You are on page 1of 15

Tokoh-Tokoh Usahawan

DATUK MAZNAH HAMID (SECURIFORCE SDN BHD)

Saya memilih usahawan ini untuk segmen
"Tokoh-Tokoh Usahawan" dalam blog saya. Setelah mencari
maklumat tentang beliau daripada pelbagai sumber ,saya
terkesan dengan setiap usaha yang beliau telah lakukan untuk
mencapai kejayaan aktualisasi diri. Kebiasaanya usahawan
wanita lebih cenderung untuk menceburi bidang pakaian
,kecantikan dan makanan.Tetapi beliau mencuba bidang yang
belum diterokai orang lain dalam pasaran di Malaysia.
LATAR BELAKANG
NAMA: Datuk Maznah Hamid
USIA: 60 tahun
LAHIR: dilahirkan pada 18 April 1955 di Ayer Hitam ,Kedah
ADIK BERADIK: Keempat daripada enam beradik

(Dis 1997 . Presiden Kehormat.kini) 2.PENDIDIKAN: 1) Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam.Dis 1998) 7.Hawaii.kini) 4. ia telah berkembang kepada perkhidmatan kargo. Ahli Lembaga Pengarah Golden Hope Plantations Berhad (1995 .kini) Sumber : http://ms. (Julai 1999 . Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Tabung Haji ( LTH ) (Feb 1997 . CML 4) Diploma Administration Business Executive ( ABE ) 5) Personnel Management ( Human Resource ) – Malaysian Institute Management (MIM) 6) Diploma in Personal and Personnel Management . Motivasi dan Modal Pembangunan Insan dari Central State University of New York.pembekalan sistem CCTV. JAWATAN: 1. Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultanah Bahiyah ( Negeri Kedah ). (Julai 1997 kini) 6. Pengerusi DANAU LUMAYAN (Pemaju Hartanah di Bandar Tun Razak. Persatuan Usahawan Wanita Bumiputra Wilayah Utara (USAHAWATI). Kedah 2) Sekolah Menengah Ayer Hitam. (1997 .Personal Development Leadership Corporations (PDL) 7) Excellerated Instructors’ Training & Corporate Education . Bhd. Alor Setar. Alor Setar. Pengerusi Tabung Haji Travel Industries Sdn. .Feb 2001) 5.pengangkutan kargo. Kedah 3) bidang Linguistik di Pusat Bahasa. USA 8) Business School For Entrepreneurs. Kuala Lumpur). USA 9) Business School For Investors.kini) 8. Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Usahawan Nasional (PUNB) (Mac 1992 2003) 3.org/wiki/Maznah_Hamid PEMBANGUNAN PERNIAGAAN Bermula daripada sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan kawalan keselamatan.central monitoring.sistem kawalan kebakaran dan pelbagai peralatan elektronik.wikipedia. Singapore 10) Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan dalam bidang Keusahawanan. Pengerusi Eksekutif Kumpulan SECURIFORCE (1981 .

.peronda dan pengawal keselamatan sendiri. Securiforce Technologies. Tahukah anda beliau hanya bermodalkan RM5000 sahaja semasa memulakan perniagaan kawalan keselamatan pada tahun 1981. Securiforce Transport dan Securiforce Logistics.Sebuah syarikat keselamatan terkenal iaitu"SECURIFORCE SDN BHD". MEMBANGUNKAN PERNIAGAAN Sedikit sejarah hidup Datuk Maznah Hamid yang boleh dikongsi ialah permulaan beliau memulakan langkah pertama dalam bidang perniagaan kawalan keselamatan. Memang diakui "Securiforce Sdn Bhd" adalah antara syarikat yang menawarkan khidmat kawalan keselamatan yang terkenal di Malaysia. beliau sendiri turun padang sebagai pekerja menguruskan operasi syarikat daripada bill collector. Antara anak syarikat dibawah "Securiforce Sdn Bhd" ialah Securiforce Electronics.Pada awal pembabitan dalam perniagaan ini.

