You are on page 1of 20

BAB 3

OBJEKTIF DUA
SUMBANGAN SEKTOR PELANCONGAN TERHADAP BANDAR KECIL
SELANGOR
3.0 PENDAHULUAN
Bab 3 dalam kajian ini menjelaskan mengenai sumbangan sektor pelancongan di Kuala
Selangor terhadap bandar kecil Kuala Selangor. Sebanyak 200 set borang soal selidik
telah diedarkan kepada penduduk yang tinggal di kawasan yang berdekatan dengan
sektor pelancongan. Sumbangan sektor pelancongan terhadap bandar kecil Kuala
Selangor terbahagi kepada dua aspek iaitu aspek infrastruktur dan utiliti, dan aspek
ekonomi penduduk di kawasan kajian.
3.1 DAPATAN KAJIAN
3.1.1 Bahagian A: Latar belakang responden
Bahagian A merupakan maklumat berkaitan demografi responden yang akan
mengenal pasti jantina responden, bangsa, status, pekerjaan, umur dan jumlah
pendapatan responden.
Jadual 11: Analisa Jantina Responden
Jantina

Peratus

Jantina

Kekerapan(%
Lelaki
Perempu
Valid
an
Jumlah

Kekerapan
105

Peratus
52.5

K)
52.5

Peratus Kumulatif
52.5

95

47.5

47.5

100.0

200

100.0

100.0

Jadual 11 menunjukkan bilangan dan peratusan responden mengikut jantina.


Seramai 200 orang responden yang terlibat. Seramai 105 responden adalah terdiri
daripada lelaki dan 95 responden adalah terdiri daripada perempuan. Data ini
menujukkan bahawa responden lelaki membawa kepada peratusan sebanyak 52.5
% dan responden lelaki menyumbang kepada 47.5%.

Jadual 12: Analisa Bangsa Responden


Bangsa

Kekerapa
n
115
39
45

Melayu
India
Cina
Valid
Lainlain
Jumlah

Peratus

Peratus

Peratus Kekerapan Kumulatif


57.5
57.5
57.5
19.5
19.5
77.0
22.5
22.5
99.5

.5

.5

200

100.0

100.0

100.0

Berdasarkan jadual 12 di atas, jelaslah menunjukkan bahawa kekerapan


dan peratusan pelajar mengikut bangsa. Seramai 200 orang responden yang
terlibat. Responden yang terdiri daripada bangsa Melayu mencatatkan jumlah
sebanyak 115 orang manakala bangsa India mencatatkan 39 orang sahaja.
Kekerapan bagi bangsa Cina pula 45 orang manakala lain-lain bangsa hanya
mencatatkan 1 orang sahaja. Bangsa Melayu merupakan bangsa yang
menunjukkan jumlah maksimum dan lain-lain bangsa merupakan jumlah
minimum. Peratusan yang mencatatkan jumlah yang paling tinggi ialah bangsa
Melayu yang mencatatkan jumlah sebanyak 57.5% manakala bangsa yang
mencatatkan jumlah paling rendah ialah bangsa India iaitu 0.5%.
Jadual 13: Analisa Status Responden
Status

Kekerapa
Bujang
Berkahwi
Valid
n
Lain-lain
Jumlah

n
79

Peratus
Peratus Kekerapan(%K)
39.5
39.5

Peratus
Kumulatif
39.5

117

58.5

58.5

98.0

4
200

2.0
100.0

2.0
100.0

100.0

Jadual 13 menunjukkan status responden yang telah dikenali pasti statusnya.


Seramai 200 orang responden yang terlibat. Status pelajar terdiri daripada bujang,

berkahwin dan lain-lain. Kekerapan bagi status bujang mencatatkan jumlah


sebanyak 79 orang orang manakala jumlah status yang telah berkahwin adalah 117
orang responden. Status bagi lain-lain responden mencatatkan 4 orang. Peratusan
bagi status bujang mencatatkan 39.5% manakala yang berkahwin pula mencatatkan
58.5 % dan yang lain-lain adalah 4 %.
Jadual 14: Analisa Pekerjaan Responden
Pekerjaan
Peratus

Valid

Kerajaan
Swasta
Tidak
bekerja
Bekerja
sendiri
Pencen
Lain-lain
Jumlah

Kekerapan Peratus
51
25.5
59
29.5

Kekerapan

Peratus

(%K)
25.5
29.5

Kumulatif
25.5
55.0

15

7.5

7.5

62.5

58

29.0

29.0

91.5

9
8
200

4.5
4.0
100.0

4.5
4.0
100.0

96.0
100.0

Jadual 14 di atas menunjukkan pekerjan responden yang telah dikenali pasti


statusnya. Seramai 200 orang responden yang terlibat. Berdasarkan kajian yang
dilakukan didapati bahawa jenis pekerjaan responden terdiri daripada kerajaan,
swasta, tidak bekerja, bekerja sendiri, pencen dan lain-lain. Kekerapan bagi
pekerjaan responden yang menjawat jawatan kerajaan mencatatkan jumlah
sebanyak 51 orang responden manakala responden yang menjawat jawatan swasta
adalah 59 orang responden. Bagi yang tidak bekerja mencatatkan 15 orang
manakala responden yang telah pencen mencatatkan jumlah sebanyak 9 orang dan
lain-lain pekerjaan adalah 8 orang responden. Responden yang menjawat jawatan
swasta mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 59 orang responden dan mencatatkan
29.5 %. Peratusan bagi lain-lain pekerjaan mencatatkan 4.0% merupakan peratusan
yang minimum.
Jadual 15: Analisa Umur Responden
Umur

