kedua-dua laut tersebut adalah penting untuk menguasai perdagangan antara Timur dan Barat. Kedudukan Mesir yang strategik iaitu di antara Laut Mediterranean di sebelah utara dan Laut Merah di barat telah menjadikan negara yang paling dekat untuk menghubungkan Eropah dengan negara-negara Timur. Di samping itu.7 Aspek ekonomi dalam penaklukan Mesir.. Mesir mempunyai bahan-bahan mentah yang boleh digunakan bagi keperluan industri dan juga merupakan tempat berpotensi untuk memasarkan barang-barang siap keluaran industri Perancis. Hal ini demikian kerana perdagangan British di Timur dan India semakin bertambah lancar dan hal ini akan menjejaskan perdagangan Perancis di Timur. Selain itu. . penaklukan Perancis di Mesir dapat dilihat dalam pentadbiran yang mana melibatkan pembentukan ‘Diwan’. perlantikan Kadi Besar dalam kalangan ulama tempatan serta perubahan dalam undangundang. penglibatan ulama dalam pentadbiran. Perancis dapat mengatasi kekuatan armada British dan mengganggu perdagangannya di Levant. sekiranya Perancis dapat menguasai Mesir. boleh dilihat dengan permusuhan antara Perancis dan British bertambah sengit setelah berlakunya Revolusi Perancis pada tahun 1789 dan munculnya Napoleon Bonaparte yang bercita-cita tinggi. Kesemua perubahan ini adalah disebabkan pendudukan Perancis di Mesir. Parsi. dan India. keupayaan Mesir dalam pengeluaran bijirin boleh dijadikan sebagai pusat utama penghasilan makanan untuk Perancis kerana sejak tahun 1780-an berlaku kemerosotan hasil pertanian dan bijirin di Perancis. Bagi memastikan hubungan British dengan jajahannya di India selamat ketika menjalinkan hubungan dengan pemimpin Mamluk yang memerintah Mesir pada tahun 1798 dan secara langsung berjaya menguasai laluan perdagangan di Laut Merah. maka mereka dapat menguasai seluruh perdagangan yang menggunakan kedua-dua laluan tersebut. Oleh itu. Oleh itu. Penguasaan Tanjung Harapan (Cape of Good Hope) oleh British juga menyebabkan Perancis semakin tertekan. Hal ini telah menjadikan Mesir sebagai pembekal bijirin kepada Perancis.

1999. hlm. Sedjarah Perkembangan Perang Dari Zaman Klasik-Modern.. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. terusan yang baik dan perdagangan yang maju. James Gibb-Stuart. Ini dapat dilihat daripada ucapan beliau dalam pengisytiharannya yang berbunyi: "Bumi Mesir pada satu ketika dahulu. dan keberanian yang tersendiri. Christian.8 lemah dan mereka yang tidak mahu melarikan diri antaranya ialah sebilangan ketua penduduk tempatan. Napoleon and Islam from French and Arab Documents.3 Ketenteraan Pada tahun 1785 beliau diangkat menjadi perwira artileri (tentera). terdapat bandar-bandar yang terkenal. Arief Iskandar. ketika jeneral-jeneral Perancis yang lebih tua dan lebih berpengalaman merasa sukar untuk menyerang bahagian selatan negeri Jerman. menundukkan orang-orang Sardinia. pedagang-pedagang luar dan para petani. Diwan yang dinamakan oleh Perancis sebagai ‘Diwan Kaherah’ yang telah ditubuhkan pada 25 Julai 1798. Panglima Muda yang baru berumur 27 tahun telah menakluki orang-orang Austria dari negeri Itali. Bhd. dia menyeberangi Banjaran Alps. Napoleon Bonaparte telah mengadakan rundingan dengan ulama al-Azhar untuk mencapai persetujuan dengan penubuhan sebuah majlis dinamakan ‘Diwan’ dengan anggotanya terdiri daripada golongan ulama yang digelar ‘ Shaykh’. 1971. Sardinia telah dipaksa 15 Ibid. kedatangan Perancis juga dilaporkan bertujuan menjana semula kegemilangan tamadun yang pernah dicapai pada zaman Mesir Purba dan zaman sebelumnya di samping mengaut hasil peninggalannya.1.17 Pada tahun 1796 juga.16 2.Diwan Kaherah ini merupakan sebuah majlis perwakilan yang dianggotai oleh sepuluh orang ahli jawatankuasa yang terdiri daripada golongan ulama. 92. Dengan semangat yang berjangkit. 16 . setahun kemudian iaitu tahun 1786 beliau diangkat menjadi Panglima Tentera di Itali. hlm. Departemen Pertahanan-Keamanan Pusat Sedjarah Abri. 6. hlm. dan dalam masa setahun telah dapat menghapuskan lima buah pasukan tentera Austria dan menduduki setiap kota pertahanan di utara Itali. 17 Major Drs. Beliau pernah memegang sebahagian dari tentera pendudukan di Teulon dan sejurus itu pada tahun 1795 beliau menjadi komandan tentera pemerintah Paris. kaedah yang bijak. Terj. Napoleon menyedari bahawa Mesir pada suatu ketika dahulu mempunyai sejarah kegemilangan dan bertamadun tinggi. 89. Cherfils.15 Tambahan lagi.

9 menyerahkan Savoy dan Nice kepada Republik Perancis. perancang-perancang dari pelbagai fahaman politik meminta sokongan beliau. Sememangnya orang ramai menyanjung beliau. Hal ini kerana supaya membuat perjanjian perdamaian yang akan menguntungkan Republik Perancis.. Selain itu. Beliau menjadi bahan perbualan orang yang paling ramai di negeri Perancis. dan Belanda. Hal ini menjadi permulaan satu siri kejayaan tentera yang cemerlang yang mana mengharumkan nama Napoleon Bonaparte sebagai tentera yang paling terkemuka dalam zaman moden. Prussia.18 Hasilnya yang cepat ialah untuk membubarkan Pakatan Pertama dengan memaksa Austria dan Sardinia supaya mengikut contoh Sepanyol. . Dengan Persetiaan Campo Formio (1797). Suatu kongres akan berhimpun di Rastatt untuk menyusun semula peta Empayar Rom Suchi dengan bertujuan untuk membayar ganti rugi tanah putera-putera Raja Jerman di tebing Sungai Rhine yang telah dimiliki oleh Perancis. tetapi bersetuju tidak akan masuk campur tangan dalam bahagian-bahagian lain di negeri-negeri Itali. pada tahun 1798. Dalam pada masa yang sama juga kerajaan takut tetapi memuji-muji nya. Beliau pandai mengambil kesempatan yang mana merosotnya penghargaan masyarakat Perancis kepada kerajaan ketika itu. hlm. Austria telah minta berdamai. Hanya Great Britain sahaja yang masih berjuang menentang Lembaga Pengarah. para Pengarah merasa lega dan bersetuju dengan rancangan yang dicadangkan oleh wirawan yang di sukai ramai (Napoleon Bonaparte) itu untuk menghantar ke Mesir satu angkatan Perancis dengan bertujuan mengganggu hubungan di antara Great Britain dan India. Kempen tahun 1796 hingga 1797 iaitu dikenali dalam sejarah sebagai kempen Itali pertama. Selain itu. Kempen Mesir pada tahun 1798 itu adalah lebih menarik 18 Ibid. Perancis telah mendapat negeri Belanda yang pada ketika itu di bawah kuasa Venetian. Apabila tentera Napoleon Bonaparte mara ke Vienna. yang hampir-hampir sama juga segera nya dan sesungguhnya yang lebih bererti ialah kemasyhuran diri Napoleon Bonaparte dengan tiba-tiba atau secara mendadak. malah bertambahnya kepercayaan mereka terhadap Napoleon Bonaparte. pertama. 620. Satu lagi hasil kempen Itali.

