You are on page 1of 19

Alhamdulillah,

hadrat

syukur

ke

Allah S.W.T kerana

diberi rahmat dan kesihatan


fizikal serta mental untuk saya
menyiapkan Tugasan Sejarah
PT3

2014

yang

telah

dipertanggungjawabkan

oleh

guru mata pelajaran Sejarah


saya. Saya dapat menyiapkan
tugasan ini pada waktu yang
ditetapkan.

Ribuan

terima

kasih diucapkan kepada ibu


dan bapa serta ahli keluarga
saya

yang

lain

memberikan
kepada

kerana
kerjasama

saya

menyiapkan tugasan ini.

untuk

TAJUK

TUGASAN

Baca petikan berikut dengan teliti.


Negara Malaysia adalah sebuah negara yang
aman dan damai walau pun penduduknya berbilang
kaum. Keamanan dan kedamaian ini dapat
dikekalkan kerana toleransi antara kaum utama di
negara kita iaitu Melayu, Cina dan India. Justeru
itu, kita seharusnya bersyukur dengan keamanan
dan keharmonian yang membolehkan kita duduk
bersama
serta berbincang tanpa ada rasa
perbezaan antara satu sama lain. Persefahaman
yang telah berjaya dicapai ini perlu dikekalkan
supaya tiada perasaan curiga antara kaum kerana
ia akan menjejaskan serta merosakkan semangat
perpaduan yang telah terjalin sejak sekian lama.
Dipetik dan diubahsuai daripada :
http://pmr.penerangan.gov.my
Berdasarkan petikan tersebut, buat kajian
dan hasilkan sebuah rencana berkaitan dengan
perpaduan kaum di Malaysia.

KANDUNGAN

HALAMAN

Sekapur sirih

Tajuk Tugasan

1.0

PENDAHULUAN
1.1
Pengenalan

4
4

1.2

Definisi

2.0

Kepentingan perpaduan kaum

3.0

Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum

4.0

Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum

10

5.0

Langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan


kaum di Malaysia.

16

Rumusan

18

BIBLIOGRAFI

19

6.0

1.0

PENDAHULUAN
1.1

Pengenalan
Negara kita Malaysia terkenal di mata
dunia sebagai sebuah negara yang
sedang pesat membangun. Kejayaannya
bukan

sekadar

menangani

isu-isu

tempatan, bahkan ia turut terlibat


dalam menangani permasalahan yang
menimpa dan dialami oleh masyarakat
antarabangsa. Malaysia turut dikenali
sebagai sebuah Negara Islam yang
unik. Penduduknya berbilang bangsa
dan kaum serta mempunyai kepercayaan dan pegangan agama yang berbeza. Majoriti
terbesar warganya terdiri dari kaum Melayu beragama Islam. Bumi Malaysia adalah
tanah asal tempat tumpah darah mereka.

1.2

Definisi

Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang


diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk
mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan
adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti
dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara.

2.0

Kepentingan perpaduan kaum


Satu Malaysia jadi pegangan,
Rukun Negara teras panduan,
Satu Malaysia benteng negara,
Rakyat Malaysia taat setia.

Serangkap lagu satu Malaysia di atas menunjukkan betapa pentingnya


perpaduan kaum diamalkan oleh rakyat Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh, slogan
kata Satu Malaysia yang menjadi pegangan wazir negara kita, Dato Seri Najib
Abdul Razak merupakan satu langkah yang jelas bagi memantapkan perpaduan kaum
dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini demikian kerana, banyak kepentingan yang
boleh kita peroleh daripada amalan perpaduan kaum di Malaysia.
Antara kepentingan perpaduan kaum di Malaysia ialah mewujudkan
masyarakat yang harmoni. Sebagai rakyat Malaysia, pasti kita sudah tidak asing lagi
dengan wujudnya masyarakat berbilang kaum di negara kita seperti Cina, Melayu,
India, Kadazan dan sebagainya. Peribahasa rambut sama hitam, hati lain-lain jelas
menunjukkan walaupun manusia mempunyai warna rambut yang sama tetapi sukma
dan keinginan manusia adalah berbeza. Dengan mewujudkan perpaduan kaum dalam
kalangan masyarakat, barulah masyarakat harmoni yang mempunyai aspirasi yang
sama dapat tercapai. Oleh hal yang demikian, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin,
kita hendaklah mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia,seperti
kata peribahasa, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

