You are on page 1of 26

KANDUNGAN

ABSTRAK
KATA KUNCI ..
1. PENDAHULUAN
2.

PENGENALAN KEADAAN DI MALAYSIA BERKAITAN


DENGAN TULISAN CINA DAN SENI KALIGRAFI CINA

3.

PENGENALAN SOAL SELIDIK


3.1TUJUAN SOAL SELIDIK
3.2RESPONDEN

3.3 KANDUNGAN SOAL SELIDIK


4. HASIL SOAL SELIDIK DAN ANALISIS ..
(4.1) KEADAAN PELAJAR MEMPELAJARI KALIGRAFI CINA
SECARA MENYELURUH
(4.2) KEPENTINGAN MEMPELAJARI KALIGRAFI CINA
KEPADA SUBJEK MENULIS KARAKTER CINA ..
5.

2
2
3

3
6
6
6
6
6
6
1
0

BAGAIMANA DIDIKAN KALIGRAFI CINA MEMAINKAN


PERANAN DALAM PEMBELAJARAN KARAKTER CINA .
(5.1) MEMPERKASAKAN TEKNIK MENULIS MELALUI
DIDIKAN KALIGRAFI CINA
(5.2) MEMPERBETULKAN CARA MEMEGANG PENSIL DAN

1
4
1
4

POSISI DUDUK KETIKA MENULIS MELALUI DIDIKAN


KALIGRAFI CINA ..
1
6.

CADANGAN

7
2
1

KESIMPULAN

2
2

KEPENTINGAN KALIGRAFI CINA DALAM MENGUASAI


CARA MENULIS KARAKTER CINA DI MALAYSIA
NAMA : NUR ZAHIRAH BINTI ABDUL RAZAK

NO.PELAJAR : 1191416

BIDANG : BAHASA MANDARIN UNTUK


PERGURUAN

FASILITATOR : PROF. HONG


TONG
HUAI

ABSTRAK
Kaligrafi Cina adalah merupakan budaya tradisi masyarakat Cina,
tetapi kaligrafi cina bukan sahaja satu budaya , bahkan satu cara yang
efektif untuk menguasai tulisan cina. Pembelajaran Bahasa Mandarin di
sekolah kebangsaan di Malaysia adalah merupakan satu kelas yang baru
diperkenalkan, iaitu bermula dari tahun 2005. Oleh kerana Malaysia
merupakan sebuah negara yang berbilang kaum dan ekonomi negara
China berkembang pesat, kerajaan Malaysia mula menggalakkan pelajarpelajar sekolah untuk mula menguasai Bahasa Mandarin. Hasil dapatan
kajian ini diperoleh melalui analisa kepentingan kaligrafi cina dalam
menguasai cara menulis karakter cina di Malaysia dan juga melalui
borang kaji selidik yang diedarkan kepada guru Bahasa Mandarin dan
pelajar di Malaysia. Borang kaji selidik tersebut dibuat bertujuan untuk
menilai tahap penguasaan Bahasa Mandarin pelajar dan guru di Malaysia.
Selain itu ia bertujuan untuk mengetahui pandangan mereka terhadap
kepentingan kaligrafi cina dalam menguasai tulisan karakter cina. Hasil
kajian ini juga telah mengeluarkan beberapa cadangan kepada pihak
kerajaan dan guru yang boleh diambil bagi memperkasakan lagi
penguasaan pelajar dalam pembelajaran Bahasa Mandarin. Di samping
itu, hasil kajian ini juga telah dapat menyelesaikan masalah bagaimana
untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam kelas Bahasa Mandarin.
Bagi menyelesaikan masalah ini, kajian mendapati perlunya untuk
menggabungkan kaligrafi cina dan kelas tulisan karakter cina, supaya
dapat menggunakan teknik kaligrafi cina untuk mendidik pelajar menulis
tulisan cina dengan lebih baik dan mengikut cara yang betul.
2

KATA KUNCI : Sekolah kebangsaan di Malaysia; pendidikan sekolah rendah;


soal selidik; analisis; kepentingan

1. PENDAHULUAN
Seni kaligrafi cina adalah merupakan budaya masyarakat Cina yang
sangat bernilai kerana terkandung sejarahnya yang panjang dan penuh
dengan unsur-unsur budaya didalamnya. Tulisan terawal di China dikenali
sebagai Jiaguwen ( ). Oleh kerana orang-orang terdahulu mahu
mencatat segala sejarah dan peristiwa yang berlaku pada masa itu, orang
Cina pada awalnya menggunakan batu pisau dan mengukir tulisan di atas
batu dan menyimpannya sebagai khazanah hingga ke hari ini. Susulan
daripada itu, tulisan tersebut mengalami perubahan dari masa ke masa
dan

melalui

perkembangan

sejarah

yang

cukup

panjang

hingga

terhasilnya tulisan moden yang lebih ringkas dan mudah difahami.


Bahkan perkembangan ini telah melahirkan pelbagai jenis tulisan yang
direka oleh penulis seni kreatif kaligrafi Cina. Tulisan-tulisan ini seolaholah melambangkan nilai kreatif dalam diri mereka. Seni kaligrafi cina
bukan sahaja disanjung di negaranya sendiri, bahkan juga dijulang di
seluruh dunia, kerana sangat ramai yang meminati seni ini dan belajar
menguasainya.
Sepanjang lebih empat tahun menuntut dalam jurusan Bahasa
Mandarin di Universiti Bahasa dan Budaya Beijing, saya menyedari betapa
pentingnya menguasai seni kaligrafi cina ini dan memahami sebab rakyat
negara China sangat memelihara budaya ini. Di Malaysia, ramai yang
mempelajari Bahasa Mandarin, tetapi tahap tulisan mereka masih banyak
yang

perlu

diperbaiki.

