You are on page 1of 17

1.

0 PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga kami menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Dr. Wan
Hanim Nadrah Binti Wan Muda selaku pensyarah bagi kursus Kepimpinan
Dan Pengurusan Dalam PTV ini di atas segala bimbingan dan kerjasama
yang diberikan sepanjang proses menghasilkannya.

Kami juga ingin

mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada En. Azmi Bin
Mokhtar di atas kesudian beliau meluangkan masa untuk ditemuramah
dan memberi kerjasama yang baik bagi melancarkan proses temu ramah.
Tidak dilupakan, ucapan terima kasih kepada semua rakan yang terlibat
dalam kajian ini. Segala kerjasama dan komitmen yang diberikan telah
banyak memudahkan penghasilan tugasan ini.

Akhir sekali, ucapan

terima kasih yang tidak terhingga kepada teman-teman seperjuangan dan
pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang banyak
membantu dan mendorong dalam proses menyiapkan kerja kursus ini.
Segala jasa baik, budi bicara serta pengorbanan semua pihak tetap
dikenang dan hanya Allah S.W.T sahaja yang mampu membalasnya.
Sekian, terima kasih.

Seseorang pemimpin yang autokratik adalah mementingkan pelaksanaan tugas. Contoh kepimpinan seperti ini boleh dilihat di dalam industri. daya seseorang pemimpin” (Kamus Dewan 1994). dipupuk melalui jalinan persahabatan yang mesra di kalangan semua kakitangan. Mereka boleh memantau orang bawahan agar mengikut kriteria yang dipilih untuk tujuan pembangunan dan kejayaan di samping dapat mempertahankan corak kerja berpasukan yang erat (Cartwright dan Zender 1960) dan (Halpin 1960). Konflik cuba dihindarkan dengan menganjurkan permuafakatan. Perjuangan pemimpin yang berani dan bijaksana menjadi intipati legenda dan mitos. Pemimpin yang mengamalkan stail ini akan membuat keputusan yang berkaitan dengan tugas. Peluang diberi kepada setiap ahli organisasi untuk memberikan pendapat atau pandangan sebelum sesuatu keputusan . Dia mementingkan suasana kerja yang baik. agama dan sosial. Stail kepimpinan demokratik dikenali juga sebagai pemimpin yang mengalakkan kesemua kakitangannya melibatkan diri dalam organisasinya.2. Kepimpinan perlu memilih kriteriakriteria tertentu dalam usaha mencapai objektif organisasi. Pimpin bererti bimbing. Kepimpinan membawa erti “keupayaaan memimpin” dan kepemimpinan pula “keupayaan sebagai pemimpin. Kepimpinan yang berperikemanusiaan menunjukkan minat yang lebih terhadap kakitangannya. Kepimpinan memberi gambaran individu yang berkuasa dan dinamik. mengeluarkan arahan dan memastikan arahan itu dipatuhi. pandu atau tunjuk. Kepimpinan merupakan satu subjek yang menarik kepada semua golongan masyarakat. yang memerintah tentera atau mengarah empayar korporat.0 PENGENALAN Kepimpinan ialah perkataan terbitan daripada “pimpin”. Sejarah manusia penuh dengan pemimpin tentera. Dia memimpin dengan menggunakan sumber kuasa formal. Kepimpinan ialah tingkah laku yang mempunyai keupayaan mengubah haluan sesuatu organisasi. Memimpin diberi erti sebagai memegang tangan dan membawa berjalan menuju ke sesuatu tempat. politik.

