1.

PENDAHULUAN
Seni menurut John Ruskin (1888) adalah bahasa visual yang sukar difahamai tetapi

indah untuk direnungi. Pernyataan tersebut dicatatkan oleh beliau dalam pendahuluan
bukunya yang bertajuk Modern Painter edisi pertama. Seni bukan hanya elemen yang
memaparkan estetika dan kehalusan tetapi seni adalah sebuah medium yang boleh
menghubungkan antara masyarakat, bangsa dan Negara. Dengan kata lain, seni mampu
memikul fungsi yang pelbagai seperto medium komunikasi dan persatuan dan melaluinya
juga kita berbicara tentang dunia yang tidak hanya terbatas oleh politik, geografi, bahasa dan
kebudayaan.
Apa yang dikatakan seni adalah satu hasil yang kreatif dan kritis hasil daripada
pemikiran seseorang yang diolah secara halus dan sederhana. Jadi tidak keterlaluan kalau seni
itu didefinisikan sebagai satu pergerakan yang dinamik dan pemikiran logic manusia yang
kewujudannya adalah hasil daripada ketekunan dan kehalusan budi yang ditentukan oleh
ilmu, moral dan ketakwaan manusia terhadap Yang Maha Pencipta. Bahkan boleh dikatakan
bahawa seni itu adalah satu disiplin ilmu yang terbentuk bersama bagi mencapai kedewasaan
akhlak dan tabiat seseorang manusia seperti bersifat rajin, jujur, takwa dan sabar. Apabila
dasar pembelajaran seni diterapkan, pembelajaran menjadi cukup lengkap dan sempurna dari
pelbagai aspek kerana seni yang disematkan dalam setiap pengajaran harus memberikan satu
nilai dalam jangka masa yang panjang serta memberi impak yang positif untuk setiap
individu yang bernama manusia.
Dalam pendidikan pula, seni lebih menjurud kepada hubungjalin di antara kemahiran
seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Setiap kemahiran yang dititikberatkan ini
menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti bagi setiap individu melalui penajaman
institusi, persepsi, imaginasi dan konsepsi dalam setiap diri murid. Murid diberi peluang
untuk meneroka, mengalami dan mengekspresi citarasa setiap pancaindera mereka. Setiap
aktiviti ini mempunyai harapan agar murid dapat menggunakannya dalam meningkatkan lagi
kepekaan, kreativiti, daya imaginasi untuk mencapai tahap pembelajaran yang optimum,
menyeluruh dan menyeronokkan.
Proses pengajaran dan pembelajaran seni dalam pendidikan ini meliputi pengetahuan
asas dalam ketiga-tiga cabang iaitu seni visual, muzik dan pergerakan. Ia merupakan
pengenalan kepada kepentingan seni dalam pendidikan bagi mengembangkan proses
pembelajaran di kalangan murid dan sentiasa menekankan kepentingan ketiga-tiga aktiviti

Dalam seni muzik pula terdapat elemen yang dinamakan irama atau juga dinyatakan sebagai rentak yang berlaku secara berulang-ulangan. seni lakon dan sebagainya. seni diaplikasikan dalam pengajaran di mana ia memerlukan pemahaman. ekspresi. .” (Pahlawi Web Al. Ketiga-tiga elemen tersebut pula tidak akan lepas lari dari warna yang menjadi elemen kehidupan yang cukup penting kerana tanpanya kehidupan akan menjadi tidak bermakna. emosi dan maksud hasil karya seni visual. kita akan menikmati alunan irama dan kita akan mendengar muzik itu secara berulang-ulang andainya alunan irama muzik itu cukup menarik. inkuiri dan kepelbagaian kecerdasan. Seni bukan hanya diaplikasikan dalam satu bidang tetapi melangkaui pelbagai bidang seperti seni suara. Sewaktu mendengar muzik. 2. bosan dan tidak menarik. “ Seni adalah hasil daripada kreatif dan kritis dari pemikiran seseorang manusia yang diolah secara halus dan sederhana. Contohnya degupan jantung. harus berupaya memberi satu nilai dalam satu jangkasa masa yang panjang serta memberikan impak yang positif kepada seeorang murid. Mei 2007) Seni dalam pendidikan merupakan suatu yang baharu. dalam kehidupan kita sendiri alunan irama didengari tanpa kita sedari dan berlaku sepanjang masa. manakala pemahaman pula memerlukan tarikan yang menarik dan kreatif. seni tari. hentakan tapak kaki berlari atau berjalan. Tidak hanya alunan muzik. mengalami dan espresi yang melibatkan kepekaan deria setiap murid. Seni visual melibatkan lukisan. Dalam pendidikan seni visual. Dalam system pendidikan sendiri. Malah ia diharapkan berupaya membantu guru menjalankan aktiviti untuk meneroka. titisan air hujan dan sebagainya. manakala seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang terhdap muzik yang didengari dan seni pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti.tersebut yang melibatkan imaginasi. warna memainkan peranan dalam menggambarkan sesebuah kebudayaan. seni muzik dan seni pergerakan. menggabungkan tiga elemen penting iaitu seni visual. Oleh itu tidak salah jika dikatakan seni itu indah dan begitu halus. SENI DALAM PENDIDIKAN Untuk menggambarkan seni merupakan sesuatu yang cukup subjektif.

