You are on page 1of 6

Pengenalan

Rajah 1(Karikatur Perbezaan Masa Dahulu dan Sekarang)
Rajah 1 menunjukkan karikatur yang amat tepat dalam menggambarkan keadaan
semasa. Pada era dunia langit terbuka ini, profesion atau kerjaya perguruan seringkali
dihentam

dan

diprovok

di

media

massa

mahupun

media

sosial.

Karikatur

ini

menggambarkan tanggungjawab seorang guru disiplin dalam mendidik anak muridnya
semakin sukar dan mencabar, dek kerana sikap sesetengah ibu bapa atau waris yang tidak
bertolak ansur dan memberikan kerjasama yang baik kepada guru.
Konsep Disiplin
Bergerak kepada konsep disiplin, apa itu disiplin? Disiplin boleh didefinisikan sebagai
latihan, kepatuhan dan kawalan (Hamzah & Samuel, 2016). Dalam konteks soalan tugasan,
disiplin difokuskan hanya didalam bilik darjah sahaja. Hukuman atau dendaan bukanlah
definisi yang sesuai dalam menggambarkan erti disiplin. Di Malaysia, disiplin lebih kepada
mencegah dan menangani masalah yang berlaku didalam kelas agar Pembelajaran dan
Pengajaran(PdP) berjalan dengan lancar dan baik. Hal ini kerana, dalam skop tugas
seorang guru, salah satunya ialah memastikan PdP dan mewujudkan suasana kelas yang
kondusif. Pengawalan disiplin pula berpandukan kepada peraturan sekolah yang ditentukan
oleh pihak pentadbiran, ataupun peraturan di dalam kelas yang dipersetujui bersama oleh
guru dan murid-murid. Konsep masalah disiplin pula wujud apabila berlakunya tingkah laku
atau perbuatan yang menunjukkan ketidakpatuhan kepada peraturan yang ditetapkan atau
nilai yang diterima dalam masyarakat dalam konteks ini, ialah masyarakat di sekolah.
Secara konsepnya, masalah disiplin dibahagikan kepada 2 iaitu destruktif dan disruptif. Akar
kepada permasalahan ini boleh dibahagikan kepada 3 iaitu peribadi, sosial dan bilik darjah.

Sinopsis
Artikel yang dipilih menceritakan tentang pengalaman sebenar seorang guru ketika
mengajar di sebuah kelas LINUS di sebuah sekolah rendah di Malaysia. Guru tersebut
mendapat laporan dari murid-murid nya bahawa Ahmad (bukan nama sebenar) melakukan
gangguan seksual terhadap rakan rakan sekelasnya. Serentak dengan laporan itu, guru
tersebut menasihati kelas tersebut dan menyerahkan Ahmad kepada Guru Penolong Kanan.
Akan tetapi, selepas peristiwa tersebut, guru tersebut mendapat laporan bahawa Ahmad
menulis perkataan yang buruk terhadapnya di buku nota Ahmad sendiri. Kemudian, guru ini
menyiasat dan mengaturkan pertemuan dengan Ahmad untuk menyelesaikan masalah ini
agar tidak berlarutan dengan dendam yang lebih parah.
Isu dan Permasalahan
Setelah menganalisis artikel yang dipilih, terdapat beberapa isu dan permasalahan
yang perlu dipandang serius. Isu yang pertama ialah gangguan seksual Ahmad terhadap
Nurul, iaitu murid di kelasnya yang bersifat destruktif. Kes ini berlaku sebanyak 2 kali, iaitu
ketika Ahmad mencucuk atau menyentuh payudara Nurul dan ketika Ahmad menyelak kain
Nurul. Perkara ini berlaku disebabkan oleh perbuatan Nurul dan Ahmad yang bergurau
tanpa mengikut batas pergaulan. Akan tetapi, Ahmad merupakan titik tolak kepada
permasalahan ini. Akibat daripada isu ini, punca kepada masalah dapat diketahui iaitu
masalah dari sudut sosial Ahmad sendiri, terutamanya keluarga Ahmad. Kes yang kedua
ialah, Ahmad menyimpan dendam dan melepaskan dendamnya dalam bentuk tulisan di
dalam buku notanya. Perkataan seperti ‘teacher setan’ dan lain lain dijumpai didalam buku
notanya. Perkara ini berlaku berikutan tindakan guru tersebut yang menegurnya dihadapan
rakan rakan sekelasnya dan mengakibatkan Ahmad malu atau marah dan berdendam
terhadap guru tersebut yang merupakan punca dari sudut peribadi. Kes kes ini perlu diatasi
berpandukan beberapa model.
Model yang Relevan
Model yang dipilih ialah Model Akibat Logikal Dreikurs dan Model Pengurusan
Disiplin Thomas Gordon.
Model Akibat Logikal Dreikurs yang diasaskan oleh Rudolf Dreikurs (Charles, 2008)
menekankan bahawa guru perlu mengenalpasti punca salah laku dan perlu dibimbing untuk
memahami peraturan. Model ini juga menekankan pembinaan kawalan kendiri dengan
bantuan guru. Guru juga perlu mewujudkan rasa kepunyaan dalam diri murid-murid agar
murid berasa dihormati dan hak mereka dipenuhi. Akan tetapi, Dreikurs mengatakan
bahawa guru tidak sepatutnya memberi dendaan atau pujian tetapi banyak memberikan

