You are on page 1of 13

SULIT

011

NAMA

: ..

KELAS

:
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI ROKAM,
JALAN KENANGA, 31350 IPOH

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2016 (TAHUN LIMA)


BAHASA MELAYU PEMAHAMAN
Oktober

011

11/4 jam

Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


1.

Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.

2.

Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.

3.

Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A,
B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan
kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan. Jika kamu hendak menukar
jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang
baharu.

4.

Ceraikan Bahagian B daripada kertas soalan ini.


Disahkan oleh,

Disediakan/ Disemak oleh,

..
(PUAN FATIMAH ZAHARAH BINTI GHAZALLI)
PK PENTADBIRAN,
SEK KEB SUNGAI ROKAM

..
(PUAN SUSILAWATI BINTI SUANDI)
KETUA PANITIA BAHASA MELAYU
SEK KEB SUNGAI ROKAM

BAHAGIAN A
1

SULIT

011
[20 markah]

Soalan 1 hingga 16
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1

Bilakah ___________ akan ke rumah saya? tanya Danish kepada Rajan dan kawankawannya.

A
B
C
D

awak
kamu
anda
kalian

_____________ kereta terbaharu Perodua Bezza telah menarik perhatian rakyat Malaysia
terutamanya golongan muda.

A
B
C
D

Reka bentuk
Reka corak
Reka letak
Reka cipta

Pengawas peperiksaan itu memaklumkan bahawa masa untuk menjawab soalan


__________ tamat.

A
B
C
D

sedang
akan
dapat
telah

Soalan 4 berdasarkan gambar 1

Ahmad perlu menggunakan jambatan untuk ke rumah datuknya kerana rumah datuk Ahmad
terletak di ___________ sungai.

A
B
C
D

dalam
pinggir
tepi
seberang

Air sirap yang dibancuh oleh kakak berasa ______________kerana kakak terlupa meletak
gula.
2

SULIT

011

A manis
B pahit
C payau
D tawar
Soalan 6 berdasarkan Gambar 2

Pemuda yang kelainan upaya itu menyara kehidupannya dengan ________ bakul rotan
untuk dijual kepada para pelanggannya.

A
B
C
D

menenun
menganyam
menjahit
menampal

Burung- burung merpati itu __________ pada dahan pokok rambutan di halaman
rumah saya.

A duduk
B hinggap
C bawah
D tinggal
8

Doktor menggunakan _______________ untuk mengukur suhu badan para pesakit.

A termometer
B stetoskop
C picagari
D mikroskop
9

Dua __________ rumah kedai telah terbakar akibat lintar pintas semalam.

A buah
B deret
C bidang
D pintu
10 Encik Kudin menternak ikan air tawar. ________________, beliau juga
mengusahakan ladang kelapa sawit.

SULIT
A
B
C
D

011
Namun begitu
Di samping itu
Walaupun demikian
Sungguhpun begitu

11 Semua ________________ dijemput hadir ke Majlis Terbuka Pejabat Pendidikan


Daerah Kinta pada hujung minggu ini.
A
B
C
D

warganegara
kakitangan
sukarela
setiausaha

12 Keluarga kami tidak dapat ________________ undangan keluarga Encik Roslan


kerana kami menpunyai urusan di kampong pada hari tersebut.
A
B
C
D

dipenuhi
memenuhi
dipenuhkan
memenuhkan

13 Tanah sawah di kebanyakan kampung di kawasan utara Semenanjung Malaysia


_____________ disebabkan musim kemarau.
A
B
C
D

kering- kontang
lekak- lekuk
tunggang- langgang
semak- samun

14 ___________ pelajar diwajibkan menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah.


A
B
C
D

Tiap
Setiap
Sebahagian
Banyak

Soalan 15
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.
4

SULIT

011

15 Belajarlah sungguh- sungguh, jangan sia-siakan usia mudamu, kata abang kepada
saya.
A Abang menasihati saya supaya jangan mensia-siakan masa mudamu dan hendaklah
belajar dengan sungguh-sungguh.
B Abang memberitahu saya supaya rajin belajar dan jangan mensia-siakan usianya yang
muda.
C Abang memberitahu saya supaya rajin belajar dan jangan mensia-siakan usianya yang
muda.
D Abang menyuruh saya belajar supaya tidak mensia-siakan usia yang muda.
Soalan 16
Pilih ayat- ayat yang betul
16 I
II
III
IV
A
B
C
D

Makanan kegemaran Encik Ahmad adalah nasi goreng pattaya.


