You are on page 1of 2

TEKS UCAPAN GURU BESAR SK. HJ.

IDRIS SEMPENA HARI ANUGERAH CEMERLANG, SEKOLAH
KEBANGSAAN HJ. IDRIS PADA 2 JULAI 2008 JAM 9.00 PAGI
‫مبيسمم اللمه ال رريحـرمـمن ال ررمحي يمم الحمد لله رب العـلـمين والصلة والسلم على أشرف النبـياء والمرسـلين و على أله وصحـبه أجـمـعين‬
Yang Berusaha Saudari Pengacara Majlis,
Pengetua-pengetua, Guru-guru Besar
Yang Dipertua PIBG serta ahli jawatankuasa
Penolong-penolong Kanan, guru-guru
Dan seterusnya ibu bapa serta para hadirin yang saya muliakan.
Pertama-tamanya izinkan saya melafaz dan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT
kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya maka kita dapat berkumpul dalam dewan yang
indah ini bagi melaksanakan satu lagi agenda pendidikan yang diatur oleh
Pihak pengurusan sekolah dan juga jawatankuasa PIBG Sek. Keb. Hj Idris.Ucapan syabas dan
tahniah kepada Jawatankuasa Pengelola majlis ini yang tentunya telah berusaha dengan gigih
supaya majlis ini berjalan lancar dan teratur. Terima kasih tidak terhingga kepada Yang Dipertua
PIBG serta ahli jawatankuasanya kerana memberi komitmen yang tinggi sehingga mejlis ini
berjaya dilaksanakan. Ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada
seluruh warga kerja atas inisiatif dan kesungguhan yang ditunjukkan bagi menjayakan majlis
anugerah cemerlang ini. Kita sedar, majlis seumpama ini amat perlu dijalankan untuk memberi
makna kepada kehidupan anak-anak yang bakal mewarisi masa depan Negara.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Saban tahun, pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tidak pernah
lupa mengadakan majlis untuk meraikan kejayaan cemerlang pelajar-pelajar dalam bidang
kurikulum mahupun kokurikulum. Malahan bagi saya, majlis ini diadakan khusus untuk meraikan
para waris yang sentiasa meletakkan kecemerlangan dan kejayaan anak-anak menjadi agenda
pertama dalam kehidupan mereka. Jadi pada kesempatan ini saya bagi pihak sekolah ingin
merakamkan ucapan tahniah dan syabas bukan sahaja kepada para pelajar yang bakal menerima
anugerah malahan ibu bapa juga para guru yang menjadi nadi atau tulang belakang sehingga
membuahkan kejayaan untuk mereka.

Sebenarnya tuan-tuan dan puan-puan, kejayaan seorang pelajar tidak hanya terletak pada usaha
dan kesungguhan yang dimainkan oleh guru semata-mata. Kita sedar, bahawa guru-guru di
peringkat sekolah rendah perlu harus ‘memberi’, agar para pelajar bersedia untuk ‘menerima’.
Selain insan yang sering memberi cahaya itu, ibu bapa juga perlu sentiasa memainkan peranan
penting untuk mencorakkan masa depan anak-anak mereka. Malahan tuan-tuan dan puan-puan,
pada saya yang paling utama kejayaan adalah terletak pada diri para pelajar itu sendiri, agar
sentiasa mempunyai komitmen dan motivasi diri yang tinggi sekiranya ingin mengecapi
kecemerlangan. Sesungguhnya kita harus sedar bahawa dalam usaha menuju ke puncak, banyak
laluan sukar yang perlu ditempuhi. Dato’ Azhar Mansor, Datuk Sharifah Mazlina dan Dato’ Syeikh
Muzzaffar sendiri melalui pelbagai kesukaran dalam usaha menjelajah dunia dan meneroka
angkasa! Pepatah Melayu selalu mengingatkan kita, “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”,
“Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”, “Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat
sagunya.” Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan, marilah kita sama-sama berganding bahu untuk
mencipta kejayaan demi kejayaan buat anak-anak kita. Pada saya, kejayaan anak-anak tuan-tuan
dan puan-puan merupakan satu anugerah kepada pihak sekolah dan ganjaran buat tuan-tuan

bahawa pelajar-pelajar yang kita raikan hari ini merupakan waris yang bakal mendukung impian dan harapan Negara. Sekian. marilah kita saling bergandingan bagi memastikan para penerima anugerah ini bakal menjadi sebahagian warna-warna kegembiraan Negara pada masa hadapan dan bukan merupakan secalit warna kehancuran atas kealpaan dan kelekaan kita. Anugerah yang diberikan pada hari ini merupakan penghargaan pihak sekolah kepada para pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam pembelajaran dan pembelajaran pada tahun ini.sebagai waris. Akhir kata. Insya’Allah. Saya sangat berharap agar kecemerlangan yang ditunjukkan oleh para penerima akan menjadi pemangkin untuk para pelajar mempertingkatkan mutu pencapaian mereka dalam bidang akademik dan bukan akademik pada masa hadapan. saya menyeru kepada saudara dan saudari sekalian agar dapat sama-sama berganding bahu meningkatkan kualiti hidup sihat dalam kalangan anak-anak. terima kasih. Sihat yang dimaksudkan bukan hanya tertumpu kepada kesihatan tubuh badan malahan kesihatan minda supaya harapan dan impian tuan-tuan dan puan-puan akan direalisasikan sama seperti harapan dan impian seperti mana yang telah termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara. sekali lagi saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah dan juga syabas kepada semua warga kerja yang bertungkus-lumus menjayakan Hari Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Haji Idris pada hari ini. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah pada hari ini. Saya pasti bahawa seluruh warga dewan pada hari ini sedar. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Untuk itu. Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. . Tahap pencapaian yang ditunjukkan sudah tentu boleh menjadi contoh serta ikutan kepada para pelajar lain untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka pada masa akan datang. Maka saya ingin menyeru kepada diri saya dan tuan/puan sekalian.