galakan. Hal ini kerana dikhuatiri murid akan terlampau bergantung kepada guru dan
kawalan kendiri tidak dapat dilatih.
Model Pengurusan Disiplin Thomas Gordon pula menekankan bahawa disiplin bilik
darjah dapat dicapai dengan membantu murid untuk memperolehi kawalan kendiri (Myint,
2005). Gordon juga bersependapat dengan Dreikurs untuk tidak menyokong pendekatan
behaviorisme dimana Gordon telah memperkenalkan Pelan Disiplin Gordon yang
mempunyai 6 langkah iaitu, mempengaruhi daripada mengawal, mencegah masalah
sebelum berlaku, masalah siapa?, berdepan dengan masalah, kemahiran mendengar, dan
penyelesaian konflik (Hamzah & Samuel, 2016).
Mengapakah Kedua-dua Model ini Dipilih?
Pertama sekali, kedua dua model ini menekankan kawalan kendiri (Good & Brophy,
2002). Setelah diteliti akan kedua dua kes ini, terdapat persamaan yang nyata iaitu, kes ini
berlaku dengan ketiadaan guru atau apabila guru tidak memberikan perhatian kepada murid
yang melakukan salah laku. Jadi, bagi menangani kelemahan itu, murid tersebut mestilah
mempunyai rasa tanggungjawab untuk tidak melakukan sebarang kesalahan walaupun
dengan ketiadaan perhatian dari guru. Seterusnya, kedua dua model ini mempunyai pelan
yang strategik bagi mengatasi masalah disiplin. Bagi model Dreikurs, terdapat 5 langkah
untuk menangani murid yang mempunyai motif yang salah manakala model Gordon pula
mempunyai Pelan Disiplin Gordon yang terdiri dari 6 langkah. Langkah langkah ini amat
sistematik dan sesuai digunakan dalam kes ini kerana Ahmad mempunyai motif yang salah
dan bersesuaian dengan Pelan Disiplin Gordon. Selain itu, kedua dua model mementingkan
hubungan positif di antara guru dan murid. Hal ini dibuktikan apabila model Dreikurs dan
Gordon menekankan demokrasi didalam kelas terutamanya dalam pembinaan peraturan
kelas dan pengurusan kelas. Jika hubungan positif berjaya dibina, murid akan mudah
mendapat dan melatih kawalan kendiri. Sebab sebab diatas merupakan kriteria pemilihan
model yang sesuai bagi kes kes ini.
Penyelesaian
Penyelesaian kepada kes ini terbahagi kepada 2, iaitu berpandukan model Dreikurs
dan model Gordon.
Berpandukan Model Akibat Logikal Dreikurs, pertama sekali ialah mengetahui motif
murid. Dalam kes ini, motif Ahmad perlu diketahui agar dia mendapat kawalan kendiri.
Seterusnya, guru perlu membantu untuk memahami motif yang ditunjukkan. Dalam kes ini,
guru perlu menunjukkan kepada Ahmad bahawa motifnya iaitu melakukan gangguan
seksual dan mendendami guru ialah perkara yang sangat salah. Kemudian, guru mesti