Industri

pelancongan merupakan salah satu industri yang menjadi

penyumbang terbesar kepada pendapatan negara. Kunci utama dalam menarik


kedatangan pelancongan ke Malaysia ialah dengan rakyat Malaysia mengamalkan
perpaduan kaum. Perpaduan kaum yang wujud dalam kalangan rakyat Malaysia akan
menarik minat pelancong dari luar negara untuk melihat sendiri amalan perpaduan
kaum yang menjadi pegangan setiap rakyat Malaysia. Hal ini secara implicit dapat
memperkenalkan keindahan Malaysia kepada masyarakat luar seterusnya menaikkan
nama negara. Oleh itu, wajarlah rakyat Malaysia mengamalkan perpaduan kaum
kerana selain dapat menarik kedatangan pelancong, perpaduan juga mampu
menaikkan nama negara, seperti kata peribahasa, sambil menyelam minum air.
Selain itu, dengan mengamalkan perpaduan kaum, kita juga dapat memajukan
ekonomi negara. Apabila perpaduan kaum diamalkan oleh rakyat Malaysia,
penindasan ekonomi tidak akan berlaku kerana setiap kaum akan bersaing dengan
adil tanpa sedikit pun perasaan hasad dengki dalam diri mereka. Contohnya,
persaingan yang berlaku dalam dunia perniagaan. Bukan itu sahaja, apabila rakyat
mengamalkan peribahasa, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh, nescaya rakyat
juga dapat bersama-sama memajukan ekonomi negara.
Keamanan negara turut dapat dipertingkatkan apabila amalan perpaduan
kaum telah meresap ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Seperti yang kita
ketahui, tanpa perpaduan kaum, keamanan tidak dapat diwujudkan kerana rakyat
akan bergaduh sesama sendiri sehingga menghancurkan keamanan sesebuah negara
yang telah dibina itu. Pertelingkahan yang berlaku antara rakyat hanya akan
menghasilkan suasana hidup yang porak-peranda. Oleh hal yang demikian, benarlah
perpaduan kaum itu penting untuk meningkatkan keamanan negara.

3.0

Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum

1. Usaha Malaysia dalam menyatupadukan masyarakat berbilang kaum nescaya tidak


membuahkan hasilnya tanpa pegangan teguh konsep atau gagasan 1 Malaysia yang
diilhamkan oleh Perdana Menteri Sebenarnya, konsep 1 Malaysia ini telah wujud
semasa Perdana Menteri yang ke-6, yakni Datuk Seri Najib Tun Razak mula
memegang tampuk pemerintahan sebagai Perdana Menteri. Gagasan 1 Malaysia ini
secara jelasnya mengutamakan keadilan dan kesaksamaan dalam perkongsian
kekayaan dan kemajuan negara tanpa mengira kaum dan agama, iaitu usaha
mewujudkan satu bangsa Malaysia berdasarkan pembentukan warganegara yang
menganut pelbagai budaya dan agama, dan bukan bercirikan integrasi bangsa dan
agama.

2. Selain itu, rakyat diseru supaya sentiasa bertolak ansur untuk mengelakkan
pertelingkahan dan perselisihan faham. Sekolah yang merupakan alma mater telah
menyisipkan nilai-nilai murni dalam atma setiap pelajar. Sebagai contohnya, nilai
toleransi, nilai hidup bersama secara aman, nilai kasih sayang dan sebagainya.
Dengan adanya nilai-nilai murni ini dalam diri, pelajar sedar bahawa mereka
sebenarnya merupakan satu bangsa walaupun berlainan kulit tetapi matlamat untuk
memperjuangkan nasib tanah air yang disayangi adalah sama.

