You are on page 1of 8

Berita yang dialih bahasa dai akbar harian berbahasa Tamil

HARIAN TAMIL MAKKAL OSAI


Bilakah masalah SJKT Bandar Segamat Akan berakhir?
Berapa lama kah kami mahu berjuang memohon penyelesaian?
Ibu bapa bangkit semula dengan kemarahan.
Segamat, 5 Januari 2016
SJKTamil Bandar segamat dengan 3 blok bangunan telah wujud sejak 24
tahun lalu di tempat ini yang di kelilingi Sekolah menengah, Pejabat Daerah,
dan SAJ.Malangnya sekolah ini berada di lokasi yang sangat rendah. Cuma
nampak bumbung sahaja dari tepi jalan Pihak PIBG mendakwa bahawa ibu
bapa telah berulangkali meminta bantuan dan sokongan pihak jabatan dan
kementerian agar taraf dan standard bangunan ini di naik taraf Sebagai
bangunan standard bertingkat siap dengan kemudaha-kemudahan asas yang
kelas pertama termasuk padang dan kelas tadika serta jalan keluar masuk
yang baik dan berturap.Ibubapa telah mengadakan tunjuk perasaan di
hadapan sekolah memohon penyelesaian segera. Apabila YDP yang
mengetuai tunjuk perasaan ini di tanya, beliau meluahkan perasaaan
bahawa pihak berwajib tidak mempedulikan permintaan dan kebajikan
penduduk kawasan ini walaupun sudah berkali-kali menunjukkan
ketidakpuasan melalui pelbagai media ,menteri dan ADUN serta MIC.
Beberapa sekolah dalam ladang seperti SJKT Ladang Nagappa, sjkt
ladang Fortrose telah di beri pengikthirafan menjadi sekolah
bertingkat.Tetapi sekolah ini yang berada di Bandar masih berada di takuk
lama seperti kandang lembu.Pada hari-hari yang panas memang anak anak
kami menyeksa dengan kepanasan melampau.Selain itu, tandas sekolah
bocor dan tidak terurus .Lebih-lebih lagi SJKT Bandar Segamat tidak ada
padang sendiri.Kami terpaksa meminta bantuan dan kebenaran SMK Paduka
Tuan.
Selain itu, sejak 5 tahun lalu kami telah memohon untuk mewujudkan
kelas Tadika di sekolah ini.Tetapi masih tidak berhasil.Ibubapa keberatan
menghantar anak-anak mereka ke sekolah yang serba kekurangan
barbanding dengan sekolah sekolah kebangsaan dan Cina tang tersergam
indah.Dalam keadaan ini, slogan SEKOLAH TAMIL PILIHAN SAYA yang di
laung-laungkan di media massa adalah omong-omong kosaong sahaja kata
YDP.

Tambah beliau lagi, sekiranya keperluan kami tidak diberi perhatian


yang sewajarnya maka tindakan seterusnya ialah mengadakan tunjuk
perasaan di hadapan bangunan Kementerian Pendidikan Malaysia di Putera
jaya.

ULASAN GURU BESAR

ISU 1.

Sekolah ini berada di lokasi yang sangat rendah.


Ulasan dan Tindakan
Keadaan geografi yang sedia ada tidak dapat di ubah.SMK Paduka Tuan juga
berada di paras yang sama seperti SJKT Bandar Segamat.Ini tidak
menjejaskan aktiviti pembelajaran.
ISU 2.

Sekolah ini tidak menepati standard dan ukuran sebenar sebuah


sekolah kerajaan. Sekolah ini perlu di ganti dengan sekolah
bertingkat.
Ulasan dan Tindakan
Pihak sekolah bersama PIBG telah memohon kepada pihak kementerian
pelajaran melalui PPD dan JPN Johor untuk membina bangunan baharu
dengan spesifikasi standard.Beberapa sesi dialog pembangunan telahpun
diadakan bersama ADUN dan peminpin MIC tempatan.
ISU 3.

Sekolah ini tidak ada padang.


Ulasan dan Tindakan
SJKT Bandar Segamat sedia ada sebuah padang aktiviti pendidikan Jasmani
yang sesuai untuk P&P .Untuk tujuan sukan tahunan dan latihan olahraga
kami telah mengusahakan konsep guna sama padang SMK Paduka Tuan .
Pihak SMK Paduka tuan telah memberi kerjasama yang penuh.

ISU 4

Sekolah ini berada tidak ada kelas tadika


Ulasan dan Tindakan
Pihak sekolah bersama PIBG telah memohon kepada pihak kementerian
pelajaran melalui PPD dan JPN Johor untuk mewujudkan tadika. Telah
diadakan pertemuan dan surat menyurat bersama ADUN dan peminpin MIC
tempatan untuk tujuan itu. Surat di lampirkan
ISU 5

Jalan keluar masuk sekolah ini rosak.


