You are on page 1of 14

NURAIN RABANIA BINTI HASBI

960621-12-5032

PENDIDIKAN KHAS 1

1.0 PENGENALAN.
Pengetahuan tentang pengurusan bilik darjah adalah penting kepada kepada
guru-guru. Pengurusan bilik darjah komponen penting dalam

latihan perguruan

kerana pelajar tidak boleh belajar tanpa ketertiban dalam bilik darjah. Pembelajaran
serta potensi pelajar dapat ditingkatkan apabila guru-guru memahami serta
mengaplikasikan strategi pengajaran yang berdasarkan kepada teori perkembangan
pelajar serta mengetahui dasar-dasar bagi pembelajaran yang berkesan.
Pengurusan bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama,
dan campur tangan ahli untuk mencapai objektif-objektif organisasi atau kumpulan,
gerak kerja termasuk proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan
mengawal. Bilik darjah merupakan tempat berlakunya proses pengajaran dan
pembelajaran dan tempat yang terpenting di sekolah. Bilik darjah juga merupakan
medan perjuangan utama kerjaya seorang guru.
Pengurusan bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang seiring
dengan falsafah pendidikan negara iaitu pembinaan jasmani, emosi, rohani dan
intelek. Pengurusan bilik darjah memerlukan pelbagai pengetahuan, kemahiran,
prosedur, teknik dan strategi. Guru seharusnya memiliki gaya kepimpinan, kemahiran
merancang,

kecekapan

mengurus,

kepelbagaian

dalam

pengajaran

dan

pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran
kaunseling dan mampu mengendalikan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK).

2.0 PENGURUSAN GRAFIK.

NURAIN RABANIA BINTI HASBI 960621-12-5032 Model modifikasi tingkah laku B. PENDIDIKAN KHAS 1 .F.Skinner.

Dalam model ini menggunakan dendaan ke atas tingkah laku pelajar yang salah atau tidak diingini serta dalam model ini juga menggunakan peneguhan secara berkala. Canter menekankan tentang hak guru dan pelajar dalam pengurusan bilik darjah. pelajar leka membaca komik di belakang. Guru beri peneguhan yang sesuai untuk tingkah laku yang diingini. sebagai tindakan atau peneguhan guru itu akan merampas komik tersebut dengan harapan supaya pelajar kembali menumpukan perhatian kepada pengajaran guru. Terdapat dua jenis peneguhan iaitu peneguhan positif dan negatif. guru tidak asertif ialah guru yang menggunakan pendekatan pasif. Oleh itu penguatkuasaan peraturan bilik darjah perlu untuk memastikan aktiviti bilik darjah berjalan lancar. Guru yang agresif ialah guru yang lebih bersifat autokratik. menunjukkan kuasa dan tidak bertolak ansur. Model ini menggunakan prinsip peneguhan yang menggunakan elemenelemen luaran untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini. ketika guru sedang mengajar. . guru asertif mengambil berat dan berlaku adil kepada semua pelajar. Oleh itu. Terdapat beberapa jenis guru dalam model disiplin asertif canter iaitu guru yang agresif.NURAIN RABANIA BINTI HASBI 960621-12-5032 PENDIDIKAN KHAS 1 Model ini diasaskan oleh Burrhus Frederic Skinner pada tahun 1904 sehingga 1990. Hak pelajar ialah untuk belajar dalam persekitaran bilik darjah yang kondusif dan hak guru adalah untuk mengajar tanpa gangguan. Pada masa yang sama. Pengurusan bilik darjah perlu dilakukan secara asertif iaitu secara berkeyakinan dan tegas. Manakala peneguhan negatif ialah sebagai contoh. Manakala guru asertif ialah jelas dengan matlamat pengurusan. Model Disiplin Asertif Canter Model ini diasaskan oleh Lee and Marlene Canter pada tahun 1976. guru tidak asertif dan guru asertif. Model akibat logikal Dreikurs. melakukan kerja rumah dengan baik dan menyiapkan tugasan rumah dengan baik akan diberikan ganjaran. yakin dan tegas dalam menetapkan peraturan. Berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan pelajar terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Selain itu. Pengeguhan positif ialah pelajar yang menunjukkan tingkah laku yang baik seperti tidak membuat bising. todak konsisten dan mengelirukan.