3. Kerajaan juga mengambil inisiatif yang proaktif dengan menggalakkan rakyat


saling mengambil berat dan mengunjungi antara satu sama lain sejak di peringkat
sekolah rendah lagi.

4.0

Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum.

Sosial
Ekonomi

Cabaran

Politik

mengekalkan
perpaduan kaum

Agama dan
budaya
Globalisasi

Perpaduan rakyat menjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh Kerajaan
Malaysia. Isu perpaduan adalah utama dari sembilan cabaran untuk mencapai
matlamat Wawasan 2020 yang berbunyi Mewujudkan bangsa Malaysia yang
bersatu padu yang mempunyai matlamat yang serupa dan boleh dikongsi bersama,
berintegrasi di peringkat Wilayah dan antara kaum, berasaskan persamaan hak dan
keadilan

Cabaran / masalah sosial

Kebudayaan

Pendidikan

Laporan
Razak

Dasar
Pendidikan
Kebangsaan

Sekolah
Wawasan

Rumah
terbuka

Program
RIMUP

perayaan
8

Dasar
kebudayaan
kebangsaan

Selepas peristiwa 13 Mei 1969, kunci keamanan, keteguhan, kestabilan, dan


kemajuan pembangunan negara banyak
bergantung kepada perpaduan dan
kerjasama masyarakat Malaysia itu
sendiri untuk mencapai perpaduan dan
bukanlah satu perkara yang mudah.
Ini

adalah

kerana

memandangkan

penduduknya yang terdiri daripada


pelbagai kaum, berbeza dari segi
agama,

budaya,

aktiviti,

ekonomi,

lokasi tempat tinggal, dan sebagainya. Usaha-usaha untuk menerapkan semangat


perpaduan atau kekitaan di kalangan masyarakat sering menghadapi cabaran serta
masalahnya. Menurut Tan Sri Ghazali Shafie (1985) .... the road to a cohesive and
progressive society is a long and ardous one which to use the Malay phrase, is full
of onak dan duri.
Kenyataan di atas ternyata dapat kita simpulkan bahawa pelbagai cabaran
yang perlu kita tempuhi bagi membina negara Malaysia yang unggul di mata dunia.
Terdapat pelbagai cabaran yang di antaranya adalah cabaran sulung atau yang
utama iaitu di mana cabaran kepentingan etnik dari aspek sosial. Aspek sosial ini
dapat lihat melalui empat paradigma yang berlainan iaitu dari sudut pemisahan
fizikal, sistem pendidikan yang berasingan, polarisasi dalam kalangan pelajar dan
kontrak sosial. Dari sudut pemisahan fizikal ianya berlaku dalam masyarakat negara
ini yang timbul akibat daripada kesan dasar pecah dan perintah yang diamalkan
oleh British sejurus mennjajah Malaysia. Ketiga-ketiga kumpulan kaum ini bukan
sahaja terasing daripada segi lokasi tempat tinggal, malahan mereka menjalankan