blogspot.com/p/blog- . modal sebenar dalam perniagaan adalah diri kita sendiri.Beliau sangat komited dalam mendidik masyarakat tentang dunia keushawanan dan kejayaan. Bagi beliau.html : http://alldeprint-asg.Disinilah sebenarnya beliau dapat melihat bagaimana operasi perniagaan ini berjalan dan segala permasalahan dapat beliau atasi dan perbaiki. Kecekalan dan kesungguhan beliau membuatkan syarikat beliau berkembang kepada 50 buah cawangan diseluruh negara dengan kelengkapan alat kawalan keselamatan yg moden dan terkini. Penubuhan MMC (Maznah MOtivational Centre) adalah bukti kesungguhan beliau dalam mendidik masyarakat dan melahirkan ramai lagi usahawan yang berjaya. Sumber page_6941. Kejayaan beliau memang dicemburui banyak pihak tertuamanya bagaimana beliau dapat menjalankan perniagaan tanpa sesenpun bantuan dari pihak bank.

Siapa tidak pernah mendengar nama Sani Express. 33. Destinasi ke ‘Pantai Timur’ sudah ditawan dan kini semakin ligat meneroka destinasi ke Alor Setar di utara. Datuk Wan Mohammad Sani Salleh.selamat kepada pengguna. Kuala Terengganu. Setelah mencari maklumat tentang beliau daripada pelbagai sumber . 2009) Anak muda yang dimaksudkan adalah Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (SUSB). Namanya harum kerana bas berwarna merah yang terukir namanya sendiri. Lebih mengagumkan. . semuanya bas dua tingkat yang tampak elegen dan semestinya menjanjikan keselesaan.DATUK WAN MOHD SANI SALLEH (SANI EKSPRESS) Saya memilih usahawan ini untuk segmen "Tokoh-Tokoh Usahawan" dalam blog saya.saya terkesan dengan setiap usaha yang beliau telah lakukan untuk mencapai kejayaan aktualisasi diri. Terengganu ADIK BERADIK: Keempat daripada enam beradik PENDIDIKAN: Diploma Pengurusan Perniagaan Kolej Sunway (1994) JAWATAN: Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (Sani Express Sdn Bhd. Sani Properties Sdn Bhd dan Sani Hotel Sdn Bhd). bermula bulan ini 25 bas dimiliki. LATAR BELAKANG NAMA: Datuk Wan Mohammad Sani Salleh USIA: 33 tahun LAHIR: 24 Julai 1976 di Kuala Ibai. Sejak tiga tahun lalu di sana-sini namanya sering menjadi sebutan. PENCAPAIAN: Dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Pahang. Pelanggan sering kali beranggapan serong terhadap perkhidmatan pengangkutan darat. Sultan Ahmad Shah (Jun 2009) dan Anugerah Usahawan Cemerlang Dewan Perniagaan Melalyu Malaysia (DPMM) Kuala Lumpur (April.Tetapi beliau menggubah tanggapan orang ramai dengan menubuhkan SANI EKSPRESS yang memberikan perkhidmatan selesa.

Ketika memulakan perniagaan dalam bidang pengangkutan. “Boleh dikatakan rutin saya ketika bercuti hanya menaiki bas dan tidur di atas bas. “Pada masa sama saya sedar. apa dikecapinya hari ini di luar jangkaan. Beliau meletakkan tekad untuk merubah tahap kehidupannya dengan berniaga sendiri. Rakannya sejak zaman kanak-kanak. tetapi dia meninggalkan bidang itu terlebih dulu untuk berniaga sehingga berjaya. “Ketika zaman sekolah. Jika ada cuti sehari sekalipun.“Melihat rakan yang berjaya. malah tidak pernah diimpikannya. . pelbagai cabaran getir terpaksa ditempuh dan beliau perlu bekerja keras sehingga terpaksa tidur di pejabat. beliau bermula dengan membuka bengkel membaiki kenderaan di beberapa tempat seperti Kuala Lumpur dan Terengganu dan seterusnya mencuba perniagaan dalam bidang pengangkutan iaitu bas yang sememangnya menjadi minatnya. Apabila berpeluang pulang ke Kuala Lumpur saya memilih bas sebagai pengangkutan. terutama Datuk Din (Datuk Sharifuddin). saya berasa ketinggalan. Katanya.” katanya yang pernah menganggotai kumpulan Impression bersama Norman Hakim dan Eizlan Yusof. saya bersekolah di Kuala Terengganu dan keluarga pula di Kampung Baru. Kuala Lumpur. umur semakin meningkat dan yang boleh merubah keadaan saya ketika itu hanya diri saya sendiri.” katanya. Beliau memulakan perniagaan atas dasar minat dan mahu merubah kehidupannya ke tahap lebih baik. malam saya naik bas ke Kuala Lumpur dan pada malam keesokan harinya saya pulang ke Kuala Terengganu. Datuk Sharifuddin dijadikan sebagai inspirasi selepas melihat rakannya berjaya dalam perniagaan. Dulu dia pernah bersama-sama saya menjadi model.Bagi Wan Mohd Sani atau lebih mesra dengan panggilan Sani.