. Beliau meminta Piramid menjadi saksi tentang keberanian orang-orang Perancis.10 perhatian daripada beroleh kejayaan. Beliau berpakat dengan Sieyes iaitu salah seorang daripada Pengarah. malah menjadi semakin buruk. dalam tempoh sepuluh tahun setengah daripada tarikh Perhimpunan Dewan Rakyat di Versailles. beliau berjaya mengalahkan kerajaan dan melantik dirinya sendiri menjadi pemerintah tertinggi tentera. Ekoran dengan itu. masalah kewangan kemasyarakatan semakin meruncing. 2.1. Apa yang penting. pendapat umum membolehkan Napoleon Bonaparte dapat menggulingkan kerajaan Badan Pengarah. Oleh hal demikian. Semasa Napoleon Bonaparte berada di luar negeri.19 Jeneral Bonaparte sendiri bernasib baik dapat mengelakkan kapal-kapal perang British dan balik ke Perancis. tetapi sementara itu kerja-kerja Lembaga Pengarah telah menjadi begitu kucar-kacir atau tidak teratur. dan akhirnya semakin bermula semula perang kuasa-kuasa luar secara besarbesaran. Napoleon Bonaparte mengepung Dewan Perhimpunan bersama-sama dengan pasukan askar yang taat kepadanya. Beliau juga menjadikan anak negeri yang beragama Islam itu berasa bersyukur dengan memuji-muji agama mereka. 19 Disinilah seorang pegawai tentera dalam angkatan ini menjumpai Batu Rosetta yang terkenal itu. beliau telah menggalakkan pengkajian zaman purba. keadaan di Perancis tidak lah baik. Napoleon Bonaparte membuat ucapan yang berapi-api atau bersemangat kepada soldadu-soldadu nya (angkatan tentera). rampasan kuasa ini telah diikuti pula dengan pengisytiharan satu Perlembagaan baru yang mana Jeneral Napoleon Bonaparte dilantik menjadi Konsul pertama bagi Republik Perancis.4 Merampas Kuasa Dalam masa sebulan daripada sekembalinya beliau dari Mesir. Ramalan-ramalan Marat dan Robespierre telah menjadi kenyataan di mana mereka menganggap seorang diktator tentera telah lahir. Orang-orang Perancis mempercayai bahawa angkatan tenteranya yang terakhir itu telah beroleh kejayaan. kerajaan berparlimen yang popular di Perancis telah musnah di hujung pedang. dan dengan bantuan hiroglifa purba Mesir boleh di baca. Pada 9hb dan 10hb November 1799. Komplot-komplot(pakatan) baru timbul.

Perkataan-perkataan inilah yang ditulis oleh pendukung-pendukung Revolusi di bangunan umum mereka. ‘Kebebasan’ membayangkan suatu cita-cita politik. perkataanperkataan ini lah yang tidak di padam oleh Napoleon Bonaparte. 20 Ibid.11 Pada tahun 1799. Rakyat merupakan berkuasa penuh yang berdaulat. dan runtuhnya sistem feudal. Jadi. dan Fraternite’20 yang bererti Kebebasan. hal ini menunjukkan betapa bijak dan berkuasa nya Napoleon Bonaparte pada ketika itu yang masih muda lagi. hapusnya perhambaan. Rakyat hendaklah mempunyai kebebasan berfikir. timbulnya pemerintahan diktator tentera tidak melindungi erti atau kepentingan pemberontakan Perancis yang mendalam. Yang ketiga pula ialah ‘Persaudaraan’ di mana membawa erti lambang perasaan bersaudara bagi mereka yang berazam menjadikan dunia ini lebih baik. persamaan sosial. dan lebih adil. hlm. . Persamaan. lebih gembira. ‘Persamaan’ membawa erti tamatnya hak-hak istimewa. Walaupun begitu. Hal ini membawa maksud bahawa semua manusia adalah sama sahaja dari segi undang-undang dan bahawa setiap orang haruslah mempunyai peluang yang sama dengan orang lain dalam menjalani hidup dan mengejar kesenangan. namun telah berjaya merampas kuasa dan menjadikan dirinya berkuasa di Perancis. perkataan ini menjadi simbol nasionalisme baharu. Pelawat-pelawat di Paris sekarang masih lagi dapat melihat di sekeliling mereka dengan perkataan ‘Liberte. dan berharta. Egalite. kebebasan politik. Napoleon Bonaparte hanya berumur 30 tahun. mengeluarkan pendapat. dan bukannya raja. 624. Apa yang penting. Dalam pada itu. dan mereka anggap mengandungi pengertian dasar Revolusi itu. beragama. menerbitkan sesuatu.. dan Persaudaraan. Akhirnya. dan semangat patriotik perlu kekal menjadi cita-cita atau harapan mereka yang mencari ilham daripada Pemberontakan Perancis sehinggalah ke hari ini.