jenis pekerjaan yang berbeza. Keadaan ini juga menyebabkan sesuatu golongan
etnik itu tidak mengenal atau berpeluang berinteraksi dengan lebih kerap di antara
sesama mereka khususnya mereka yang tinggal dalam wilayan yang berbeza. Hal ini
berlaku akibat pemisahan fizikal yang disebabkan keadaan geografi di Sabah dan
Sarawak yang terpisah oleh Laut China Selatan. Implikasinya terhadap hubungan
etnik memperlihatkan perbezaan dari aspek lokasi yang berbeza merupakan
perkembangan yang kurang sihat dalam pemupukan hubungan etnik di Malaysia.
Selain itu, ia hanya meningkatkan lagi perasaan kekitaan atau etnosentrisme yang
bermaksud pandangan atau perseptif yang melihatkan kelompok etnik lain melalui
kaca mata etnik itu sendiri. Keadaan sebegini hanya akan menimbulkan prasangka,
stereotaip dan mengekalkan kejahilan di dalam kalangan ahli bagi sesuatu golongan
etnik terhadap golongan etnik yang lain.
Contoh yang boleh kita nyatakan di sini adalah, kejahilan ilmu masyarakat
Semanjung Malaysia dalam memahami cara hidup masyarakat Sabah dan Sarawak
yang sedikit berbeza dari aspek budaya, keagamaan mahupun adat resam. Perkara
sebegini mungkin akan berlaku jika semua etnik hanya mengambil berat tentang
etniknya yang tersendiri sahaja. Maka, pastinya amat sukar sekali Malaysia untuk
menjadi negara yang lebih maju sekiranya masyarakatnya terpisah dari sudut
fizikal dan terasing dari arus pemodenan negara. Seterusnya, adalah dari sudut
sistem pendidikan yang terasing.
Setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri.
Maksudnya di sini adalah, pelajar Melayu menuntut di sekolah Melayu dan
menggunakan bahasa perantaraan bahasa Melayu, pelajar Cina menuntut di sekolah
Cina dan juga menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa perantaraan, manakala,
pelajar India menuntut di sekolah Tamil dan menggunakan bahasa Tamil. Sistem
persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda dan perbezaan

10

etnik kurang memainkan peranan yang berkesan bagi memupuk integrasi dan
persefahaman dalam kalangan pelajar.
Situasi hanya akan menyebabkan interaksi mereka hanya terhad di antara
etnik yang sama sahaja. Implikasi bagi hubungan etnik ini hanya memberikan kesan
yang negatif kepada negara Malaysia. Semua etnik masing-masing mempertahankan
bahasa ibunda mereka dan tidak akan menerima bahasa ibunda kaum yang lain. Ini
adalah mereka akan menganggap adalah tidak wajar dan tidak penting untuk
mempelajari bahasa kaum yang lain. Selain itu, adalah menjadi satu kemestian di
mana setiap sekolah mengamalkan sistem pendidikan yang berbeza. Ianya akan
memberikan impak yang kurang elok kepada penstrukturan negara kerana
mempunyai corak pendidikan yang berbeza-beza. Tidak juga dilupakan bahawa
golongan yang menuntut di sekolah itu juga akan terlahirnya para pemimpin untuk
mentadbir negara Malaysia pada satu hari kelak.
Sekiranya pemikiran mereka hanya disogok dengan etnik mereka sahaja,
sudah pasti Malaysia tidak akan berada dalam keadaan yang aman. Bakal pemimpin
negara ini juga mengalami kesukaran untuk mendapatkan kata sepakat daripada
rakyatnya yang terdiri daripada etnik yang berbeza. Pastinya, amat sukar untuk
kita memupuk masyarakat yang majmuk jika cabaran ini dianggap enteng oleh pihak
yang berwajib. Dari sudut polarisasi dalam kalangan pelajar yang dapat kita lihat
adalah masih lagi terdapat keterasingan pada peringkat sekolah rendah,
kerenggangan pada peringkat sekolah menegah dan institut pengajian tinggi awam
(IPTA) serta institut pengajian tinggi swasta (IPTS) masih wujud. Keadaan sebegini
menyukarkan lagi proses hubungan etnik di Malaysia. Implikasinya di sini adalah
nilai-nilai bagi memupuk semangat kekitaan pada negara Malaysia tidak dapat
diterapkan dengan berkesan kerana masih lagi terdapat jurang di antara semua
kaum. Jika kita lihat, pada masa kini, masih ada lagi para ibu bapa yang kurang