18-25
26-33
34-41
Valid 41-48
48 dan
ke atas
Jumlah

Peratus Kekerapan

Peratus

(%K)
26.0
27.5
21.5
17.0

Kumulatif
26.0
53.5
75.0
92.0
100.0

Kekerapan Peratus
52
26.0
55
27.5
43
21.5
34
17.0
16

8.0

8.0

200

100.0

100.0

Jadual 15 di atas jelas menunjukkan bahawa umur responden adalah berbezabeza. Seramai 200 orang responden yang terlibat. Berdasarkan kajian yang
dilakukan didapati bahawa peringkat umur responden terdiri daripada 18-25 tahun,
26-33 tahun, 34-41 tahun, 41-48 tahun dan 48 tahun ke atas. Perbezaan umur
responden ini mempunyai jumlah kekerapan dan peratusan yang berbeza
berdasarkan kajian yang dilakukan. Kekerapan responden bagi umur responden 1825 tahun mencatatkan jumlah sebanyak 52 orang dan mempunyai peratusan
sebanyak 26.0%.

Responden yang berumur 26-33 tahun mencatatkan jumlah

kekerapan yang paling tinggi iaitu 55 orang responden dan mempunyai peratusan
sebanyak 27.5%. Pada peringkat umur 34-41 tahun pula, jumlah kekerapan adalah
43 orang responden dan kadar peratusan mencatatkan 21.5 % manakala pada
peringkat umur responden 41-48 tahun adalah sebanyak 34 orang responden dan
mempunyai kadar peratusan sebanyak 17.0%. Peratusan bagi peringkat umur48
dan ke atas mencatatkan 8.0% dan 16 jumlah kekerapan. Pada peringkat umur
responden 48 tahun dan ke atas merupakan jumlah kekerapan dan peratusan yang
minimum.
Jadual 16: Analisa Pendapatan Responden
Pendapatan
Peratus
Kekerapa
Valid

<RM 900
RM 901-2000
RM 2001-RM
4000

n
58
77
53

Peratus
29.0
38.5
26.5

Kekerapan

Peratus

(%K)
29.0
38.5
26.5

Kumulatif
29.0
67.5
94.0

RM40019
4.5
4.5
98.5
RM6000
RM60013
1.5
1.5
100.0
RM8000
Jumlah
200
100.0
100.0
Berdasarkan jadual 16 jelas menunjukkan bahawa pendapatan responden
adalah berbeza-beza. Seramai 200 orang responden yang terlibat. Berdasarkan
kajian yang dilakukan didapati bahawa jumlah pendapatan responden terdiri
daripada kurang RM 900, RM 901-RM 2000, RM 2001-RM 4000, RM 4001-6000,
RM 6001-8000 dan RM8001 ke atas. Perbezaan jumlah pendapatan responden ini
menyebabkan jumlah kekerapan dan peratusan yang berbeza berdasarkan kajian
yang dilakukan. Kekerapan pendapatan responden yang kurang daripada RM 900
mencatatkan jumlah sebanyak 58 orang dan mempunyai peratusan sebanyak
29.0%. Pendapatan responden sebanyak RM 901-2000 mempunyai jumlah
kekerapan iaitu 77 orang responden dan merupakan jumlah kekerapan
yang paling tinggi serta mempunyai peratusan sebanyak 38.5%. Pada peringkat
jumlah pendapatan iaitu RM 2001-RM 4000 pula, jumlah kekerapan adalah 53
orang responden dan kadar peratusan mencatatkan 26.5 % manakala pada
peringkat jumlah pendapatan RM4001-RM6000 mempunyai jumlah
kekerapan sebanyak adalah sebanyak 9 orang responden dan mempunyai
kadar peratusan iaitu 4.5%. Peratusan bagi jumlah pendapatan responden iaitu
RM6001-RM8000 mencatatkan 1.5% dan mempunyai kekerapan sebanyak 3
orang responden. Pada peringkat pendapatan responden ini merupakan jumlah
kekerapan dan peratusan yang minimum.
3.1.2 Bahagian B: Sumbangan Sektor Pelancongan Terhadap Bandar Kecil Kuala
Selangor
3.1.2.1 Aspek Infrastruktur Dan Utiliti
Jadual 17: Sumbangan Sektor Pelancongan terhadap bandar kecil Kuala Selangor dari segi
aspek infrastruktur dan utiliti
Perkara
Kemudahan jalan
raya bertambah baik