mereka boleh minta berunding dengan ketua. Pemusatan pentadbiran yang demikian ini tidak memberi peluang kepada rakyat untuk bersuara terhadap hal ehwal orang ramai. dan kepada Perancis sahaja ia mengekalkan hasil revolusinya.itu dikurniakan kepada sesiapa juga rakyat yang telah memberi khidmat yang terpuji. ‘Apa yang dikehendaki oleh rakyat Perancis’. tetapi mereka hanya menghadiri mesyuarat dua minggu sahaja dalam setahun.12 2. beliau mengakui dirinya sebagai ‘Anak Revolusi’. Ini. dalam kedudukan politiknya. Cara ini adalah dibantu oleh satu pasukan polis yang cekap. Namun begitu.5 Menyelesaikan Revolusioner Di Perancis Sepanjang perkhidmatan Napoleon Bonaparte. Kepada revolusi lah ia terhutang budi terhadap kedudukannya di Perancis. Pada dasarnya ini adalah pengembalian dan penyempurnaan sistem yang dijalankan oleh Cardinal Richelieu dan yang kan digunakan oleh Louis XIV. tanpa mengira keturunan mahupun agama. pasukan tentera yang taat setia dan juga penapisan persuratkhabaran yang ketat. dan tidak mengakui sebarang perbezaan kelas. Napoleon Bonaparte mengamalkan revolusinya dengan memberatkan persamaan lebih daripada kebebasan. Dalam pada masa yang sama. Pangkat kehormatan yang ditaja dan diikutinya -the Legion of Honour. . ‘ialah persamaan. Ahli-ahli majlis tempatan yang dipilih oleh orang ramai diadakan terus. Diktator Bonaparte merupakan lebih bermaharajalela lagi daripada pemerintahan diraja Louis XIV. tegas beliau. persamaan. iaitu jaguh keunggulan kebebasan. tetapi kebaikannya ialah menyelaraskan langkah yang cepat dan cekap dalam menjalankan undang-undang kerajaan. Namun. Dalam kedudukan sosialnya. dan ia mentafsirkan persaudaraan dari segi pengertian kebangsaan dan bukan antarabangsa. Semua Datuk Bandar kota-kota dan desa adalah diangkat oleh ketua tadi atau dilantik secara langsung oleh kerajaan pusat. tetapi mereka tidak ada kuasa terhadap ketua. bukan kebebasan’. ia mematuhi hasil-hasil revolusi. dan persaudaraan. dan mereka hanya mengendalikan pentafsiran cukai.1. Napoleon Bonaparte telah menukarkan kerajaan Tempatan dan daerah-daerah yang lebih kecil (arrondisements) daripada pegawai-pegawai yang dipilih ramai kepada ketua dan ketua kecil yang dipilih sendiri.

Semua tindakan yang berkaitan dengan ekonomi akan dilakukan dengan lebih berhati-hati oleh Napoleon Bonaparte agar tidak ada sebarang masalah yang wujud dan memastikan masalah yang sama tidak akan berulang lagi. beliau telah berhati-hati 21 22 Ibid. beliau telah menambahkan hasil negara. Kemuncak kejayaannya dalam usaha memperbaiki keadaan kewangan negeri ialah penubuhan Bank Perancis pada tahun 1800. Perlu diingat bahawa keadaan kewangan yang tidak menentu arah itu adalah menjadi sebab yang penting kejatuhan pemerintahan diraja yang mutlak (monarki) dalam tahun 1789. . Sebagai contoh. 630.2 KEADAAN EKONOMI 2.21 2. Carlton. dan sehinggalah kerja-kerja raya telah menunjukkan mantan-mantan tangan kediktatoran jeneral lebih daripada revolusi yang meyakinkan. Dari awal-awal lagi Napoleon Bonaparte menjaga supaya perkara ini tidak akan berulang lagi atau boleh dikatakan tidak mahu pisang berbuah dua kali. Pencapaian Napoleon Bonaparte dalam bidang ekonomi ialah beliau berjaya menubuhkan Bank Perancis pada tahun 1800. dan kerajaan di bawah Pengarah 1799.1 Bank Perancis Dalam perkembangan Perancis di bawah pimpinan Napoleon Bonaparte telah mencapai pelbagai kejayaan dari pelbagai bidang terutama dalam bidang ekonomi yang mana telah banyak memberi sumbangan kepada Perancis. serta memaksa orang-orang yang negerinegeri mereka ditawan supaya menyokong tentera-tenteranya. America. H.2. Pembaharuan-pembaharuannya yang pelbagai itu iaitu kewangan. Napoleon Bonaparte mewujudkan kecenderungan kepada pemusatan kebangsaan dan kediktatoran tentera yang mengetepikan kebebasan perseorangan. hlm. The MacMillan Company. 1953.. keagamaan. Dengan pemeliharaan ekonomi negaranya. Modern Evrope to 1870. Dengan pemungutan hasil yang cermat. dengan menghukum pegawai-pegawai yang rasuah dengan beratnya. 538. Hayes. hlm. kekacauan kewangan pernah berlaku di Perancis dan ianya merupakan sebagai satu peristiwa teruk yang akan sentiasa diingati kerana masalah kewangan ini telah menyebabkan sistem monarki runtuh sepenuhnya pada tahun 1789 dan Direktori dalam tahun 1799. kehakiman.13 Sebagaimana di dalam pentadbiran. keadaan dalam dasar negerinya. J. pendidikan.22 Ekonomi domestik yang teruk juga berlaku akibat masalah rasuah dalam kalangan para pegawai. Hal ini kerana.. ia telah dapat menjimatkan perbelanjaan negara.

masalah-masalah kewangan ini telah mendorong Napoleon untuk menubuhkan sebuah Institusi Bank Perancis. jelaslah bahawa dari aspek ekonomi juga Napoleon Bonaparte telah berjaya mengatasi segala masalah yang berlaku dan hal ini . pada tahun 1803. kewajaran faedah tunggakan. Institusi Bank Perancis ini telah berjaya memulihkan keadaan ekonomi yang berlaku. membiayai loteri kerajaan dan pembiayaan tertentu telah diambil alih oleh kerajaan. Di samping itu. Selanjutnya. Tambahan pula. perubahan cukai yang berlaku akibat penyingkiran banyak rasuah dan lebih bayaran tertentu kepada kerajaan.000. sekumpulan jurubank telah membuat perancangan untuk menubuhkan sebuah bank. bajet kerajaan juga menjadi lebih seimbang yang mana penyusunan semula sistem cukai dan pelaksanaan ekonomi yang lebih ketat dalam perbelanjaan kerajaan telah dilakukan. dan 30. modal telah ditingkatkan lagi pada 45.000 Franc. pembahagian dan pengumpulan cukai pula diamanahkan kepada agen yang telah dilantik oleh kerajaan pusat. namun begitu. Institusi Bank Perancis tersebut telah ditubuhkan dengan menggunakan modal sebanyak 30. pihak Konsul Kerajaan juga turut memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah ekonomi Perancis. Oleh itu. Oleh itu. Kemudian. untuk meluaskan lagi Bank Perancis. Perancangan untuk mengatasi masalah ekonomi di Perancis telah dilakukan sebelum 1800 lagi. Selepas tahun 1803.14 mengumpul cukai kepada masyarakat Perancis dalam meningkatkan hasil negara.000 Franch lagi dengan jualan syer saham. Hal ini dapat dilihat. Antara perkara-perkara yang dilakukan adalah seperti melakukan kerja-kerja membaik pulih kewangan kebangsaan.000 Franch. pengaruh Bank Perancis telah meluas ke seluruh Perancis melalui cawangan-cawangannya serta menjadi institusi kewangan yang paling berkuasa dan kuat dalam negara Perancis. tiada apa-apa yang dilakukan sehinggalah Napoleon yang mengambil alih untuk menyelesaikan masalah kewangan selepas peristiwa 18 Brumaire. pada tahun 1796. baucer. Segala hutang negara telah dikukuhkan dengan selamat dari segala bahaya. membantu masyarakat yang mana tanah mereka diserang untuk menyokong tenteranya dan sebagainya. perbendaharaan bayaran dan sebagainya. Kebanyakan masalah kewangan dilakukan dengan membayar anuiti kerajaan. draf bank.

