You are on page 1of 2

Sketsa Merdeka

Pada suatu petang ada seorang lelaki tua dan cucunya berada di serambi
rumah.Cucunya menegurnya.

Ali: Atuk, atuk baca apa tu? Atuk: Atuk tengah baca buku lah cu.
Atuk: Buku tentang sejarah penjajahan Jepun
Ali: Penjajahan tu apa tok?
Atuk: Penjajahan tu ialah negara kita di tadbir atau di kuasai oleh negara lain.
Ali: Oh macam tu . Kita kena jajah lagi ke tok? Atuk: Tak, kita kan dah lama
merdeka..
Ali: Atuk cerita lah sikit kisah Jepun tu. Ali nak dengar..
Atuk: Masa Jepun menjajah Malaysia masa tu namanya tanah Melayu. Hidup masa
tu susah
Atuk: Masa tu jugak orang melayu makan ubi sahaja..jarang dapat makan nasi.
Ali : Napa tok?
Atuk: Masa ni nak dapat beras susah. Beras banyak kena rampas dengan Jepun
Adegan masa ni Jepun merampas beras dari orang Kampung

Jepun 1: Bagi sama saya!


Perempuan Melayu: Tolong tuan, ini untuk anak kami tuan..mereka dah lama tak
makan
Jepun 2: Mau potong kepara ka?(Sambil menarik rambut)
Lelaki Melayu: Tolong tuan
Jepun 3: Bodoh.(sambil memukul Lelaki Melayu dibantu Jepun 2)
Selepas memukul, askar Jepun pergi sambil ketawa meninggalkan pasangan Melayu.

Selepas adegan ni , adegan mereka memasak ubi dengan beras.

Atuk: Mereka juga masak nasi campur ubi..Kadang kadang tak ada beras
langsung. Makan ubi jer..Sedih sangat masa ni.

Ali: Kalau macam tu mesti masa ni semua orang kurus kan tok? Sebab tak makan
nasi?
Atuk: Tak la semua kurus.
Ali : Sedihnya tok, kalau la Ali, dah tentu Ali tak selera nak makan.
Atuk: Ha! kamu patut bersyukur tau sekarang kita dah merdeka. .Dah tak ada
dah kena makan ubi masa makan tengahari.
Ali: Yelah tok, kalau kita tak merdeka, tentu kita kena makan ubi sampai
sekarang kan tok? Atuk:
Hmm, mungkin
Kemudian adengan anak gadis dikejar Jepun

Atuk: Atuk paling sedih bila anak gadis diganggu.


Nora: Cepat Yati.
Yati: Aku takut Nora.( Selepas terjatuh)
Jepun 1: Hehehe.Mana mau lari haa..
Jepun 2: Perempuan bodoh..(Berteriak sambil menampar Yati)
Nora: Tolong..tolong
Jepun 1: Diam .(sambil mengacukan pistol)
Jepun 2: Sekarang mari kita bergembira. Hahaha.
Tanpa disedari 2 pemuda kampung menyelinap dari belakang askar Jepun.
Berlaku pengelutan dan pemuda kampung berjaya menumpaskan askar Jepun.
jj

Muzik semangat

Murid berkumpul dan menyanyikan lagu patriotik

You might also like