Ya
Tidak

Kekerapan

Peratus

Peratus
kekerapan

Peratus
kumulatif

147
53

73.5
26.5

73.5
26.5

73.5
100.0

Pelbagai pengangkutan
awam disediakan

Ya

158

79.0

79.0

80.5

Tidak

42

21.0

21.0

100.0

Ya

161

80.5

80.5

80.5

Tidak

39

19.5

19.5

100.0

Capaian
mengakses
internet mudah
Di tempat awam

Ya
Tidak

123
77

61.5
38.5

61.5
38.5

61.5
100.0

Wujud kemudahan wifi


percuma

Ya
Tidak

94
106

47.0
53.0

47.0
53.0

47.0
100.0

Pertambahan
kemudahan hotel dan
rumah penginapan

Ya
Tidak

161
39

80.5
19.5

80.5
19.5

80.5
100.0

Wujud pusat kesihatan


dan klinik swasta

Berdasarkan jadual 17, salah satu sumbangan sektor pelancongan di Kuala


Selangor terhadap bandar kecil Selangor adalah kemudahan jalan raya bertambah
baik. Sebanyak 73 peratus penduduk iaitu bersamaan dengan 147 orang responden
di sekitar kawasan pelancongan bersetuju bahawa aktiviti pelancongan telah
memberi kesan positif terhadap kemudahan jalan raya. Sebagai contohnya,
kawasan perumahan yang bersebelahan dengan Taman Alam Kuala Selangor
menunjukkan kemudahan jalan raya yang disediakan amat baik. Malahan
penduduk yang tinggal di kawasan sekitar kawasan pelancongan lain seperti Bukit
Melawati juga majoritinya bersetuju bahawa aktiviti pelancongan di Kuala
Selangor telah menyumbang kepada kemudahan akses jalan raya yang baik di
bandar Kecil Selangor. Menurut Lee Boon Hiong ( 2007 ) yang melakukan kajian
di Cameron Highlands juga bersetuju berdasarkan data soal selidik respondan
menyatakan bahawa kemudahan akses jalan raya semakin bertambah baik di
Cameron Highlands malahan kemudahan elektrik, air dan juga kemudahan
komunikasi adalah kesan dari aktiviti perlancongan yang berlaku. Maka, jelas
menunjukkan bahawa sektor perlancongan boleh memberikan perubahan yang
positif terhadap jalan perhubungan di sesebuah kawasan.
Selain itu, aktiviti pelancongan di Kuala Selangor juga telah memberi
sumbangan terhadap sektor pengangkutan awam. Hal ini kerana, sebanyak 79
peratus penduduk bersetuju bahawa sektor pelancongan secara tidak langsung
menyebabkan kemudahan pengangkutan awam di Kuala Selangor semakin

meningkat. Peningkatan kemudahan pengangkutan awam seperti teksi, bas dan


lain-lain memudahkan penduduk untuk bergerak ke kawasan yang berdekatan
dengan kawasan kediaman. Penduduk bersetuju bahawa dengan penyediaan
pengangkutan awam yang semakin banyak, dapat membantu meningkatkan kualiti
perkhidmatan di bandar Kecil Kuala Selangor. Menurut Dr Zulkiply Omar juga,
menyatakan bahawa pengangkutan juga meliputi sektor perlancongan yang secara
tidak langsung telah memberi sumbangan tertinggi dalam keluaran dalam negara
kasar ( KDNK ) dan dijangka terus meningkat selari dengan arus pembagunan
negara. Oleh itu, jelas berdasarkan data responden menyatakan bahawa sektor
perlancongan turut memberi sumbangan dari segi perkhidmatan pengangkutan
awam yang baik di Bandar Kecil Kuala Selangor. Walaubagaimanapun, sebanyak
21 peratus penduduk tidak bersetuju bahawa pengangkutan awam semakin banyak
disediakan akibat aktiviti pelancongan. Hal ini kerana, penduduk beranggapan
bahawa, kebanyakan aktiviti pelancongan di Kuala Selangor berfokus kepada
pelancong asing ataupun pelancong dari negeri luar . Oleh itu, kebanyakan
pelancong lebih tertarik untuk menggunakan bas pelancongan yang disediakan oleh
pelancong. Maka pengangkutan lain seperti teksi jarang digunakan oleh pelancong.
Maka, penduduk di sekitar kawasan pelancongan juga turut tidak dapat menikmati
kemudahan seperti teksi terutamanya. Oleh itu, sebanyak 21 peratus penduduk
yang tinggal di kawasan pelancongan memiliki alasan yang hampir sama.
Sumbangan sektor pelancongan terhadap bandar kecil di Kuala Selangor
yang seterusnya adalah wujudnya kemudahan pusat kesihatan dan klinik swasta.
Berdasarkan jadual 6, daripada 200 orang respondan yang telah menjawab borang
soal selidik, sebanyak 80.5 peratus penduduk telah bersetuju bahawa pusat
kesihatan dan klinik swasta semakin banyak di Kuala Selangor kesan daripada
aktiviti pelancongan yang berlaku. Hal ini kerana, banyak klinik swasta
terutamanya

diwujudkan

di

premis-premis

berdekatan

dengan

kawasan

pelancongan. Klinik ini diwujudkan selaras dengan tahap pembangunan di Kuala


Selangor malahan kemudahan ini juga diwujudkan bagi memudahkan pelancong
mendapatkan rawatan dengan segera ketika berada di sekitar kawasan pelancongan
di Kuala Selangor. Oleh itu, kewujudan pusat kesihatan ini secara tidak langsung
telah memudahkan penduduk untuk mendapatkan rawatan dengan segera. Hospital
besar jauh dari kawasan kediaman penduduk berbanding dengan klinik swasta

yang diwujudkan di sekitar kawasan pelancongan terutamanya di kawasan Bukit


Melawati. Maka, dengan kewujudan pusat kesihatan, ia dapat menyumbang kepada
pembangunan bandar kecil di Kuala Selangor. Namun begitu, terdapat juga
penduduk tidak bersetuju bahawa kemudahan pusat kesihatan dan klinik swasta
semakin bertambah kesan daripada aktiviti pelancongan iaitu dengan nilai 19.5
peratus. Kebanyakan penduduk yang tidak bersetuju adalah penduduk yang tinggal
di kawasan aktiviti pelancongan Kelip-Kelip di Kampung Kuantan Kuala Selangor.
Seterusnya, sumbangan aktiviti pelancongan terhadap penduduk di Kuala
Selangor adalah kemudahan capaian akses internet di tempat awam. Berdasarkan
jadual, peratus penduduk bersetuju bahawa capaian akses internet adalah mudah di
tempat awam adalah kesan daripada aktiviti pelancongan di Kuala Selangor. Hal
ini kerana, capaian internet amat penting terutamanya bagi pelancong dan
merupakan salah satu cara yang mudah bagi penunjuk arah atau peta melalui
telefon mudah alih. Kesannya, penduduk juga mampu menikmati kemudahan yang
sama kesan daripada aktiviti pelancongan. Namun begitu, sebanyak 38.5 peratus
penduduk tidak bersetuju bahawa capaian akses internet adalah mudah di kawasan
pelancongan kesan daripada aktiviti pelancongan. Sebagai contohnya, kawasan
Taman Kelip-Kelip di Kampung Kuantan tidak mempunyai capaian internet
walaupun ia merupakan salah satu kawasan pelancongan. Bagi kawasan bukit
Melawati pula, walaupun kemudahan akses internet mudah, namun ia memerlukan
kata laluan untuk mengakses internet bagi sesetengah kawasan. Maka, jelas
menunjukkan bagi sesetengah kawasan pelancongan, capaian internet sangat sukar
untuk diperoleh dan tidak memberi sebarang sumbangan kepada penduduk.
Sumbangan aktiviti pelancongan di Kuala Selangor seterusnya adalah
peningkatan kemudahan hotel dan penginapan. Tempat penginapan amat penting
terutamanya bagi pelancong. Hal ini secara tidak langsung telah memberi peluang
kepada penduduk untuk mencari pendapatan yang lebih. Misalannya, kebanyakan
penduduk mempunyai perniagaan homestay di kawasan perumahan. Oleh itu,
sebanyak 80.5 peratus penduduk telah bersetuju bahawa aktiviti pelancongan
secara tidak langsung telah menyebabkan peningkatan kawasan penginapan dan
hotel di sekitar kawasan kediaman penduduk. Misalannya, terdapat beberapa buah
homestay di kawasan perumahan Kampung Kuantan

