You are on page 1of 31

BERITA

Kuala Lumpur, Rabu – Harga runcit petrol di negara ini ditentukan oleh lima faktor dalam
mekanisme harga automatic (APM). Faktor-faktor tersebut ialah pengeluaran, margin,
keuntungan syarikat, kos operasi, komisen untuk peruncit dan duti kerajaan.
Menurut sumber industry petroleum, kerajaan boleh mempengaruhi harga runcit
petrol dengan mengubah kadar duti.
Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, kerajaan
tidak akan membenarkan perang harga di antara syarikat-syarikat petroleum. Isu perang
harga ini timbul berikutan tindakan beberapa syarikat petroleum memberi potongan harga di
antara enam dan sepuluh sen untuk setiap 2 liter petrol.
Sehubungan dengan itu, kerajaan mengarahkan semua syarikat petroleum
menghentikan perang harga pada akhir bulan Mei depan. Katanya margin keuntungan
syarikat dan komisen peruncit terlalu kecil iaitu sekitar enam hingga tujuh sen seliter dan
perang harga tentunya menjejaskan pendapatan mereka.
Beliau menambah, sistem APM adalah baik untuk pihak industri dan pengguna
kerana dapat mengstabilkan harga petrol sekaligus memberi kesan baik kepada ekonomi
negara.
Harga petrol yang berubah-ubah akan memberi kesan buruk kepada ekonomi
negara. Perang harga petrol hanya akan memberi kesan buruk kepada industri petroleum
dan boleh menyebabkan penutupan stesen minyak atau pemberhentian operasi oleh
syarikat petroleum apabila kegiatan peruncitan petroleum tidak lagi menguntungkan.
Bagaimanapun, orang ramai yang ditemui berpendapat perang harga petrol memberi
keuntungan kepada pengguna dan menyambut baik langkah ini selaras dengan penurunan
harga petrol di pasaran dunia.

1. Apakah topik yang diperbincangkan dalam petikan tersebut?
A. Mekanisme Harga Autoriti (APM)
B. Perang harga oleh syarikat-syarikat petroleum
C. Kesan penurunan harga petroleum
D. Industri petroleum negara

2. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi harga petrol di negara ini?
A. Kos pengeluaran, margin keuntungan, kos operasi, komisen dan duti.
B. Jumlah pengendali stesen-stesen petrol
C. Harga petroleum di pasaran antarabangsa
D. Jumlah simpanan petroleum mentah negara
3. Mengapakah kerajaan mengarahkan semua syarikat petroleum menghentikan perang
harga?
A. Boleh mendatangkan kesan buruk kepada industri petroleum negara
B. Menguntungkan negara
C. Syarikat-syarikat petroleum terpaksa bersaing untuk meningkatkan keuntungan
D. Keuntungan yang diperoleh oleh syarikat petroleum semakin kecil
4. Frasa ‘perang harga’ membawa maksud
A. Menawarkan harga yang lebih rendah
B. Menawarkan harga yang lebih kompetitif
C. Menurunkan harga melebihi had yang ditetapkan
D. Tidak bertegur sapa
5. Apakah yang diperlu dilakukan oleh kerajaan untuk mengawal harga petrol di pasaran?
A. Mengubah kadar duti
B. Mengurangkan jumlah pengeluaran petrol
C. Mengurangkan kos operasi
D. Mengurangkan jumlah pengendali sistem petrol
6. Pernyataan berikut adalah benar tentang industri petroleum negara kecuali
A. Harga petrol
B. Perang harga menyebabkan harga petroleum di pasaran antarabangsa jatuh
C. Sistem APM dapat mengstabilkan harga petrol
D. Stesen petrol hanya memperoleh komisen sekitar 6 hingga 7 sen seliter

7.

Bagaimanakah reaksi orang ramai terhadap peang harga yang dijalankan oleh
syarikat-syarikat petroleum?
A. Menyambut baik langkah tersebut selaras dengan penurunan harga petrol di
pasaran dunia
B. Menyeru pihak-pihak terbabit menghentikan perang harga
C. Memulaukan syarikat-syarikat petroleum yang terbabit dengan perang harga
D. Menyambut baik langkah tersebut jika mendapat restu kerajaan

Harun
Rosliza?