Kanak-kanak akan menumpukan perhatian terhdapa apa yang dilakukan apabila minda mereka diransangkan oleh sesuatu irama dan muzik pula sebagai penyelamat kepada suasana hambar sewaktu murid melakukan sesuatu aktiviti. bergerak dan berfikir dalam setiap aktiviti pembelajaran yang mereka lakukan. . melalui apa yang mereka lihat. Murid akan lebih terdorong untuk cuba memahami sesuatu perkara secara yang menyeronokkan. Setiap irama yang diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran akan menjadikan murid melakukan pergerakan yang banyak dan secara tidak langsung elemen ketiga dalam seni dapat dipenuhi. melukis corak dan sebagainya. Keseronokan murid akan terserlah apabila mengikut irama muzik dan tanpanya dalam aktiviti yang dilakukan secara tidak langsung akan menghilangkan keseronokan murid untuk terus melakukan aktiviti. setiap guru juga perlu memahami dan menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual.Kenneth M. kreativiti. Melaluinya juga secara tidak langsung mengajar murid untuk menjdai pengurus sumber imaginasi. guru juga harus mahir mengolah suakatan pelajaran dengan menumpukan kepada perkembangan pengetahuan dan peningkatan kemahiran tertentu dengan menggunakan pelbagai teknik serta pendekatan yang sesuai. Penggunaan kaedah yang betul serta kebolehan guru sewaktu menyampaikan pengajaran dirasakan dapat memenuhi keperluan. Bukan itu sahaja. pemikiran. emosi dengan lebih efektif dan proaktif dalam diri mereka sendiri. Artist anda Art Education.Irama ini digambarkan pula sebagai sesuatu susunan corak yang berulang dan susunan sekata yang mewujudkan pergerakan apabila diistilahkan dalam pendidikan. Justeru. sentuh. Lansing (1973) menyatakan bahawa aktiviti pendidikan seni yang wujud boleh berfungsi sebagai satu cabang komunikasi. Sesuatu kemahiran yang berbentuk irama hanya mula difahami oleh kanak-kanak apabila mereka melakukan aktiviti seperti berjalanm melompatm menari. Menerusi buku Art. Malah. Seni dalam pendidikan pada hakikatnya mampu memberikan peluang kepada murid untuk meneroka dan terus meneroka alam sekeliling mereka. Setiap elemen seni dalam pengajaran saling mempunyai kaitan yang kukuh dalam menjadikan proses pengajaran lebih efektif dan kreatif. setiap guru perlu mengambil langkah bijak dalam memanipulasikan elemen-elemen seni dalam proses pengajaran mereka supaya setiap pengajaran akan menjadi lebih berkesan dan bermakna.