11

mempercayai untuk menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Kebangsaan. Mereka


lebih mudah menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan kerana
merasakan struktur pendidikan di sekolah tersebut dapat menjamin kecemerlangan
akademik anak mereka. Sukar sekali untuk kita memaksa ibu bapa ini kerana mereka
mempunyai satu perspektif yang perlu kita hormati. Walau bagaimanapun, tidak
semua ibu bapa yang bertindak sedemikian.
Peristiwa Balai Polis Bukit
Kepong adalah kejadian serangan
komunis semasa keadaan darurat
di

Persekutuan

Tanah

Melayu

selepas Perang Dunia II. Dalam


kejadian
Bukit

tersebut,
Kepong

balai

polis

diserang

oleh

segerombolan 180 orang komunis


bermula sekitar jam 5.00 pagi
pada 23 Februari 1950.

Dalam kejadian tersebut, sekitar


25 orang anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang
gugur. Dua orang isteri anggota polis marin turut mengangkat senjata apabila
mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggotaanggota lain sehingga kehabisan peluru. Dalam kejadian ini, 17 orang anggota polis
dan hampir 40 orang komunis telah terkorban.
Cabaran yang kedua adalah cabaran kepentingan etnik dari aspek ekonomi.
Melalui aspek ekonomi terdapat dua perkara yang perlu ditekankan adalah

12

penguasaan ekonomi dan perbezaan pekerjaan berdasarkan sektor ekonomi.


Pertama, penguasaan ekonomi memperlihatkan jurang yang luas bagi setiap etnik.
Majoriti kaum Melayu menguasai sektor pertanian yang memerlukan banyak
tenaga sumber manusia dan berteknologi rendah. Bagi kaum Cina, yang umumnya
menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan, perdagagan dan menggunakan
teknologi moden. Manakala, kaum India pula banyak terlibat dengan perladangan di
estet getah dan kelapa sawit. Kenyataan di sini sudah membolehkan kita membuat
satu kesimpulan iaitu terdapatnya jurang pendapatan yang begitu ketara dan tidak
seimbang dalam ekonomi negara Malaysia.
Semua golongan etnik sentiasa mencuba untuk bersaing dalam ekonomi ini
untuk berusaha mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih besar. Penguasaan
ekonomi yang berbeza serta jurang pendapatan yang tidak seimbang mengakibatkan
ketidakstabilan dalam masyarakat majmuk. Justeru itu, implikasinya mengakibatkan
ketidakpuasan hati bagi semua golongan etnik. Bagi kaum Melayu yang terlibat
dalam sektor pertanian mendapat pendapatan yang sedikit dan berkemungkinan
akan menghadapi dengan kemiskinan. Situasi yang sama juga akan berlaku terhadap
kaum India yang di mana harga getah dan kelapa sawit adalah berlandaskan kepada
keadaan ekonomi di dunia. Jika harga meningkat, maka, pulangannya tentu baik dan
sebaliknya juga akan berlaku.
Golongan etnik Cina pula akan terus mencari peluang-peluang keemasan dalam
perniagaan dan mereka dapat hidup dalam hidup yang cukup mewah. Akan tetapi,
mereka pasti berasa tidak puas hati yang di mana kebanyakan lubang perniagaan
banyak diutamakan kepada kaum Bumiputera atau Melayu. Sudah tentu timbulnya
persoalan di lubuk pemikiran mereka di mana hak mereka sedangkan selama ini
mereka banyak menyumbang kepada ekonomi negara. Isu-isu sebegini merupakan
perkara yang boleh menyebabkan negara kita bergolak. Selain itu, dalam Rancangan