yang merupakan pusat

aktiviti pelancongan iaitu Fireflies. Bilangan homestay yang banyak menunjukkan

bahawa aktiviti pelancongan secara tidak langsung memberi kesan yang positif
terhadap pendapatan penduduk. Di kawasan Bukit Melawati pula, terdapat
beberapa buah hotel dibina untuk kemudahan pelancong. Pembinaan tempat
penginapan mampu memberi kesan yang baik bagi pembangunan dan aktiviti
ekonomi di Bandar Kecil Kuala Selangor.
Akhir sekali hanya 47 peratus penduduk bersetuju bahawa kemudahan wifi
percuma disediakan di tempat awam. Selebihnya tidak bersetuju iaitu sebanyak 53
peratus bahawa kemudahan wifi percuma disediakan di tempat awam. Hal ini
kerana, kebanyakan penduduk bersetuju bahawa kemudahan wifi yang disediakan
di tempat awam memerlukan kata laluan yang tersendiri. Maka, penduduk tidak
mendapat sebarang faedah daripada kemudahan wifi yang disediakan di tempat
awam. Misalannya, di kawasan hotel terdapat wifi tersendiri untuk kegunaan
pelancong. Namun begitu, penduduk tempatan tidak boleh mengakses wifi tersebut
kerana pihak hotel hanya akan memberikan kata laluan kepada pelancong atau
sesiapa sahaja yang menempah hotel. Oleh itu, kebanyakan penduduk tidak
bersetuju bahawa kemudahan wifi percuma di tempat awam mudah diperoleh
kesan daripada aktiviti pelancongan. Maka, jelas menunjukkan bahawa kemudahan
wifi percuma tidak memberi sumbangan secara menyeluruh terhadap bandarbandar kecil di Kuala Selangor.
3.1.2.2 Aspek Ekonomi Penduduk
Jadual 18: Sumbangan Sektor Pelancongan terhadap Bandar Kecil Selangor dari segi
ekonomi penduduk
Perkara

Kekerapan

Peratus

Premis
perniagaan
bertambah

Ya
Tidak

159
41

79.5
20.5

Peratus
kekerapan
79.5
20.5

Peratus
kumulatif
79.5
100.0

Pendapatan penduduk
meningkat

Ya
Tidak

139
61

69.5
30.5

69.5
30.5

69.5
100.0

Peluang
bertambah

pekerjaan

Ya
Tidak

148
52

74.0
26.0

74.0
26.0

74.0
100.0

Penawaran gaji yang


tinggi

Ya
Tidak

104
96

52.0
48.0

52.0
48.0

52.0
100.0

Peluang
perniagaan
bertambah

Ya
Tidak

147
51

74.5
25.5

74.5
25.5

74.5
100.0

Penawaran

Ya
Tidak

146
54

73
27

73
27

73
100.0

barangan

Merujuk kepada jadual 18, sebanyak 79.5 peratus penduduk bersetuju


bahawa premis perniagaan semakin bertambah di Kuala Selangor kesan daripada
aktiviti pelancongan yang di jalankan. Premis perniagaan yang majoriti terdapat di
kawasan pelancongan adalah perniagaan kedai makan, minuman dan lain-lain.
Malahan, premis perniagaan untuk menjual barangan cenderahati turut diwujudkan
di sekitar Bandar Kecil Kuala Selangor. Perkara ini secara tidak langsung telah
memesatkan pembangunan dan aktiviti perniagaan di Kuala Selangor. Melalui
pembangunan dan kewujudan premis perniagaan yang banyak ini, bandar kecil
Kuala Selangor secara tidak langsung dapat berkembang seperti bandar-bandar
lain. Maka, dalam kajian di Kuala Selangor ini jelas menunjukkan bahawa aktiviti
pelancongan telah memberi sumbangan yang besar terhadap bandar kecil Selangor
terutama dari segi pembukaan premis-premis perniagaan baru walaupun majoriti
penduduk tidak bersetuju dengan peratusan sebanyak 20.5 peratus iaitu bersamaan
dengan 41 orang respondan.
Sumbangan sektor pelancongan seterusnya terhadap bandar kecil Kuala
Selangor adalah meningkatkan ataupun menambah pendapatan penduduk.
Berdasarkan jadual 12, sebanyak 69.5 peratus penduduk bersetuju bahawa dengan
wujudnya sektor pelancongan secara tidak langsung pendapatan penduduk juga
turut bertambah. Hal ini kerana, penduduk boleh berniaga terutamanya gerai
makanan, cenderahati dan lain-lain untuk tumpuan pelancong dan penduduk di
sekitarnya. Majoriti setiap isi rumah mempunyai pekerjaan dan pendapatan sendiri
kesan daripada penawaran peluang pekerjaan. Pendapatan isi rumah penduduk juga
turut meningkat. Menurut Suhaya Samat etl. (2013) dalam kajiannya terhadap
sektor perlancongan di Pulau Langkawi, peningkatan pendapatan yang diperolehi
oleh setiap individu yang didorong oleh peluang pekerjaan yang banyak. Oleh itu,
berdasarkan analisis data, sektor perlancongan juga memberi sumbangan yang
sama iaitu pendapatan penduduk semakin bertambah. Kewujudan premis-premis
perniagaan juga turut membuka peluang pekerjaan kepada penduduk sehingga

