III.

Mewujudkan Kestabilan Negara

Walaupun pada dasarnya perlembagaan boleh dipinda, namun ia tidak boleh
dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Sebarang pindaan perlembagaan yang
dilakukan dalam mana-mana negara, ia mestilah berdasarkan perlembagaan juga. Jika
pindaan boleh dilakukan dengan mudah dan mengikut kehendak pemimpin-pemimpin
(penggubal), maka ini akan menghasilkan satu keadaan kucar-kacir di mana pemimpin
itu mungkin bertindak sesuka hatinya dan mengabaikan kemahuan rakyat. Oleh itu,
jelas betapa perlunya perlembagaan bagi mengekalkan keamanan dalam sesebuah
negara.
V. Mengekalkan Keamanan

Perubahan pucuk pimpinan yang berlaku selepas proses pilihan raya tidak akan
menyebabkan sebarang kesan ke atas negara mahupun corak pemerintahan. Ini kerana
setiap pemimpin dari parti politik yang menang mestilah mempunyai cita-cita atau
konsep yang sama dalam mengendalikan negaranya. Mereka sepatutnya memerintah
negara dengan tujuan yang sama sebagaimana pemimpin-pemimpin terdahulu yang
memerintah. Oleh itu, walaupun terdapat pertukaran pemimpin, tujuan pemerintahan
tidak akan terkeluar daripada maksud berusaha memenuhi kehendak dan aspirasi
rakyat.
VI. Menjamin Keamanan Sesebuah negara

Dengan adanya perlembagaan rakyat mendapat jaminan undang-undang
bahawa tidak akan ada unsur-unsur diskriminasi di kalangan mereka. Pembahagian
kuasa dinyatakan secara jelas dalam perlembagaan antara rakyat dengan pemerintah
serta badan perundangan telah memisahkan antara satu sama lain daripada melakukan
penindasan dan salah guna kuasa. Tidak ada pihak mendapat keistimewaan dari segi
undang-undang, sebaliknya semua orang harus menghormati dan mematuhi
perlembagaan negara. Sikap ini boleh membantu mewujudkan perpaduan di kalangan
rakyat sebagai syarat untuk membolehkan mereka hidup aman damai.