melakukan pergerakan haiwan atau serangga sudah pasti akan lebih menceriakan lagi pengajaran guru. Kita ambil contoh aktiviti seni visual. inkuiri dan kecerdasan pelbagai. inovatif. Melaui kreativiti guru. Menyediakan guru permulaan sekolah rendah dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengintergrasikan aktiviti seni visual. Menurut beliau lagi. peka. aktiviti seperti mewarna planet atau tumbuh-tumbuhan. inkuiri dan kecerdasan kepada murid dan ini akan lebih menyeronokkan lagi murid-murid tersebut. Intergrasi seni dalam pendidikan dikatakan berupaya membantu dan memudahkan lagi setiap guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan hanya mengaplikasikan segala teori pembelajaran dalam proses tersebut terutamanya di sekolah rendah. suasan bosan tersebut akan menjadi sesutau yang menyeronokkan. peka. seni muzik dan seni pergerakan. Leornardi da Vinci pernah menyatakan bahawa hanya melalui penghayatan seni yang betul. rohani dan intelek (JERI) agar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Melalui aktiviti yang dijalankan. murid akan cepat merasa bosan sekiranya guru menyampaikan pengajaran melalui syarahan atau menulis nota-nota padat tetapi apabila guru menggunakan elemen seni dalam pendidikan. guru yang kreatif dan inovatif mampu menarik perhatian dan tumpuan murid untuk terus belajar dengan lebih yang dan berkesan. berpersonaliti. Melahirkan guru yang kreatif. ia mampu memberi dorongan kepada murid supaya mereka menggunakan imaginasi. ekspresi. berktrampilan dan professional. KEPENTINGAN SENI DALAM PENDIDIKAN Secara ringkasnya telah dijelaskan sebelum ini bahawa seni dalam pendidikan merupakan satu bantuan untuk perkembangan menyeluruh dan seimbang dalam diri setiap insan dari segi jasmani. ekspresi.3. seni muzik dan seni pergerakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelbagai bidang mata pelajaran merupakan matlamat utama seni dalam pendidikan. Dalam pengajaran mata pelajaran Sains sebagai contoh. ia dapat memotivasikan kita untuk menjadi seorang guru yang kreatif. . emosi. Diterangkan secara ringkas di bawah ini antara faedah dan kepentingan seni kepada seorang guru atau pendidik. berktrampilan dan professional. inovatif. berpersonaliti. iaitu : i. melalui ketiga-tiga cabang seni ini guru dapat membantu murid melibatkan diri dengan lebih aktif dalam proses pemblejaran dan mendorong mereka menggunakan imaginasi.

menurut beliau lagi. Bahasa Melayu. beliau mengesyorkan bahawa terdapat tujuh jenis kecergasan dalam teori yang di bawanya tetapi kebanyakan sekolah hanya memberikan penekanan kepada kecergasan linguistic dan kecergasam matematik sahaja manakala kecergasan yang lain diabaikan dan berkemungkinan akan hilang begitu sahaja. Seni secara tidak langsung membantu guru untuk memahami diri dan persekitarannya. sifir-sifir tersebut diiramakan mengikut lagu-lagu kegemaran yang tertentu akan membantu guru menarik minat murid untuk menghafal sifir dan seterusnya mencapaikan objektif pembelajaran seperti yang telah dicadangkan sebelumnya. seni muzik dan seni pergerakan akan memudahkan proses menghubungkaitkan semua benda di alam ini. seseorang guru akan lebih senang mencapai objektif dan matlamat dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Merujuk kepada Teori Kecergasan Pelbagai yang dihasilkan oleh Gadner (1983). Justeru itu.Matematik dan sebagai dapat membantu dalam mengimbangi perkembangan otak kiri dan kanan setiap murid. beliau menyatakan bahawa seni membantu pemikiran yang rasional dan intuitif seseorang murid terutamanya untuk guru agar mereka dapat melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan lagi. iii. Guru senang mencapai objektif atau matlamat pengajaran. Menurut QuadrantConcept yang diperkenalkan oleh Hermann (1991) yang menunjukkan perkembangan bagi otak kanan dan otak kiri. Bahasa Inggeris. Dengan cara ini dapat kita katakana bahawa seni telah membantu mengaktifkan proses pengajaran dan perpindahan pembelajaran.Teori-teori yang dikemukakan oleh Gadner ini menyatakan sokongan bahawa seni itu perlu diberikan peranan yang . Kita ambil seni muzik sebagai contoh untuk guru melaksanakan proses pengajaran bagi mata pelajaran Matematik yang cukup membosankan bagi kebanyakan murid. Melaui aktiviti seni visual. apatah lagi apabila guru memin ta murid menghafal sifir. Guru dapat mempelbagaikan teknik dan stretegi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. iv. Pengintergrasian seni visual. Namun begitu.ii. dengan adanya pengetahuan tentang keistimewaan seni. melalui seni muzik. Membantu guru melaksanakan dengan mudah proses pengajaran dan pembelajaran.seni muzikdan seni pergerakan dengan mata pelajaran yang lain seperti mata pelajaran Sains.

