You are on page 1of 7

Laporan Pertandingan Aktiviti Mewarna Kelas 4 Gemilang

Pada 27 Ogos 2016, pertandingan mewarna telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Pinang
Tunggal. Pertandingan berlangsung secara santai dan hanya terbuka kepada murid-murid
tahun 4 Gemilang. Sebelum hari pertandingan berlangsung, beberapa persediaan telah
dilakukan seperti penyediaan kertas cadangan, bahan untuk mewarna, cadangan tarikh
yang sesuai dan sebagainya.
Pertandingan mewarna ini diadakan bersempena dengan sambutan Hari Raya
Aidilfitri pada tahun ini. Selain itu, pertandingan ini bertujuan untuk mengesan bakat dan
kebolehan seni serta kreativiti murid-murid. Pertandingan ini juga bertujuan untuk melatih
motor halus murid-murid terutamanya koordinasi mata dan tangan.
Pertandingan bermula di kelas 4 Gemilang lebih kurang pada pukul 9.15 hingga
10.15 pagi. Guru mengedarkan bahan kepada murid untuk aktiviti pertandingan mewarna.
Sebelum memulakan pertandingan, guru menerangkan beberapa peraturan pertandingan.
Aktiviti pertandingan mewarna ini mengambil masa selama kira-kira satu jam. Murid-murid
bebas untuk mewarna bahan yang telah diberikan mengikut kreativiti masing-masing.
Selepas aktiviti mewarna dilakukan selama satu jam, murid yang ingin menghantar
karyanya dibenarkan untuk berbuat demikian. Guru memberi kelonggaran kepada muridmurid yang tidak sempat untuk menyiapkan karyanya untuk membawa pulang bahan untuk
mewarna dan menyambung aktiviti mewarna semasa berada di rumah.
Sepanjang sesi pertandingan berlangsung, guru mengambil inisiatif untuk mencari
dan membeli hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada bakal pemenang. Selang
beberapa hari, murid-murid menghantar karya masing-masing kepada guru. Selepas itu,
sesi menyemak telah dilakukan bagi menentukan pemenang bagi pertandingan aktiviti
mewarna. Pada 3 Ogos 2016, sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang
berlangsung.
Hadiah disampaikan kepada pemenang yang memenangi tempat pertama, kedua
dan ketiga. Hadiah telah disampaikan oleh guru, sebagai penganjur pertandingan kepada
para pemenang yang layak untuk mendapat hadiah berdasarkan karya yang memenuhi
kriteria-kriteria teknik dan kesan warna yang betul dan kreatif seperti penggunaan warna
yang sesuai, arah warna yang selari dan penggunaan warna yang tidak terlalu kabur.
Selepas sesi penyampaian hadiah, pertandingan mewarna tamat.

Lampiran .

Sesi pemilihan karya murid-murid .

.

.

Beberapa hasil karya murid-murid tahun 4 Gemilang .

.. SK Pinang Tunggal.Disediakan oleh : ………………………………………. Penganjur Pertandingan Mewarna Kelas 4 Gemilang. (MOHD NURFIKRI BIN MASERI) Setiausaha.