: Mengapakah kamu kelihatan muram dan tidak ceria sejak kebelakangan ini

pasti saya tidak menghadapi masalah seperti ini. Buat masa ini saya harap awak dapat bersabar. Harun : Belum tentu Rosliza. Terima kasih. Masalah ada di mana-mana sahaja.Rosliza : Berat mulut saya untuk menceritakan perkara yang sebenar. Harun : Jangan bimbang. Rosliza : memang benar. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Saya akan memanggil mereka di sini untuk mendengar pengakuan mereka pula. Harun : Sama-sama. tetapi nampaknya saya tidak berjaya. Setiap hari pasti kami bersua muka. ceritakanlah apa masalah awak yang sebenarnya. barulah saya dapat membuat kesimpulan dan melakukan tindakan susulan. Rakan-rakan karib saya seolah-olah cuba melarikan diri dari saya. Saya cuba untuk mendekati mereka tetapi mereka bersikap acuh tak acuh sahaja. Saya bimbang apa yang saya akan perkatakan akan menyinggung pihak-pihak tertentu. Malahan ada di antara mereka yang memalingkan muka ketika berselisih muka dengan saya. Harun : Adakah awak pernah bertikam lidah dengan mereka sebelum ini? Rosliza : Kami tidak pernah bertikam lidah tetapi ada awal persekolahan tempoh hari saya pernah menolak pelawaan mereka untuk pergi berkelah ke Port Dickson. Rosliza : Baiklah saya bersedia menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka. Segala-galanya saya akan rahsiakan. Saya berasa malu dengan keadaan ini. Selepas meneliti pengakuan awak dan pengakuan mereka. Puas sudah saya berusaha untuk memulihkan kedaan. . Harun : Sejak bilakah hubungan awak dengan mereka mula renggang? Rosliza : Sejak lima bulan lepas. tetapi kami belajar di dalam kelas yang sama. Rosliza : Saya sebenarnya tidak lagi berminat untuk belajar. Bersabar dan jangan mudah berputus asa. Saya telah jelaskan kepada mereka sebab-sebab saya tidak dapat berkelah bersama-sama mereka ketika itu. Jika saya berpindah sekolah. saya tidak dapat berbuat apa-apa tindakan. Mudah- mudahan saya dapat membantu. tambahan pula rakan-rakan kami mula menyedari akan hubungan kami berlima yang udah tidak mesra lagi. Tidak ada apa-apa yang awak perlu malukan di sini. Harun : Buat masa ini. Jarang sekali mereka bertegur sapa dan berbual-bual seperti selalu. Ini adalah etika profesien saya. Segala-galanya membosankan. Mereka semua menerima alasan saya.

Bosan dengan sikap Rosliza . Tidak berpuas hati dengan sikap Rosliza B. Pendendam C. apakah tindakan Rosliza unuk memulihkan hubungan dengan rakan-rakan karibnya? A. Pada pendapat kamu. Bersemuka dengan mereka B. Guru kelas Rosliza D. Persekitaran sekolah yang tidak memuaskan 3. Siapakah Harun dalam petikan tersebut? A. Apakah sikap yang ada pada diri Rosliza? A. Untuk menguji kesabaran Rosliza D. Menghadapai masalah peajaran C. Tersinggung dengan kata-kata Rosliza C. Guru pakar C. Memohon maaf kepada mereka C. Guru agama Rosliza 2. Pengajaran guru yang membosankan D. Apakah sebab utama yang memungkin rakan-rakan karib Rosliza menjauhkan diri? A.1. Melaporkan masalah tersebut kepada pengetua sekolah 4. Mengapakah Rosliza berasa bosan dan tidak brminat untuk belajar? A. Memberi kata dua kepada mereka D. Baik hati 5. Guru kaunseling sekolah B. Rakan-rakan karibnya menjauhkan diri daripadanya B. Pemarah D. Suka memendam rasa B.

Menasihati Rosliza agar tidak berputus asa D. Menyuruhnya bersabar C. Mereka mengetahui hubungan Rosliza dengan rakan-rakan karignya semakin renggang B. Apakah tindakan yang diambil oleh Cikgu Harun bagi membantu menyelesaikan masalah Rosliza? A. Mengapakah Rosliza berasa malu dengan rakan-rakan kelasnya? A. Berbual-bual dengan Rosliza 7. Dikatakan mnjadi punca perang dingin tersebut D. Memanggil rakan-rakan Rosliza untuk mendapatkan maklumat B. Sering bersendirian di kelasnya . Sering dicemuh oleh rakan-rakannya C.6.

Semoga MSDMY akan terus meyerlah dalam bidang sukan pada masa akan datang dan muncul sebagai pasukan yang disegani dan digeruni.Peringkat MSSDPD .L18 - . “Majulah Sukan Untuk Negara" Disediakan oleh. Jaafar Bin Latif kerana telah memberi sokongan padu kepada semua aktiviti yang dijalankan sama ada moral mahupun kewangan.Sek.L18 Johan - . Bola Keranjang .Peringkat MSSDPD Kategori .Peringkat MSSNS . Sikamat .L15 - .L15 - . Lukut 2. Pasir Panjang .L18 Keputusan Johan . Sepak Takraw .P18 - . saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutamanya Tuan Pengetua En.P18 - .L15 - .P18 - 4. 15 Jun 1998 .Sek.L18 - 5. Men. Bola Jaring .P15 . Bola Baling 3.L18 Johan Naib Johan .P18 Johan .Peringkat MSSDPD .Sek.Peringkat MSSNS Selaku Setiausaha Sukan SMKDMY Linggi.P15 . Men. Negeri Sembilan Berikut adalah keputusan pertandingan yang telah disertai oleh Sekolah Menengah Datuk Muhamad Yusuf sepanjang tahun 1998. Bil.L15 .P15 . 1. Men.L15 - .Laporan Olahraga dan Sukan Permainan Sekolah Datuk Muhamad Yusuf. Permainan Bola Baling Peringkat/Tempat . 71150 Linggi.P18 - .Peringkat MSSDPD . Bola Keranjang .P15 Naib Johan 6.P15 .