Definisi kecerdasan pelbagai yang diberikan oleh Gardner (1983) adalah kepakaran kecerdasan manusia seharusnya mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan masalah. Ini adalah kerana setiap manusia berupaya memperolehi pengetahuan melalui pelbagai kecergasan dan juga melalui pelbagai teknik pengajaran. teori kecerdasan pelbagai memainkan peranan yang sangat penting sebagai asas bagi penerapan seni dalam pendidikan di sekolah. 4. Teori Kecerdasan Pelbagai adalah berdasarkan pada pemikiran bahawa kemampuan intelektual yang diukur melalui ukuran ujian IQ adalah sangat terbatas. Strategi pembelajaran yang bersepadu turut disarankan dalam Pendidikan Seni dan dalam setiap kegiatan seni juga perkara seperti pemupukan nilai dan pemahaman terhadap unsur-unsur seni dihubungkaitkian dengan kemahiran asas yang terdappat dalam bidang seni itu sendiri. adalah perlu bagi setiap guru dan setiap guru juga hendaklah menggunakan kepelbagaian teknik dan juga strategi. setiap orang mempunyai caranya yang tersendiri dan unik untuk menyelesaikan persoalan atau masalah yang dihadapi mereka.penting dalam setiap kurikulum yang digubal. Sebenarnya. PERKAITAN TEORI KECERGASAN DAN SENI DALAM PENDIDIKAN. or to create products that are valued within one or more cultural setting” (Gardner 1983) . malah setiap kelebihan yang ada pada diri mereka untuk menggalakkan murid mencapai objektif kendiri dalam melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. menangani masalah sesuai dengan masa dan tempat dan menghasilkan output yang efektif. Ini kerana ukuran ujian IQ menekankan pada kemampuan logikal-matematik dan bahasa sahaja. Oleh yang demikian. Penekanan yang khusus ini diberikan untuk mengenalpasti segala aspek dalam teori kecerdasan pelbagai. Hal ini kerana kecerdasan merupakan kemampuan yang dimiliki oleh seseorang untuk melihat sesuatu masalah dan seterusnya berupaya menyelesaikan masalah tersebut atau membuat sesuatu yang berguna kepada orang lain. “An intelligence is the ability to solve problems. kecerdasan bukan hanya dilihat dari nilai yang diperolehi seseorang. Tambahan lagi. Malah cara bekerja yang terutur mengikut jadual dan peraturanm cermat dan selamat dalam proses membuat sentiasa diberikan penegasan. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Bagi setiap individu. Guru juga perlu membuat perancangan aktiviti pembelajaran yang pelbagai untuk memenuhi keperluan setiap murid yang mempunyai gaya untuk belajar. Rumusan definisi Teori kecerdasan pelbagai Howard Gardner yang dilakukan oleh Linda Campbell. b kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan. manusi tidak boleh dianggap telah menggunakan hanya sebelah otak sahaja. kebolehan mengenal dan mencipta masalah. Teori kecerdasan pelbagai memainkan peranan sebagai penjana kepada kecerdasan serta mendefinisikan setiap konsep kecerdasan yang relevan dalam pendidikan hari ini. kecerdasan itu dilihat pada kebolehan mereka menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi dalam kehidupan mereka yang sebenar. membentuk keperluan terhadap pengetahuan baharu. Teori kecerdasan pelbagai (1983) oleh Howard Gardner adalah merupakan asas kepada pemupukan minta murid untuk mencapai setiap kecemerlangan yang ada. c kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan suatu budaya sahaja. . Roger Sperry pula menyatakan bahawa kaitan kecerdasan dan fungsi otak setiap manusia yang berbeza-beza mengikut kepada perkembangan usia dan jantina individu yang terlibat. pendekatan dan teknik yang baharu serta persekitaran yang memberi inspirasi. Guru perlu memberikan galakan kepada murid untuk mereka mengenal dan menggunakan setiap kelebihan diri mereka. perceiving dan understanding life. kebolehan mencipta sesuatu hasil atau sedia menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam lingkuang sesuatu budaya sahaja. Otak kanan dan juga otak kiri mempunyai fungsi yang berbezabeza tetapi menurutnya lagi.Howard Gardner dalam satu kajiannya mendapati “seven ways of knowing. Manakala Dr. mencuba pelbagai idea. Teori kecerdasan pelbagai berkembang mengikut setiap konteks penggunaannya dan setiap manusia itu mempunyai lapan kecerdasan yang mempunyai aspek dan kualitinya yang tersendiri. Bruce Campbell dan Dee Dickinson dinyatakan sebagai : a kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar.” Beliau telah membauat satu kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuklah juga kanak-kanak normal dan juga kanak-kanak istimewa serta beberapa kelompok masyarakat yang mempunyai kepelbagaian kriteria yang cukup istimewa (special population).