Berdasarkan

pengalaman,

saya

mendapati

mempelajari seni kaligrafi cina bukan sahaja dapat membantu pelajar di


Malaysia untuk meningkatkan penguasaan dalam cara menulis karakter
cina, bahkan dapat menjadikan kelas lebih menarik. Melalui soal selidik
dan analisa, saya berharap agar dapat meyakinkan rakyat Malaysia
3

tentang kepentingan dan kegunaan mempelajari seni kaligrafi cina, serta


berharap mereka bukan sahaja menjadikan seni ini sebagai satu minat
tetapi juga sebagai alat atau cara untuk menguasai cara menulis karakter.

2. PENGENALAN KEADAAN DI MALAYSIA BERKAITAN


DENGAN TULISAN CINA DAN SENI KALIGRAFI CINA

Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai


kepelbagaian kaum, etnik dan budaya. Masyarakat Cina merupakan kaum
kedua terbesar di Malaysia dengan populasi 26.4%. Keadaan ini telah
menjadikan budaya mereka sudah sebati dalam masyarakat Malaysia.
Seni kaligrafi cina merupakan simbolik masyarakat Cina di Malaysia,
mewakili budaya kaum mereka dan mempromosikan kepentingan budaya
ini kepada mereka. Di Malaysia, aktiviti berkaitan dengan seni kaligrafi
cina ini ada dijalankan tetapi hanya disebarkan melalui media-media
masyarakat Cina seperti Sin Chew Daily dan Nanyang Siang Pau.
Walaupun sejak kebelakangan ini seni kaligrafi cina mendapat sambutan
di Malaysia, dan perkembangannya sangat memberangsangkan, bahkan
kaum yang bukan berbangsa Cina juga berusaha untuk mempelajari seni
ini, tetapi penulis kaligrafi ternama masih lagi terdiri daripada masyarakat
Cina. Walaupun seni kaligrafi cina di Malaysia mendapat sokongan
daripada pihak kerajaan, tetapi kebanyakan aktiviti dianjur dan ditaja oleh
badan bukan kerajaan (NGO).
Sistem pendidikan di Malaysia mempunyai sedikit perbezaan
dengan negara-negara lain. Oleh kerana populasi yang berbilang kaum,
Malaysia mempunyai 3 jenis sekolah : Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah
Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).
Perkembangan seni kaligrafi cina dan pendidikan bahasa Mandarin
bergerak seiring. Walaupun Kementerian Pelajaran Malaysia menyokong
perkembangan seni kaligrafi cina, tetapi Sekolah Kebangsaan Cina tidak
mendapat perhatian dan bantuan penuh daripada Kementerian Pelajaran
4

Malaysia. Dek kerana itu, perkembangan seni kaligrafi cina di Malaysia


masih bergantung sepenuhnya kepada usaha Organisasi Seni Kaligrafi
Cina dan organisasi masyarakat. Sekolah bangsa Cina di Malaysia
mewajibkan pelajar untuk mengambil kelas seni kaligrafi cina, tetapi
mereka hanya mula belajar ketika di Tahun 3, tetapi ketika di Tahun 6,
murid-murid tidak diwajibkan untuk belajar kelas ini kerana perlu memberi
tumpuan kepada peperiksaan UPSR. Kepadatan kelas membuatkan
sekolah

tidak

dapat

mencuri

masa

untuk

membenarkan

pelajar

mempelajari kelas lain selain kelas yang berkait dengan peperiksaan UPSR
tersebut. Selain itu, kekurangan guru yang boleh mengajar subjek seni
kaligrafi cina ini juga menidakkan lagi kemampuan sesebuah sekolah
untuk meneruskan kelas ini.
Hubungan kerjasama Malaysia-China dan penggunaan Bahasa
Mandarin secara meluas di seluruh dunia telah menggerakkan Perdana
Menteri Malaysia, Dato Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak untuk
mengeluarkan pekeliling baru pada tahun 2007 iaitu sebanyak 150 buah
Sekolah Kebangsaan akan dibuka kelas Bahasa Mandarin, dan sebanyak
50 buah sekolah dipilih untuk membuka kelas Bahasa Tamil sebagai
bahasa kedua. Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjemput khas dari
negara luar beberapa orang guru Bahasa Mandarin untuk berkhidmat di
sekolah-sekolah tersebut. Silibus yang digunakan untuk murid-murid
sekolah kebangsaan adalah lebih mudah dan ringkas dibandingkan
dengan silibus di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Hal ini demikian kerana,
tahap murid-murid tersebut adalah kosong, memandangkan bahasa
pertuturan mereka bukanlah Bahasa Mandarin. Mereka bermula daripada
awal, mempelajari asas-asas Bahasa Mandarin. Kelas ini diadakan selama
satu jam setengah setiap minggu, sangat singkat masa yang diberi untuk
mempelajari bahasa kedua ini. Disebabkan keadaan ini, guru terpaksa
memanfaatkan setiap masa yang ada untuk mengajar murid-murid semua
asas Bahasa Mandarin termasuklah menulis, membaca, mendengar dan
bercakap.

Walaupun

mereka

menunjukkan

peningkatan

dalam

pembelajaran tetapi tahap penulisan mereka masih rendah.