Surat ini adalah untuk rujukan Tuan Guru Besar.
Arumugam ialah penjaga gol yang paling terhandal di Malaysia.
Pemandangan di tepi laut itu indah nian.
I dan II
II dan III
II dan IV
I dan IV

Soalan 17 hingga soalan 20


Baca rencana di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Orkid atau anggerik merupakan tanaman hiasan yang amat popular di
Malaysia. Dengan iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun, Malaysia menjadi
tempat taburan hidup orkid liar yang paling sesuai. Terdapat lebih daripada 808
spesies orkid yang dikenal pasti di Malaysia.
Kawasan utama untuk penanaman orkid ialah Johor, diikuti dengan Selangor,
Perak dan Pahang. Kebanyakan orkid yang dihasilkan adalah untuk pasaran eksport.
Antara orkid yang ditanam di Malaysia termasuklah Orkid Merpati , Orkid Noorah
Aishagoff Pink, Orkid Mokara Red, Peacock White dan Orkid Sumala. Orkid yang
paling mahal di pasaran ialah jenis Orkid Sumala.
Pasaran orkid tempatan atau dunia terbahagi kepada tiga kategori, iaitu orkid
yang siap dipotong, orkid yang dikacukkan dan orkid yang dijual dengan pokoknya
sekali. Orkid yang dikacukkan menjadi pilihan utama kerana orkid ini mempunyai
warna yang menarik, saiz yang lebih besar, bentuk serta kelopaknya yang berbeza.
Bunganya pula tahan lebih lama berbanding dengan spesies asalnya.
Bagi sesetengah negara yang tidak mempunyai tanaman orkid, bunga tersebut
dianggap sebagai tumbuhan yang istimewa, unik dan eksotik. Setiap hari, spesies
orkid baharu ditemukan di Malaysia. Hal ini berlaku kerana negara kita kaya dengan
flora dan faunanya.
Sekiranya industri ini mampu dibangunkan secara komersial, Malaysia akan
menjadi pengekport orkid yang terbesar dunia pada suatu masa nanti.
17 Berapakah spesies orkid yang terdapat di negara kita ?
A lebih daripada 880 spesies
5

SULIT

011
B lebih daripada 808 spesies
C lebih daripada 800 spesies
D lebih daripada 805 spesies

18 Mengapakah orkid mudah ditanam di Malaysia?


A kerana Malaysia mempunyai pelbagai jenis flora dan fauna
B kerana Malaysia mempunyai iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun
C kerana Malaysia mempunyai negeri- negeri yang sesuai ditanam orkid
D kerana Malaysia mempunya daya tarikan
19 Berikut adalah kawasan utama penanaman orkid kecuali
A Johor
B Perak
C Perlis
D Pahang
20 Pada pendapat kamu, mengapakah spesies orkid baharu mudah ditemui di Malaysia?
A Malaysia mempunyai iklim Khatulisiwa
B Malaysia merupakan pengeluar utama orkid
C Malaysia kaya dengan flora dan fauna
D Malaysia merupakan pusat pengeluar orkid dunia

NAMA

: ..
6

SULIT

KELAS

011

:
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI ROKAM,
JALAN KENANGA, 31350 IPOH

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2016 (TAHUN LIMA)


BAHASA MELAYU PEMAHAMAN
Bahagian B
11/4 jam

011
Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


1. Tulis nombor kad pengenalan atau nombor
UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA
sijil kelahiran dan angka giliran kamu
Kod Pemeriksa
pada petak yang disediakan.
No Soalan
Markah
21
a
/1
2. Jawapan kamu hendaklah ditulis pada ruang
b
/1
jawapan yang disediakan dalam kertas soalan ini.
c
/1
d
/1
22
a
/2
3. Serahkan Bahagian B ini bersama-sama
b
/1
borang jawapan objektif kepada pengawas
23
a
/3
peperiksaan pada akhir peperiksaan.
b
/4
24
a
/1
b
/2
c
/2
d
/3
25
a
/2
b
/1
c
/2
d
/3
Jumlah

BAHAGIAN B
[30 markah]
Soalan 21
7

/30

SULIT

011

Isikan tempat- tempat kosong dengan jawapan yang paling tepat.


(a) Eliyana membaca buku cerita ___________________menunggu bapanya datang.
(manakala, sambil, sementara)
(b) Perlawanan bola sepak akan dibatalkan_______________ hujan turun dengan lebat.
(sekiranya, kerana, sejak)
Garisi jawapan yang paling tepat.
(c) Kita hendaklah hormat dan sayang (pada, akan, kepada ) kedua- dua ibu bapa kita.
(d) Jam itu diletakkan (di, pada, kepada) dinding ruang tamu.
(4 markah )
Soalan 22
(a) Tulis dialog yang paling sesuai bagi watak yang diberikan.
Dayang, maklumkan kepada ayahanda beta,
Beta hendak bersiar-siar di taman istana pada
petang nanti.