Kelima. dan seorang pun tidak dibenarkan membuka sekolah baharu atau mengajar di khalayak umum kecuali dia mendapat kebenaran Universiti. . sekolah permulaan atau sekolah rendah mesti diadakan oleh setiap masyarakat di bawah pengawasan am prefect (ketua-ketua) atau sub-prefect (ketua-ketua kecil). Latin.1 Pelajaran Kebangsaan Pendidikan di Perancis amat dititikberatkan supaya lahirnya cendekiawan-cendekiawan. Hal ini supaya satu sistem pendidikan perlu diperkemaskan untuk menjadikan rakyat Perancis ke arah yang lebih moden. sekolah menengah atau sekolah grammar harus memberikan satu latihan istimewa dalam Bahasa Perancis. hlm. Pegawai-pegawai penting akan dilantik oleh Konsul Pertama. Health and Company. dengan tujuan dan minat yang sama menyebabkan Konsul Pertama menggesa supaya satu rancangan berkaitan pendidikan kebangsaan perlu diwujudkan. Perancis. dan sains permulaan.C. D. Kedua. Sekolah-sekolah ini adalah diarahkan supaya mengambil dasar-dasar pengajarannya daripada prinsip-prinsip tatatertib agama Kristian dan kesetiaan terhadap ketua negara. Lycess atau sekolah tinggi perlulah diadakan pada setiap bandar yang penting dan pengajaran dalam cabang ilmu yang tinggi-tinggi harus diberikan oleh guru-guru yang dilantik oleh kerajaan. Ketiga. Europe : From the Renaissance to Waterloo. Pertamanya. 2. Di atas dasar yang telah dibuat beberapa tahun dahulu oleh barisan-barisan revolusioner. 719. sekolah perkhidmatan awam. seperti sekolah teknik. America.3 KEADAAN SOSIAL 2. Universiti Perancis ditubuhkan untuk mengekalkan keseragaman di seluruh sistem pendidikan.23 Penubuhan bank yang ditubuhkan oleh beliau sangat memberi kelebihan kepadanya kerana kawalan ekonomi di Perancis begitu baik untuk dibandingkan dengan negara Eropah yang lain.15 merupakan satu kejayaan yang besar dalam negara Perancis. 1967. Keempat. dan sama ada sekolah itu sekolah bantuan orang ramai mahupun sekolah swasta. satu sistem pendidikan yang agung bagi negara Perancis telah dibuat. pusat pengambilan guru-guru bagi sekolah-sekolah orang ramai adalah disediakan di sekolah-sekolah biasa yang didirikan di Paris. Keenam. ia haruslah di bawah kawalan kerajaan kebangsaan. dan sekolah tentera merupakan di bawah ketentuan orang ramai.3. sekolah khusus. Oleh itu. Walaupun 23 Robert Ergang.

Oleh itu. yang kebanyakannya dikendalikan oleh Gereja Katolik.3. dan Belanda. yang agak penting. 24 25 Ibid. hlm. pertumbuhan ekonomi Perancis semakin meningkat. Pada tahun 1811. namun sistem baharu ini agak mengalami kesukaran disebabkan kekurangan perbelanjaan dan guru-guru biasa. Sepanyol. Bilangan penduduknya menjadi berlipat kali ganda pada zaman beliau. Istana-istana negara dibina semula dan diperindahkan. Dengan perbelanjaan kerajaan Perancis yang sederhana.. beliau memperbaiki cara perhubungan dan perniagaan di dalam negeri dan meninggikan taraf ekonomi kebajikan penduduk-penduduk yang ramai. .25 Di samping itu juga.2 Kerja Raya Napoleon Bonaparte telah membuktikan dirinya sebagai seorang yang memberi manfaat dan kebaikan kepada perkhidmatan kerja raya. kerana orang-orang tahanan perang disuruh bekerja di dalam bidang ini. usaha-usaha yang perlu dijalankan tadi terdapat juga usaha-usaha untuk membaiki penghidupan (cara hidup). Bangunan Muzium (The Louvre) telah disiapkan dan diisi dengan karya-karya seni yang dirampas oleh Napoleon Bonaparte sebagai sebuah hasil kemenangannya dari Itali. 632. Tugu-tugu didirikan. Banyak jambatan telah didirikan. Selain itu. hal ini berlanjutan yang mana apabila berakhirnya zaman pemerintahan Napoleon Bonaparte.16 Napoleon Bonaparte berusaha banyak kali di dalam hal ini. Kota Paris diperindahkan lagi. Paris mula menjadi sebuah kota hiburan di Eropah. dengan pertumbuhan kemudahan-kemudahan semua ini. Jalan-jalan air dan terusan-terusan air telah diperbaiki lagi. pelabuhan-pelabuhan laut yang penting untuk angkatan laut dan juga untuk perdagangan telah diperbesarkan dan dibentengi terutama sekali pelabuhan-pelabuhan di Cherbourg dan Toulon. beliau telah dapat mengira sebanyak 229 batang jalan tentera yang luas telah dibinanya. Pada masa pemerintahan Konsul. Ibid.24 2.. lebih setengah daripada jumlah kanak-kanak Perancis masih lagi belajar di sekolah-sekolah swasta. Dalam bidang ini beliau telah menunjukkan kejayaannya sebagai pemerintah di Perancis yang berjaya. sebanyak 30 batang dari Paris ke segala pelosok negara Perancis.

Kuala Lumpur. Kebebasan beragama (bagi para penganut Protestant dan kepercayaan lain) adalah dijamin. 27 26 Qasim Ahmad. hlm. Pada keseluruhannya. 62. Kakitangan rendah Gereja dipilih oleh Biskop dan tidak lagi menerusi pilihan raya umum seperti pada masa revolusi. Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan. pengisian Concordat ialah mengesahkan mazhab Katholik sebagai mazhab anutan ketiga-tiga orang konsul dan majoriti rakyat Perancis.17 2. Selain itu. Kandungan Concordat dalam fasal satu. menerusi polis. Dengan perjanjian ini Napoleon Bonaparte berharap akan dapat membawa semula unsur-unsur penyatuan ke dalam masyarakat Perancis yang telah berpecah-belah akibat dari penggubalan Perlembagaan Sivil Gereja. tetapi akan dirasmikan oleh Paus.26 Beliau mula sesi perbincangan dengan Paus VII pada bulan Jun 1800 iaitu selepas kemenangannya dalam pertempuran di Marengo. Perlantikan Biskop akan dibuat oleh Konsul I. Kementerian Pelajaran Malaysia. Napoleon Bonaparte berjaya menenangkan konflik agama di Perancis. Concordat merupakan satu perjanjian di antara Napoleon Bonaparte dengan Paus di Kota Vatacian yang mana boleh dilihat satu tindakan yang bijak.4. hlm.. 64.Concordat telah disahkan oleh Paus pada bulan Disember 1801 yang juga disahkan oleh Dewan Perundangan. 27 Ibid. .1 Concordat Politik di Perancis semakin kukuh akibat pembentukan Concordat oleh Napoleon Bonaparte. 1985. untuk menentukan cara-cara pengamalan agama. Rundingan dengan Paus diadakan secara sulit kerana langkah ini diambil bagi mengelakkan kemungkinan timbulnya kritik secara terang-terangan ke atas dasar perdamaian dengan Paus di Kota Vatican .4 KEADAAN PERUNDANGAN 2. Dewan Bahasa dan Pustaka. rakyat yang membeli tanah Gereja yang dimiliknegarakan tidak disuruh menyerahkan kembali tanah itu ke pihak Gereja. Fasal ini ialah fasal yang memberikan kuasa kepada kerajaan. Napoleon Bonaparte berjaya memperlihatkan yang tampuk kuasanya tidak tergugat. Pembayaran cukai agama terus dimansuhkan dan kerajaan terus bertanggungjawab menggaji para pegawai Gereja. Dengan itu.