Kaligrafi cina yang merupakan satu warisan budaya masyarakat


Cina mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan penulisan karakter
cina. Di Malaysia sudah mula dibuka bidang professional seni kaligrafi cina
iaitu di Institut Seni Malaysia, Institut Seni Pulau Pinang, Akademi Seni
Halus China dan lain-lain. Institut-institut ini mula membuka bidang ini
kerana semakin ramai rakyat Malaysia yang menyedari kepentingan
mempelajari seni kaligrafi cina, bahkan menyedari mempelajarinya bukan
sahaja

untuk

memelihara

warisan,

tetapi

juga

berguna

dalam

memperkasakan tulisan karakter cina. Hal ini demikian kerana, seni


kaligrafi cina bukan sahaja memberi kita peluang menyelami dasar
warisan

rakyat

China

terdahulu,

malah

dapat

mempertingkatkan

penguasaan kita dalam menulis karakter cina.


Beberapa tahun ini, kerajaan Malaysia telah merangka program 1
Malaysia, kerajaan menggalakkan orang Melayu dan kaum-kaum lain
untuk merantau ke bumi Tembok Besar iaitu Beijing bagi mempelajari
Bahasa Mandarin yang tulen. Kerajaan juga telah menghantar ramai
pelajar-pelajar lepasan SPM untuk belajar di BLCU dan BFSU. Setelah
mereka menamatkan pengajian di sana, mereka akan berkhidmat di tanah
air sebagai guru Bahasa Mandarin.

3. PENGENALAN SOAL SELIDIK


6

3.1

TUJUAN SOAL SELIDIK


Soal selidik ini dibuat bertujuan untuk mengetahui keadaan

pembelajaran kaligrafi cina dalam kalangan guru dan pelajar, serta


mengkaji kepentingan kaligrafi cina terhadap pembelajaran karakter cina.
Selain itu, ia bertujuan untuk mengetahui pandangan mereka jika dibuka
kelas kaligrafi cina, dan menganalisa prestasi Bahasa Mandarin pelajar.
3.2

RESPONDEN
Soal selidik dibuat kepada 3 buah sekolah, dan diedar kepada 76

pelajar dan 15 orang guru. Borang soal selidik terbahagi kepada 3


bahagian iaitu bahagian pengetahuan am, bahagian guru dan bahagian
pelajar
3.3

KANDUNGAN SOAL SELIDIK

Kandungan borang soal selidik adalah berkenaan dengan minat responden


terhadap kaligrafi cina, tahap pemahaman mereka; tahap menulis
karakter cina setiap responden; pandangan mereka terhadap kelas
karakter cina, sama ada menarik atau tidak; responden menyokong kelas
kaligrafi atau tidak.

4.HASIL SOAL SELIDIK DAN ANALISIS


4.1

KEADAAN

PELAJAR

MEMPELAJARI

KALIGRAFI

CINA

SECARA

MENYELURUH
4.1.1

PENGETAHUAN

RAKYAT

MALAYSIA

TERHADAP

SENI

KALIGRAFI CINA
Kepelbagaian kaum di Malaysia menjadikan budaya masyarakat
Cina tidak lagi asing dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini.
Hasil

daripada

soal

selidik

jelas

menunjukkan

orang

Malaysia

menganggap prospek seni kaligrafi cina di Malaysia sangat meyakinkan


iaitu

sebanyak

25.3%,

manakala

seramai

49.5%

memilih

agak

meyakinkan. 12.1% merasakan prospek seni ini tidak meyakinkan. Jumlah


ini memberi gambaran bahawa seni kaligrafi cina bakal mempunyai masa
7

depan yang cerah di Malaysia, bahkan boleh berkembang dengan lebih


agresif. Seni ini juga boleh menarik minat lebih ramai pencinta seni
kaligrafi cina. Walaupun seni kaligrafi cina ini adalah budaya warisan
kaum tertentu tetapi bukan sahaja kaum itu sendiri yang mempunyai
pandangan positif terhadap seni ini, malahan kaum lain juga mempunyai
pendapat yang sama positifnya.
Pengetahuan rakyat Malaysia terhadap seni kaligrafi cina boleh
dikatakan sangat banyak. Daripada 91keping borang soal selidik yang
diedarkan, sebanyak 65.9% responden tahu tentang alat-alat kaligrafi
(berus, dakwat, kertas, batu dakwat); 36.3% tahu serba sedikit mengenai
jenis-jenis kaligrafi, contohnya: kaishu, lishu, zhuanshu, jiaguwen dan
sebagainya; 31.9% responden tahu serba sedikit sejarah awal dan
perkembangan seni ini. Hanya 14.3% yang memilih tidak ada sebarang
pengetahuan. Bilangan ini menggambarkan taraf seni kaligrafi ini di hati
orang Malaysia tidak rendah. Mereka boleh dikatakan mempunyai sedikit
pengetahuan mengenai seni kaligrafi.

4.1.2

TAHAP MINAT PELAJAR TERHADAP SENI KALIGRAFI CINA

Walaupun

bahasa

kebangsaan

di

Malaysia

bukanlah

Bahasa

Mandarin, dan tidak berkait secara langsung dengan budaya masyarakat


Cina, tetapi hasil analisis soal selidik menyatakan bahawa purata orang
Malaysia yang meminati seni kaligrafi dianggap tinggi. Sebanyak 48.4%
responden memilih sangat suka seni kaligrafi, sebanyak 47.3% memilih
suka

seni

kaligrafi.

Bilangan

ini

sangat

memberansangkan.

Ini

menunjukkan seni kaligrafi sangat diterima di Malaysia, malahan


mempunyai

potensi

untuk

terus

berkembang.