penduduk di Kuala Selangor berpeluang mengisi kekosongan pekerjaan di setiap


premis yang diwujudkan.
Sektor pelancongan di Kuala Selangor juga turut memainkan peranan
dalam memberi sumbangan dari segi peluang pekerjaan di Bandar Kecil Selangor.
Ini selaras dengan kajian penyelidik terdahulu seperti Suhaya Samad (2007)
dengan kajiannya berkenaan dengan impak pembangunan industri perlancongan di
Pulau Langkawi menjelaskan bahawa sektor perlancongan memberi sumbangan
yang besar terhadap peluang pekerjaan di sesuatu kawasan terutamanya sektor
skunder terutamanya kepada penduduk tempatan. Kesan daripada wujudnya
peluang pekerjaan, ia memberi impak yang positif apabila penduduk di sekitar
kawasan perlancongan kerana penduduk boleh mengisi kekosongan pekerjaan
tersebut. Berdasarkan analisis data yang di perolehi melalui 200 orang responden
di sekitar kawasan perlancongan Bandar Kecil Kuala Selangor, sebanyak 74
peratus penduduk bersetuju bahawa aktiviti perlancongan di Kuala Selangor
membuka banyak peluang pekerjaan kepada penduduk di sekitarnya.. Misalannya,
banyak premis perniagaan diwujudkan di sekitar kawasan pelancongan
terutamanya di Bukit Melawati dan Taman Alam. Pembukaan premis perniagaan
akan memberi peluang pekerjaan secara langsung bagi penduduk di bandar kecil
Kuala Selangor. Oleh itu, berdasarkan penemuan ini, jelas membuktikan bahawa
sektor perlancongan di Bandar Kecil Selangor mampu membuka peluang pekerjaan
yang banyak kepada penduduk. Maka, tidak hairan majoriti penduduk bersetuju
bahawa sektor perlancongan memberi sumbangan secara tidak langsung terhadap
peningkatan peluang pekerjaan.
Penawaran gaji yang tinggi juga disumbangkan oleh aktiviti pelancongan
yang dijalankan di Kuala Selangor. Sebanyak 52 peratus penduduk bersetuju
bahawa aktiviti pelancongan secara tidak langsung menyediakan penawaran gaji
yang tinggi terutamanya bagi penduduk di bandar kecil Kuala Selangor. Hal ini
kerana, kawasan tersebut merupakan tumpuan pelancong dan menjadi tumpuan
penduduk untuk mendapatkan peluang pekerjaan. Sebagai contohnya, di sekitar
kawasan pelancongan terdapat beberapa jenis hotel yang menyediakan pelbagai
peluang pekerjaan malahan menawarkan gaji yang tinggi kepada penduduk.
Menurut Suhaya Samat etl. ( 2013 ) dalam kajian lepas iaitu Impak Pembagunan
Industri Perlancongan Kepada Komuniti di Pulau Langkawi bersetuju bahawa

aktiviti perlancongan telah mengakibatkan upah atau gaji pekerja meningkat


ataupun berada pada kadar yang berpatutan. Maka, jelas menunjukkan bahawa
penawaran gaji yang tinggi adalah disebabkan oleh sektor perlancongan yang
berlaku di Bandar Kecil Kuala Selangor walaupun sebanyak, 48 peratus lagi
penduduk tidak bersetuju penawaran gaji yang tinggi disumbangkan oleh sektor
pelancongan.
Seterusnya, sektor pelancongan di Kuala Selangor telah menyumbang
kepada peningkatan peluang perniagaan. Ini selaras dengan pandangan para
penyelidik terdahulu seperti Mastura Jaafar, Munira Mohd Rashid dan Norzaini
Dahalan ( 2015 ). Hal ini kerana, peniaga memberi fokus kepada pelancong
sebagai pelanggan utama. Misalannya, penduduk di sekitar kawasan pelancongan
kebanyakan membuka gerai makanan kesan daripada aktiviti pelancongan. Oleh
itu, sebanyak 74.5 peratus penduduk telah bersetuju peningkatan peluang
perniagaan di Kuala Selangor adalah kesan daripada aktiviti pelancongan yang
dijalankan. Selain itu, sebilangan juga penduduk membuka gerai untuk menjual
barangan cenderahati seperti baju, topi dan sebagainya. Perniagaan-perniagaan
yang beroperasi di sekitar kawasan perlancongan memberi kesan yang tinggi
terutamanya dari segi pendapatan penduduk.