13

Malaysia Kedua ada menyatakan perpaduan negara tida boleh dicapai tanpa
kesaksamaan dan keseimbangan yang lebih besar dalam kalangan kumpulan sosial
dan etnik Malaysia melalui penyertaan mereka dalam pembangunan negara dan
dalam perkongsian manfaat daripada permodenan dan pertumbuhan ekonomi.
Sesungguhnya, perpaduan negara tidak boleh dipupuk seandainya sebahagian
besarnya penduduk kekal miskik dan peluang pekerjaan produktif yang tidak
mencukupi. Fenomena kemiskinan bukan sahaja terdapat di kawasan luar bandar
tetapi juga di kawasan bandar. Keadaan ini boleh mengugat perpaduan negara
kerana masalah kemiskinan hanya menonjol dalam kalangan kelompok etnik yang
tertentu sahaja.
Cabaran yang ketiga adalah cabaran kepentingan etnik dari aspek politik
iaitu di mana politik perkauman boleh menimbulkan perasaan kurang senang hati dan
mengukuhkan semangat perkauman jika sesuatu tindakan diambil tanpa mendapat
kata sepakat oleh semua pihak. Isu-isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan,
pendidikan, agama, kerakyatan, dan ekonomi jika dipergunakan untuk tujuan
berpolitik, pastinya, ia tidak akan menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu
padu. Implikasinya mengakibatkan semua etnik akan saling berusaha untuk
mengekalkan identiti kaumnya sendiri tidak kira dari aspek bahasa dan budaya,
mereka akan cuba untuk mempertahankan agar mereka juga mendapatkan hak yang
sama rata. Selain itu, semangat taat setia pada negara Malaysia juga tidak wujud di
kalangan etnik kerana masing-masing pasti ingin menaburkan bakti pada negara
mereka sendiri. Lambang bendara Malaysia akan tinggal sebagai lambang sahaja jika
semua etnik hanya mementingkan hak etnik masing-masing.
Cabaran yang keempat adalah cabaran nilai antara etnik yang menyatakan
perbezaan dari segi agama, bahasa, dan kebudayaan lebih ketara dalam
masyarakat majmuk. Kaum Melayu, Cina dan India mempunyai agama, bahasa dan

14

kebudayaan yang berlainan. Perbezaan ini bertambah sukar apabila setiap kaum
terus menebal dengan bahasa dan kebudayaan mereka sendiri. Implikasi di sini
mengakibatkan anggota etnik lebih mengutamakan anggota daripada etnik yang
sama dalam memilih sahabat, mendapatkan perkerjaan. Perkara ini seolah-olah
sudah menjadi tegal atau taboo kerana ia memang sukar untuk diubah walaupun
menggunakan ubatan atau teknologi yang moden sekali pun. Setiap etnik tidak
mempunyai perasaan hormat menghormati dengan agama dan budaya etnik-etnik
yang lain. Kesukaran untuk hidup dalam satu masyarakat yang sama pasti akan
menimbulkan kekecohan di kawasan tersebut. Ini adalah berdasarkan mereka
mempunyai masalah untuk berkomunikasi dalam bahasa yang difahami oleh semua
etnik. Masalah ini pasti mewujudkan ketidakselesaan juga mereka melihat budaya
yang sebelum ini belum pernah disaksikan oleh mereka. golongan etnik-etnik ini
tentunya sukar untuk menerimanya dan tidak mungkin akan menerima apa-apa
perubahan walhal ianya memberikan banyak faedah dalam kehidupan seharian
mereka.
Cabaran yang kelima adalah cabaran globalisasi yang menunjukkan proses
globalisasi serta pembaratan corak hidup berasaskan ekonomi dan politik barat
merupakan cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia pada masa kini.
Implikasi daripada cabaran ini, jika dilihat dari sudut positif, kita dapat bergerak
maju melalui pendedahan menggunakan teknologi yang tinggi serta pentadbiran yang
sistematik

menyebabkan Malaysia menjadi

seperti yang

dapat

kita rasai

perbezaannya kini. Namun demikian, pengaruh Barat ini juga mewujudkan pelbagai
unsur-unsur yang negatif dari segi, budaya hedonisme atau budaya kuning yang
telah berjaya menyesatkan para remaja yang bisa menjadi bakal pemimpin negara
lenyap dek kerana budaya kuning yang songsang ini. Budaya kuning ini banyak
memberikan nilai-nilai yang negatif seperti terlibat dalam kancah jenayah,