beliau turut aktif sebagai ahli jawatankuasa UMNO sebagai Ketua Pemuda kawasan DUN Kemelah. Johor. Setelah hampir 16 tahun bekerja sebagai pemandu lori. 3. Pada peringkat permulaan. beliau hanya menjalankan kerja. Selain terlibat sebagai ahli perniagaan. tidak begitu berminat dengan urusan yang diamanahkan kepadanya. Segamat. Beliau mengikuti kursus keusahawan yang dianjurkan mengambil keputusan untuk oleh pihak swasta. Kuasa yang ada padanya tidak digunakan. Berlatar belakangkan anak peneroka. Akhirnya. Setelah tamat pengajian. beliau mencari peluang pekerjaan dan akhirnya mendapat pekerjaan sebagai pemandu lori. Melalui penglibatan beliau secara aktif dalam persatuan dan kejayaan dalam perniagaan.kerja landskap sebelum mengorak langkah kepada kerja-kerja pembinaan. Pemimpin jenis ini akan membiarkan semua keputusan dibuat oleh orang bawahannya. Ketika itu beliau mengikuti kursus perdagangan. Antara penghargaaan yang diterima ialah Anugerah . Yang Dipertua PIBG SK LKTP Kemelah. Beliau dilahirkan pada 14 Februari 1969 di Felda Kemelah. beliau telah mendapat banyak penghargaan.0 BIODATA PEMILIK SYARIKAT BUYUNG SAKTI ENTERPRISE Nama penuh beliau ialah Azmi Bin Mokhtar. Seterusnya beliau menyambung pendidikan di Sekolah Menengah Vokasional Kluang. Beliau berjaya dalam perniagaan yang diceburi dan mula dikenali masyarakat di Segamat sebagai antara kontraktor yang berjaya. Yang Dipertua PIBG Sekolah Agama Kemelah dan Ahli Jawatankuasa Kampung. beliau menubuhkan syarikat berasaskan bahan binaan.diambil. Beliau biasanya tidak peduli mengenai kerja mahupun hasilnya. Beliau merupakan anak ke 3 dari 4 adik beradik. beliau mendapat pendidikan sekolah rendah di SK LKTP Kemelah. Beliau turut aktif dalam Persatuan Belia Kemelah. Pemimpin yang mengamalkan stail kepimpinan laissez-faire. beliau akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti. Beliau telah mendirikan rumah tangga pada tahun 1982 dan dikurniakan 4 orang cahaya mata.

Azmi Bin Mokhtar pada tahun 2005. Walau bagaimanapun. Negeri Sembilan. Sebelum ini.0 LATAR BELAKANG INDUSTRI Syarikat Buyung Sakti Enterprise telah ditubuhkan oleh En. Setelah mengikuti kursus yang ianjurkan. 4. syarikat ini telah memberi perkhidmatan di hampir seluruh Segamat dan beberapa negeri lain termasuk Melaka. Anugerah Usahawan Felda (2012). Syarikat ini beroperasi di Felda Kemelah Segamat Johor. Syarikat ini menyediakan perkhidmatan membekal bahan binaan.Usahawan Tekun Cemerlang (2010). beliau menegaskan modal adalah perkara terakhir. Perkara utama adalah minat dan pengetahuan. beliau hanya menyediakan perkhidmatan hiasan landskap. . perpaipan. beliau akhirnya dapat membuka sebuah syarikat membekal barangan bahan binaan dan seterusnya dapat memajukan syarikat tersebut dengan bantuan modal dari pihak bank dan Tekun. beliau hanya bekerja sebagai pemandu lori selama 16 tahun. Untuk mendapatkan pengetahuan dan atas semangat ingin memajukan diri. Azmi mempunyai seramai 38 orang staf dan kakitangan yang terdiri daripada 7 orang pekerja tempatan dan 31 orang pekerja asing. pendawaian elektrik dan pembinaan rumah. Selangor dan Kuala Lumpur. Pada awal penubuhan syarikat ini. Ketika ini. beliau memaklumkan hanya mempunyai RM30 sahaja. En. Ketika ditanya mengenai sumber kewangan semasa memulakan perniagaan ini. beliau telah mengikuti kursus-kursus keusahawanan yang dianjurkan oleh oleh pihak swasta. Anugerah Belia Harapan (2012) dan Anugerah Tokoh Kepimpinan (2014).

