You are on page 1of 2

Jenayah Komersil » Penipuan Kad Kredit

Masyarakat moden meningkat naik berubah menjadi 'masyarakat tanpa tunai'. Masyarakat di seluruh
dunia menggunakan kad pembayaran plastik secara meluas. Mereka menjadikan ianya sebagai
sebahagian daripada cara urus niaga harian dalam pasaran kewangan. Malangnya, penipu kad
kredit juga telah menembusi hal ini secara meluas. Oleh kerana Malaysia membangun dengan cepat
dalam kewangan utama dan pusat pelancongan, ia menjadi semakin mudah untuk terdedah kepada
penipuan kad kredit.

Jenayah Komersil » Penipuan Antarabangsa

African Scam
Penipuan komersil dan Internet adalah biasa dan sering dimulakan dari luar Malaysia. Terdapat juga
sesetengah rantau yang lebih suka memilih jenis penipuan tertentu lebih daripada yang lain.
Sebagai contoh, sindiket dan warga Afrika didapati menggunakan Internet dengan kerap,
terutamanya rangkaian sosial seperti Facebook, Tagged, Twitter dan lain-lain untuk mencari dan
menipu mangsa mereka.

Jenayah Komersil » Penipuan Cinta
Modus operandi yang digunakan di dalam penipuan jenis ini tidak banyak perbezaan dengan
penipuan bungkusan. Mangsa biasanya akan berkenalan melalui internet dan kemudiannya bercinta.
Lazimnya suspek akan mendakwa ingin ke Malaysia kerana ingin mengahwini mangsa namun
apabila tiba di Malaysia, suspek/ahli sindiket akan menghubungi mangsa dan mendakwa suspek
telah ditahan oleh pihak berkuasa atas beberapa kesalahan. Mangsa kemudiannya dikehendaki
membayar sejumlah wang bagi membolehkan suspek dilepaskan.

Jenayah Komersil » Penipuan Bungkusan
Mangsa dalam kes-kes penipuan bungkusan pada lazimnya akan berkenalan dengan suspek
melalui laman sosial. Suspek seterusnya akan meyakinkan mangsa bahawa dia telah jatuh cinta
dengan mangsa dan seterusnya berhasrat mengirimkan bungkusan kepada mangsa sebagai tanda
cinta. Setelah bungkusan tersebut dikirim, mangsa akan dihubungi oleh seseorang yang mendakwa
sebagai pegawai kastam atau syarikat perkhidmatan penghantaran dan memaklumkan bungkusan
yang dikirim kepada mangsa telah sampai. Mangsa kemudiannya diarahkan membayar cukai atau

insuran kerana bungkusan tersebut dikesan mengandungi wang/barang berharga yang tidak diisytihar. Mangsa turut menerima panggilan daripada warga tempatan yang mengatakan wang pelepasan perlu dibayar ke dalam akaun tertentu yang lazimnya dimiliki warga tempatan. Mangsa hanya sedar ditipu apabila barang yang dijanjikan tidak diterima dan pihak sindiket berterusan meminta wang daripada mangsa dengan memberikan pelbagai alasan yang berbeza. .