15

pemakaian yang kurang sopan serta pergaulan yang melampaui batas. Dari segi sains
dan teknologi yang memusnahkan kebanyakan golongan remaja terdedah dengan
pornografi-pornografi yang menyongsangkan jiwa dan akidah remaja itu sendiri.
Bermacam-macam keburukan yang memusnahkan alam sekitar, budaya
hiburan dan penyalahgunaan sumber manusia dan bahan mentah juga datangnya
daripada pengaruh Barat. Jelasnya di sini dapat dilihat, kehalusan dan ketimuran
rakyat Malaysia semakin terhapus dek pengaruh Barat bagi merealisasikan wawasan
negara. Tradisi dan adat resam kita pasti akan hilang juga kerana tiadanya insan
yang ingin menjaganya daripada lupus dek arus pemodenan zaman.

5.0

Langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di


Malaysia.
Masalah 13 Mei 1969 jika dilihat dari satu aspek banyak memberi kesan

negatif terhadap negara tetapi jika dilihat dari sudut yang lain pula ia sebenarnya
banyak memberi kebaikan kepada kita semua rakyat Malaysia. Peristiwa tersebut
telah memberi satu kesedaran yang mendalam tentang kepentingan perpaduan
antara kaum di Malaysia dan kesan yang akan dihadapi jika mengabaikan
kepentingannya di samping pencetus idea supaya kerajaan mengambil langkah
membentuk semula masyarakat Malaysia menerusi dasar-dasar dan tindakan segera
untuk memastikan kemakmuran negara terus terpelihara dan terjamin.

Antara langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan adalah seperti berikut:
i)

Mengisytiharkan darurat berkuatkuasa serta merta.

Selepas keadaan menjadi tidak terkawal dan pertempuran antara kaum berlaku,
kerajaan telah mengisytiharkan darurat pada 16 Mei 1969 di seluruh negara untuk

16

menenangkan keadaan, memberi masa kepada pihak yang terlibat berfikir secara
rasional tindakan mereka dan untuk menghentikan kekacauan dalam masa singkat.

ii)
Membentuk Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) pada 17.5.1969 bagi
mengambilalih tugas parlimen untuk sementara.
MAGERAN yang diketuai perdana menteri ketika itu, Tun Abdul Razak
bersama pemimpin-pemimpin politik, pegawai kanan kerajaan dan pegawai tinggi
polis dan tentera berfungsi untuk mengembalikan keamanan dan undang-undang
negara, menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna serta mengembalikan
suasana harmoni dan kepercayaan antara kaum di Malaysia. MAGERAN berjaya
mencapai matlamatnya dan kerajaan berparlimen dikembalikan pada 23.2.1971.
iii)
Menubuhkan Jabatan perpaduan negara (JPN) dan Majlis Muhibbah
Negara (MMN) pada 1970.
Jabatan Perpaduan Negara berfungsi untuk:
a)
Membantu meningkatkan kesedaran komuniti mengenai perpaduan dan
integrasi nasional melalui aktiviti penggalakan dan pengukuhan
b)
Mewujud dan menyelaraskan aktiviti perpaduan melalui rukun tetangga
berasaskan konsep kejiranan
c)
Membimbing kanak-kanak berbilang kaum untuk membentuk peribadi dan
perwatakan yang sempurna bagi kepentingan perpaduan dan intgrasi melalui tabika
perpaduan
d)
Membantu dan mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional melalui
penyelidikan etnososial
e)
Menyediakan khidmat sokongan yang berkualiti dalam aspek pengurusan
kewangan dan sumber manusia serta pentadbiran am supaya matlamat jabatan
dapat dicapai dengan jayanya.
Pembentukan Majlis Muhibbah Negara diketuai oleh Tunku Abdul Rahman
yang diadakan di setiap peringkat iaitu pusat, daerah negeri dan kawasan yang
bertujuan memastikan matlamat penubuhan majlis ini berjaya di segenap lapisan