28 Aspek ekonomi.18 2. 65. undang-undang mengenai jual beli. kuasa suami ke atas isteri dan ayah ke atas anaknya diperketatkan lagi. dan dalam sengketa gaji bukti atau kes yang dikemukakan oleh pihak majikan lebih diberatkan dari bukti atau kes yang diutarakan oleh pihak pekerja. . dan itu pun taraf mereka tidaklah sama dengan taraf anak sebenar. Mereka diharamkan bergabung untuk tujuan menuntut gaji lebih. Anak luar nikah tidak dibenarkan mewarisi harta pusaka melainkan sekiranya mereka sudah diakui oleh ibu bapa yang berkenaan menerusi proses undang-undang. Kuasa politik atau negara juga terus ditempatkan sebagai lebih utama dari segi kuasa Gereja. gadai-menggadai. Tetapi kaum pekerja tidak pula mendapat pembelaan secara langsung dan tegas. ekonomi dan penghakiman ini cuba mengimbangkan hak. dan kebebasan rakyat dengan kepentingan kuasa kerajaan. kebebasan bercerai bagi suami isteri yang sama bersetuju dan kebebasan individu memilih pekerjaan. Kanun ini yang merangkumi undang-undang dalam pelbagai aspek seperti kekeluargaan. Perincian ini memudahkan lagi kegiatan ekonomi kaum menengah. Tambahan dalam bidang kekeluargaan contohnya.2 Kanun Napoleon Usaha yang dilakukan oleh Napoleon Bonaparte juga boleh dilihat dalam kanun yang diciptanya iaitu Kanun Napoleon.. Sebagai contoh. 28 Ibid. hlm. Hal ini menampakkan bahawa Napoleon Bonaparte ingin mengimbangkan prinsip kebebasan individu dengan kepentingan peraturan tradisional dalam masyarakat. memberikan kebebasan kepercayaan. Kanun Napoleon merangkumi kesamaan taraf rakyat di sisi undangundang.4. dan lain-lain telah diperincikan walaupun undang-undang mengenai urusan industri tidaklah begitu lengkap. Selain itu.

Pemilihan untuk jawatan ini dilakukan berdasarkan bakat tiap seseorang calon itu. Satu daripada impian yang benar-benar diharapkan oleh Revolusi Perancis ialah menghapuskan keadaan yang kacau-bilau serta kekeliruan hasil sistem undangundang rejim (sistem kerajaan) lama dan menjadikan undang-undang tanah sebagai satu kod kebangsaan yang mudah dan seragam. Semua ini digantikan dengan penubuhan kerajaan tempatan. Semasa pemerintahan Napoleon. 29 Ibid. Kondusi undang-undang di Perancis yang mudah di faham ini bukan sahaja mendapat pujian dari seluruh Perancis. Hal ini demikian kerana supaya setiap rakyat yang boleh membaca dapat mengenali apa yang sah (betul) dan apa yang salah. . Konsul Pertama dengan dibantu oleh penasihat-penasihat undang-undang yang handal disuruhnya betul-betul bekerja. kanun hukuman.. ini diikuti pula dengan kanun tatacara awam dan tatacara jenayah.3 Sistem Prefect Semasa pemerintahan Napoleon Bonaparte.19 2. 66.4. iaitu kawasan yang dibahagikan menurut kepentingan seseorang ketua. tetapi kesibukan yang dialami oleh angkatanangkatan revolusioner yang penting serta dengan kelambatan dan sikap berhati-hati peguampeguam yang kepada mereka diamanahkan kerja-kerja di atas tadi menyebabkan tertangguh nya persiapan. dan telah mengeluarkan satu Kanun Awam (1804). Namun.4 Kanun Undang-undang Lain Kejayaan yang diperoleh dan dibawa oleh Napoleon Bonaparte yang agak penting juga ialah dari segi undang-undang.4. Perhimpunan Kebangsaan sebenarnya telah dimulakan. malah juga sebahagian besar Benua Eropah yang lain.29 2. 12 orang soldadu. dari jumlah ini terdapat 30 Prefect yang sudah pernah menjadi ahli di dalam majlis perwakilan pada masa revolusi. dan kanun perdagangan. Menurut McManners. kewangan dan lain-lain telah dimansuhkan. hlm. Ketua pentadbiran kerajaan tempatan ini digelar Prefect. Perlembagaan pada tahun 1791 ada menunjukkan keinginan terhadap kerja-kerja ini. Sistem ini mengenai semua daerah lama. beliau berusaha memperkenalkan sistem Prefect untuk memperkukuhkan Perancis. 12 orang diplomat dan sejumlah kecil bekas émigré dan ahli Gereja. terdapat lebih kurang 100 Prefect.