Guru juga hendaklah mengenal pasti kelemahan pelajar dan percaya kebolehan pelajar serta menunjukkan rasa bangga dengan pencapaian pelajar. Kebolehan guru melakukan dua tindakan pada satu masa digelar pertindanan. Manakala kelancaran dan pelaksanaan aktiviti perlu untuk pengurusan bilik darjah yang baik. tegas dan serius. Model ini diasaskan oleh Jacob Kounin pada tahun 1971. Model Terapi Realiti oleh William Glasser. Seterusnya. Pelajar dan guru bersama-sama memikul tanggungjawab dalam pengurusan disiplin bilik darjah agar amalan demokrasi perlu diaplikasikan. Guru juga perlu mengawasi persekitaran bilik darjah pada setiap masa. Guru harus elakkan penerangan yang meleret. kesan gelombang akan lebih efektif sekiranya guru membuat tindakan dengan jelas. momentum pengajaran yang baik akan membantu pelajar untuk bersedia melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (p&p). Model ini diasaskan oleh William Glasser. Fragmentasi berlaku apabila guru memecahkan unit-unit kecil sedangkan pelajaran itu dapat dijalankan secara menyeluruh. Antaranya. Selain itu. Terdapat beberapa cara yang berkesan untuk guru menangani salah laku pelajar. kesan gelombang (ripple effect) ialah kesan daripada teguran atau tidakan guru terhadap seseorang pelajar yang melakukan salah laku. Pelajar perlu dilatih untuk mendapatkan kawalan kendiri terhadap pengurusan disiplin bilik darjah. sentiasa berkomunikasi perkara yang positif. Pilihan yang dibuat oleh individu adalah berdasarkan keperluan-keperluan asas . Dreikurs menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada pelajar-pelajar untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah. Kounin menekankan kepada pengawasan dan penyeliaan yang teliti guru dalam pengurusan bilik darjah. Guru perlu mempunyai withitness iaitu berupaya mengawal dan menyelia lebih daripada satu aktiviti bilik darjah dalam satu masa.NURAIN RABANIA BINTI HASBI 960621-12-5032 PENDIDIKAN KHAS 1 Model ini diasaskan oleh Rudolf Dreikurs pada tahun 1897 hingga 1972. melakukan peralihan antara aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan cekap dan membuat penutup dengan menyimpulkan pengajaran pada hari itu dengan berkesan. iaitu mengulang perkaraperkara yang tidak perlu dan melakukan fragmentasi. Momentum merujuk kepada keadaan di mana guru memulakan pengajaran dengan lancar. Guru hendaklah sentiasa memberi galakkan bagi peningkatan pelajar dan semangat bekerjasama. Asas utama kepada model ini ialah setiap tingkah laku yang ditunjukkan oleh individu berasaskan pilihan yang dibuat. Model pengurusan kelompok Kounin.

iaitu abnormal behavior dalam bahasa Inggeris. Antara keperluan asas ialah kasih sayang. masalah tingkah laku di dalam bilik darjah berlaku akibat daripada pelajar-pelajar bosan atau tidak puas hati dengan jangkaan guru di dalam bilik darjah. Terapi realiti membantu pelajar mengenal realiti kehidupan dalam memenuhi keperluan mereka mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Menurut Glasser. guru juga dapat kemukakan pelan perancangan untuk membantu pelajar mengurus tingkah laku dan bertindak sebagai pembimbing pelajar. kebebasan dan keseronokan. Melalui terapi realiti. guru dapat membantu pelajar kenal pasti akibat tingkah laku yang ditunjukkan. 3. membuat refleksi tentang apa yang sedang dilakukan dan membuat perancangan tentang kehendak sebenar mereka pada masa akan datang.0 PENULISAN AKADEMIK. mempunyai kuasa dan kawalan. keadaan persekitaran yang menyebabkan pelajar gagal memenuhi keperluan asas mereka di sekolah. 3. Ini boleh . Guru juga dapat memastikan akibat realiti atau dipilih oleh pelajar.NURAIN RABANIA BINTI HASBI 960621-12-5032 PENDIDIKAN KHAS 1 mereka. Selain itu. Model terapi realiti yang merupakan satu teknik kauseling untuk membantu individu meneroka kemahuan diri. Masalah tingkah laku atau tingkah laku bermasalah merupakan tingkah laku yang tidak normal.1 PENGENALAN.

tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah tingkah laku pelajar yang boleh menjejaskan kelicinan ataupun keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Malah. Di bawah konteks pendidikan. terus serius apabila ada sebuah sekolah menengah di Felda di negeri itu mencatatkan hanya 50 peratus pelajar sahaja yang ke kelas terutamanya pada hari Ahad dan Khamis. dilakukan dan dialami oleh kebanyakan orang dalam masyarakat.2 ISU YANG TELAH DIPILIH. beliau diminta mengulas dalam artikel ini mengenai masalah ponteng yang didedahkan oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Konsepnya bertentangan dengan tingkah laku normal yang lazimnya dirasai. Kementerian Pelajaran telah mengarahkan Jabatan Pelajaran Negeri menyiapkan laporan yang konstruktif. Mohd. Berdasarkan kajian dan pemerhatian. tiada aktiviti yang menyeronokkan serta berfaedah yang boleh diisi terutamanya selepas musim peperiksaan turut mendorong ke arah perbuatan terbabit. 3.'' katanya kepada Utusan Malaysia hari ini. Selain itu.Dalam artikel ini juga Timbalan Menteri Pelajaran. Nazar Mohamad (1990) mentakrifkan tingkah laku bermasalah seseorang individu sebagai tingkah laku yang mengganggu perjalanan kehidupannya. khasnya di dalam bilik darjah. saya telah memilih artikel “Guru Tak Pandai Mengajar” keluaran utusan online. dalam artikel ini juga ada menjelaskan bahawa subjek yang diajar tiada kaitan dengan keperluan mereka dan tidak minat belajar juga sering dikaitkan berlakunya gejala ponteng. Datuk Mahadzir Md. termasuk sekolah. segelintir guru yang tidak kreatif dalam pengajaran sehingga menyebabkan sesi pengajaran membosankan. Oleh itu. Dalam artikel ini menjelaskan bahawa Guru yang dikatakan `tidak pandai mengajar' menjadi antara punca masalah ponteng semakin berleluasa di kalangan pelajar. Mohamed Che Hamid. tingkah laku bermasalah yang timbul adalah kerana kekurangan keupayaan individu dalam proses adaptasi atau pun akomodasi apabila menghadapi perubahan situasi dalam alam persekitaran. akan mendorong pelajar ponteng kelas. menurutnya. punca berlakunya masalah ponteng di sekolah-sekolah . Akibatnya. Khir berkata. Dalam ulasan beliau mengatakan bahawa bagi isu di Terengganu ini. Dalam penulisan akademik ini. akan mengganggu emosi dan aktiviti kehidupan individu yang terlibat dan seterusnya mengganggu pula keharmonian alam persekitaran semasa proses interaksi berlaku.NURAIN RABANIA BINTI HASBI 960621-12-5032 PENDIDIKAN KHAS 1 ditakrifkan terkeluar dari nilai dan norma sosial masyarakat.

sains. Alasan ini juga yang menyebabkan berlakunya kes ponteng yang banyak di kalangan pelajar yang lemah jika dibandingkan dengan pelajar yang cerdas. Keadaan ini mungkin berpunca daripada isi kandungan sukatan pelajaran yang banyak memberikan tumpuan kepada mata pelajaran yang memerlukan pelajar menghafal seperti mata pelajaran sejarah. geografi dan sebagainya. Pelajar seperti ini biasanya mudah berputus asa. ponteng kelas iaitu ke sekolah tetapi pada masa pengajaran subjek-subjek tertentu dan ponteng akibat bangun lewat atau tidak menyiapkan kerja rumah. matematik. Dalam artikel ini juga ada mengatakan bahawa isu ponteng kini berada pada tahap yang kritikal dan dianggap sebagai langkah pertama remaja memasuki dunia penuh masalah. pelajar kurang berminat terhadap kelas kerana mereka mungkin tidak mampu untuk mengikuti pelajaran dengan sempurna kerana ketinggalan akibat kelemahan diri mereka sendiri. masa mereka bersama dengan anak semakin berkurang sehingga anak-anak tidak dapat menyampaikan perasaan mereka kepada ibu bapa. anak tersebut akan cuba menggunakan cara lain iaitu cara negatif seperti ponteng kelas kerana mereka berjaya mendapat perhatian daripada ibu bapa mereka. Laporan lengkap ini penting untuk mengenal pasti kategori ponteng yang berlaku di sekolah tersebut termasuklah ponteng sekolah iaitu keluar rumah dengan memakai pakaian seragam tetapi tidak ke sekolah. Punca seterusnya ialah pelajar kurangnya kasih sayang serta pemantauan daripada ibu bapa. kasih sayang daripada ibu bapanya dan ibu bapa telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu bapa. Antara punca isu ponteng ini berlaku adalah pelajar kurang berminat terhadap pengajaran dan pembelajaran di sekolah. . ibu bapa kini sentiasa bekerja di luar dari awal pagi sampai tengah malam. Di samping itu. Oleh itu mereka kerap ponteng kerana telah hilang minat untuk belajar akibat tidak dapat memberikan saingan kepada rakanrakan pelajar yang lebih cerdas.NURAIN RABANIA BINTI HASBI 960621-12-5032 PENDIDIKAN KHAS 1 secepat mungkin. Pelajar ponteng kelas adalah kerana mereka telah hilang pemerhatian. Pelajar ponteng kelas adalah kerana kurang atau tidak berminat terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.3 PUNCA-PUNCA ISU YANG TELAH DIPILIH. Mereka kebanyakannya datang ke kelas dan sekolah semata-mata kerana menurut kehendak ibu bapa. Dengan membuktikan keadaan tersebut. Lama-lama kemudian. 3.