Katanya. wisma itu dilengkapi asrama.Pada 2003 Sani menubuhkan SUSB khusus untuk perniagaan pengangkutan itu. memang saya akan jatuh. “Ketika itu saya bersama dua lagi rakan kongsi.” katanya. Namun tidak lama kemudian dua rakan itu menarik diri. mendapat sambutan dan sejak itu perniagaan saya semakin pesat berkembang. pusat latihan dan surau. saya fikir 10 kali. Paling menarik. Sani berkata. “Ketika ada dua rakan kongsi itu. Bagaimana saya dapat melunaskan pinjaman dalam jumlah besar itu? “Apapun pada Januari 2006 Sani Express ada di jalan raya dan alhamdulillah perjalanan perniagaan ini lancar. segala operasi di kaunter tiket Sani Express di setiap negeri dipantau secara langsung menerusi kamera litar tertutup yang dipancarkan terus ke wisma berkenaan.” katanya. “Jika tersilap membuat keputusan. Selain menjadi pusat operasi. segala perancangan untuk memulakan operasi bas ekspres yang diimpikannya hanya menampakkan hasil selepas tiga tahun bertungkus lumus dan modal daripada institusi kewangan. Daripada seorang pekerja.” katanya. Sani membuktikan ‘jalan’ dipilihnya berbaloi kerana hanya dalam tempoh tiga tahun Sani Express menunjukkan prestasi luar biasa. Daripada pejabat kecil di Ukay Perdana. beliau menanggung risiko besar kerana pinjaman yang dibuat. Justeru sebelum membuat keputusan. Sani kini mempunyai 150 kakitangan sendiri. tetapi apabila seorang diri. saya perlu membuat keputusan sendiri. tetapi beliau berani dan yakin dengan apa yang dibuat. ketika itu beliau hanya ada seorang pekerja dan dengan menggunakan sepenuhnya kudrat dan buah fikirannya. . Keadaan ketika itu memang getir. menyebabkan saya terkontang-kanting seorang diri. “Bayangkan jika apa yang saya buat tidak menjadi. Wisma tiga tingkat dinamakan Wisma Dato’ Sani di Klang Sentral itu serba lengkap. saya boleh merujuk kepada mereka. Sani kini ada wisma sendiri yang dibeli dan diubahsuai dengan belanja mencecah RM 7 juta. Beliau terpaksa berhati-hati kerana sebarang keputusan dibuat adalah tanpa dirujuk kepada sesiapa.