Sebahagian penduduk pula iaitu

sebanyak 25.5 peratus tidak bersetuju bahawa peluang perniagaan semakin


bertambah di Kuala Selangor.
Akhir sekali, sektor pelancongan yang berlaku di Kuala Selangor juga turut
memberi sumbangan terhadap penawaran barangan di Bandar Kecil di Kuala
Selangor. Sebanyak 73 peratus penduduk bersetuju bahawa penawaran barangan
semakin meningkat kesan daripada aktiviti pelancongan yang dijalankan.
Penawaran barangan ini meningkat untuk memenuhi keperluan asas penduduk dan
para pelancong yang melancong di Kuala Selangor. Namun begitu, terdapat juga
penduduk tidak bersetuju bahawa penawaran barangan semakin meningkat kesan
daripada aktiviti pelancongan dengan peratusan sebanyak 27 peratus.
3.3 KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, sektor pelancongan amat mempengaruhi Bandar Kecil Kuala
Selangor dari segi infrastruktur dan utiliti. Hal ini terbukti melalui data yang diperoleh
daripada penduduk dengan menggunakan kaedah soal selidik. Pembangunan terus

berkembang dan pembinaan bangunan untuk tujuan perniagaan semakin giat dijalankan
di Bandar Kecil Selangor. Aktiviti pelancongan di sekitar Kuala Selangor juga telah
memberi pelbagai kesan terhadap penduduk di sekitar kawasan pelancongan. Dari segi
ekonomi penduduk di kawasan bandar kecil Selangor juga turut menunjukkan perubahan
yang positif kesan daripada aktiviti pelancongan yang berlaku di Bandar Kecil Selangor.
Oleh itu, majoriti penduduk bersetuju bahawa sektor pelancongan di sekitar kawasan
tersebut secara tidak langsung memberi sumbangan yang banyak terhadap bandar kecil
Kuala Selangor.
BAB 4
OBJEKTIF TIGA
KESAN PELANCONGAN TERHADAP BANDAR KECIL DI KUALA SELANGOR
4.0 PENGENALAN
Aktiviti pelancongan di bandar kecil Kuala Selangor memberi kesan kepada bandar itu
sendiri. Kesan tersebut dapat dilihat dalam dua aspek iaitu aspek sosial dan aspek alam
sekitar. Oleh itu, soal selidik telah diedar kepada penduduk sekitar kawasan tersebut
untuk mengetahui sejauh mana pelancongan memberi kesan kepada bandar kecil Kuala
Selangor. Pemerhatian juga turut dijalankan di sekitar kawasan pelancongan untuk
melihat sendiri kesan aktiviti tersebut kepada alam sekitar.
4.1 DAPATAN KAJIAN
4.1.1 Kesan Pelancongan Dalam Aspek Sosial
Jadual 19 : Bilangan Kekerapan Dan Peratusan Kesan Pelancongan Dalam Aspek Sosial
Bil
1
2
3
4

STS

TS

Sederhana

SS

Kadar jenayah meningkat

(%)
9

(%)
37

(%)
61

(%)
70

(%)
23

Keselamatan penduduk

(4.5)
11

(18.5)
49

(30.5)
59

(35)
62

(11.5)
19

terjejas
Pusat hiburan dan maksiat

(5.5)
16

(24.5)
47

(29.5)
77

(31)
44

(9.5)
16

(8)
9

(23.5)
36

(38.5)
67

(22)
69

(8)
19

(4.5)

(18)

(33.5)

(34.5)

(9.5)

Pernyataan

bertambah
Gejala sosial meningkat

Hubungan kejiranan

19

54

65

49

13

terjejas
Penyebaran penyakit

(9.5)

(27)

(32.5)

(24.5)

(6.5)

49

48

45

44

14

(24.5)

(24)

(22.5)

(22)

(7)

berjangkit seperti tibi,


SARS

Jadual 19 menunjukkan bilangan kekerapan dan peratus responden mengenai kesan


pelancongan terhadap bandar kecil Kuala Selangor dalam aspek sosial. Merujuk jadual di
atas, pelancongan dikatakan menyumbang kepada kadar jenayah yang semakin
meningkat. Sebanyak 70 (35%) orang responden bersetuju dan 23 (11.5%) orang
responden lagi sangat bersetuju dengan pernyataan tersebut. Menurut Suhaya et. al
(2013), perkembangan industri pelancongan menyebabkan berlakunya peningkatan kes
jenayah yang melibatkan penduduk. Perkara ini disokong pula dengan pertambahan
penduduk Kuala Selangor setiap tahun. Hal yang demikian kerana perkembangan
industri pelancongan menyebabkan berlakunya pertambahan penduduk (Suhaya et. al,
2013). Hanya 37 (18.5%) dan 9 (4.5%) orang responden tidak bersetuju dan sangat tidak
bersetuju dengan penyataan tersebut. Hal ini menunjukkan berlaku peningkatan kes
jenayah di Kuala Selangor. Berdasarkan senario antarabangsa yang berlaku sejak
mutakhir ini, beberapa kes jenayah terjadi melibatkan pelancong dan destinasi
pelancongan. Berdasarkan salah satu kajian yang ditulis oleh Logeswaran et. al (2015),
industri pelancongan di beberapa buah negara seperti Mesir, Kenya, Sepanyol, Lebanon
dan Yemen didapati terjejas disebabkan wujudnya laporan pelancong yang ditahan
sebagai mangsa tebusan, mangsa kemalangan atau sasaran jenayah dan keganasan yang
mengakibatkan kecederaan, penyeksaan dan kematian. Seterusnya, peningkatan kadar
jenayah yang berpunca daripada pembangunan industri pelancongan secara tidak
langsung pula menyebabkan keselamatan penduduk di bandar Kuala Selangor terjejas.
Secara keseluruhan, responden bersetuju bahawa impak pelancongan di Kuala Selangor
menjejaskan keselamatan penduduk setempat. Kenyataan ini dibuktikan dengan bilangan
responden yang tertinggi iaitu seramai 62 (31%) orang bersetuju serta 19 (9.5%) orang
sangat bersetuju.
Di samping itu, pembangunan mempengaruhi pertambahan premis dan pusat
hiburan. Penyataaan mengenai kesan pelancongan ini membawa kepada pertambahan
pusat hiburan dan maksiat mendapat respon sederhana daripada responden. Hasil soal