Mereka memberi tanggapan bahawa aktiviti ponteng kelas dapat menenangkan fikiran dan ini menjadi alasan untuk mereka tidak masuk kelas. Oleh itu bolehlah dikatakan bahawa ibu bapa yang tidak mengambil berat akan amaran pihak sekolah turut menyumbang ke arah masalah ini. terdapat juga pelajar yang ponteng merokok dan ada juga mengambil dadah. isu ponteng ini juga adalah disebabkan pengaruh rakan sebaya. Bagi mereka. mereka akan pilih cara ponteng kelas supaya mereka tidak dapat didenda oleh cikgu. Pelajar ponteng kelas berkemungkinan adalah kerana mereka lebih mementingkan keseronokan daripada pelajaran. Hal ini jelas kerana terdapat di kalangan pelajar yang ponteng dengan tujuan untuk melepak atau berkumpul di suatu tempat yang berada di sekitar sekolah terutamanya di dalam tandas dan di belakang sekolah. Mereka akan menurut segala ajakan dan pelawaan rakan-rakan mereka tanpa berfikir panjang. Rakan-rakan yang bercadang untuk ponteng kelas akan memberikan pelbagai alasan yang munasabah seperti pelajaran di dalam kelas sangat membosankan dan sebagainya. . Akhir sekali. Malahan. Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan urusan harian mereka tidak dapat hadir untuk berbincang dengan pihak sekolah. Keadaan ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa ibu bapa atau penjaga pelajar yang berkenaan langsung tidak mengambil berat akan hal-ehwal anak-anak mereka. Saya juga telah menganalisis bahawa kebanyakan pelajar yang sering ponteng ini kerana mereka ingin mencari keseronokan. peraturan sekolah yang terlalu ketat juga adalah salah satu punca isu ponteng ini berlaku. Pengaruh rakan sebaya juga turut memainkan peranan yang kuat dalam mempengaruhi pelajar lain untuk ponteng kelas. Berdasarkan analisis yang telah saya kaji. belajar di dalam kelas adalah sesuatu yang membosankan kerana tidak ada unsur-unsur hiburan. Surat yang ditujukan kepada waris atau ibu bapa itu kadang-kadang tidak mendapat respon yang diharap-harapkan. Keadaan ini juga memberikan rangsangan kepada pelajar yang berkenaan untuk terus ponteng sehingga akhirnya terpaksa diberhentikan persekolahannya. Terdapat juga para pelajar ponteng kelas kerana takut dimarahi ataupun didenda oleh guru contohnya semasa mereka tidak sempat menyiapkan kerja sekolah mereka yang diberikan oleh guru.NURAIN RABANIA BINTI HASBI 960621-12-5032 PENDIDIKAN KHAS 1 Biasanya pihak sekolah akan mengeluarkan surat amaran bagi pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan ponteng terlalu kerap iaitu tiga hari berturut-turut. Ajakan daripada rakan sebaya mereka untuk ponteng kelas akan mempengaruhi minda pelajar-pelajar yang tidak berfikir secara rasional.