Dengan pemandu bas saya belajar. malah sampai sekarang saya masih belajar. tanpa keberkatan dan doa juga. Sani berkata. malah dengan sesiapa saja. “Selain itu saya mengambil berat setiap jawatan yang ada di syarikat ini. . ia ibarat alah bisa tegal biasa. “Dari dulu saya guna pengangkutan awam (bas ekspres). antara faktor kejayaannya adalah sikapnya yang tidak malu bertanya dan belajar daripada sesiapa saja. “Saya bukan sekolah tinggi sangat. “Daripada situ kita dapat ilmu. jadi saya tahu apa yang pelanggan nak dan saya gunakan pengalaman itu ketika menguruskan Sani Express. Saya belajar daripada orang berpengalaman. Statusnya sebagai orang bujang juga banyak memberi kelebihan kepadanya. Ini kerana jika satu saja jawatan tidak berfungsi dengan baik.Menurut Sani. malah dengan orang yang pernah gagal juga saya belajar kerana kegagalan itu akan saya jadikan iktibar. selain minat. dengan mekanik saya belajar. tidak mungkin beliau berjaya. operasi syarikat akan terganggu.” katanya. baru kita boleh kendalikan perniagaan dengan baik. Beliau belum berkeluarga dan mampu memberi tumpuan 100 peratus kepada perniagaan. Saya buat analisis dan kajian sendiri.” katanya yang menganggap pengalaman menjadikan bas ekspres sebagai pengangkutan utamanya dulu turut menjadi faktor kejayaannya. “Setakat bekerja keras dari siang hingga tengah malam.” katanya yang mesra dengan kakitangannya. daripada kerani kaunter hinggalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

” katanya. “Doa juga penting dan dalam hal ini ibu saya Sharifah Aini Syed Ibrahim Jamalulai sering mendoakan saya.html DATO' ALIFF SYUKRI KAMARZAMAN (PRODUK D'HERBS) Saya memilih usahawan ini untuk segmen "Tokoh-Tokoh Usahawan" dalam blog saya. Sumber : http://ite-biznetspaceutm.blogspot.com/p/10-usahawan-pengangkutan-yangberjaya. begitu juga ayah saya. Buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang. Setelah mencari maklumat tentang beliau daripada pelbagai sumber .saya terkesan dengan setiap usaha yang beliau telah lakukan untuk mencapai kejayaan aktualisasi diri.berkeyakinan tinggi dan ramah merupakan semangat dan pencetus beliau untuk lebih maju kehadapan. Produk kecantikan dan kesihatan lebih di dominasi oleh usahawan kaum wanita.“Apa jua perkara yang kita lakukan. Kita juga perlu ingat kepada orang yang pernah membantu kita. kita kena berpegang kepada agama.Sikap beliau yang tidak mudah putus asa. LATAR BELAKANG .

Selangor. Namun. Shah Alam 5)Taylor Collage.NAMA: Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman USIA: 28 tahun LAHIR: 03 April 1987 di Felda Kechau .Selangor 2)Sekolah Menengah Telok Gadong Klang 3)Sekolah Pondok Pasir Tumbuh Kelantan 4)Sekolah Integrasi As-Syakirin. Penglibatan beliau dalam dunia perniagaan bertunas sejak kecil lagi.Bhd Terlajakkk Laris… Pernahkah anda mendengarnya di mana-mana? Menggunakan tagline ‘Terlajak Laris’ sebagai salah satu strategi pemasaran. Beliau mula berniaga sejak berusia tujuh tahun lagi sewaktu tinggal bersama neneknya di Sabak Bernam. beliau memang boleh dianggap benar-benar berjaya. Masalah dari segi modal dan kesukaran mencari kepercayaan daripada orang lain kadangkala melemahkan semangat beliau. JAWATAN: Pengarah Urusan D'Herb Healthy Sdn. Semangatnya hadir untuk berniaga apabila melihat rakan sekolahnya membawa wang saku lebih 50 sen manakala beliau hanya 20 sen. Pahang. ADIK BERADIK: anak ketiga daripada tujuh orang PENDIDIKAN: 1)Sekolah Kebangsaan Sg. Hadir dalam keluarga yang tidak mewah membuatkan beliau menghargai setiap sen yang dimiliki. Tagline yang mudah dan ringkas itu seakan-akan menjadi satu fenomena yang kini meniti di bibir segenap lapisan masyarakat tanpa mengira peringkat usia. Bermula dengan berniaga secara kecilkecilan akhirnya membuahkan hasil yang lumayan kini. menjadikan beliau untuk terus kuat berniaga.Besar. Melihatkan di sekeliling . Anak ketiga kepada pengasas Sendayu Tinggi itu mengakui menerajui perniagaan yang didominasi wanita bukan satu perjalanan mudah. Kesusahan itu menjadikan beliau mempunyai lebih banyak pengalaman dan pengalaman itu beliau jadikan didikan untuk menerajui syarikatnya kini. mengingatkan asal-usul dan kesusahan yang dihadapi sejak kecil. Dato’ Aliff Syukri bin Kamarzaman. Siapakah gerangan pencetus fenomena itu? Beliau ialah jutawan muda.Kuala Lipis.