tenteranya iaitu Grand Armee telah menyeberangi Sungai Niemen yang memisahkan daerah Grand Duchy of Warsaw dengan Rusia.. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. New York : Harper & Row. Grand Armee Napoleon Bonaparte dianggotai oleh 700. Tetapi tentera Rusia tidak menyerangnya di Poland.0 FAKTOR-FAKTOR KEJATUHAN PEMERINTAHAN NAPOLEON BONAPARTE. Dari jumlah ini 611.31 Lanjutan itu. Napoleon Bonaparte memulakan kempen tenteranya terhadap Rusia pada bulan Jun 1812 menyeberangi Sungai Niemen. persamaan pemberian pusaka. 3. angkatan tentera Napoleon Bonaparte telah menang ke atas Austria di Wagram pada tahun 1809. hlm. beliau menjangkakan peperangannya melawan Rusia akan mengambil masa yang singkat sahaja. toleransi beragama. 30 Hayes. 660. hlm. Pada 24 dan 25 Jun.20 Apa yang lebih penting. 32 Ia merupakan satu gerakan secara besar-besaran.000 orang telah berturut-turut menyeberang sempadan masuk ke Rusia semasa peperangan melawan Rusia dulu. Sehingga ke tarikh 20 Jun 1812 ia masih mengharapkan pertempuran akan hanya terbatas di kawasan Poland (Grand Duchy of Warsaw) sahaja. Sejarah Eropah Moden hingga 1870. . tetapi pada keseluruhannya undang-undang Perancis ini tetap sebagai satu undang-undang yang paling mudah difahami. Pada mulanya. R.30 Memang benar banyak hukuman yang keras masih dikekalkan dan kedudukan kaum wanita lebih rendah daripada kaum lelaki.1 Perang Rusia 1812 Sebelum berperang dengan Rusia. 31 Gay. K.1. pembasmian fahaman feudal. Modern Europe To 1815. 3. 1973. kanun-kanun ini memelihara kejayaan sosial yang penting Revolusi seperti persamaan awam. maka terpaksalah tenteranya menyeberangi Sungai Niemen dan mara ke Rusia.1 KEADAAN POLITIK 3. Webb. hlm. Para tenteranya hanya membawa bekalan roti untuk empat hari dan konvoi yang mengiringi mereka membawa bekalan gandum untuk menampung keperluan makanan selama tiga minggu sahaja. dan hak istimewa. Peter.000 orang tentera. Carlton Joseph Huntley. Tidak hairanlah bahawa Napoleon Bonaparte disanjung sebagai Justinian kedua kerana beliau ada hak terhadapnya. 1971. 528. 631. 32 Ibid. pembebasan hamba.

Dari 15 hingga 18 September. Angkatan Laut Perancis tidak kuat bagi menembusi kepungan balas Britain secara berkesan.000 orang askar sementara 100. Apabila tentera ini berundur ke Konigsberg.21 Pada 5 September.000 orang lagi telah menjadi tawanan perang Rusia. Napoleon from Tilsit to Waterloo 1807-1815.2 Kelemahan Angkatan Laut Sebelum ini.000 orang sementara pihak Rusia kehilangan 50. akibat itu perdagangan telah merosot dan pengangguran menjadi-jadi terutama di German Barat. juga keadaan bumi yang gondol. Angkatan Laut Perancis merupakan jentera kuat untuk mengawal laut dalam urusan perdagangan. tentera Perancis telah berhadapan dengan tentera Rusia berhampiran dengan Sungai Moskva. Pada 9 Disember 1812 hanya 12. 40. Moscow telah dibakar oleh pihak Rusia dalam gerakan hangus ekoran untuk memastikan tentera Perancis akan menghadapi kesusahan mendapatkan bekalan makanan dan bantuan lain. Maka. Dasar Napoleon ini membawa kepada penentangan yang bertambah kuat dari golongan saudagar Eropah dan kelas pertengahan yang memainkan peranan besar dalam gerakan kebangsaan baru yang timbul.000 orang sahaja yang tinggal. Napoleon Bonaparte telah kehilangan 400.000 orang tenteranya. menentang Napoleon dan membantu menjatuhkannya. 311. . Georges. Napoleon Bonaparte merancangkan mahu mengguna Angkatan Laut Denmark bagi tujuan ini. hlm.000 orang askar. ditambah pula keadaan musim sejuk yang dahsyat. apabila kesan dasar Sistem Kebenuaan semakin teruk. Pedagang Inggeris 33 Lefebvre.000 orang askar yang tercicir telah bergabung dengannya. New York Columbia University Press. tetapi pada tahun 1807 angkatan ini diserang dan dihancurkan oleh Angkatan Laut British di pelabuhan Copenhagen sebelum Napoleon menjalankan projeknya. Pengunduran Napoleon dan tenteranya dari Moscow merupakan satu daripada peristiwa yang paling dahsyat dalam sejarah. Namun. Selain daripada serangan yang bertubi-tubi daripada askar-askar Rusia dari barisan belakang. Rentetan itu.33 3. Di dalam satu ketumbukan lain yang telah berundur dengan selamat terdapat 55.1. Dalam pertempuran hebat pada 7 September pihak Perancis kehilangan 30. 1969. Pada 14 September tentera Napoleon telah masuk ke Moscow. Grand Armee Napoleon Bonaparte telah hancur.

yang tidak dikawal dipinggir laut yang panjang seperti di Heligoland. Oleh itu. hlm. Kuala Lumpur. Sejarah Eropah Moden. Jadi boleh dikatakan kelemahan yang begitu teruk oleh beliau. beliau berharap juga akan berlaku penderitaan yang menyeluruh di England sehingga rakyat Britain akan memaksa kerajaannya mengadakan perdamaian. dan Salonica. Helbert L.22 menyeludupkan barang-barang ke Eropah melalui kawasan. Dalam sistem kebenuaan ini.2 KEADAAN EKONOMI 3. 3. 34 Peacock. Sicily. dan menutup pelabuhan-pelabuhan Perancis dan pelabuhan-pelabuhan negeri-negeri yang bersahabat dengannya kepada kapal-kapal yang datang dari Great Britain atau tanah jajahannya. usaha yang dilakukan oleh beliau berdasarkan kemajuan ekonomi di Perancis yang mana pada dasarnya kekayaan England hasil daripada Revolusi Perusahaan dan perkembangan perdagangan dunia sudah mencukupi baginya membantu ahli-ahli campuran dengan wang yang diperlukan untuk meneruskan peperangan. hanya Great Britain sahaja yang tinggal sebagai masalah yang merumitkan Napoleon Bonaparte. Napoleon tidak pernah memiliki kekuatan angkatan laut yang cukup untuk berjuang dan mempertahankan angkatan tentera khususnya. 34 Boleh dikatakan dalam faktor ini. 1976. Kementerian Pelajaran Malaysia. Sistem Kebenuaan ini telah diperintah oleh Napoleon Bonaparte untuk membuat suatu pengepungan terhadap kepulauan British. beliau memikirkan hanya perang sahaja yang dapat menentukan kedudukan kedua-duanya. Napoleon mulai sedar bahawa Britain akan berusaha bagi menubuhkan campuran lain bagi menentang beliau. Oleh itu. Malah. . Dewan Bahasa dan Pustaka. 81. Dalam hal ini juga. Portugal. Beliau telah merancang untuk memusnahkan perkembangan ekonomi di Britain untuk menghancurkan perdagangan seberang laut Britain dan dengan ini berharap akan mewujudkan pengangguran dan kepincangan kewangan yang teruk.1 Kelemahan Sistem Kebenuaan Sistem kebenuaan telah dirancangkan dalam kuasa Badan Pengarah di bawah pemerintahan Konsul. Terj: Amri Hasbullah dan Zaidah Othman.2.