4 Kecerdasan Kinestetik Kebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruahan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. menari. Dapat mengenali objek. Berkebolehan menceritakan dan menggambarkan pengalaman yang pernah dilalui. Bijak menghubungkaitkan antara objek dalam ruang.1 Kecerdasan Verbal Linguistik Seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini berfikir menggunakan perkataan untuk menyampaikan sesuatu secara berkesan samada dalam bentuk lisan atau penulisan. Kecerdasan visual-ruang ini membolehkan seseorang mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik. Cekap mengintepretasikan pergerakan anggota atau tubuh.4. menyoal.3 Kecerdasan Visual-Ruang Kecenderungan dalam kecerdasan ini membolehkan seseorang membuat persepsi tentang alam sekitar secara tepat. Mudah mengingati maklumat dan boleh meyakini orang lain. mensintesis. menganalisis. Mudah berbahasa bagi melahirkan perasaan dan pendapat serta suka kepada makna yang kompleks. 4. . warna dan corak dalam persekitaran. 4. mengira dan menggunakan komputer dengan cekap. gimrama dan lain-lain.2 Kecerdasan Logik Matematik Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak. Seseorang individu juga dapat berfikir dalam bentuk gambaran dan bayangan serta secara tiga dimensi. 4. Seseorang individu juga cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi antara pergerakan fizikal dengan mental. Lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan seperti bersukan. bentuk. Individu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah kompleks yang berkaitan dengan matematik dengan mudah serta boleh membuat perkaitan.

Selain daripada itu seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menggubah rentak dan tempo dengan mudah. 4. Secara keseluruahnnya seseorang itu kelihatan murung dan mengelamun tetapi sentiasa berwaspada dan berwawasan. Kebolehan ini memberi keyakinan diri yang tinggi terhadap kebolehan diri sendiri.6 Kecerdasan Intrapersonal Individu dapat mengenali diri sendiri secara mendalam serta mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Dapat memberi motivasi kepada orang lain.4. tabiat serta hasrat orang lain. Individu ini dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah. 4. motivasi. 4. Lebih menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyi-bunyian yang terdapat di alam sekitar. Individu dapat menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik serta dapat bermain alat muzik dan menghafal lirik muzik.5 Kecerdasan Muzik Kecerdasan muzik pada seseorang membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan. Pandai menentukan hala tuju kehidupan serta mempunyai pegangan dan prinsip serta azam yang kuat dan boleh berdikari. muzik serta irama yang terdapat di persekitaran.8 Kecerdasan Naturalis Seseorang pencinta alam yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora.7 Kecerdasan Interpersonal Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang memahami perasaan. . fauna dan galian dengan mudah. Individu yang sensitive terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkaitkan antara kehidupan flora dan fauna.

aplikasi seni dalam pengajaran juga dapat membantu meningkatkan kreativiti dan minat seseorang pelajar untuk terus kekal sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.5. PENUTUP Secara kesimpulannya. Selain dapat menarik minat para pelajar mengikuti pembelajaran. ( 2659 ) . aplikasi seni dalam pengajaran sememangnya amat penting untuk diaplikasikan oleh semua guru mata pelajaran bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. ia juga dapat meningkatakan perkembangan diri pelajar itu sendiri apabila terlibat secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran. dengan penggunaan seni dalam pengajaran. Hal ini demikian kerana. sesuatu pengajaran dapat dilakukan dengan lebih berkesan dan menyeronokkan. Di samping itu.

(2007). sitihayatimohdyusoff../peranan-seni-dalam-pendidikan -United States 4. 2010 daripada http://www. Menilai seni: subjek seni di masa hadapan (2009). 2010 daripada http: //www. Peranan seni dalam pendidkan (2008)..scribd. 2010 daripada http://www. Kesan-kesan positif mengikuti pendidikan seni (2008).com/Modul-Seni 2. sitihayatimohdyusoff. Rujukan MALAYSIA. (1994).scribd.net/. Ayob./peranan-seni-dalam-pendidikan -United States 9. Diperoleh pada Oktober 2. 2010 daripada http://www.blogspot.com 3. .net/..slideshare. Diperoleh pada Oktober 1. Bhd. Kesan-kesan positif mengikuti pendidikan seni (2008).com/Modul-Seni 7./ Peranan-3-Komponen-Seni-Dalam-Pendidikan-Dalam- 5. 2010 daripada http://www.com/.scribd.. Aktiviti-aktiviti pergerakan kreatif panduan pengajar. Open University... HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan. www. Bhd Salmah. Diperoleh pada Oktober 2. Peranan seni dalam pendidkan (2008). Diperoleh pada Oktober 1. Diperoleh pada Oktober 1. Seni dalam Pendidikan (2009). Diperoleh pada Oktober 2. Menilai seni: subjek seni di masa hadapan (2009).blogspot. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. 2010 daripada http://www.com 8.slideshare. 2010 daripada http: //www.RUJUKAN 1. Diperoleh pada Oktober 1. Petaling Jaya: Flo Enterprise Sdn.