Bilangan

ini

juga

menunjukkan, sekiranya pada masa hadapan dibuka kelas seni kaligrafi


cina, mereka akan berminat untuk menyertainya. Walaubagaimanapun,
masih ada segelintir yang tidak berminat dengan seni ini iaitu sebanyak
4.3%, tetapi bilangan ini masih dianggap minoriti. Pada pendapat saya
sendiri, golongan minoriti ini masih belum mengenali seni ini, kerana
itulah mereka tidak berminat.
Di

Malaysia,

ramai

yang

mempelajari

seni

kaligrafi

cina.

Berdasarkan kepada hasil soal selidik, seramai 67.1% pernah belajar


asas-asas seni kaligrafi, hanya 32.9% yang tidak pernah mempelajarinya.
Satu lagi soalan soal selidik yang dapat meyakinkan bahawa rakyat
Malaysia berminat dengan seni kaligrafi cina iaitu Adakah mempelajari
seni kaligrafi cina ini penting? dan hasilnya, seramai 14.3% menjawab

Tidak penting, manakala 67% memilih Penting, dan 18.7% memilih


Sangat penting.

4.1.3

PRESTASI

PELAJAR

DI

MALAYSIA

DALAM

MENULIS

KARAKTER CINA
Bagi mengetahui keadaan pelajar dalam kelas menulis karakter
cina, dan melihat samaada kelas menulis dan kaligrafi cina boleh
disatukan atau tidak, saya telah merangka beberapa soalan untuk
menyelesaikan persoalan ini. Pelajar Bahasa Mandarin di Malaysia
merasakan tulisan mereka agak memuaskan. Hal ini kerana, hasil kajian
memperlihatkan sebanyak 54.9% pelajar menjawab tulisan mereka
memuaskan, tetapi masih ada ruang untuk diperbaiki; 23.1% pula
menjawab tulisan mereka tidak cantik. Hanya 22% menganggap tulisan
mereka sangat memuaskan.
Saya juga telah membuat soal selidik pandangan mereka terhadap
kelas karakter cina sekarang. Hasilnya dapat kita lihat, 56.6% pelajar
berpendapat kelas mereka tidak terlalu menarik. Hal ini demikian kerana,
kelas mereka sekarang hanya belajar menulis dan tidak banyak aktiviti di
dalam kelas. Bagi menyokong pandangan bahawa kelas karakter cina
sekarang kurang membantu pelajar dalam meningkatkan prestasi mereka
dalam menulis, satu soalan telah dirangka dan diajukan kepada para guru.
Adakah pelajar menunjukkan minat dalam kelas kaligrafi cina? dan
sebanyak 63.6% guru menjawab Berminat tetapi mereka sukar untuk
memahaminya;

sebanyak

27.3%

menjawab

Sangat

berminat;
10

selebihnya menjawab Tidak berminat. Terdapat satu lagi soalan yang


menunjukkan prestasi kelas karakter cina pelajar tidak meyakinkan.
Soalannya

adalah

Bagaimanakah

tahap

ingatan

pelajar

terhadap

karakter cina?. Guru-guru yang menjawab Biasa-biasa dan Susah


ingat masing-masing dengan peratus 54.5% dan 31.8%; hanya 13.6%
menjawab Mudah ingat.
Melalui kajian ini, kita dapat mengetahui masalah yang dihadapi
pelajar

Sekolah

Kebangsaan

dalam

aspek

penulisan.

Guru-guru

berpendapat pelajar mempunyai masalah dalam aspek strok tulisan yang


tidak kemas kerana 72.2% guru bersetuju dengan pandangan ini. Guru
juga berpendapat pelajar mempunyai masalah dalam aspek cara duduk
dan cara memegang pensil, serta masalah struktur karakter, dengan
peratus masing-masing 61.1%; hanya 38.9% berpandangan pelajar tidak
mempunyai masalah dalam aspek-aspek tersebut.
Bilangan di atas dapat dianalisa bahawa pelajar sekolah kebangsaan
berminat dengan kelas karakter cina tetapi sukar untuk menguasainya.
Mereka sedar prestasi mereka masih ada ruang untuk diperbaiki, di
samping perlu lebih latihan dan pengajaran. Disebabkan masa untuk kelas
Bahasa

Mandarin

memberangsangkan.

sangat

singkat,

Guru-guru

banyak

prestasi

pelajar

menggunakan

kad

tidak
untuk

mengajar, dan aktiviti kelas juga sedikit. Hal ini memberi kesan kepada
minat pelajar. Guru mendapati tulisan pelajar tidak kemas dan tidak tepat.
Jadi

saya

berpendapat,

latihan

dalam

seni

kaligrafi

cina

dapat

memperbaiki kebolehan mereka dalam teknik menulis, di samping


menarik minat mereka untuk belajar.

4.2

KEPENTINGAN

MEMPELAJARI

KALIGRAFI

CINA

KEPADA

SUBJEK

MENULIS KARAKTER CINA


4.2.1

PELBAGAI KEPENTINGAN MEMPELAJARI KALIGRAFI CINA

Mempelajari seni kaligrafi cina bukan sahaja untuk memahami


budaya tetapi untuk membantu dalam memperkasakan penguasaan
11

dalam menulis karakter cina. Melalui soal selidik, responden yang telah
mempelajar

kaligrafi

cina

mendapati

kemampuan

mereka

menulis

semakin baik dan mempunyai kemajuan yang besar. Sebanyak 37.9%


mempunyai kemajuan yang besar, manakala 50% mempunyai kemajuan
tetapi

tidak

terlalu

banyak.