selidik menunjukkan bilangan responden paling banyak menjawab sederhana iaitu


seramai 77 (38.5%) orang. Namun demikian, analisis menunjukkan responden tidak
bersetuju mengenai penyataan ini dengan bilangan 47 (23.5%) orang berbanding dengan
responden yang setuju iaitu 44 (22%) orang menunjukkan kesan pelancongan tersebut
tidak ketara di Kuala Selangor. Perkembangan pelancongan turut memberi kesan kepada
masyarakat tempatan. Berdasarkan kajian Suhaya et. al (2013) menyatakan bahawa
kedatangan pelancong luar akan membawa cara atau budaya kehidupan mereka
seterusnya memberi kesan kepada kehidupan bersosial sehingga menjadi ikutan dengan
gaya dan tingkah laku orang luar yang datang terutamanya yang melibatkan golongan
remaja. Van dan Joosten dalam kajian mereka menyatakan di sesetengah kawasan tempat
pelancongan telah mencetuskan masalah sosial seperti peningkatan dalam penggunaan
dadah dan pelacuran (Hubert, 2012). Ini dapat dilihat daripada hasil kekerapan sebanyak
69 (34.5%) orang menunjukkan responden terbanyak yang bersetuju bahawa gejala
sosial meningkat di Kuala Selangor. Paling sedikit responden iaitu 9 (4.5%) orang sangat
tidak bersetuju membuktikan kesan ini berlaku di kawasan kajian.
Menurut Suhaya et. al(2013), aktiviti pelancongan juga telah mengubah cara
hidup penduduk dan perubahan ini disebabkan oleh perubahan terhadap amalan adat
serta budaya yang kian pudar terutama pada golongan remaja pada masa kini. Perubahan
cara hidup memberi pengaruh terhadap hubungan kejiranan dalam komuniti setempat.
Namun demikian, perkara ini kurang memberi kesan terhadap hubungan kejiranan di
Kuala Selangor kerana majoriti responden adalah pada skala sederhana iaitu sebanyak 65
(32.5%) orang diikuti dengan 54 (27%) responden tidak bersetuju mengenai pelancongan
menjejaskan hubungan kejiranan. Seterusnya diikuti dengan 49 (24.5%) responden yang
bersetuju dan mungkin disebabkan kawasan tempat tinggal yang berkonsepkan taman
kerana kurangnya aktiviti sosial antara masyarakat setempat berbanding dengan kawasan
perkampungan seperti di Kampung Kuantan, Kuala Selangor. Akhir sekali, hasil dapatan
menunjukkan kekerapan responden lebih kepada tidak bersetuju mengenai penyebaran
penyakit berjangkit. Kekerapan paling tinggi ialah 49 (24.5%) orang sangat tidak
bersetuju diikuti 48 (24%) orang tidak bersetuju bahawa pelancongan menyebabkan
penyebaran penyakit berjangkit. Perkara ini dibuktikan melalui kajian Logeswaran et. al
(2015) yang memberi contoh kesan daripada penularan wabak Sindrom Pernafasan Akut
Teruk (SARS), pihak lapangan terbang telah mengeluarkan arahan memakai topeng dan
ujian pengesahan haba kepada pelancong yang masuk dan keluar daripada satu-satu

negara yang dituju. Perkara ini menunjukkan wujud langkah-langkah keselamatan bagi
mengelakkan kesan tersebut berlaku malah hasil dapatan menunjukkan hanya 14 orang
iaitu 7 peratus daripada responden sahaja yang sangat bersetuju. Hal yang demikian
kerana pada masa kini aspek keselamatan menjadi elemen aktid dalam pelancongan
untuk melindungi pelancong dan pencapaian industri pelancongan itu sendiri (Kovari &
Zimanyi, 2010).

4.1.2 Kesan Pelancongan Dalam Aspek Alam Sekitar


Jadual 20 : Bilangan kekerapan dan peratusan kesan pelancongan dalam aspek alam sekitar
Bil
1
2
3
4
5

STS

TS

Sederhana

SS

Berlaku pencemaran di

(%)
8

(%)
17

(%)
53

(%)
83

(%)
39

kawasan tarikan pelancong


Sungai-sungai di Kuala

(4)
12

(8.5)
91

(26.5)
47

(41.5)
28

(19.5)
22

Selangor tercemar
Bekalan air tidak bersih

(6)
17

(45.5)
36

(23.5)
63

(14)
65

(11)
19

Timbul bau bauan yang

(8.5)
17

(18)
32

(31.5)
76

(32.5)
47

(9.5)
28

tidak menyenangkan
Berlaku jerebu pada masa

(8.5)
15

(16)
55

(38)
67

(23.5)
34

(14)
29

tertentu
Bunyi kenderaan

(7.5)
42

(27.5)
79

(33.5)
40

(17)
26

(14.5)
13

mengganggu ketenteraman

(21)

(39.5)

(20)

(13)

(6.5)

Pernyataan

penduduk
Aspek alam sekitar merupakan aspek yang terakhir diperhatikan dalam
bahagian kesan. Hasil pemerhatian di lokasi kajian khususnya kawasan pelancongan
menunjukkan berlaku pencemaran di kawasan tersebut. Pencemaran tersebut berpunca
daripada pembuangan sampah di merata-rata tempat. Dapatan daripada soal selidik
menunjukkan responden paling ramai bersetuju mengenai pencemaran yang berlaku di
kawasan tumpuan pelancong antaranya Bukit Melawati dan Taman Negara Kuala
Selangor. Kekerapan yang dicatatkan adalah sebanyak 83 orang dengan 41.5 peratus
daripada keseluruhan responden. Gambar 4.2 dan 4.3 menunjukkan situasi persekitaran
yang dipenuhi dengan sampah sarap dan membuktikan bahawa pencemaran memang

benar berlaku di kawasan tersebut yang berpunca daripada sikap pengunjung yang tidak
bertanggungjawab. Perkara ini disokong lagi dengan kekerapan paling sedikit responden
sangat tidak bersetuju dan diikuti tidak bersetuju masing-masing mencatatkan 8 (4%) dan
17 (8.5%) orang.