antara RM5 hingga RM10 sahaja. . Maka. memanjat pokok tersebut dan hasilnya dijadikan jeruk untuk dijual di sekolah.rumah neneknya terdapat pokok mempelam dan jambu tumbuh subur. Harga yang dikenakan juga tidaklah mahal. Selepas berhempas pulas berniaga dari rumah ke rumah. ianya menjadi titik permulaan untuk beliau serius berniaga. Sambil menyelam minum air. namun untuk beliau. syarikatnya D’ Herbs Healthy Sdn. pasti akan ada satu lagi beg tambahan untuk memuatkan jeruk yang dihasilkannya untuk dijual pada harga antara 10 hingga 20 sen. namun selepas membuat kajian selama beberapa bulan. Bhd. bukan kerana modal kita berjaya tetapi usaha dan kesungguhan paling penting. beliau mula merasakan lebih baik beliau menjual produknya sendiri. beliau gunakan sepenuhnya untuk menghasilkan produk jenamanya sendiri. Baginya. Perniagaan kecil-kecilan itu dilihat sangat berkesan lantas memberi keyakinan kepada beliau untuk melakukannya hingga ke peringkat sekolah menengah dengan menjual pelbagai jenis kerongsang dan juga tudung serta barangan kosmetik. beliau tanpa meminta pertolongan. Habis zaman persekolahan. Jika budak lain pergi ke sekolah hanya membawa satu beg sekolah untuk mengisi buku. Walaupun sedar risiko muflis itu ada. beliau mengambil langkah drastik untuk mengeluarkan produk ciptaan sendiri. beliau mula menyewa sebuah kiosk di pusat beli-belah di Subang Jaya. beliau mula menjalankan perniagaan kecil-kecilan dari rumah ke rumah menjual jamu dan pelbagai jenis produk kecantikan jenama terkenal. malu itu perkara kedua. Melalui bengkel yang dijalankan. berjaya mengeluarkan gincu kolagen pertama di Malaysia. beliau mampu menjana pendapatan sehingga RM3000 sebulan. bermodalkan wang simpanan yang dikumpul. beliau akan mengetuk pintu pejabat untuk menjual. Semua simpanan yang ada. Bergelar suami dan bapa pada usia muda serta tinggal di kota raya membuatkan beliau perlu mencari jalan menambah pendapatan. beliau akan membuat bengkel kecantikan dan kesihatan di tempat-tempat kerja sama ada swasta mahupun kerajaan. itulah yang beliau amalkan apabila beliau turut menjual produk kecantikan dan kesihatan pada masa bengkel dijalankan. Selangor. Selepas gigih menjual produk daripada pelbagai jenama. Prinsipnya mudah. Walaupun ada kalanya terasa segan kerana pelanggan tidak mahu mendengar penjelasan yang diberikan. Setiap hujung minggu. Bukan itu sahaja. pada waktu tengah hari pula.