Ulasan dan Tindakan
Pihak sekolah telah menghantar permohonan untuk menurap jalan mauk ke
sekolah kepada JKR DaerahSegamat pada 10/12/2012.-Surat di lampirkan.
ISU 6

Struktur bangunan sekolah ini seperti kandang lembu


Ulasan dan Tindakan
Walaupun pemandangan dari atas kononnya begitu rupa, keadaan sebenar
sekolah ini adalah ceria dan cantik.Malah SJKT Bandar Segamat selalu
mendapat pujian daripada pelawat-pelawat dengan nama jolokanSekolah
Dalam Taman
ISU 7

Keadaan dalam kelas panas dan tidak kondusif untuk anak-anak


kami
Ulasan dan Tindakan
Warga sekolah tidak menghadapi masalah kepanasan. Murid pun tidak
mengadu sedemikian.Kerana setiap kelas ada 3 kipas yang berfungsi dengan
baik.P&P berjalan dalam keadaan yang selesa.

ISU 8.
Tandas sekolah ini berasa dalam keadaan yang teruk dan tidak sesuai.
Ulasan dan Tindakan
Tandas sekolah tidaklah begitu teruk sehingga langsung tidak boleh
diguna.Cuma ada sedikit kerosakan pintu tandas. Pihak sekolah telah
memohon untuk membaiki tandas dan menaik taraf melalui peruntukan
kerajaan Negeri Johor.-Surat dilampirkan

1. Berita yang keluar dengan gambar ibubapa di muka depan


Harial Tamil Makkal Osai pada 5/01/2016 tersebut adalah
tidak benar dan tidak berasas sama sekali.
2. Sekolah berada dalam keadaan yang baik dan selesa.
3. Pihak sekolah tidak menghadapi sebarang masalah serius.
4. Pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan licin.
5. Keselamatan warga sekolah tidak terancam.
6. Warga sekolah dan anak murid sedang menjalankan aktiviti
harian seperti biasa dengan keadaan selesa.
7. Ibubapa yang datang beramai-ramai untuk memberi
sokongan moral kepada murid tahun satu telah di ambil
gambar oleh salah seorang ibubapa dan isu sengaja diwujud
dan diputar belitkan tanpa pengetahuan saya.

Berita yang dialih bahasa dai akbar harian berbahasa Tamil


HARIAN TAMIL MAKKAL OSAI
WALAUPUN ANAK-ANAK KAMI BERADA DI SEKOLAH
KANDANG ,
KAMI TETAP MENCINTAI SEKOLAH TAMIL SJKT BANDAR
SEGAMAT
IBUBAPA SJKTAMIL BANDAR SEGAMAT MELUAHKAN PERASAAN
DENGAN TERHARU

- Segamat, 6 Januari 2016


Walaupun sudah berkali kali kami membuat aduan dan tunjuk perasaan
tentang keadaan bangunan SJK Tamil Bandar Segamat ini yang kurang
selesa , kami tetap mencintai Sekolah Tamil Bandar Segamat.Kami tetap
mahi anak kami belajar di sekolah Tamil.
Sebanyak 21 orang murid tahun satu telah di daftarkan di tahun satu ini di
SJKT Bandar Segamat pada tahun ini.Ini menunjukkan mereka masih
menyayangi dan mencintai sekolah Tamil tegas YDP PIBG En.K.Vijayan.
Kata beliau lagi, baru- baru ini YAB Datuk Seri Najib Tun Abd.Razak, Perdana
Menteri Malaysia telah mengeluarkan kenyataan akhbar tentang
peruntukkan bantuan kewangan berjuta juta ringgit untuk sekolah Tamil
seluruh Negara.Tetapi kenapa bantuan itu tak sampai-sampai lagi ke sekolah
kami?
Untuk makluman umum sudah 4 tahun, SJKT Bandar Segamat di beri status
sekolah bantuan penuh kerajaan.Mengapakah sekolah ini masih di anak
tirikan ? Bukankah Profesor Datuk N.S R ajendran tidak yang menjaga halehwal sekolah Tamil tidakmaklum tentang perkara ini? Pada hal beliau adalah
anak watan kelahiran daerah Segamat.

Kami ada dua pilihan. Sama ada mendirikan bangunan baharu di tempat lain
yang berdekatan atau mendirikan semula bangunan ini kepada bangunan
bertingkat.Puan Amitrham, wakil ibubapa, mengatakan bahawa sejak dahulu
lagi bangunan sekolah ini tidak berubah-ubah langsung mengikut peredaran
masa.
Ahli parlimen Segamat YB.Datuk S.Subramaniam dan Ahli parlimen Sekijang
hendaklah berkata sepakat dalam menyelesaikan hal ini secepat mungkin.
Jika tidak pemberontakan kami akan sampai ke Puterajaya.

You might also like