Gambar Kajian Lapangan

Gambar Kajian Lapangan

Hasil pemerhatian seterusnya pula menunjukkan tidak berlaku pencemaran di


sungai-sungai Kuala Selangor seperti di Taman Kelip-Kelip Kampung Kuantan. Hasil
pemerhatian menunjukkan sungai Kampung Kuantan bersih daripada sisa kumbahan dan
sampah sarap seperti pada gambar 4.3. Dapatan soal selidik juga menunjukkan paling
ramai responden adalah tidak bersetuju mengenai pencemaran berlaku di sungai-sungai
Kuala Selangor dengan kekerapan 91 orang iaitu 45.5 peratus daripada responden.
Manakala hanya 28 (14%) dan 22 (11%) sahaja responden bersetuju dan sangat
bersetuju. Hal ini menunjukkan majoriti responden berpendapat bahawa pencemaran
sungai di Kuala Selangor tidak berlaku.

Gambar Kerja Lapangan


Dapatan kajian seterusnya ialah mengenai bekalan air yang tidak bersih di
Kuala Selangor. Bekalan air yang tidak bersih sering dikaitkan dengan pencemaran
sungai iaitu sumber bekalan air mentah. Namun begitu, hasil soal selidik menunjukkan
majoriti responden bersetuju bahawa bekalan air tidak bersih dengan kekerapan
responden sebanyak 65 orang atau 32.5 peratus manakala kekerapan paling sedikit ialah
17 orang atau 8.5 peratus iaitu sangat tidak bersetuju. Seterusnya pula, aktiviti
pelancongan menyebabkan timbul bau-bauan yang kurang menyenangkan. Berdasarkan
dapatan kajian bahawa berlaku pencemaran sampah sarap di kawasan tumpuan
pelancong, masalah ini seterusnya menyumbang kepada timbul bau-bauan yang kurang
menyenangkan. Seramai 76 orang iaitu 38 peratus memberi respon sederhana mengenai

penyataan tersebut. Manakala 17 orang iaitu 8.5 peratus responden paling sedikit sangat
tidak bersetuju mengenai penyataan tersebut. Hal ini membuktikan bahawa timbul
pencemaran bau tetapi hanya pada tahap rendah.
Perkembangan pelancongan menyebabkan berlaku pertambahan industri dan
pertanian di Kuala Selangor khususnya penanaman kelapa sawit. Tidak ketinggalan juga
aktiviti pelancongan turut mempengaruhi pertambahan bilangan pengangkutan.
Pertambahan kedua-dua aspek ini dikatakan punca berlaku jerebunya pada masa-masa
tertentu. Menurut Hubert (2012), kenderaan pelancongan sama seperti kenderaan lain
membebaskan gas rumah hijau. Hal ini dibuktikan apabila menggabungkan bilangan
kenderaan pelancongan yang beroperasi setiap hari secara konsisten disertakan dengan
kenderaan yang sama berulang tahun menyimpulkan bahawa purata kenderaan ini telah
mengeluarkan 184, 65 g CO/KM seperti hasil penemuannya di Kenya. Namun
demikian, dapatan soal selidik menunjukkan seramai 67 orang atau 33.5 peratus
responden menjawab sederhana diikuti dengan bilangan responden yang tidak bersetuju
dengan jumlah kekerapan kedua terbanyak iaitu 55 (27.5%) orang. Hasil analisis
menunjukkan jerebu yang berlaku pada masa tertentu ini tidak berlaku dengan ketara
meskipun terdapat pertambahan kilang-kilang industri dan bilangan pengangkutan di
Kuala Selangor.
Akhir sekali, pertambahan kenderaan bukan sahaja menyebabkan pencemaran
udara malah menyumbang kepada gangguan bunyi terhadap ketenteraman penduduk.
Berdasarkan kajian Suhaya et. al (2013), walaupun Pulau Langkawi mengalami
pertambahan jumlah penduduk yang semakin meningkat dan pembangunan yang pesat
serta peningkatan jumlah kenderaan setiap tahun tetapi tahap gangguan bunyi di sekitar
tidak mencapai tahap tahap keselesaan masyarakat. Dalam konteks Kuala Selangor,
bunyi kenderaan tidak menganggu ketenteraman penduduk setempat. Ini dibuktikan
melalui dapatan soal selidik yang menunjukkan kekerapan terbanyak responden tidak
bersetuju bahawa pertambahan kenderaan menyebabkan bunyi kenderaan menganggu
ketenteraman penduduk. Bilangan responden yang tidak bersetuju mencatatkan jumlah
sebanyak 79 (39.5%) orang diikuti dengan 42 (21%) responden sangat tidak setuju
dengan penyataan tersebut. Oleh itu jelas menunjukkan bunyi kenderaan masih berada
pada tahap keselesaan penduduk.

4.2 KESIMPULAN
Akhirnya, dapat dirumuskan bahawa aktiviti pelancongan di Kuala Selangor tidak
memberi kesan yang ketara kepada penduduk setempat dan alam sekitar. Hal yang
demikian kerana hasil analisis menunjukkan kebanyakan penyataan kesan hanya berlaku
pada tahap sederhana malah terdapat juga tidak berlaku langsung kesan aktiviti
pelancongan terhadap penduduk dan alam sekitar. Namun begitu, kesan aktiviti
pelancongan paling ketara ialah pencemaran sampah sarap di kawasan tumpuan
pengunjung seperti Taman Negara dan Bukit Melawati.

You might also like