. Pendekatan dan strategi serta aktiviti perlu dipelbagaikan dan diperbaharui mengikut untuk menjana perkembangan kognitif pelajar. untuk membasmi gejala ponteng kelas secara keseluruhan adalah agak sukar untuk dicapai.4 PERANAN GURU DALAM MENGATASI ISU YANG TELAH DIPILIH. Selain itu. Pada masa yang sama pelbagai aktiviti menarik melalui aktiviti kokurikulum seperti perkehemahan. Proses p&p yang menarik bukan sahaja akan membuatkan pelajar berminat ke sekolah tetapi akan memudahkan lagi pemahaman mereka terhadap pelajaran. Secara umumnya. Program rakan Muda dan Program Latihan Khidmat Negara adalah wajib disertai supaya pelajar dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah disamping memperolehi banyak ilmu pengetahuan. Guru dan pihak sekolah antara individu yang bertanggungjawab dan memainkan peranan penting dalam menangani masalah ponteng kelas. Ini bermakna guru perlu menjadi ‘role model’ yang baik kepada pelajar. dinamik dan memberangsangkan untuk proses pengajaran dan pembelajaran. antara salah satu alasan yang diberikan oleh pelajar yang ponteng kelas ialah kelas yang membosankan dan pelajar kurang berminat dengan pengajaran dan pembelajaran disekolah menyebabkan mereka lebih suka ponteng. Ini kerana ianya melibatkan komitmen pelbagai pihak dan tindakan secara menyeluruh dan bersepadu di setiap peringkat bagi memastikan penularan gejala ponteng kelas terutama guru sekolah. guru perlu menjadi mempunyai personaliti yang baik dan bersikap profesional serta adil terhadap pelajarnya.NURAIN RABANIA BINTI HASBI 960621-12-5032 PENDIDIKAN KHAS 1 3. Hubungan interpersonal degan pelajar perlu diwujudkan. Pihak sekolah juga perlulah mewujudkan suasana persekolahan dan pembejaran yang kondusif. perbanyakkan pengunaan bahan bantu mengajar yang kreati dan menarik dan mempergiatkan aktiviti berpusatkan pelajar sesuai dengan gaya pembelajaran kontruktivisme melalui strategi berpusatkan pelajar bagi melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif dalam mencipta sesuatu yang baru dan bijak dalam membuat menyelesaikan pemasalahan yang dihadapi. Malah pelbagi kempen perlu giat diadakan sama melalui media massa ataupun kempen di sekolah yang bersifat memberi kesedaran kepada pelajar akan kesan negatif gejala ponteng kelas. Hal ini kerana. Guru seharusnya mengambil alasan ini sebagai cabaran supaya mereka berusaha melakukan sesuatu agar proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) berjalan dengan baik dan menarik. Malah.