Bilangan

ini

memperlihatkan

mereka

merasakan mempelajari kaligrafi cina dapat meningkatkan kebolehan


menulis mereka, dan nyata seni kaligrafi cina dan belajar menulis
mempunyai kaitan yang dekat. Hal ini disokong oleh kata-kata Zhan Qi
Xian Kaligrafi cina terhasil disebabkan oleh wujudnya karakter cina.
Kaligrafi cina adalah seni yang terhasil utamanya daripada karakter cina,
bukan sahaja sejarahnya yang panjang, tetapi kesan yang mendalam.
Menyedari lahirnya karakter cina, seni kaligrafi cina juga bercambah.
Di

bawah

dinyatakan

kepentingan

mempelajari

kaligrafi

cina

mengikut analisa boring soal selidik :

4.2.1.1URUTAN STROK KARAKTER CINA SEMAKIN BAIK


Sebanyak 74.6% pelajar berpendapat belajar kaligrafi cina
memberi kesan positif kepada tulisan mereka. Sebanyak 77.8%
guru mempunyai pendapat yang sama. Ini menunjukkan setelah
menguasai kaligrafi cina, pelajar akan dapat memahami dan
memperbaiki urutan strok karakter cina mereka, kerana dalam
seni kaligrafi cina, urutan strok sangat memainkan peranan
penting, lebih-lebih lagi kaishu. Urutan strok kaishu dan karakter
cina moden tidak mempunyai perbezaan yang ketara.
4.2.1.2STROK KARAKTER CINA SEMAKIN JELAS
54.2% pelajar berpandangan bahawa

setelah

mereka

menguasai kaligrafi cina, ia dapat membantu mereka untuk


memahami strok karakter dan dapat menulisnya dengan lebih
jelas

dan

kemas.

44.1%

pelajar

bersetuju

kaligrafi

cina

membantu mereka memahami radikal sesuatu karakter cina.


Guru-guru juga menyokong pendapat ini kerana 66.7% guru

12

memilih jawapan yang sama. Ketika menulis karakter cina


menggunakan pensil, pelajar tidak dapat melihat dengan jelas
strok karakter, tetapi apabila di dalam kelas kaligrafi cina, strok
karakter sangat penting, kerana kita perlu menulis dengan besar
dan jelas.
4.2.1.3TULISAN SEMAKIN KEMAS
Kelebihan lain yang akan

diperoleh

setelah

menguasai

kaligrafi cina adalah tulisan akan semakin kemas. 52.5% pelajar


memilih jawapan ini. Selepas mempelajari kaligrafi cina, pelajar
akan memahami urutan strok dan perincian strok karakter, hal ini
menjadikan pelajar secara automatik dapat menulis dengan
kemas jika dipraktikkan. Hal ini demikian kerana, kekemasan
menulis karakter cina bergantung kepada bentuk strok yang
terhasil.
4.2.1.4CARA PEGANG PENSIL LEBIH BAIK
Seramai 44.1% pelajar berpendapat mempelajari kaligrafi cina
dapat membantu mereka menguasai cara memegang pensil
dengan betul. Hal ini demikian kerana, orang Malaysia tidak
mementingkan cara pegangan pensil, asalkan dapat menulis
dengan

baik,

itu

sudah

memadai.

Orang

Cina

sangat

mementingkan aspek ini sejak kecil, kerana cara memegang


pensil akan memberi kesan kepada bentuk tulisan karakter cina
yang terhasil. Guru di Malaysia juga bersetuju dengan pendapat
ini.
4.2.1.5MEMAHAMI SEJARAH AWAL KARAKTER CINA
Walaupun hanya segelintir iaitu 18.6%

pelajar

memilih

jawapan ini, tetapi 61.1% guru menyatakan pendapat mereka


sedemikian. Hal ini dapat kita tafsirkan bahawa pembelajaran
kaligrafi cina dapat menambah pengetahuan pelajar mengenai
sejarah awal tulisan tersebut, di samping lebih mudah untuk
mengingati strok tulisannya jika tahu sejarah awal bagaimana ia
terhasil.

13

4.2.2

MENYOKONG PELAJAR MEMPELAJARI KALIGRAFI CINA

Tesis ini dibuat adalah untuk mengkaji sama ada kaligrafi cina dapat
membantu pelajar di Malaysia meningkatkan kebolehan menulis karakter
cina mereka. Pada masa yang sama, mahu mengetahui sama ada guru
dan pelajar di Malaysia menyokong pelajar sekolah kebangsaan untuk
mempelajari kaligrafi cina. Melalui soal selidik yang dijalankan, saya
mendapati sekiranya sekolah kebangsaan membuka kelas kaligrafi cina,
72.4% pelajar berminat untuk menyertainya, hanya 2.6% memilih untuk
tidak mahu menyertai, dan selebihnya tidak pasti. Kebanyakan guru dan
14

pelajar berpendapat kelas karakter cina akan lebih menarik sekiranya


diselitkan dengan aktiviti mempelajari kaligrafi cina, di samping dapat
membantu

pelajar

menguasai

karakter

cina.

Hal

ini

dipastikan

berdasarkan hasil soal selidik yang mendapati 93.4% pelajar berpendapat


kaligrafi cina boleh membuatkan kelas lebih menarik, manakala 94.7%
guru berpendapat sedemikian. Satu lagi soalan yang dapat kita lihat
mereka menyokong pelajar lain mempelajari kaligrafi cina iaitu Adakah
anda menggalakkan pelajar sekolah kebangsaan dari kecil mempelajari
kaligrafi cina?, dan majoritinya menggalakkan mereka mempelajarinya.