Beliau menguruskan hal-hal kewangan dan urusan yang berkaitan dengan urusan pelanggan seperti tempahan bahan binaan dan pembinaan bangunan. tugas dan tanggungjawab beliau beliau ialah mempromosi perkhidmatan syarikat. En.En. Beliau hanya di bantu oleh 4 orang staf kanan yang memainkan peranan sebagai penyelia projek bagi memastikan kerja-kerja berjalan dengan lancar. Azmi Bin Mokhtar Pengarah dan Pengurus Syarikat Peranan dan Tugas: - Menguruskan kewangan syarikat Perunding pelanggan Promosi dan pemasaran memperkenal dan . di dapati beliau terlibat secara langsung dalam urusan pentadbiran dan pengurusan syarikat. Azmi. Staf kanan beliau juga penyampai maklumat kepada pekerja selain berperanan sebagai memastikan pekerja mengikut spesifikasi kerja yang telah ditetapkan oleh En. Selain itu. Usaha beliau membuahkan hasil apabila kedai makan yang diusahakan mendapat sambutan baik daripada masyarakat sekeliling. Azmi Bin Mokhtar seorang yang berpandangan jauh. 5.0 STRUKTUR ORGANISASI INDUSTRI Hasil dari temubual bersama beliau. Beliau mula mempelbagaikan bidang perniagaan antaranya pembinaan resort dan kedai makanan di Felda Kemelah. Dengan segala usaha yang telah dibuat beliau mengharapkan nama Felda Kemelah akan lebih dikenali dan akan menjadi tumpuan masyarakat luar. Pembinaan resort beliau telah membuka mata banyak pihak dan secara tidak langsung membuka peluang pekerjaan untuk masyarakat setempat.

Seperti mana yang kita ketahui kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada prestasi pentadbirnya dalam erti kata lain yang memimpin. Pemimpin atau Ketua Jabatan secara bersendirian mesti mendapatkan kerjasama secara sukarela daripada rakan sejawatnya kerana proses kepimpinan memang melibatkan dua orang atau lebih. iaitu orang yang mengarah kerja dan memimpin kakitangan keseluruhannya. (1997). 1998). (Zainal Abidin Mohamad. En.Staf Kanan Peranan dan Tugas: - menyelia projek menyampaikan arahan ketua mengurus dan menjaga kebajikan pekerja Pekerja: Peranan dan Tugas: - Melaksanakan tugas dan kerja yang diarahkan penyelia projek 6. Azmi mengamalkan kepimpinan demokrasi. (Fatimah Wati Halim & Iran Herman. Kejayaan sesebuah organisasi bergantung ke atas prestasi kolektif pentadbirnya. Dalam hal berkaitan syarikat. beliau banyak . Seseorang pemimpin yang baik harus mempunyai ciri-ciri khusus tertentu dalam menjalankan peranannya sebaik mungkin serta menguasai kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk mengelola ahliahli di bawah untuk mencapai matlamat organisasi.0 KAEDAH DAN TEKNIK KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN. Dari aspek kepimpinan dan pengurusan.

beliau memberikan bonus sebanyak 5% daripada keuntungan keseluruhan projek. Beliau berpendapat bahawa pekerja adalah sebahagian daripada aset syarikat. Ini menjadikan pekerja beliau sentiasa proaktif dalam mengeluarkan pendapat atau pandangan. Sebagai contoh. Sekiranya pekerja mengalami masalah kewangan sehingga menjejaskan prestasi kerja. . beliau tidak meletakkan sepenuhnya kesalahan kepada pekerja sebaliknya beliau memanggil semua pekerja bagi membincangkan cara-cara mengatasinya. Ini secara tidak langsung dapat memastikan pekerja sentiasa komited dalam bekerja dan setia kepada syarikat. Sebagai contoh. dalam situasi pekerja tidak hadir bekerja. beliau menawarkan bonus berupa wang tunai bagi setiap projek yang dilaksanakan. Sebaliknya memberi peluang kepada pekerja untuk berubah. Beliau akan membawa pekerja bercuti ke sesuatu tempat bagi mengeratkan hubungan majikan dengan pekerja. Bagi beliau. segala masalah dapat diselesaikan melalui perbincangan. beliau mengadakan hari keluarga bersama pekerja. apabila pekerja dapat melaksanakan dan menyiapkan projek dalam temph masa yang ditetapkan. Beliau banyak bertoleransi dan bertimbang rasa dalam hal pengurusan pekerja. beliau tidak keberatan untuk membantu. beliau tidak terus bertindak memecat pekerja. Sekiranya berlaku sesuatu masalah. Justeru itu tidak timbul masalah yang berkaitan dengan gaji pekerja. Untuk menaikan motivasi dan semangat pekerja untuk bekerja.melibatkan staf dan pekerja dalam menentukan hala tuju syarikat dan dalam soal berkaiatan membuat keputusan. Untuk menghargai jasa dan usaha pekerja dalam memajukan syarikat. Hal ini adalah kerana beliau pernah melalui situasi tersebut. Beliau sentiasa bersifat terbuka dalam menerima idea dan pandangan pekerja tanpa mengira pangkat atau jawatan seseorang pekerja.