Apakah faktor-faktor yang menyebabkan sekolah tersebut memenangi banyak pertandingan? A. Sistem pengurusan sukan yang cekap D. Urusan surat menyurat dan menyediakan laporan B. Jaafar Sidek Latif B. Bola keranjang dan sepak takraw D. Sabar Mohamad C. Mempunyai pemain-pemain yang berbakat C. Apakah jenis permainan yang disertai oleh pasukan sekolah ini di perinngkat negeri? A. Mencatat keputusan pertandingan 3. Bola jarring dan bola keranjang . Program latihan yang tersusun 4. Mengurus penghantaran para peserta menyertai pertandingan D. Penganjur pertandingan 2.(Sabar Bin Hj. Mendapat sokongan moral dan kewangan yang padu dari sekolah B. En. Apakah tugas yang dilakukan oleh Setiausaha Sukan? A. Bola baling dan sepak takraw C. Bola baling dan bola keranjang B. Mengikuti perkembangan sukan sekolah C. Mohamad) Setiausaha Sukan 1998 1. En. Setiausaha Sukan 1998 D. Siapakah yang menyediakan laporan olahraga dan sukan permainan Sekolah Datuk Muhammad Yusuf? A.

Kekurangan latihan 7. Menyediakan peruntukan kewangan yang mencukupi C Menyertai lebih banyak pertandingan di peingkat negeri D.5. Sepak takaw dan bola jarring C. disegani dan digeruni pasukan lawan? A. Tidak mendapat sokongan kewangan dan moral C. Pada pendapat kamu. Bola baling dan bola keranjang D. Mengadakan latihan yang berterusan serta mempelajari teknik-teknik permainan yang baik B. Sistem pengurusan yang lemah D. Namakan permainan yang dimenangi oleh pasukan sekolah ini di peringkat daerah? A. Bola keranjang dan sepak takraw . Bola baling dan bola jaring B. Kerjasama di antara guru dan pelajar yang terlibat dalam pertandingan 6. apakah yang menyebabkan pasukan lelaki bawah 15 tahun kurang menyerlah? A. Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh pasukan sekolah agar terus menyerlah. Tidak mempunyai pemain yang berbakat B.

Menjadi punca persengketaan D. Supaya orang lain menghormati kita C. Menjadi umpat dan kejian orang 3. Gurindan C. Supaya dapat melakukan tindakan yang bijak dan berfikir secara waras B. Mengelakkan kita daripada berasa panik atau gamam D. Menyinggung perasaan orang lain B. Menunjukkan kelemahan dan kekurangan diri kita C. Apakah jenis puisi tersebut? A. Pada pendapat anda. Puisi seloka B. Mengapakah kita dilarang daripada mengata atau mencela orang lain? A. Syair D. mengapakah kita perlu tenang dn sabar ketika menerima sebarang berita? A. Bidalan 2. Dituntut oleh ajaran agama .Apabila banyak berkata-kata Tentu kata banyak yang dusta Kurang fikir kurang siasat Kelak dirimu juga yang sesat Apabila banyak mencela orang Itulah tanda dirinya kurang Apabila mendengar akan khabar Hendaklah diterima dengan sabar Apabila berkata yang lemah lembut Maka mudahlah orang yang mengikut Apabila berkata banyak yang kasar Mudahlah orang berasa gusar Apabila anak tidak dididik Apabila besar kita diherdik Jangan suka memungkiri janji Kelak hidup akan dibenci 1.

4. Risau D. Perkara-perkara berikut bukan merupakan nilai-nilai murni yang terdapat di dalam petika tersebut kecuali. Mengapakah anak-anak perlu diberi didikan yang sempurna? A. A. Bertutur dengan kasar D. Dapat bertindak dengan waras dan bijak C. Mudah untuk mencari pengikut atau pengaruh 6. Ditakuti kita akan ditimpa masalah D. Mudah berasa gusar 7. Ragu / tidak yakin C. Hidup kita akan dibenci orang C. Menjadi manusia yang berguna untuk bangsa dan tanah air B. Panik B. Gelisah 5. Kata ‘gusar’ dalam petikan tersebut membawa maksud A. Menghormati orang lain C. Apakah implikasinya jika kita melakukan sesuatu tindakan tanpa usul periksa dan terburu-buru? A. Suka memungkiri janji B. Mencela dan mencaci orang . Agar menghormati orang yang lebih tua D. Mudah mendapat penyakit jantung B.

Kami yakin dengan pimpinan beliau. Tuan-tuan sekalian. Encik Radzuan Khalid Guru Penolong Kanan II. Guru Penolong Kanan I.T kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita sama-sama berkumpul dalam majlis jamuan Hari Guru pada hari ini. kami mengucapkan kata keramat “Jasamu dikenang”. Tuan-tuan sekalian. kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf. Tidak ketinggalan kepada guru-guru khususnya AJK guru yang bertungkus lumus untuk menjayakan majlis ini. ke lurah sama dituruni”. .W. Dalam bait kata penuh simbolik. Semoga kehadiran beliau memberi ‘sinar baru’ kepada warga SMKDMY seluruhnya. “Ke bukit sama didaki. Sekian terima kasih. Tidak terlalu lewat bagi kami untuk mengucapkan Selamat Datang kepada Tuan Pengetua Tuan Haji Shaari bin Awaluddin yang memulakan perkhidmatannya mulai 1 Mei 1999 tempoh hari. kerana kita percaya bahawa “muafakat membawa berkat”. Encik Subramaniam. Di atas segala kekurangan. Dalam kesempatan ini juga. berat sama digalas”. Encik Md Diah Kassim.Yang Berusaha Tuan Pengetua SMKDMY. kita dapat menggembleng tenaga untuk memajukan anak bangsa kita di sini. Tuan Haji Shari Awaluddin. Alhamdulillah kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S. Rasa diterima kasih yang tidak terhingga kepada PIBG sekolah ini yang sudi menaja jamuan kita pada hari ini. Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum. “Orang berbudi kita berbahasa. Tuan-tuan sekalian. Terima kasih sekalung budi kepada Tuan Pengetua atas kerjasama dan komitmen yang telah diberikan. orang meberi kita merasa”. saya mewakili guru-guru ingin mengucapkan ‘’Selamat Bersara” kepada Puan Goh sempena persaraan beliau. “Ringan sama dijinjing. guru-guru serta kakitangan Srkolah Datuk Muhamad Yusuf yang dikasihi.