17

malaysia. Ia berperanan menggalakkan perkembangan muhibbah di kalangan pelbagai


kaum dan berusaha ke arah memulihkan kembali kepercayaan dan keyakinan di
kalangan pelbagai kaum di Malaysia yang telah musnah akibat peristiwa hitam 13
Mei 1969.
Pada 1.1.1972, MMN dan JPN digabungkan dan menjadi Kementerian
Perpaduan Negara Dan Pembangunan Masyarakat yang bertugas mengendalikan
aktiviti-aktiviti bercorak muhibbah untuk berbilang kaum.

iv)

Menubuhkan Majlis Perundingan Negara (MPN) pada 29.1.1970.


Ditubuhkan pada Januari 1970 untuk membentuk perpaduan antara kaum di

Malaysia. Angota MPN terdiri dari wakil MAGERAN, kerajaan negeri, wakil parti
politik, wakil dari sabah dan sarawak, kumpulan agama dan sebagainya. Majlis
Perundingan ini ialah untuk meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan
untuk menyelesaikan masalah-masalah yang bersangkutan dengan perhubungan dan
integrasi kaum di Malaysia. MAPEN juga bertanggungjawab terhadap beberapa
ideologi

negara

berkaitan

perpaduan

seperti

rukun

negara

dan

pindaan

perlembagaan tertentu.
6.0

RUMUSAN
Usaha membentuk perpaduan kaum merupakan satu perkara yang amat

penting untuk membentuk satu negara yang utuh. Menyedari hakikat tersebut,
kerajaan telah berusaha sehingga ke hari ini untuk membentuk perpaduan kaum di
malaysia meliputi segala aspek; ekonomi, politik dan sosial bagi memastikan Malaysia
mampu maju seiring dengan negara lain di dunia. Kita sebagai rakyat malaysia perlu
sentiasa berdoa semoga negara yang disayangi ini terus aman makmur, bersatu
padu, maju dan yang pasti akan tetap kekal di tangan orang melayu sebagai
penerajunya.

Konklusinya,

semua

pihak
18

harus

berganding

bahu

dan

tidak

mengharapkan pihak kerajaan semata-mata dalam mewujudkan perpaduan kaum.


Janganlah kita bersikap evasif mahupun bagai enau dalam belukar melepaskan
pucuk masing-masing kerana perpaduan kaum itu hanya akan wujud apabila semua
kaum menjalankan obligasi masing-masing dengan sempurna dan bersikap bertolak
ansur.
BIBLIOGRAFI
Rujukan daripada buku:
Institut Tadbiran Awam Negara, 1991. Malaysia Kita.Kuala Lumpur:Institut
Tadbiran

Awam Negara.

Institut Tadbiran Awam Negara, 1994. Dasar-dasar Pembangunan Malaysia.Kuala


Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara.
Ishak bin Saat, 2005.Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia.Shah Alam:Karisma
Publications Sdn Bhd.
Tengku

Anuar,

1990.Pengetahuan

Kenegaraan Malaysia.Kuala Lumpur:Nurin

Enterprise.

Rujukan daripada internet:


http://noraini-ismail.blogspot.com/2013/04/kepentingan-perpaduan-kaum-di-malaysia.html
telah diakses pada 27 Jun 2014
http://zanas.wordpress.com/artikal/peristiwa-13-mei/ telah diakses pada 27 Jun 2014
http://tunjanglangit.blogspot.com/2009/05/sejarah-kekejaman-komunis-di-bukit.html
telah diakses pada 27 Jun 2014

19