kami mendapati pekerja memberikan pandangan yang positif terhadap majikan dan pengurusan syarikat.Para pekerja berasa selesa bekerja di bawah kepimpinan beliau kerana beliau mudah didekati dan hampir semua pekerja mengenali beliau kerana sifat beliau yang mudah mesra dan . . Antara pandangan pekerja terhadap majikan ialah: 1) Mudah didekati. 7. Hal ini kerana beliau merasakan urusan kewangan adalah perkara yang paling penting dalam menentukan kestabilan sesebuah syarikat. beliau lebih yakin dan mampu untuk menguruskan secara bersendiri.0 TINJAUAN PERSEPSI PEKERJA TERHADAP PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN SYARIKAT BUYUNG SAKTI Hasil temubual dan dapatan daripada borang soal selidik.Dari aspek pengurusan kewangan.

idea dan pendapat yang diberikan oleh pekerja. Ini menjadikan pekerja saling bersaing secara sihat untuk meningkatkan mutu dan kualiti kerja dari masa ke semasa. 5) Menghargai . kesihatan dan pengurusan keluarga. pekerja berasa . Sebagi contoh. beliau sering memberikan insentif dan ganjaran seperti bonus. 4) Bermotivasi . 3) Mengambil berat. 2) Mudah menerima idea dan pandangan.Dari aspek kawalan pekerja.Para pekerja merasakan beliau seorang majikan yang sentiasa mengambil berat hal yang berkaitan dengan kebajikan dan masalah pekerja. ketika bermesyuarat beliau sering menyelitkan kata-kata motivasi terhadap semua pekerja.Bagi pekerja-pekerja yang menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan cemerlang.Walaupun beliau merupakan majikan berkuasa memberi arahan serta kepada keputusan pekerja namun dan beliau bersikap terbuka untuk menerima apa-apa jua cadangan.Semasa bertemu dengan pekerja.ramah terhadap pekerja. . Beliau sering bertemu dan berbual bersama pekerja mengenai pelbagai topik dan tidak hanya bercakap mengenai urusan perniagaan. seperti masalah beliau yang melibatkat kewangan. Kesaannya. bersedia menghulurkan pertolongan Sebagai contoh. majikan meletakkan kepercayaan kepada pekerja agar dapat menyempurnakan kerja mengikut kemampuan dan kemahiran pekerja. beliau sering memberikan semangat dan motivasi kepada pekerja. Beliau sering mengajak pekerja untuk berbincang bagi mengatasi apa-apa masalah yang dihadapi syarikat. . 6) Kebolehpercayaan terhadap pekerja. Pekerja berasa selesa dan selamat untuk berkongsi masalah dengan beliau. . Ini menaikkan semangat pekerja untuk bekerja dengan lebih gigih untuk menaikkan prestasi syarikat.