badan disiplin harus bergerak dalam bentuk yang terancang dan sistematik bagi membendung masalah yang akan timbul. pegawai pendidikan bahagian.5 INTERVENSI YANG SESUAI BAGI ISU YANG TELAH DIPILIH. Sikap ambil berat guru ini. Oleh itu.NURAIN RABANIA BINTI HASBI 960621-12-5032 PENDIDIKAN KHAS 1 Selain itu. mungkin dapat mengesan dengan lebih awal pelajar yang bermasalah. 3. janganlah tunggu dilantik sebagai guru disiplin atau guru kaunseling barulah hendak mengambil berat tentang latar belakang dan masalah pelajar. Janganlah ditunggu arahan ketua bidang. guru juga perlu peka akan tingkahlaku dan pergerakan pelajar dengan meluangkan sedikit masa. pengarah. berdasarkan isu yang telah saya pilih iaitu isu ponteng dan punca-punca isu ponteng yang telah saya analisis. Tindakan yang bersesuaian dan tegas perlu diambil agar pelajar yang bermasalah ini tidak terus hanyut dan dibiarkan sendirian. Malah tanamkan suasana ‘”Sekolah syurgaku” untuk mewujudkan rasa kepunyaan dan keselamatan di sekolah. untuk mengambil tahu tentang masalah pelajar. pengetua. Semua warga sekolah perlu sama-sama mewujudkan suasana yang positif kepada perkembangan jati diri para pelajar yang meningkat remaja dan dewasa. lakukan sahaja apa yang baik untuk pelajar. biar dalam keadaan yang sibuk dengan apa jenis kerjapun. Isu ponteng ini semakin luas sama ada pelajar sekolah rendah mahupun sekolah menengah. pendekatan bimbingan dan kaunseling perlu diaplikasikan relevan dengan sikap remaja yang sensitif dan suka memberontak. guru akademik biasa. Justeru. Relevennya kerana pencapaian seseorang pelajar dalam sesuatu bidang ini baik di bidang akademik atau bidang bukan akademik bergantung kepada tahap disipilin pelajar itu sendiri. Oleh itu. Bagi merealisasikan keberkesanan tindakan dari semua pihak di sekolah. Di samping itu. memerhatikan perwatakan dan tingkahlaku pelajar-pelajar di bawah kawalannya. . intervensi yang sesuai digunakan untuk mengatasi isu ponteng ini adalah bimbingan dan kaunseling. Adalah wajar sekiranya badan disiplin bergerak selari dan seiring dengan badan-badan lain yang wujud di sekolah. semua guru di sekolah tidak kira guru kanan. seperti kata pepatah “membendung dan mencegah adalah lebih baik daripada mengubatinya” . Pelajar yang berjaya dalam bidang kehidupan sering dikaitkan dengan mereka yang berdisiplin. guru disiplin bertanggungjawab terhadap masalah disiplin pelajar. Pembentukan disiplin di sekolah dilihat sama pentingnya dengan penyebaran ilmu pengetahuan. Malah. Kesedaran dan komitmen semua pihak akan membanteras gejala ponteng kelas secara berkesan.

perhatian yang diberikan akan memberikan gambaran kepada pelajar bahawa guru minat dan bersungguh-sungguh untuk menolongnya. Dengan melihat kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh guru akan memberi keyakinan kepada pelajar bahawa guru tersebut benar-benar ingin membantunya. Semasa mendengar maklumat atau masalah yang telah disampaikan oleh pelajar. Selain itu. kemahiran mendengar dengan aktif dan kemahiran berempati. Dalam bimbingan dan kaunseling terdapat beberapa kemahiran membimbing. Guru hendaklah mempunyai kebolehan untuk mendengar bagi mendapatkan maklumat dan memahami perkara yang cuba disampaikan oleh pelajar. mereka akan berasa takut dan mereka akan terus berhenti mencerita perkara yang sebenar. Hal ini demikian kerana. Kemahiran ini amat sesuai digunakan kepada pelajar yang sering ponteng kelas. kekuatan dan kelemahan diri supaya pelajar dapat membuat keputusan-keputusan yang berkesan tentang pilihan-pilihan dalam hidupnya. apabila guru terus memarahi atau menengking pelajar tersebut. guru hendaklah tidak menengking atau terus memarahi pelajar tersebut dan guru seharusnya mendengar cerita yang disampaikan oleh pelajar tersebut sehingga cerita habis. Dengan adanya perasaan selamat dalam diri pelajar tersebut. Kaunseling merupakan satu proses di mana guru kaunselor membantu pelajar memahami dirinya yang sebenar. Hal ini demikian kerana. Guru harusnya tenang mendengar cerita tersebut dan menunjukkan kesungguhan mendengar cerita yang pelajar tersebut sampaikan. dalam bimbingan dan kaunseling ini juga guru boleh menggunakan kemahiran mendengar dengan aktif. . guru dapat mendekatkan diri kepada pelajar bermasalah tersebut dan guru boleh mengetahui masalah yang dihadapi pelajar tersebut sehingga sering ponteng kelas. pelajar akan bersedia untuk berkongsi masalah dan bercerita tentang dirinya. Tindakan guru dengan memberikan perhatian sepenuhnya dengan pelajar bermasalah tersebut akan membuatkan pelajar berasa selamat. Antaranya ialah kemahiran memberikan perhatian. Maka. diterima dan dihormati.NURAIN RABANIA BINTI HASBI 960621-12-5032 PENDIDIKAN KHAS 1 Bimbingan merupakan suatu proses yang dirancang dan digunakan oleh guru untuk membantu pelajar-pelajarnya mengetahui dan menyedari tentang kebolehan kelemahan diri serta membantu pelajar membuat penyesuaian dengan persekitaran. maklumat yang disampaikan oleh pelajar tersebut tidak habis kerana berasa takut. Dengan menggunakan kemahiran memberikan perhatian ini. pelajar amat suka jika guru memberi perhatian dengan mereka kerana mereka rasa disayangi dan mereka dengan sendirinya akan menceritakan kepada guru tersebut tentang masalah yang telah dialami. Melalui perhatian juga.