Dewan Bahasa dan Pustaka. Namun. daerah taklukan dan sekutu-sekutunya dalam melaksanakan Sistem Kebenuaan itu. Napoleon berjaya memutuskan hubungan ini demi mencapai matlamatnya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. yang mengisytiharkan pengepungan semua pelabuhan di benua Eropah yang menuruti dikri Napoleon. Kuala Lumpur. Sejarah Eropah Moden hingga 1870. Carlton Joseph Huntley. pent: Amri Hasbullah dan Zaidah Othman. hlm. Peacock. Tambahan lagi. Kemudiannya.35 Contoh lain mengenai Sistem Kebenuaan ini ialah Napoleon Bonaparte menumpukan perhatiannya menahan kemasukan barang-barang British dari Portugal dan Sepanyol. Manakala Britain pula membalas dengan mengadakan Peraturan Majlis pada tahun 1807. . Dengan perkataan lain. beliau telah mengeluarkan Dikri Berlin pada bulan November 1806. 36 Hayes.23 Untuk memastikan Napoleon Bonaparte ini berkuasa dalam bidang ekonomi. Beliau juga melancarkan pengepungan Kepulauan British dan melarang negara-negara sekutu Perancis berdagang dengan British atau tanah jajahan Britain. beliau mengumumkan perampasan segera barang-barang British di benua. Helbert. 36 Walaupun pada asalnya Sistem Kebenuaan untuk memperluaskan perkembangan ekonomi Perancis. England dengan angkatan lautnya menghalang negara-negara lain mengadakan perdagangan dengan negaranegara yang menerima Dikri Berlin. selama lebih daripada seratus tahun Portugal telah mempunyai hubungan yang erat dengan Britain dalam bidang perniagaan. Kementerian Pelajaran Malaysia. tiada permuafakatan dalam kalangan Perancis. 35 L. beliau berjaya dengan rasminya menuntut Portugal supaya mematuhi Sistem Kebenuaan ini serta merampas semua barangbarang British dan rakyat British di negeri itu. Faktor tersebut ialah kekukuhan serta perkembangan ekonomi Inggeris itu sendiri. dan ketiadaan jangka masa panjang dalam pelaksanaannya. 80. Kalau dilihat sebelum ini. 1979. namun terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kegagalan sistem ini yang dibawa oleh Napoleon Bonaparte. Sejarah Eropah Moden. 649. hlm. 1971. Pada tahun 1807 bulan Disember. Napoleon Bonaparte menambahkan Dikri Milan kepada Sistem Kebenuaan sementara itu Kerajaan British mengeluarkan banyak lagi Peraturan Majlis.

37 Ketiadaan perpaduan dalam kalangan Perancis. Mereka beranggapan begitu kerana melihatkan akibat awal tekanan Sistem 37 Qasim Ahmad. askar-askar Perancis akhirnya tumpas semasa kesejukan salji Rusia pada bulan Disember 1812. 73. Setelah pertempuran demi pertempuran. 1985. malah Empayar Napoleon Bonaparte juga telah hancur di Rusia. Hal ini telah menimbulkan kemarahan Napoleon Bonaparte. Tetapi Maharaja Rusia iaitu Alexander I telah berazam untuk memikirkan kepentingan negaranya sendiri dahulu dalam sebarang perhubungannya dengan negara lain. Muncul tahun 1800. taraf Britain dan Perancis dalam karier ekonomi boleh dianggap sama setanding. Jadi. hlm. Kementerian Pelajaran Malaysia. hlm. Perkembangan ini terus berlanjutan menjelang tahun 1850-an Revolusi Industri Britain sudah mencapai tahap yang agak mantap. daerah takluk dan sekutu-sekutunya dalam melaksanakan Sistem Kebenuaan menjadi ketara yang boleh dilihat dengan sikap Rusia. rentetan hal tersebut membuatkan Napoleon Bonaparte berusaha untuk menakluk Rusia. Kempen ini memakan masa yang berlanjutan. Pada tahun 1785. Revolusi Industri di Britain telah berkembang jauh lebih besar dari Perancis. 74.. semasa Perancis berada dalam revolusinya. Beliau telah memulakan kempen tenteranya terhadap Moscow pada tahun 1812. sebenarnya Britain terus maju dengan pesatnya.24 Kekukuhan sistem ekonomi British atau Inggeris adalah di luar jangkaan Napoleon Bonaparte.38 Menurut Lefebvre dan Markham. Jadi. Hubungan Rusia dengan Perancis sebenarnya tidak segan silu untuk mengenakan bayaran bagi sokongannya terhadap Sistem Kebenuaan Perancis. ratusan jentera kuasa wap telah dihasilkan di Britain untuk kegunaan dalam bidang industri tenunan kain. Dilihat di sini Perancis tercicir dengan teknologi Britain. 38 Ibid. Rusia merupakan negara yang paling besar di Eropah dan ia mampu untuk bertindak tegas terhadap Britain. Pada tahun 1785 hingga 1800. Kegagalan ini membawa kepada bukan sahaja hanya kehancuran Sistem Kebenuaan. Objektif beliau ialah supaya memperkukuhkan Sistem Kebenuaan yang diusahanya. Dewan Bahasa dan Pustaka. Sebenarnya Britain telah mempunyai sistem bank dan kredit lebih awal dari Perancis. . Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan. Kuala Lumpur. Sistem Kebenuaan boleh mencapai kejayaan sekiranya ia dilaksanakan dalam jangka masa yang panjang dan dikendalikan dengan kemas tanpa sabotaj.

2 Sistem Cukai dan Kerahan Tentera Kegagalan yang menyebabkan jatuhnya Napoleon Bonaparte di Perancis ialah kerana Sistem Cukai dan Kerahan Tentera yang dilakukan. 3.000 orang pada tahun 1810 ke 91. Dewan Bahasa dan Pustaka. 39 Qasim Ahmad. Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan.39 Perkara ini telah memberi kesan yang buruk kepada Napoleon Bonaparte kerana tidak ada usaha untuk memperjuangkan hak-hak rakyat dan tidak ada unsur timbang rasa juga. Ia hanya membelanjakan 42 juta sahaja untuk tenteranya. . Tetapi Sistem Kebenuaan telah tidak dilaksanakan dengan rapi dan berterusan. Kemelesetan ekonomi Britain pada tahun 1808 merupakan kemuncak kepada tekanan ini. Negara berkenaan juga terpaksa membekalkan tentera Perancis dengan makanan. negara Eropah terpaksa menanggung perbelanjaan bagi tentera sendiri yang semakin meningkat dari 49.400 orang pada tahun 1811.500 orang askar Perancis yang menjadi 50 peratus dari tenteranya. Kementerian Pelajaran Malaysia.000 orang pada tahun 1806 ke 9. Manakala Itali pula terpaksa memperuntukkan lebih 30 juta untuk Perancis pada tahun 1809 dari perbelanjaan negaranya yang berjumlah 127 juta. hlm. Beliau telah memaksa negara yang ditaklukinya menanggung segala perbelanjaan peperangan yang dikendalikannya.2.25 Kebenuaan ke atas ekonomi Britain.000 orang pada tahun 1812. Westphalia contohnya dikenakan bayaran 10 juta livres bagi 12. Kuala Lumpur. Dalam masa yang sama juga. 1985. dan jumlah askar Duchy of Berg meningkat dari 5. 76. Seterusnya negara yang ditakluki Perancis dikenakan membiayai ekonominya sendiri meskipun negara itu miskin seperti Ilyria.