14 Mei B. Cahaya yang bersinar-sinar B. Guru yang akan bersara D. Siapakah yang menyampaikan ucapan tersebut? A. Memberi peluang kepada guru-guru untuk menunjukkan bakat mereka B. apakah tujuan kita meraikan Hari Guru? A. Frasa kata ‘memberi sinaran baru’ membawa maksud A. Pada pendapat kamu. Pengerusi PIBG 2. Mengeratkan tali persahabatan di samping mewujudkan kerjasama antara guru dan pelajar D. 21 Mei 3. Kerjasama antara guru-guru dan semua pihak B. Mengharapkan bantuan dan sumbangan C. Arahan pihak atasan 4. Mengenang jasa dan menghargai pengorbanan kaum guru C. 20 Mei D. Apakah konotasi daripada frasa kata ‘muafakat membawa berkata’? A. Membawa perubahan yang dapat memberikan manfaat D.1. Mengalukan kerjasama yang lebih padu daripada guru-guru dan para pelajar C. Perbincangan akan menghasilkan sesuatu yang baik dan sempurna . Bilakah Hari Guru diraikan di negara ini? A. 16 Mei C. Kedatangannya dinanti-nantikan 5. Pengerusi Kelab Guru B. Pengerusi majlis C.

Kelab Guru SMKDMY C. Pihak pentadbir sekolah . Mengeratkan tali persahabatan serta mempukuk semangat bekerjasama B. Siapakah penganjur Majlis Jamuan Hari Guru tersebut? A. Guruguru SMKDMY D. Membuktikkan kepada masyarakat bahawa guru mampu memikul sebarang tugas 7. Dapat menikmati hidangan yang lazat-lazat C.D. Apakah manfaat yang diperoleh hasil daripada Majlis Jamuan Hari Guru yang diadakan? A. Menunjukkan kreativiti dan kerajinan seseorang guru D. Tolong-menolong dan saling bekerjasama merupakan kunci kejayaan 6. Ahli Jawatankuasa Kelab Guru B.

WAWANCARA Pemberita : Apa khabar Tuan Haji Rakab? Saya ingin mengucapkan terima kasih di atas Kesudian Tuan Haji untuk ditemuramah pada pagi ini. Selain itu. Perak. Saya mendapat pendidikan awal di SMK Sungai Besar tingkatan enam. Untuk landskap di kawasan ini saya terpaksa membuatnya sendiri. Ketika itu seorang tauke berbangsa Cina yang merupakan kenalan rapat saya ketika di kampung dulu ingin menjual tanahnya kerana berhijrah ke Taiwan. Port Dickson kepunyaannya ditawarkan dengan harga hanya RM 275 000. Saya merupakan anak sulung daripada 8 orang adik beradik. Tanah pinggir pantai seluas setengah ekar di Bagan Pinang. Saya hanya membeli pokok-pokok bunga . Bolehkah Tuan Haji Memberikan sedikit biodata dan latarbelakang syarikat Tuan Haji? Haji Rakab sehingga Malaysia : Khabar baik. Saya memulakan kerjaya saya dengan menjadi guru di beberapa buah sekolah di sekitar Selangor. Untuk memperlengkap kemudahan di Idaman Country Resort ini. Pemberita : Bagaimanakah Tuan Haji boleh menceburkan diri dalam bidang perniagaan? Haji Rakab : Sebenarnya saya sendiri tidak menyangka yang saya akan menjadi seorang usahawan. Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan. Saya berasal daripada keluarga petani. Pemberita : Bagaimana Tuan Haji memulakan projek tersebut? Haji Rakab : Saya terpaksa meminjam wang sebanyak RM 230 000 daripada syarikat kewangan untuk membeli tanah tersebut. Kemudian melanjutkan pelajaran di Universiti Putra dalam bidang pendidikan. saya membelanjakan RM 12 000 untuk menyediakan bekalan air dan elektrik. Ketika saya memulakan perniagaan saya hanya mampu membina 10 buah chalet kayu yang sederhana besar dengan kos sebanyak RM 35 000. Segala-galanya bermula pada tahun 1997. Beliau meyakinkan saya bahawa kawasan tersebut berpotensi untuk dimajukan. saya keluarkan wang sagu hati saya sebanyak RM 100 000.