isu ponteng ini sudah menjadi kebiasaan kepada pelajar terutama pelajar yang sering mengalami masalah.blogspot.html . guru dapat membantu menyelesaikan masalah tersebut sehingga mereka dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran di sekolah seperti biasa. Unit Disiplin Bahagian Sekolah (tidak diterbitkan di ambil daripada : http://pusaka02.6 KESIMPULAN. mereka juga akan lebih terbuka semasa berkomunikasi. Untuk mengatasi masalah ini. dengan kepercayaan dan mesra pelajar terhadap guru akan membantu guru untuk mengetahui masalah yang dialami oleh pelajar tersebut dan guru dapat mengetahui segala masalah yang tersurat dan tersirat yang dialami oleh pelajar tersebut serta dengan mengetahui masalah yang dialami oleh pelajar tersebut sehingga menyebabkan mereka sering ponteng kelas. Selain itu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka (1990) Buku Rekod Salah Laku Masalah Disiplin. Isu ponteng ini sebenarnya bukan sahaja daripada pelajar tetapi daripada persekitaran mereka dan masalah-masalah yang mereka alami. Oleh itu. guru perlulah memainkan peranan yang amat penting.com/2008/06/intervensidalam-menangani-masalah_09. Ahmad Hj. untuk mengelakkan masalah ini daripada berlaku semakin meluas. 4. 3. Disiplin Sekolah. Dengan cara ponteng kelas ini bagi mereka dapat membantu mereka lari daripada masalah.NURAIN RABANIA BINTI HASBI 960621-12-5032 PENDIDIKAN KHAS 1 Akhir sekali ialah kemahiran berempati. Kesimpulannya. mesra dan berminat untuk berhubung dengan guru yang empati. Hal ini demikian kerana. Empati ialah keupayaan memasuki dunia pelajar bagi mengalami dunia pelajar tersebut seolah-olah situasi tersebut dialami sendiri oleh guru. Salleh (1980). ibubapa mereka menghantar anak mereka ke sekolah dan ini menjadi tanggungjawab guru untuk menjaga pelajar apabila berada di sekolah. Dengan perasaan empati yang telah ditunjukkan oleh guru. intervensi bimbingan dan kauseling sesuai digunakan oleh guru untuk menguruskan tingkah laku pelajar. Maka.0 RUJUKAN. pelajar akan lebih mempercayai.

1 2..... Kuala Lumpur : DBP Amira Syamimi Azman..............2 3...... Ogos 2016......... Cara Untuk Mengatasi Gejala Ponteng kelas............0 PENGURUSAN GRAFIK...................... Harian SDN BHD diterbitkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka.. Pembentukan Diri Anak Muda dalam Dewan Budaya. Utusan Publications & Distributors SDN BHD Suara Buruk (2015)....... Ogos 2016.... KL.... Jilid 23 Bilangan 2 keluaran Februari 2001.... ISI KANDUNGAN 1..................0 PENULISAN AKADEMIK................... Sabtu.........NURAIN RABANIA BINTI HASBI 960621-12-5032 PENDIDIKAN KHAS 1 Utusan Online (2004)... Sabtu............... Mohd Ismail Othman (2005).......................... Hussein Mahmood (1993)........ Guru Tak Pandai Mengajar...........6 ........ Menangani Disiplin di Sekolah........ Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah...........0 PENGENALAN.

..............................................NURAIN RABANIA BINTI HASBI 960621-12-5032 PENDIDIKAN KHAS 1 3..............6 KESIMPULAN.................0 RUJUKAN....12 4.............................................7 3.......5 INTERVENSI YANG SESUAI BAGI ISU YANG TELAH DIPILIH............................................6 3......................11 3...............6 3............3 PUNCA-PUNCA ISU YANG TELAH DIPILIH...........................................................2 ISU YANG TELAH DIPILIH.................1 PENGENALAN...................13 .........4 PERANAN GURU DALAM MENGATASI ISU YANG TELAH DIPILIH........9 3............