40 Malah. Selain itu. Golongan ini bijak mengambil peluang ketika era Napoleon Bonaparte tidak lagi relevan dan semakin teruk. Dalam hal ini. hlm. golongan intelektual telah memusatkan. Hal ini terdorong daripada saranan Rousseau di mana individu hanya boleh mengembangkan potensi dirinya dan mengutarakan nilainya sendiri apabila terdapat keadaan bebas. Jadi. malah lebih menonjol untuk menentang beliau. Herder telah berpaling dari konsep kosmopolitanisme yang popular pada abad ke-18 dan mengagungkan semangat kebangsaan. Oleh hal yang demikian.3. Jerman perlu dibebaskan dari tekanan dan pengaruh asing. telah dipadankan olehnya dengan nasib sesebuah negara. Oleh itu dengan sendirinya Perancis menjadi sasaran nasionalisme Jerman. seorang pelopor nasionalisme di Prusia iaitu Herdenberg menegaskan bahawa Perancis hanya dapat dikalahkan dengan menjalankan reformasi di Prusia iaitu reformasi yang lebih hebat lagi dari apa yang pernah dilakukan di Perancis. turut membangkitkan semangat anti-Perancis dalam kalangan golongan intelektual ialah di Belanda. 77..3 KEADAAN SOSIAL 3.26 3. Kebangkitan semangat kebangsaan bermula di Jerman yang mana terdapat dua orang cendekiawan yang turut mempelopori kebangkitan awal nasionalisme di Jerman. tindakan menjadikan bahasa Perancis sebagai bahasa yang dimestikan di sekolah telah tidak disambut baik oleh rakyat Belanda. .1 Golongan Intelektual Kejatuhan Napoleon Bonaparte seterusnya ialah ketidakpuasan hati para intelektual. atau menyalurkan rasa tidak puas hati kepada usaha membangkitkan semangat kebangsaan. 40 Ibid. Contohnya. Cendekiawan itu adalah Johann Gottfried Herder dan Johann Gottlieb Fitche. golongan intelektual memainkan peranan yang penting untuk menjatuhkan kejayaan Napoleon Bonaparte yang mana telah menyebabkan beliau kehilangan kuasa di Perancis.

Mohd Nor Long. dan Abdul Razak Ator.41 41 Kennedy. Walaupun pada awal pimpinannya membawa keseganan rakyat Perancis kepadanya. dari segi kejayaan. Kediktatoran militer Napoleon Bonaparte tidak semestinya memerlukan pembentukan semula kerajaan berupa secara warisan. 185.0 KESIMPULAN Apa yang dapat dirumuskan sepanjang perbincangan di atas mengenai pemerintahan Napoleon Bonaparte ialah sangat menarik dan satu pemerintahan yang boleh dikatakan berjaya pada mulanya. musuh revolusi masih bergabung dengan kuasakuasa asing. kaum menengah di Perancis mahukan Napoleon Bonaparte mengendalikan tugas menentang musuh revolusi. 1994. namun sikap negatif yang ditonjol telah membawa kepada kejatuhannya demi kepentingan tertentu yang telah dibincangkan sebelum ini. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. . hlm.27 4. Oleh itu. Kebangkitan dan Kejatuhan Kuasa-kuasa Besar: Perusahaan Ekonomi & Konflik Ketenteraan dari Tahun 1500-2000. satu aristokrasi golongan atasan pula sudah tentu jelas tidak diperlukan. Paul. tetapi juga telah mendorong kepada kemenangan besar musuh-musuh ketatnya. Menurut Lefebvre. Kalau diperhatikan dan diperincikan. Kementerian Pelajaran Malaysia. tidaklah dapat dielakkan kiranya Revolusi Perancis mahu diselamatkan. Pada pandangan Lefebvre lagi. Kegagalan memimpin negara Perancis ke arah kemajuan telah memberi kesedaran oleh rakyat untuk menentangnya. Terj. kerajaan berbentuk ‘autoritarian’ iaitu kerajaan yang mempunyai kuasa ketat dan luas di pusat. Beliau menyangkal dakwaan yang mengatakan sempadan Perancis dapat dikawal dengan baik menerusi peperangan. Menurutnya lagi. Pada ketika itu. Mohamad Diah Isa. beliau telah banyak berusaha keras manakala dari segi kejatuhan beliau banyak berlaku disebabkan ketidakprihatin dan perasaan takbur serta keengganan beliau untuk bertolak ansur bukan sahaja memastikan kejatuhannya. zaman Napoleon agak baik dari segi politiknya yang mana beliau telah banyak menyumbangkan pelbagai usaha-usahanya demi mencapai cita-cita yang dibincangkan di atas.

Terj. Georges. 1989. Bhd. D. Kuala Lumpur: Golden Books Centre Sdn. America. Hart. Christian. Kennedy. dan Abdul Razak Ator. Kebangkitan dan Kejatuhan Kuasa-kuasa Besar: Perusahaan Ekonomi & Konflik Ketenteraan dari Tahun 1500-2000. Ismail. Akademika 79 (Mei-Ogos): 2010: 87103. Kementerian Pelajaran Malaysia. Peacock. Wan Kamal Mujani & Napisah Karimah Hj. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. The 100 A Ranking of The Most Influential Person In History. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia. Napoleon and Islam from French and Arab Documents. Paul.. Napoleon from Tilsit to Waterloo 1807-1815. Lefebvre. . Kuala Lumpur Robert Ergang. Major Drs. The Impact of French Occupation on Egypt (1798-1801): A Reassesment. 1967. Sejarah Eropah Moden hingga 1870. 1973. Departemen Pertahanan-Keamanan Pusat Sedjarah Abri. Mohamad Diah Isa. 1979.28 4. Webb. Peter. 1971. Amri Hasbullah dan Zaidah Othman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1999. 1971. Sejarah Eropah Moden. Bhd Gay. Hayes. Arief Iskandar. Cherfils. New York : Harper & Row. H. 1953. Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan. Qasim Ahmad. 1994. James Gibb-Stuart. Terj. J. Michael.C. L. America. Europe : From the Renaissance to Waterloo. Terj.0 RUJUKAN Carlton. Helbert. Hayes. Mohd Nor Long. 1969. R. The MacMillan Company. Kementerian Pelajaran Malaysia. New York Columbia University Press. Sedjarah Perkembangan Perang Dari Zaman KlasikModern. Carlton Joseph Huntley. Modern Evrope to 1870. Health and Company. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. H. Modern Europe To 1815. K.