15

5. BAGAIMANA DIDIKAN KALIGRAFI CINA MEMAINKAN


PERANAN DALAM PEMBELAJARAN KARAKTER CINA
5.1

MEMPERKASAKAN TEKNIK MENULIS MELALUI DIDIKAN KALIGRAFI

CINA
5.1.1 DAPAT MEMBANTU PELAJAR MENGUASAI URUTAN STROK
DAN TEKNIK STROK KARAKTER CINA
Pada masa sekarang, pelajar Malaysia tidak mementingkan urutan
strok ketika menulis, bahkan tidak memahami peraturan strok sesuatu
karakter cina. Mereka menulis mengikut keselesaan mereka, bahkan guru
juga tidak mementingkan aspek ini. Hakikatnya, urutan strok sangat
penting ketika menulis, lebih-lebih lagi ketika menulis kaligrafi. Urutan
yang betul akan menghasilkan tulisan yang lebih cantik dan kemas.
Urutan yang betul juga dapat membantu pelajar untuk menulis dengan
lebih cepat, malahan tulisan yang terhasil akan lebih menepati tulisan
orang cina. Bukan itu sahaja, urutan strok yang tepat akan membantu
pelajar mencari perkataan dalam kamus elektronik. Oleh yang demikian,
untuk

membantu

pelajar

lebih-lebih

lagi

yang

belajar

di

sekolah

kebangsaan yang mana bahasa pertuturannya adalah Bahasa Melayu,


saya merasakan didikan kaligrafi cina merupakan satu langkah yang
berkesan.
Urutan strok menulis karakter cina berkait rapat dengan urutan
ketika menulis kaligrafi. Urutan strok merujuk kepada langkah-langkah
menulis satu karakter cina, radikal mana yang perlu ditulis dahulu dan
seterusnya. Kaligrafi cina terdapat beberapa jenis yang utama iaitu
kaishu, xingshu, caoshu, lishu, zhuanshu. Setiap jenis mempunyai urutan
yang berbeza. Oleh sebab itu, kebiasaannya guru akan mengajar kaishu
kerana urutannya sama dengan tulisan harian. Menulis memerlukan kita
untuk mengikut peraturan yang telah ditetapkan iaitu, utamanya ialah :
dimulakan dengan radikal mendatar, diikuti melintang; kemudian ;
dari atas ke bawah; dari kiri ke kanan; dari luar ke dalam; dari tengah ke
bahagian dua tepi, dan seterusnya. Mengikut pengalaman sendiri, kita
16

perlu memahami urutan ini sebelum menulis kaligrafi cina. Namun begitu,
ada sesetengah pakar kaligrafi cina yang terkenal tidak mengikut urutan,
kerana pemahaman masing-masing berbeza, latihan juga berbeza, tetapi
walaupun berbeza, guru-guru masih menekankan urutan yang betul ketika
mengajar kaligrafi.
Menulis biasa dengan menulis kaligrafi secara amnya adalah sama,
kerana kedua-duanya menggunakan peraturan urutan karakter yang
digunapakai secara formal. Contohnya , urutannya mudah salah
kerana ramai yang akan mula menulis diikuti dua titik. Jika pelajar
dapat menguasai caoshu dan kaishu, masalah ini dapat diselesaikan.
Gambar di bawah menunjukkan urutan menulis karakter tersebut dengan
lebih jelas menurut peraturan yang tertulis pada .

Contoh lain ialah urutan , radikal bahagian kiri mudah timbul


kesilapan. Pelajar kebiasaannya akan mula menulis titik pertama, diikuti
garis melintang, kemudian titik kedua. Jika pelajar menguasai caoshu,
urutan ini lebih mudah diingati.
:

17

Walaupun

urutan

menulis

biasa

dengan

kaligrafi

cina

kebanyakannya adalah sama, tetapi ada juga yang tidak sama. Contohnya
, mengikut ialah garis mendatar atas, melintang kiri
kemudian kanan, dua garis mendatar pendek, akhir sekali garis mendatar
bawah. Tetapi urutan penulis kaligrafi ialah garis mendatar atas, garis
melintang kiri, dua garis mendatar pendek, garis mendatar bawah, akhir
sekali barulah garis melintang kanan. Ketika menulis kaishu dan xingshu
menggunakan urutan kebanyakan penulis kaligrafi.
Walaubagaimanapun, perbezaan itu tidak terlalu banyak. Guru
haruslah menekankan urutan yang betul bagi mengelakkan percanggahan
ilmu yang disampaikan. Melalui kaligrafi, sedikit demi sedikit pelajar dapat
mencambahkan minat pada menulis karakter cina. Hal ini kerana, kaligrafi
cina dapat menunjukkan kepada pelajar dengan lebih jelas setiap struktur
sesuatu karakter cina itu, kerana perlu ditulis dengan besar menggunakan
berus dan dakwat.
5.1.2