Puteri Balqis

dayang

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
(2 markah)

SULIT

011

(b) Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

___________________________________________________________________________
( 1 markah )
Soalan 23
Padankan simpulan bahasa dengan maksud yang sesuai..
besar hati

bekerja keras

berganding bahu

bijak

mandi peluh

berasa bangga

otak cair

bekerjasama

(3 markah)
(b) Betulkan kesalahan penggunaan imbuhan yang bergaris dalam ayat yang diberi.
Tuliskan jawapan pada ruangan yang diberikan.
i)

Encik Khai menghadiahi sebentuk cincin kepada


isterinya sempena ulang tahun perkahwinan mereka.
9

SULIT

011

ii)

Puan Hanizan diarahkan bertugas ke kawasan


pendalaman.

iii)

Akid tidak berangkat meja yang berat itu.

iv)

Nenek Limah mensapu dedaun kering yang gugur di


halaman rumahnya.
(4 markah)

Soalan 24
Baca syarahan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Haji Baharudin bin Jalil,
Guru Sekolah Kebangsaan Seri Kejora, Guru- guru Penolong Kanan, barisan hakim yang arif,
guru- guru dan rakan- rakan yang saya kasihi sekalian. Pada pagi ini saya ingin
menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk Punca- punca Kemalangan Jalan Raya.
Hadirin yang saya kasihi,
Kadar kemalangan jalan raya di negara kita saban hari kian meningkat. Kemalangan
ini bukan sahaja mengakibatkan mangsa kerugian harta tetapi juga kehilangan nyawa.
Punca utama yang menyumbang kepada meningkatnya kadar kemalangan jalan raya
ialah sikap pengguna yang tidak mematuhi peraturan jalan raya. Antara sikap buruk pengguna
ialah amalan memandu melebihi had laju dan tidak memberikan tumpuan ketika memandu.
Keadaan jalan raya yang tidak elok juga merupakan punca berlakunya kemalangan.
Keadaan jalan raya yang tidak lurus dan berlubang boleh mengakibatkan pemandu dan
pengguna hilang kawalan terhadap kenderaan mereka.
Kini, bilangan kenderaan di jalan raya semakin banyak. Semua pengguna ingin
sampai ke tempat yang dituju dengan segera. Oleh sebab itu, jalan raya menjadi semakin
sesak dan lalu lintas semakin sibuk. Sudah pasti keadaan ini mengundang kemalangan jalan
raya.
Hadirin yang saya hormati,
Kesimpulannya, sebagai pengguna jalan raya, kita haruslah bekerjasama dengan pihak
yang berkuasa untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Penguatkuasaan undangundang- undang dan penyelenggaraan jalan oleh kerajaan amatlah perlu bagi mengelakkan
perkara yang tidak diingini. Hargai nyawa anda dan orang tersayang. Pandu cermat jiwa
selamat.
Sekian, terima kasih.
(a)

Punca utama yang menyumbang kepada meningkatnya kadar kemalangan jalan raya
ialah __________________________________________________________.
(1 markah )

10

SULIT
(b)

011
Apakah sikap buruk pengguna jalan raya yang boleh mengakibatkan kemalangan
jalan raya ?
____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
(2markah)

(c)

Mengapakah keadaan jalan raya semakin sesak?


____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
(2markah)

(d)

Pada pendapat kamu, bagaimanakah kita hendak mengurangkan kadar kemalangan


jalan raya daripada terus meningkat?
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
(3 markah )

Soalan 25
Baca dan fahami lirik lagu di bawah. Kemudian, jawab soalan- soalan yang berikut.
Sahabat Selamanya
11

SULIT

011

Dua tiga kapal belayar di samudera


Ayuh sahabatku kita bergembira
Bermain bernyanyi bersama menikmati indahnya dunia
kerna..
Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia
oh oh..
Berakit-rakit kita ke hulu
berenang-renang kita ke tepian
kita berbeza untuk saling mengisi segala kekurangan kita
menjadi..
Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya selama-lamanya setia
Tiada bukit yang terlalu tinggi
untuk kita daki bersama
dan tak ada laut yang terlalu dalam
untuk diselami
Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya ohh..
Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya selama-lamanya setia

(a) Apakah maksud rangkap pertama lagu di atas?

_____________________________________________________________________
(2markah)
(b) Tandakan () bagi pernyataan yang betul dan (x) bagi pernyataan yang salah
berdasarkan pantun tersebut.
Kita hendaklah bergembira bersama- sama sahabat.
12

SULIT

011

Kita tidak boleh mengkhianati sahabat kita.

(1 markah)
(c) Apakah yang perlu kita lakukan terhadap sahabat?
________________________________________________________________
________________________________________________________________
(2 markah)
Dua tiga kapal belayar di samudera
Ayuh sahabatku kita bergembira
Bermain bernyanyi bersama menikmati indahnya dunia
(d) Terangkan maksud lirik- lirik lagu di atas.
__________________________________________________________________________
_

(3 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT


SEMOGA MAJU JAYA
suehairi73@gmail.com

13

You might also like