farmasi. Di samping itu. Produk D’ Herbs boleh didapati dengan harga serendah RM15 di setiap lokasi tumpuan ramai termasuk pasar malam. produk-produk beliau dihasilkan di kilangnya sendiri iaitu Aliff Herbs Manufacturing Sdn Bhd. Malah. beliau turut menyimpan hasrat untuk menghasilkan 500 jenis produk lagi pada masa akan datang bagi memberi lebih pilihan kepada para pengguna.. Bapa kepada tiga orang cahaya mata ini mempunyai misi yang jelas dalam hidupnya.Pada peringkat awal pengenalan jenama D’ Herbs ini. kedai jamu. syarikat itu sudah berpindah ke bangunan empat tingkat dengan seramai 15 orang pekerja serta telah menghasilkan hampir 30 rangkaian produk baru.Sentiasa kreatif dalam rekaan tudung stail yang baru dengan kombinasi warna tudung yang menarik. Istimewanya lagi mengenai produk beliau adalah bahan-bahannya 100 peratus berasaskan herba dan juga murah berbanding produk kesihatan lain di pasaran.saya terkesan dengan setiap usaha yang beliau telah lakukan untuk mencapai kejayaan aktualisasi diri. dan pusat jualan D’ Herbs sendiri.) Saya memilih usahawan ini untuk segmen "Tokoh-Tokoh Usahawan" dalam blog saya.Pernah diuji dengan penciplakkan jenama tudungnya tetapi beliau tidak berputus asa dan terus maju dalam perniagaan sehingga kini dan mendapat tempat dihati pelanggan setia. Beliau juga tidak malu untuk mempromosikan jenamanya di pasar malam kerana beliau percaya produknya adalah produk mampu milik segenap lapisan masyarakat. Namun kini. Setelah mencari maklumat tentang beliau daripada pelbagai sumber . Menggunakan selebriti terkenal seperti Bienda dan Watie Elite sebagai jurucakap produknya. pelbagai kerja dilakukannya sendirian termasuk mengelilingi Malaysia untuk tujuan promosi. Menjadikan empayar kosmetik Avon sebagai tanda aras. beliau berharap dapat mengembangkan jenama D’ Herbs sebagai satu jenama global. menjadikan produknya menjadi tarikan pelanggan bukan sahaja di Malaysia malah Singapura dan juga Brunei. Syarikat yang ditubuhkan pada September 2010 ini pada mulanya hanya beroperasi di lot kedai di tingkat dua dengan hanya seorang pekerja sahaja. . pasar tani. Pelbagai tugas dilakukannya serentak termasuk menjadi pemandu dan ejen pemasaran. Beliau mementingkan kualiti produk yang dikeluarkan supaya dapat bersaing dalam pasaran. MAWAR ABDUL KARIM (TUDUNG FAREEDA NYATA JELITA.

Puan Faridah Zakaria. dan itulah yang terjadi kepada beliau yang sesekali tidak pernah menyangka berjaya membina jenama perniagaan tudungnya sendiri. namun jika kita melihat kegagalan tersebut daripada sudut yang positif. Wanita kelahiran Singapura namun dibesarkan di Pulau Pinang ini pada mulanya berjinak-jinak dalam bidang kecantikan dan pernah membuka sebuah salun kecantikan di Pulau Pinang. tuah manusia siapalah yang tahu. Walaupun sukar untuk kita melaluinya. Beliau menganggap kegagalan dalam perniagaannya sebelum ini sebagai cabaran dan dugaan yang mencorakkan kehidupannya pada masa depan.com/biodata-mawar-abdul-karim-isteri-fizo-omar/ Tidak dapat dinafikan bahawa kegagalan adalah satu perkara yang sangat pahit untuk ditelan.Nama Penuh : Mawar Abdul Karim Umur : 24 Tahun Asal : Pulau Pinang Agama : Islam Tempat Menetap : Kuala Lumpur Status : Berkahwin (Isteri Fizo Omar) Pekerjaan : Model dan Pengurus Pemasaran jenama Tudung FAREEDA Mawar ialah anak kepada pengasas tudung jenama Fareeda. dan hasilnya. Mereka berdua bergelar suami isteri pada 10 November 2013 di rumah keluarga perempuan iaitu di Country Heights. Keazaman beliau untuk mengubah nasib keluarga menjadikan beliau sentiasa berusaha dan tidak pernah kenal erti putus asa. Tuah ayam nampak di kaki. Begitulah yang dilalui oleh Pengarah Urusan Fareeda House of Scarf. Sumber : http://blogfyna. . Semangat beliau tidak pernah luntur untuk bangkit semula mencapai kejayaan. lahirlah Fareeda House of Scarf yang menjadi dambaan wanita berhijab pada masa kini. Kajang. pastinya kegagalan itu akan menjadi titik pengubah kepada kehidupan kita.