DAPAT MEMBANTU PELAJAR MEMAHAMI SEJARAH KARAKTER CINA

Kelebihan mempelajari kaligrafi cina yang lain adalah dapat


membantu pelajar mengenali dan memahami asal usul terciptanya
sesuatu karakter itu. Setiap karakter itu mempunyai maksud tersendiri.
Bagaimana karakter cina itu terhasil, dapat dipelajari apabila kita
mempelajari seni kaligrafi cina zhuanshu dan jiaguwen. Pelajar akan dapat
mengetahui kenapa karakter itu ditulis sedemikian dan kaitannya dengan
maksud perkataan itu. Dalam rajah ditunjukkan persamaan antara tulisan
zhuanshu, jiaguwen dan objek sebenar.
Mengenal karakter cina merupakan tugas penting guru dalam
mengajar pelajar sekolah rendah, tetapi disebabkan bilangan karakter
cina sangat banyak, struktur yang sangat rumit, ditambah dengan umur
18

pelajar yang masih kecil, pengetahuan yang masih rendah dan ingatan
yang

masih

tidak

kuat,

jadi

guru

perlu

memikirkan

cara

untuk

membimbing pelajar menguasai sesuatu ilmu. Kajian mendapati, pada


waktu kanak-kanak, ingatan mereka lebih kepada visual. Sekiranya
digabungkan bayangan visual kanak-kanak dan pengajaran kaligrafi
jiaguwen dan zhuanshu, pastinya dapat merangsang kanak-kanak untuk
lebih berminat mengenal karakter cina. Di samping itu, guru boleh
menggunakan
Jiaguwen

ialah

gambar
tulisan

untuk

membantu

pelajar

lebih

yang

berbentuk

gambar,

jadi

memahami.
guru

boleh

menjelaskan kepada pelajar tentang karakter tersebut berdasarkan


gambar

dan

menunjukkan

karakter

modennya.

Hal

ini

untuk

membolehkan pelajar membayangkan perkataan tersebut seolah-olah


hidup dan kemudian dapat mengingatnya. Cara ini bukan sahaja
membantu mereka memahami, bahkan dapat menarik minat mereka.
Di Malaysia, pelajar sekolah rendah di tahun 1, 2, dan 3 perlu belajar
berkaitan dengan kata nama, objek dan sebagainya. Guru boleh
menggunakan cara di atas untuk mengajar mereka dengan menunjukkan
gambar sebenar, kemudian menunjukkan karakter dalam jiaguwen dan
pada akhirnya mengajar mereka tulisan moden. (Lihat rajah di bawah).

19

Karakter cina berbentuk ideografik, setiap karakter mempunyai


persamaan dengan maksudnya yang tersendiri. Oleh itu, setiap radikal
mengikut

pecahan

maksud.

Pelajar

sekolah

rendah

tidak

dapat

membezakan setiap sususan radikal dengan jelas dan sering tersilap


ketika menulis. Sekiranya guru dapat mengajar pelajar untuk memahami
jiaguwen,

guru

dapat

membantu

pelajar

untuk

memahami

dan

meningkatkan tahap ingatan pelajar terhadap sesuatu karakter cina.

5.2

MEMPERBETULKAN CARA MEMEGANG PENSIL DAN POSISI DUDUK


KETIKA MENULIS MELALUI DIDIKAN KALIGRAFI CINA

5.2.1

CARA MEMEGANG PENSIL

Orang Malaysia tidak terbiasa dengan penulisan karakter cina, jadi


cara mereka memegang pensil juga tidak sama sepenuhnya dengan
orang Cina. Berdasarkan kajian orang tempatan gambar 9 menunjukkan
cara memegang pensil yang betul. Tetapi kebanyakan kanak-kanak di
Malaysia susah untuk menggunakan cara yang betul untuk memegang
pensil (rujuk gambar 10). Mengikut kajian Prof. Alias, kebanyakan kanakkanak di Malaysia pada usia 8-9tahun baru boleh memegang pensil
dengan betul. Hasil kajiannya mendapati kebanyakan daripada mereka
tidak mendapat didikan formal mengenai cara memegang pensil sejak
kecil, kerana guru tidak memberi perhatian kepada aspek ini. Disebabkan
keadaan ini, akan membantutkan kemampuan mereka mempelajari isi

20

kandungan di dalam kelas, seterusnya tidak dapat memahami apa yang


diajar oleh guru.
Walaupun cara memegang pensil dan cara memegang berus
kaligrafi tidak sama, tetapi saya yakin sekiranya pelajar dapat menguasai
cara

memegang

berus,

secara

tidak

langsung

mereka

dapat

menghasilkan tulisan yang mempunyai ciri-ciri yang indah. Menguasai


berus kaligrafi tidak mudah, jadi sekiranya pelajar dapat mempelajari
sesuatu yang sukar, pasti perkara yang lebih mudah dapat dipelajari
dengan lebih baik. Bagi menggunakan berus kaligrafi, seseorang itu perlu
ada kesabaran yang tinggi, di samping fokus yang baik barulah dapat
belajar kaligrafi. Cara ini dapat membantu pelajar menguasai cara
memegang pensil dengan betul. Hal ini kerana, orang Malaysia tidak
mementingkan cara memegang pensil. Cukup sekadar mereka dapat
menulis.

21

22

5.2.2

POSISI DUDUK

11

Kebanyakan pelajar Malaysia mempunyai satu tabiat posisi duduk


yang sama iaitu mata sangat dekat dengan buku, ketika menulis buku
akan diserongkan sedikit, dan kepala sangat rendah. Kebiasaan ini
mendorong kepada terjejasnya kesihatan fizikal seseorang. Pertama,
membahayakan tulang pada seluruh badan. Oleh itu, kanak-kanak perlu
ditekankan tentang posisi duduk yang betul, sementara tulang mereka
masih belum matang. Kesalahan dalam posisi duduk akan merubah
bentuk tulang mereka, dan memberi kesan kekal yang jangka panjang.
Kedua, membahayakan tahap penglihatan. Ai Qiu dalam artikelnya
, sekumpulan pengkaji telah membuat kajian
ke atas kanak-kanak di Universiti Beijing dan mendapati kesalahan pada
posisi duduk ketika menulis, boleh menjejaskan penglihatan mereka,
menyebabkan mereka silau dan rabun. Mereka mempunyai tabiat
melihat dengan dekat, dan membongkokkan kepala serta menggunakan
mata terlalu lama kerana mereka tidak dididik oleh ibu bapa dan guru
tentang hal ini.
Sedangkan orang Cina mementingkan posisi duduk, lebih-lebih lagi
ketika menulis kaligrafi. Jadi melalui tesis ini, kita dapat lihat kepentingan
posisi duduk kepada kesihatan fizikal jangka panjang. Posisi duduk yang
betul dapat membantu pelajar menulis karakter cina dengan lebih baik.