saya memperoleh pendapatan kasar kira-kira RM 6500. Pengurus agensi pelancongan D. Saya kira sambutan daripada orang ramai memang menggalakkan. Seterusnya perniagaan saya semakin sukses dan akhirnya saya berjaya mendirikan sebuah bangunan asrama 4 tingkat di tapak yang sama dengan sokongan dan bantuan institusi kewangan yang sama. Pemberita : Apakah rancangan Tuan Haji seterusnya? Haji Rakab : Jika diizinkan Allah. Haji Rakab : Terima kasih. Pemberita : Bagaimanakah sambutan orang ramai ketika itu? Haji Rakab : Syukur alhamdulillah. tambahan pula ketika itu cuti persekolahan akhir tahun. Pesara kerajaan B. Berjaya mengendalikan perniagaan dalam sektor pelancongan yang dianggap sungguh mencabar . Siapakah Tuan Haji Rakab dalam petikan tersebut? A. saya ingin menyediakan sebuah padang permainan kanak-kanak dan sebuah kolam renang untuk memperlengkap kemudahan di Idaman Resort ini. Guru 2. bilik rehat. dewan seminar untuk memberi kemudahan kepada pengunjung khususnya peserta-peserta kursus. Terus terang saya katakan ketika itu pendapatan saya hanya bergantung kepada chalet yang saya usahakan sahaja. Pemberita : Saya mengucapkan syabas dan tahniah di atas kejayaan Tuan Haji Rakab kerana berjaya mengendalikan perniagaan yang agak mencabar ini. 5. Berkat doa dan sokongan adik-adik serta rakan-rakan pada bulan pertama chalet saya beroperasi. Setiap hari saya menanam dan menyiram pokok-pokok bunga tersebut. Asrama tersebut dilengkapi dengan dewan makan. Semoga Idaman Country Resort akan terus sukses. Usahawan pusat peranginan C.daripada pembekal tempatan. Mengapakah Haji Rakab wajar diberi pujian? A.

Pada pendapat kamu. Berkongsi modal dengan adik-beradiknya 6. Siapakah yang menjadi pendorong kejayaan Tuan Haji Rakab? A. Membina sebuah taman bunga yang lengkap dengan padang permainan kanakkanak D. mengpakah perniagaan yang dijalankan oleh Tuan Haji Rakab ini dianggap mencabar? A. Dari manakah beliau memperoleh modal untuk memulakan perniagaan tersebut? A. Taman rekreasi . Adik-beradik serta rakan-rakan beliau B. Menjual sebahagian daripada tanah yang dibelinya itu B. Membina padang permainan kanak-kanak dan sebuah kolam renang C. Syarikat kewangan D. Mempunyai rancangan untuk memperbesar perniagaannya 3. Mempunyai hubungan yang baik dengan pekerja D. Mengeluarkan wang simpanannya C. Para pekerja dan kakitangan Idaman Perdana Resort 5. Beliau mendapatkan pinjaman daripada syarikat kewangan D. Modal perniagaan yang terhad C. Padang permainan B. Idaman Country Resort dianggap lengkap dengan pelbagai kemudahan yang disediakan. Berjaya mengurus kewangan syarikat dengan baik C. Menghadapi saingan sengit daripada pengusaha-pengusaha hotel dan resortresort terkemuka B. Kos pengurusan yang semakin meningkat D. Apakah yang perlu dilakukan oleh Tuan Haji Rakab bagi memperlengkap resort tersebut? A. Seorang tauke berbangsa Cina C.B. Kurang mendapat sambutan khususnya daripada pelancong-pelancong tempatan 4.

Apakah pengajaran yang kamu peroleh daripada wawancara tersebut? A. Untuk berjaya. Bidang perniagaan memberikan pulangan yang lumayan D. Kita perlu mempunyai pekerja-pekerja yang gigih serta rajin untuk berjaya dalam perniagaan .7. Kita perlu mempunyai modal yang besar untuk memulakan sesuatu perniagaan C. kita perlu gigih berusaha dan bersedia menghadapi cabaran dan rintangan B.

Peningkatan jumlah penduduk yang tidak seimbang dengan pengekuaran bahan makanan negara yang perlu diberi perhatian yang lebih serius. Kerajaan perlu mencari pendekatan baru bagi mengurus sektor pertanian. PENDAPAT 2 Jabatan Pertanian perlu bersikap proaktif membantu membangunkan industri pertanina negara. Projek Hijauan Bumi yang dilancarkan baru-baru ini juga bertujuan untuk meningkatkan hasil keluaran dan keperluan sayur negara. dengan keluasan tanah dan iklim yang sesuai. Penggunaan jentera-jentera moden serta sistem pertanian berkelompok adalah rawatan mujarab bagi mengatasi masalah ini. Tanahtanah terbiah di negara ini boleh dibangunkan dengan projem tanaman sayur-sauran dan kolam-kolam ternakan ikan secara komersil. Tanaman secara hidroponik diperkenalkan khusus bagi mereka yang tidak mempunyai tanah yang luas untuk bercucuk tanam.PENDAPAT 1 Sektor pertanian negara tidak boleh dipandang sepi dan dipinggirkan. Pengimportan bahan-bahan tersebut meebarkan deficit dalam imbangan pembayaran. . Jumlah import makanan negara berjumlah kira-kira 10 billion setahun. Malahan sektor ini perlu dibangunkan semaksimum mungkin walaupun pada waktu yang sama negera memberi penekanan kepada perkembangan pembangunan industri. Tanah-tanah sawah terbiar. agar hasil keluaran pertanian negara dapat dipertingkatkan. Adalah sukar untuk dipercayai. Pembukaan tanah sawah yang baru khususnya di Sarawak baru-baru ini sekurang-kurangnya mampu meningkatkan jumlah keluaran beras negara. Ini dianggap suatu jumlah yang besar bagi sebuah negara pertanian seperti Malaysia. walhal kerajaan telah membelanjakan berjuta-juta ringgit dengan memberi bantuan dan khidmat khususnya kepada mereka yang melibatkan diri di dalam program seperti ini. boleh dimajukan semula untuk mengurangkan kadar import beras negara. daging dan ikan. sayur-sayuran. Pejabat daerah pula disarankan agar bersedia membantu para pengusaha swasta yang berminat untuk memajukan sektor pertanian dengan menyediakan tanah-tanah yang tidak dimajukan selain mengenalpasti kawsan tanah-tanah terbiar di daerah mereka untuk dimajukan. Sayangnya program-program seperti ini hanya berjalan seolah-olah program bermusim. negara masih mengimport beras.