Berdasarkan kepada bidang perniagaan yang diceburi. Kemahiran yang diperoleh oleh pekerja secara tidak langsung dapat merealisasikan impian beliau untuk mengembangkan dan memajukan lagi perniagaan beliau. Azmi. Namun. Pada mulanya.Persaingan merupakan asam garam dalam perniagaan. . 7) Berpandangan jauh.Beliau sangat berpandangan jauh dalam mengembangkan lagi bidang perniagaan yang dijalankan. beliau sedar akan risiko yang akan dialami kerana perniagaan ini biasanya dimonopoli oleh kaum bukan bumiputera. Persaingan . beliau telah melalui banyak persaingan dalam perniagaan yang diceburi.Persaingan sentiasa berlaku dalam dunia perniagaan. beliau akhirnya berjaya memajukan syarikatnya. 8. Untuk . Beliau mengambil inisiatif dengan menghantar pekerja-pekerja untuk mengikuti kursus yang berkaitan dengan kemahiran seperi kursus yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti Segamat.lebih selesa dan tidak terlalu tertekan terhadap kerja yang dilaksanakannya. beliau berasa terlalu kerdil dalam perniagaan ini. beliau sentiasa berfikiran positif dan hasilnya beliau berjaya memajukan syarikat yang ditubuhkan dan kekal beroperasi sehingga ke hari ini. perniagaan pembinaan banyak dimonopoli oleh masyarakat bukan bumiputera. Namun atas semangat ingin berjaya dan tiada yang mustahil. Menurut En. 8) Berfikiran positif .0 CABARAN DAN HALANGAN 1. Hal ini kerana.

Pekerja . Bnyak yang perlu beliau korbankan termasuk masa untuk bersama keluarga. Banyak perkara yang akan beliau pertimbangkan sebelum meluluskan hal berkaitan kewangan.Sebahagian pekerja beliau merupakan pekerja asing. timbul pelbagai masalah dan risiko. Keluarga . beliau perlu bijak dalam urusan kewangan. 4. 2. 3. pekerja melarikan diri setelah menerima permit. Dalam menangani hal ini. Oleh sebab itu.Walaupun keluarga menjadi sumber kekuatan kepada beliau untuk berjaya dalam perniagaan namun beliau juga tidak menafikan keluarga menjadi cabaran dalam perniagaan. dengan keadaan ekonomi pada masa kini. Konsep yang digunakan beliau akhirnya membantu beliau bertahan sehingga ke hari ini. Kewangan . Menurut beliau. beliau cuba menjual dengan harga yang berpatutan walaupun memperoleh untung yang sedikit.mengatasi masalah persaingan. untuk mengambil apaapa tempahan pembinaan. Keciciran yang berlaku terhadap kos bahan mentah akan membuatkan beliau menanggung kerugian. sering berlaku perselisihan di antara pekerja tempatan dan pekerja asing. Beliau juga turut menekankan dasar penjimatan kepada pekerja supaya tiada pembzikan berlaku dan secara tidak langsung akan mengurangkan kos operasi.Kestabilan sesebuah syarikat adalah bergantung kepada sumber kewangan syarikat. isteri beliau banyak membantu beliau . Selain itu. beliau akan memastikan semua kos dikira secara terperinci bagi memastikan tiada keciciran yang berlaku. Bagi beliau. Sebagi contoh. Penyelia projek akan menghantar laporan kepada beliau dan beliau akan bertindak mengikut laporan yang diberi. beliau melantik penyelia projek dan memberikan tanggungjawab menguruskan pekerja kepada penyelia projek. Antaranya.