23

6. CADANGAN
6.1

KERAJAAN MALAYSIA PERLU MERANGKA SILIBUS KELAS YANG


BERSESUAIAN
Bahasa kebangsaan di Malaysia bukanlah Bahasa Mandarin, tetapi

kerajaan sangat menggalakkan pelajar mempelajari Bahasa Mandarin.


24

Oleh itu, kerajaan perlu memikirkan cara untuk mempertingkatkan


pendidikan Bahasa Mandarin dan mewujudkan suasana yang sesuai untuk
belajar bahasa kedua ini. Kebanyakan pelajar sekolah rendah mempunyai
masalah yang agak ketara dalam kelas karakter cina. Melalui kajian ini,
kita dapati mempelajari kaligrafi cina dapat membantu mempertingkatkan
prestasi menulis karakter cina.
Bilangan yang berminat dengan kaligrafi cina sangat ramai, jadi
kerajaan perlu mempertimbangkan untuk memperbanyakkan aktiviti
kaligrafi cina di sekolah-sekolah kebangsaan, bagi memberi peluang
kepada pelajar mempelajarinya. Pada masa kini, kebanyakan aktiviti
kaligrafi cina diuruskan oleh badan bukan kerajaan atau individu, jadi
selepas ini kerajaan perlu lebih banyak membantu dari segi kewangan
bagi menyebarkan lagi seni ini di Malaysia.
Kerajaan juga perlu terus menghantar pelajar-pelajar cemerlang ke
China untuk mempelajari Bahasa Mandarin baku yang diguna pakai
seluruh dunia. Mereka bukan sahaja berpeluang mempelajari bahasa,
bahkan dapat merasai kehidupan sebenar orang cina dan mempelajari
budayanya yang tulen. Kerajaan juga boleh menggalakkan guru-guru
menguasai kaligrafi cina kerana ia dapat membantu pelajar meningkatkan
prestasi Bahasa Mandarin. Di sekolah boleh diadakan pertandingan dan
aktiviti berkaitan dengannya.

6.2

GURU BAHASA MANDARIN PERLU MEMPERBAIKI TEKNIK MENGAJAR

Dalam mempertingkatkan prestasi pelajar, guru Bahasa Mandarin perlu


memikirkan cara untuk memperbaiki teknik mengajar, contohnya seperti
cara di bawah.
1) Minat pelajar terhadap kelas karakter cina adalah sederhana.
Prestasi mereka juga tidak terlampau baik, jadi guru boleh memberi
peluang kepada mereka untuk mempelajari seni kaligrafi cina. Hal
ini kerana, berdasarkan soal selidik rata-rata yakin kaligrafi cina
dapat membantu pelajar memahami karakter cina, dan seterusnya
25

menguasainya. Mereka juga menyokong kelas kaligrafi cina, dan


bersetuju untuk melibatkan diri dalam aktiviti kaligrafi cina. Guru
boleh pada awalnya untuk menjadikan ia aktiviti di dalam kelas, dan
sekiranya masa yang suntuk, boleh dijadikan aktiviti persatuan.
Mempelajari kaligrafi cina dapat menarik minat pelajat di samping
membaiki teknik memegang pensil dan posisi duduk.
2) Daya ingatan pelajar terhadap karakter cina tidak terlalu baik. Guruguru boleh memperkenalkan kepada pelajar tentang jiaguwen, di
samping dapat memberi kepada mereka pengetahuan tentang
sejarah asal usulnya. Dengan cara ini mereka dapat mengingat
dengan

lebih

baik

kerana

kemahiran

fikiran

mereka

akan

terangsang dengan lukisan atau visual.

KESIMPULAN
Dalam aspek penulisan karakter cina, orang Malaysia mempunyai
tahap kebolehan yang agak rendah, kerana mereka bukanlah penutur jati
Bahasa Mandarin. Tetapi melalui latihan dan mempelajari kaligrafi cina,
mereka dapat mempertingkatkan prestasi mereka. Di samping itu dapat
meningkatkan pengetahuan mereka tentang sejarah sesuatu karakter
cina. Melalui kajian ini, kami mendapati kaligrafi cina bukan sahaja satu
warisan

budaya,

tetapi

juga

satu

alat

untuk

mempertingkatkan

kemampuan pelajar dalam menguasai Bahasa Mandarin. Walaupun


kaligrafi cina dan menulis karakter cina merupakan dua perkara yang
berbeza tetapi mereka saling melengkapi. Walau apa cara digunakan
untuk meningkatkan tahap penguasaan karakter cina, pelajar tetap perlu
memperbanyakkan latihan dan memahami setiap teknik. Dengan cara itu,
barulah pelajar dapat menjadi penutur Bahasa Mandarin yang cemerlang
dengan lebih cepat.

26

You might also like