Cara paling berkesan C. Program ini dianggap program bermusim C. Mengapakah program ‘Hijaukan Bumii’ yang dilaksanakan oleh kerajaan baru-baru ini dianggap tidak berjaya? A. Teknik berkesan B. Taktik berkesan D. Untuk mempertingkatkan hasil keluaran pertanian negara C. Kempen Hijaukan Bumi 2.1. Jalan paling berkesan . Apakah topik utama yang diperkatakan dalam Pendapat 1 dan Pendapat 2? A. Membangunkan sektor pertanian negara B. Mempelbagai kegiatan ekonomi negara 3. Tidak mendapat reaksi positif serta tindakan yang berkesinambungan daripada rakyat B. Rakyat tidak berminat melibatkan diri dalam bidang pertanian D. Pada pendapat kamu. Frasa ‘rawatan mujarab’ dalam petikan tersebut membawa maksud A. mengapakah sektor pertanian perlu dibangunkan dengan lebih menyeluruh? A. Punca kegagalan sekor pertanian negara D. Program tersebut tidak mendatangkan keuntungan kepada rakyat 4. Kekurangan bahan makanan negara C. Memenuhi keperluan negara B. Memberi peluang pekerjaan kepada rakyat D.

Menyebabkan pengaliran keluar wang negara C. Apakah faktor utama yang menyebabkan sektor pertanian negara tidak dapat dimajukan berbanding sektor-sektor lain? A. agensi-agensi kerajaan dan sektor-sektor swasta perlu bersikap proaktif bagi membangunkan industri pertanian negara C. Rakyat perlu menyahut seruan kerajaan .5. Perlu mengurangkan import bahan makanan B. Import makanan mendatangkan kerugian kepada negara D. Sektor-sektor lain lebih menguntungkan D. Rakyat. Rakyat kurang beminat menceburkan diri dalam bidang pertanian B. Tidak mendapat galakan daripada kerajaan 6. Kekurangan tanah C. Harga barangan yang ditawarkan lebih mahal D. apakah kesimpulan yang dapat kamu peroleh daripada pendapat 1 dan pendapat 2 tersebut? A. Secara keseluruhan. Mengapakah pengimportan makanan dalam jumlah yng besar dikatakan mendatangkan kerugian kepada negara? A. Menjejaskan industri makanan tempatan B. Brangan yang dijual kurang berkualiti 7.

Apakah yang cuba digambarkan oleh penulis pada rangkap pertama sajak tersebut? A. Kehidupan warga kota yang penuh dengan tipu daya B. Kehidupan masyarakat kota yang hanya mementingkan diri sendiri . Kehidupan kota yang menganyikkan B. Frasa ‘enau di dalam hutan melepaskan pucuk masing-masing’ membawa maksud A.Sajak Berada di hutan satu kemegahan warga Menuntut kehidupan penuh pura-pura Bersama habuk dan debu materialistik di dalam dada amat kurang bunga kejujuran Bak kata keramat “Enau di dalam hutan melepaskan pucuk masing-masing” Langkah kehidupan semakin panjang bahang kota makin terasa panas perit menusuk mata menyusup ke hati pilu sesetengah manusia menghayutkan noda dan rona peristiwa sarat dengan sikap parasit penghuni huta ini. Berasa megah menjadi warga kota D. Kehidupan di kota yang penuh dengan cabaran dan dugaan 2. Di kota penuh dengan habuk dan debu C. Aku terkadang sesat dalam lingkaran Belitan persoalan ‘Inikah kehidupan?’ Nidu Smas 99 1.

Jujur dan bertimbang rasa C. Hidup dalam suasana harmoni 5. Pada pendapat kamu. Menyediakan diri dengan ilmu pengetahuan D. Bersikap hati-hati dan berwaspada dengan kehidupan yang bakal ditempuh 7. Mengapakah penulis menulis sajak tersebut? A.C. Pernyataan tentang masyarakat kota berikut adalah tidak benar. Manusia di kota C. Aapakah perasaan penulis sebagaimana yang digambarkan dalam baris akhir sajak tersebut? A. Saling bantu-membantu dan tolong-menolong B. apakah tema sajak di atas? A. kecuali A. Mengkaji telatah dan gelagat manusia kota D. Kesal dengan cara hidup masyarakat kota yang penuh kepura-puraan . Untuk memaparkan kehidupan hipokrit masyarakat kota 6. Hidup tidak selalunya indah B. Saling bersaing untuk menikmati kehidupan yang sempurna 3. Kehidupan yang mementingkan kebendaan D. Mengisi masa lapang B. Hidup manusia kota D. Berusaha sendiri untuk menjalani kehidupan di kota D. Debu-debu kota raya 4. Kesukaran hidup di kota B. Apakah pengajaran yang diperoleh daripada sajak tersebut? A. Penulis merupakan seorang penyajak terkenal C. Wang adalah segala-galanya C.