membantu murid untuk menukarkan matlamat yang salah kepada yang betul. Guru perlu
menunjukkan matlamat atau motif baru kepada Ahmad, iaitu menjaga batas pergaulan dan
belajar untuk meluahkan perasaan serta memaafkan orang lain. Kemudian, guru perlu
membimbing murid supaya bertanggungjawab ke atas matlamat baru. Merujuk kes ini, guru
perlu mengajar Ahmad cara-cara menjaga batas pergaulan dan sentiasa mengadakan sesi
kaunseling agar Ahmad lebih terbuka dan memaafkan orang lain. Akhir sekali, guru perlu
membimbing murid melihat akibat di sebalik tingkah laku buruknya. Dalam kes ini, guru
menunjukkan Ahmad akan kesan perbuatannya iaitu boleh dikenakan tindakan undang
undang dan menyusahkan ibu bapanya.
Berpandukan Model Pengurusan Disiplin Thomas Gordon, langkah pertama ialah
mempengaruhi daripada mengawal. Merujuk kepada kes Ahmad, guru boleh meminta
Ahmad untuk melakukan perbuatan yang lebih baik daripada memarahi Ahmad kerana
membuat perkara buruk. Contohnya, guru boleh meminta Ahmad supaya berkawan dengan
murid lelaki sahaja daripada guru memarahi Ahmad kerana mengganggu murid perempuan.
Seterusnya, masalah siapa? Dalam kes ini, guru perlu menyiasat siapakah yang bersalah
dan tidak boleh menyalahkan Ahmad seratus peratus tanpa penyiasatan yang lanjut.
Seterusnya, berdepan dengan masalah. Langkah ini menitikberatkan penggunaan imessage dan larangan penggunaan you-message. Sebagai contoh, guru boleh berkata
sebegini ketika berbicara dengan Ahmad, “Apabila kamu buat perkara itu, cikgu berasa
amat sedih dan kecewa, mungkin ini salah cikgu, tak ajar kamu dengan betul”. Langkah
seterusnya ialah kemahiran mendengar dimana dalam kes Ahmad, guru boleh
mempelbagaikan keempat-empat jenis kemahiran pendengaran yang digariskan oleh
Gordon. Selain itu juga, terdapat juga intervensi pengurusan tingkah laku yang bermasalah.
Intervensi Pengurusan Tingkah Laku Bermasalah
Terdapat pelbagai intervensi yang diperkenalkan, akan tetapi bagi kes Ahmad,
terdapat 2 jenis intervensi yang sesuai digunakan.
Pertama, dibawah Sistem Modifikasi Tingkah Laku yang Berstruktur, terdapat Sistem
Kontrak Tingkah Laku jenis sosial. Sistem ini boleh digunakan dengan membuat kontrak
dengan Ahmad dan menawarkan ganjaran atau hukuman kepadanya berdasarkan kontrak
yang dipersetujui.
Kedua, dibawah Sistem Modifikasi Tingkah Laku yang Tidak Berstruktur, terdapat
cara penghapusan (extinction) iaitu memberhentikan atau menyekat murid-murid daripada
terus melakukan tingkah laku negatif secara beransur-ansur dengan menggantikan dengan
tingkah laku baru yang positif (Nelson-Jones, 2013). Contoh tingkah laku negatif ialah

perbuatan buruk Ahmad dan tingkah laku positif ialah Ahmad menjaga batas pergaulan dan
menjadi seorang yang pemaaf.
Penutup
Tuntasnya, guru perlu memahami konsep pengurusan disiplin bilik darjah di samping
mengenalpasti peranan guru dalam menyelesaikan masalah disiplin di dalam kelas.
Langkah langkah pencegahan dan intervensi perlu diambil agar kes seperti Ahmad tidak
berulang kembali.

Rujukan
Charles, C. M. (2008). Building classroom discipline. Boston: Allyn& Bacon.
Good, T., & Brophy, J. (2002). Looking in classrooms (9th ed.). New York: Harper
Collins.
Hamzah, H., & Samuel, J. N. (2016). Pengurusan bilik darjah dan pengurusan
tingkah laku. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Myint, S. K. et. al. (2005). Classroom management: facilitating teaching and
learning. Singapore: Prentice Hall.
Nelson-Jones, R. (2013). Introduction to counselling skills. London: Sage
Publications.