Justeru. Ini bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang lagi. kebanyakkan pelanggan sanggup melarikan diri dan mengelak untuk berjumpa dengan beliau. Oleh sebab itu. Kini. Masa bercuti akan digunakan sepenuhnya bagi memperbaiki hubungan kekeluargaan.Perkara yang tidak dapat dielakkan dalam perniaagaan ialah penipuan. bagi mengelakkan jurang antara beliau dan keluarga. Menurut beliau. Kebnyakan yang ingin pelanggan- pelanggan beliau dari Segamat dan ada juga yang datang dari luar Johor seperti Melaka. beliau akan mencari masa yang sesuai untuk bercuti bersama keluarga. Namun. 6. beliau mengambil langkah berhati-hati dengan menggunakan surat perjanjian sebagai bukti. beliau mengambil pekerja asing untuk bekerja dengan beliau. Penipuan . Pemasaran . Bagi beliau. Justeru.Untuk memenuhi permintaan pelanggan. 5. Kemahiran . Ada di kalangan pekerja asing yang tidak mempunyai kemahiran yang tinggi dalam pembinaan tetapi .Pada awal penubuhan syarikat. Beliau mendapati. beliau memrlukan tenaga kerja yang ramai. urusan keluarga tetap menjadi keutamaan. Menurut beliau lagi. dengan perkembangan teknologi yang berlaku. beliau tidak menang tangan untuk mengendalikan mendapatkan pelanggan-pelanggan perkhidmatan beliau.dari segi masa menguruskan anak-anak. urusan pemasaran menjadi lebih mudah dan syarikat beliau mula dikenali. beliau telah ditipu hampir RM400 000 apabila pelanggan enggan membayar baki bayaran projek yang telah beliau siapkan. beliau menghadapi kesukaran untuk memasarkan dan mempromosikan perniagaan beliau. sehingga ke hari ini. 7. akhirnya beliau menggunakan media soasial sebagai medium pemasaran.

Justeru. Akan tetapi ia mengambil masa untuk memperoleh kemahiran.beliau kagum dengan semangat mereka untuk belajar. beliau sentiasa menambah ilmu menghantar kemahiran pekerja untuk terutama berkursus kemahiran bagi dalam pembinaaan.0 PENUTUP: Setelah menjalankan kajian dan temu bual. kami mendapati bahawa aspek kepimpinan dan pengurusan adalah sangat penting dalam . 9.

Kerjasama antara majikan dan pekerja dapat melancarkan perjalanan sesebuah organisasi atau syarikat. Hubungan majikan dan pekerja juga akan mempengaruhi perjalanan sesebuah syarikat.sesebuah organisasi. amat penting bagi individu untuk mempunyai pengetahuan dalam aspek kepimpinan dan pengurusan sebelum menjalankan apa-apa perniagaan. majikan perlu mengambil kira pandangan dan idea yang diberikan oleh pekerja agar pekerja berasa lebih dihargai. 10.0 RUJUKAN . Justeru. Sebagai seorang majikan. Oleh itu. pendekatan yang digunakan terhadap pekerja haruslah sesuai dan tidak menyebabkan pekerja berasa tertekan dan tidak selesa ketika bekerja. Pekerja merupakan aset kepada perniagaan.

B. Kamus Dewan (Edisi Ketiga). Pengurusan Strategik. 1994.P. Hubungan Nilai Kerja. Handbook of Intelligence. Jurnal Psikologi Manusia. B. Bil 11:97-114 Halphin. (1997). A & Zender. USA: McGraw Hill Book Company Fatimah Wati Halim & Iran Herman. C. Prestasi Kerja dan Kualiti Kehidupan Bekerja di Kalangan Pekerja Sektor Awam & Swasta. 1960. Zainal Abidin Mohamad. (1998). 1960. Inc. 2nd edition. G. . Canada: John Wiley & Sons. Kuala Lumpur: Utusan Distributian and Publication. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Cartwright. Developing Observation Skills.

11.0 LAMPIRAN .

0 CABARAN DAN HALANGAN 9..0 PENUTUP 10.ISI KANDUNGAN BIL KANDUNGAN 1.0 LATAR BELAKANG INDUSTRI 5.0 STRUKTUR ORGANISASI INDUSTRI 6.0 LAMPIRAN MUKA SURAT 1 .0 RUJUKAN 11.0 KAEDAH DAN TEKNIK KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN 7.0 TINJAUAN PERSEPSI PEKERJA 8.0 PENGENALAN 3.0 PENGHARGAAN 2.0 BIODATA PEMILIK SYARIKAT 4.