kerajaan telah mempelbagai dan mempertingkatkan usaha dengan mengadakan kempen-kempen. perdagangan dan perkhidmatan yang dimonopoli oleh syarikat-syarikat swasta. syarikat-syarikat swasta Malaysia juga diharapkan dapat mempelbagaikan kegiatan perdagangan khususnya di luar negara agar dapat mempertingkatkan kemahiran dan kepakaran agar syarikat-syarikat Malaysia lebih maju serta disegani di mata dunia. Menghargai jasa dan pengorbanan masyarakat kota C. cekap dan professional bagi menghadapai cabaran dan persaingan dalam pasaran domestic dan luar negara. benua Afrika. Sektor swasta perlu tampil ke hadapan bagu berkongsi pengalaman dan modal dari luar negara agar dapat mempertingkatkan produktiviti dan mutu barangan yang dikeluarkan. dinamik.B. Apakah peranan sektor swasta dalam membangunkan negara? A. Semua keudahan yang disediakan oleh kerajaan melalui agensi-agensi tertentu telah merancakkan aktiviti perniagaan. 1. Selain itu. Asia dan negara-negara membangun seperti Mali dan Maldives. Menyediakan peluang pekerjaan . berbudaya saing. Oleh itu. Sektor swasta juga perlu memahami dan menyambut baik dasar-dasar kerajaan selaras dengan kepentingan negara di samping berusaha untuk memaksimumkan keuntungan. Kereta nasional Proton Saga misalnya. syarikat-syarikat swasta perlu bersikap proaktif. Berasa kesal menjadi warga kota RENCANA Tidak ada sesiapa yang menafikan bahawa sektor swasta berperanan dan bertindak sebagai penggerak dan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negara. telah melebarkan sayap dengan menembusi pasaran eropah seperti United Kingdom dan Turki. tidak menghairankan jika suatu ketika dahulu kita dikenali sebagai sebuah negara pertanian dan menjadi pengeluar utama getah dunia. Menghadapi persoalan inikah kehidupan D. Untuk itu. tetapi kini kita dikenali kerana menjadi pengeluar beberaoa barangan elektrik utama dunia khususnya penghawa dingin. Malah mutu barangan yang dikeluarkan adalah setanding dengan mutu barangan yang dikeluarkan di Jepun. Namun begitu. seminar. ekspo dan rombongan dagang ke luar negara bagi mebantu sektor swasta mempromosikan pasaran khususnya negara-negara membangun.

Bahan mentah mudah diperoleh B. Kos pengeluaran yang lebih murah . Pada pendapat anda. Membantu menyediakan perkhidmatan sosial D. berbudaya saing serta cekap dan professional B. Bersikap proaktif. Promosi dan strategi pemasaran yang berkesan C. Memberi latihan kepada para pekerja D. Keberkesanan kempen ‘Belilah Barangan Malaysia’ B. Pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negara C. Berkongsi pengalaman dan modal dengan rakan-rakan niaga khususnya dari luar C. Mengapakah permintaan terhadap barangan elektrik keluaran negara semakin meningkat? A. Mengkaji pelan pemasaran negara-negara maju C. bagaimanakah caranya sektor swasta dapat mempertingkat mutu dan produktiviti? A. Mengadakan kerjasama dengan pelabur-pelabur asing D. Mempromosikan barang-barang keluaran di peringkat antarabangsa 2. Menggunakan bahan-bahan bermutu yang diimport dari luar 4. Meneroka pasaran antarabangsa 3. Mendapat sokongan dan bantuan kerajaan 5. Kemudahan infrastruktur yang lengkap serta galakan daripada kerajaan C. dinamik.B. mengapakah para pelabur asing berminat untuk melabur di Malaysia? A. Bagaimanakah sektor swasta menghadapi cabaran dan persaingan dalam pasaran domestik dan antarabangsa? A. Barangan yang dikeluarkan bermutu tinggi dengan harga yang lebih kompetitif D. Mengambil pekerja-pekerja berkelulusan tinggi B. Pada pendapat kamu. Tenaga buruh yang ramai D.

Mempertingkat kemahiran dan kepakaran C. Amerika dan eropah B. Mempelbagaikan perniagaan B.6. Mengapakah syarikat-syarikat Malaysia disaran melabur di luar negara? A. Kereta nasional berjaya menembusi pasaran Asia. Mewujudkan pasaran antarabangsa D. Berjaya mengeluarkan pelbagai model kereta dengan citarasa tempatan . Afrika. Selaras dengan dasar kerajaan 7. Amerika Latin. Berjaya menguasai pasaran kereta penumpang tempatan D. Berjaya memenangi pelbagai anugerah C. Apakah kejayaan terbesar yang dicapai oleh PROTON sejak beroperasi 14 tahun lalu? A.