Beliau kemudiannya mendapat ilham untuk menghasilkan sendiri tudung untuk dipakai beliau berikutan berasa susah hati kerana tidak menjumpai tudung yang disukainya. Selepas kegagalan perniagaan salun kecantikannya itu. sesuatu perkara itu tidaklah mustahil untuk dicapai. beliau tidak mempunyai sebarang pekerjaan lain dan ini memberi tekanan kepada beliau kerana kehidupannya benar-benar susah ketika itu. Beliau telah membuktikan jika kita berani mencuba. perniagaan tersebut kurang mendapat sambutan dan hanya mampu bertahan selama setahun lebih sahaja. Dengan keupayaan dua buah mesin jahit itulah. beliau mengambil keputusan untuk membuka perniagaan menjual tudung rekaannya bermula di rumah. menjahit tudung dan juga melayan pelanggan dalam satu masa yang . Memikirkan yang beliau perlu menyara keluarga. Apabila beliau mula memakai tudung buatannya sendiri. bermulanya rekaan tudung Fareeda di mana rekaan dan potongan tudung tersebut adalah hasil daripada ilham beliau sendiri. Bermula dari situlah. mengurus rumahtangga.Namun. beliau tidak mampu untuk duduk berdiam diri tanpa pekerjaan lagi. beliau bertungkus-lumus untuk menyediakan tempahan tudung-tudung yang tidak putus-putus daripada pelanggannya. dan kemudiannya mula membeli tudung daripada beliau. rakanrakan dan saudara terdekat beliau mula menunjukkan minat dengan gaya tudung yang dihasilkan oleh beliau. Beliau perlu membuat sesuatu untuk mengubah nasib keluarganya. Beliau menerima beratus-ratus tempahan dalam sehari dan tempahan tersebut perlu disiapkan dalam kadar yang segera. Akhirnya. Masa yang dimiliki oleh beliau sangat terbatas ekoran perlu menjaga anak. beliau hanya mempunyai dua mesin jahit iaitu satu untuk jahitan tepi dan satu untuk jahitan biasa. Ketika itu. dan ketika itulah beliau mula berniaga secara kecil-kecilan dengan menjual tudung Dubai kepada rakan-rakan terdekat.

Beliau hanya mampu untuk tidur dua hingga ke tiga jam sahaja sehari dan ini bukanlah alasan untuk beliau untuk patah semangat.usahawan.html . Berpegang pada cita-cita ingin menjadikan wanita bertudung kelihatan anggun dan mengetengahkan lagi sifat kewanitaan di dalam diri mereka. dengan harga permulaan bermula pada sekitar harga RM150 sehelai. Sumber : http://www. Walaupun harga tudung Fareeda dilihat agak mahal. Malah suaminya juga banyak memberi idea dalam penghasilan rekaan tudung Fareeda. Faridah berazam akan terus berusaha menghasilkan rekaan-rekaan baru yang segar dan unik agar Fareeda terus menjadi penyeri kepada wanita-wanita berhijab di luar sana. malah ianya mendidik beliau untuk menjadi lebih berdisiplin dan menghargai masa. Selangor. Pelanggan sanggup beratur panjang demi mendapatkan tudung Fareeda lebih-lebih lagi jika edisi rekaan terbaru Fareeda berada di pasaran kerana setiap rekaan yang dihasilkan adalah terhad demi menjaga kualiti Fareeda. Kini Fareeda House of Scarf mempunyai lebih daripada 100 pekerja dan 300 pengedar yang berjaya menjual hampir 20000 helai tudung setiap bulan terutamanya di cawangan Fareeda di Bangi. Hal ini bukan sahaja mampu memikat hati pelanggan. pelanggan tegarnya tetap tidak berganjak ke jenama tudung lain berikutan kain yang digunakan untuk menghasilkan tudung Fareeda adalah daripada kain yang berkualiti tinggi dari luar negara.com/tokoh-perniagaan/fareeda-nyata-jelita. Perbezaan antara Fareeda dengan jenama tudung yang lain adalah kualiti dan gaya yang menarik di dalam setiap penghasilan tudung Fareeda. Beliau berasa sangat bertuah kerana memiliki seorang suami yang sangat memahami dan sentiasa memberi semangat juga dorongan kepadanya selama ini untuk terus maju ke hadapan bersama Fareeda. malah memastikan Fareeda dapat bersaing dengan syarikat lain di Malaysia.sama.