You are on page 1of 1

NOVA TESTMengikut catatan sejarah, olahraga dipercayai bermula kira-kira 1000 tahun

sebelum Masihi di Greece Kuno. Ini bermakna olahraga sudah pun diadakan sejak lebih
3000 tahun yang lampau. Berdasarkan maklumat ini, dipercayai olahraga merupakan
salah satu sukan tertua di dunia.Bagaimanapun, tidak ada bukti lain yang dapat
mengukuhkan dakwaan ini.
Sukan Olimpik Kuno yang diadakan pada tahun 776 sebelum Masihi di Greece yang
merupakan tempat bermulanya tamadun manusia, dapat menguatkan catatan tentang
sukan olahraga ini. Dengan kata lain, orang-orang Greece sudah pun melibatkan diri di
dalam olahraga, walaupun matlamat mereka bukan untuk menjadikannya sebagai
sukan tetapi lebih kepada salah satu bidang seni. Menurut buku The Encyclopedia of
Sports, acara pertama yang dicatatkan sebagai sukan ialah lompat jauh. Ini dilakukan
oleh ahli sukan Sparta bernama Chionis pada Sukan Olimpik tahun 656 sebelum
Masihi. Beliau berjaya melompat sejauh 23 kaki 1 inci (7.0485).
Dari setahun ke setahun, sukan olahraga ini telah berkembang ke serata dunia dan
bilangan negara yang menghasilkan ahli-ahli olahraga bertaraf dunia turut meningkat.
Ahli-ahli olahraga dan negara Eropah turut mencatat kejayaan, khususnya dalam Sukan
Olimpik yang menjadi medan tidak rasmi untuk mengukur kebolehan dan kemampuan
peserta olahraga dunia. Pada peringkat ini, peserta-peserta dari Afrika dan Asia gagal
memberikan saingan kepada atlet-atlet dari Eropah. Selepas tahun-tahun 1960-an,
barulah muncul atlet-atlet dari Afrika dan Asia yang mampu memberikan saingan, tetapi
kejayaan yang mereka capai masih belum memberangsangkan. Kini, atlet-atlet
olahraga dari Afrika dan Asia sudah ada yang mencatat kejayaan, khususnya dalam
Sukan Olimpik.