Aspek penting yang membezakan perniagaan ini dengan pengurusan berbentuk pengurusan swast ialah menyerap hamper semua kakitagan sesebuah agensi kerajaan ini ke dalam syarikat yang dibentuk. Tujuan utama dasar penswastaan ini adalah untuk mengurangkan bebanan dan perbelanjaan serta pentadbiran kerajaan. Tenaga Nasional Berhad dan Keretapi Tanah Melayu Berhad. Kerajaan telah menetapkan bahawa penswastaan yang akan dilaksanakan secara menyeluruh. Selain itu. Kaedah ini biasanya bagi penswastaan sesebuah syarikat yang mempunyai aset yang besar dan . Perwaja Steel Mill. Penswastaan ini melibatkan pemindahan hak penggunaan aset tertentu dengan bayaran pajakan. dasar penswastaan juga bertujuan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan sistem pengurusan sesebuah agensi. Contoh bagi pengurusan ini ialah seperti Syarikat Telekom Malaysia. pengurusan bercorak perniagaan swasta. Metro Vision dan TV3. Penswastaan secara menyeluruh bermaksud keseluruhan agensi dipindahmilikkan secara mutlak kepada syarikat. kontrak pengurusan dan secara pajakan. Penswastaan berbentuk pengurusan bercorak perniagaan swasta lebih mirip kepada perniagaan di atas. Dato’ Seri Mahathir Mohamad pada 19 Mac 1983. Syarikat swasta seperti NTV7.RENCANA Dasar penswastaan negara telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia. Penswastaan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) yang menyerahkan sebahagian aktivitinya kepada Klang Contena Terminal (KCT). Kerajaan juga memperkenalkan penswastaan melalui pajakan. sebahagian pengurusan swasta. Kerajaan telah memperkenalkan beberapa sistem atau bentuk-bentuk penswastaan. Penswastaan secara sebahagian pula bermaksud hanya sebahagian sahaja hak milik kerajaan atau agensi dipindahmilik atau dijual. tetapi pengurusan diuruskan sepenuhnya oleh pihak swasta maka penswastaan yang sebegini dinamakan pengurusan berbentuk pengurusan swasta. Jika kerajaan masih lagi memegang hak milik modal.

Mempelbagai corak pengurusan 2. jalan raya dan sebagainya untuk kemudahan rakyat. dasar penswastaan negara dapat membantu mempercepat pertumbuhan ekonomi negara. Bertukar-tukar dokumen . Bagi penswastaan berbentuk kontrak pengurusan pula ialah kerajaan menggunakan khidmat dan kepakaran sektor swasta melalui pembayaran geran pengurusan. Menggunakan khidmat dan kepakaran sektor swasta 3. Memajakkan agensi-agensi tertentu kepada syarikat swasta C. Sebahagian aset sesebuah agensi akan dipindahmilik B. Kesimpulannya.bernilai tinggi dan bersifat strategic seperti pelabuhan dan lapangan terbang. Untuk mendapatkan sumber kewangan secara mudah B. Keseluruhan agensi dipindahmilik secara mutlak kepada syarikat-syarikat swasta D. Untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan pengurusan sesebuah agensi C. Kaedah ini meliputi pemindahan tanggungjawab pengurusan dan juga melibatkan aset. Perjanjian bertulis D. Apakah yang dimaksudkan dengan penswastaan secara menyeluruh? A. Menukar nama syarikat C. Frasa kata ‘dipindahmilik’ bermaksud A. mewujudkan sistem pengurusan yang cekap serta mengurangkan kos pengurusan dan penyelenggaraan pihak kerajaan. Untuk mengurangkan perbelanjaan negara D. Namun begitu. Dalam hal ini kerajaan telah menswastakan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan Syarikat Pebadanan Perkapalan Antarabangsa (MISC). Mengapakah kerajaan memperkenalkan Dasar Penswastaan Negara? A. Oleh itu. pemaju masih berpeluang membeli aset-aset syarikat di akhir tempoh pajakan. Diambil alih B. 1. kerajaan berpeluang untuk memberi tumpuan kepada kemudahan infrastruktur seperti pembinaan sekolah.

apakah kesannya jika semua agensi kerajaan diswastakan? A. Pada pendapat kamu. Kerajaan dapat menyediakan kemudahan infrastruktur yang lebih banyak untuk kemudahan rakyat C. Dasar penswastaan dapat mengurangkan perbelanjaan kerajaan B. Agensi ini menggunakan khidmat dan kepakaran sektor swasta melalui pembayaran geran pengurusan. Menyeluruh C. Bentuk penswastaan tersebut ialah A. Penswastaan menyeluruh B. Rakyat terpaksa menanggung beban kesan daripada caj yang dikenakan oleh agensi-agensi tersebut D. Kaedah ini meliputi pemindahan tanggungjawab dan juga aset agensi tersebut. Pajakan 7. Agensi-agensi yang diswastakan dapat memberikan perkhidmatan yang sistematik dan cekap D. kecuali A. Dasar Penswastaan Negara diperkenal kira-kira 16 tahun lalu 5.4. Sebahagian D. Kontrak B. Caj-caj yang dikenakan terhadap pengguna lebih tinggi berbanding caj-caj yang dikenakan oleh agensi kerajaan 6. Apakah bentuk dasar penswastaan terhadap Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan Syarikat Perbadanan Perkapalan Antarabangsa (MISC)? A. Syarikat-syarikat swasta akan mendapat durian runtuh B. Penswastaan berbentuk kontrak . Semua kenyataan berikut adalah benar. Dasar penswastaan hanya menguntungkan syarikat-syarikat swasta sahaja C.

Penswastaan sebahagian D.C. Perniagaan swasta .