You are on page 1of 4

Cadangan Aktiviti panitia TMK tahun enam lepas UPSR SK BENUT

2016

1. #KUCINTASKBENUT (VIDEO MONTAJ) - 29/9/2016 (Khamis)
Aktiviti
Penilaian
(muzik)
Syarat

: Membuat video montaj kenangan manis di SK Benut.
: Video montaj yang menarik gabungan Imej (gambar) dan Audio
:

1. Terbuka kepada semua murid tahun enam terdiri daripada 3-4 orang
murid dalam satu kumpulan. Upload ke page facebook 'Alumni SK Benut
Johor'.
2. Hanya satu video untuk setiap penyertaan.
3. Video durasi tidak lebih 150 saat (2 minit 30 saat).
4. Gambar dan audio yang bersesuaian. Gambar murid, gambar guru besar,
gambar guru, gambar sekolah atau yang bersesuaian.
5. Format video mesti ada :-Tajuk video, video+muzik, Nama ahli kumpulan,
Ucapan ringkas.
6. boleh guna apa sahaja perisian mencipta video. contoh movie maker
atau perisian android.
7. format video yang boleh dimainkan pada paparan facebook.
8. Sila nyatakan Nama peserta, tajuk video, hashtag(#) dan kata-kata yang
sesuai semasa upload ke page facebook "Alumni SK Benut Johor"
9. Tempoh penilaian 20 September - 31 oktober 2016.

2. #SELFIEMELFIESKBENUT (GAMBAR SELFIE) - 13/10/2016 (Khamis)
Aktiviti
: Sekeping gambar selfie atau wefie aktiviti di SK Benut dan upload
ke page facebook 'Alumni SK Benut Johor.'
Penilaian
Syarat

: Gambar yang dapat like paling banyak adalah pemenang.
:

1. Terbuka kepada semua murid tahun enam secara individu or
berkumpulan.
2. Sila like page facebook Alumni SK Benut Johor
3. Seorang murid boleh hantar maksimum 3 keping gambar ke page Alumni
SK Benut, Johor melalui akaun fb masing-masing. Sekeping untuk sekali
upload.
4. Pemenang adalah yang mendapat like paling banyak.

5. Markah bonus jika berselfie dengan guru besar or guru-guru.
6. Sila nyatakan Nama peserta, tajuk video, hashtag(#) dan kata-kata yang
sesuai semasa upload ke page facebook "Alumni SK Benut Johor".
7. Tempoh penilaian 20 September - 31 oktober 2016.
3. VIDEO KENANGAN MANIS DI SK BENUT (VIDEO LIVE) - 20/10/2016
(Khamis)
Aktiviti
: Membuat rakaman video tanpa edit , secara solo , natural dan
spontan menceritakan pengalaman dan keseronokan belajar di SK Benut.
Upload ke page facebook 'Alumni SK Benut Johor'
Penilaian
Syarat

: Idea , gaya bahasa, kespontanan dan happening.
:

1. Penyertaan individu.
2. Murid dikehendaki menceritakan apa sahaja kenangan manis di SK Benut
di hadapan rakaman kamera.
3. Durasi video tidak lebih 120 saat (dua minit).
4. Berlatarbelakangkan logo SK Benut atau apa-apa pemandangan yang
menunjukkan berada di kawasan SK Benut.
5. Panduan rakaman video
i. Sebutkan nama penuh, kelas dan tempoh masa mula belajar di SK
Benut hingga terkini ( 20 saat).
ii.
Jawab soalan... Kenapa saya suka SK Benut? (15 saat)
iii.
Jawab soalan... Matapelajaran yang selalu dapat markah paling
tinggi? (10 saat)
iv.
Jawab soalan... Sebutkan 3-5 nama rakan yang paling akrab di
SKB? (15 saat)
v. Jawab soalan... Sebutkan satu menu yang paling di sukai di Kantin
SKB? (10 saat)
vi.
Ceritakan satu pengalaman paling manis dan menarik sepanjang
berada di SK Benut (30 saat)
vii.
Ucapkan terima kasih kepada semua guru di SKB dan cipta satu
ayat ucapan yang teristimewa untuk semua guru di SK Benut. (20
saat)
6. Video adalah rakaman asal dan tiada editing.
7. Video yang tidak sesuai atau merapu akan di remove dari page dan
dikira terbatal penyertannya.
8. Sila nyatakan Nama peserta , tajuk video, hashtag(#) dan kata-kata
yang sesuai semasa upload ke page facebook "Alumni SK Benut Johor"
9. Tempoh penilaian 20 September - 31 oktober 2016.

4. POSTER SAYA SAYANG SK BENUT (GAMBAR MONTAJ) - 27/10/2016
(Khamis)
Aktiviti
: Membuat editing gambar, kaedah montaj dan poster
menggunakan aplikasi komputer atau android (Hand phone).
Penilaian : Gambar yang siap edit di cetak saiz A4 dan hantar ke unit ICT
untuk penilaian atau di hantar melalui whatsapp kepada hakim yang dilantik.
Gambar paling kreatif di kira pemenang. Markah Bonus jika gambar di upload
ke page facebook 'Alumni SK Benut Johor' dan paling banyak like.
Syarat

:

1. Penyertaan individu.
2. Karya adalah asli murid.
3. Gambar poster adalah gabungan tampalan (montaj) berlatarbelakangkan
SK Benut atau gambar murid atau gambar guru besar atau gambar guru
atau staf AKP. yang penting gambar di edit.
4. Boleh menggunakan apa sahaja sumber perisian editing gambar.
5. Motif penceritaan Poster adalah kegembiraan, keseronokan dan
kenangan manis di SK Benut.
6. Setiap murid boleh menghantar sekeping gambar sahaja.
7. Sila nyatakan Nama peserta, tajuk video, hashtag(#) dan kata-kata yang
sesuai semasa upload ke page facebook "Alumni SK Benut Johor"
8. Tempoh penilaian 20 September - 31 oktober 2016.

5. #SCRATCH ( 26 September - 25 Oktober 2016 )
Aktiviti
: Mencipta cerita pendek atau games atau video atau komik
atau iklan menggunakan aplikasi scratch.
Penilaian : Peserta membina satu scratch berdasarkan carta alir daripada
pseudokod dan algoritma.
Syarat

:

1. Penyertaan dua orang murid untuk satu penyertaan.
2. Penyertaan adalah wajib kepada semua murid tahun 6.
3. 20% markah akan dimasukkan ke peperiksaan akhir tahun TMK tahun
enam.
4. Hanya menggunakan aplikasi scratch.

5. Peserta boleh merujuk kepada guru matapelajaran TMK untuk bimbingan
lanjut.
6. Upload ke page "Alumni SK Benut Johor" .Sila nyatakan Nama peserta,
tajuk video, hashtag(#) dan kata-kata yang sesuai semasa upload ke
page facebook "Alumni SK Benut Johor"
7. Tempoh penilaian 20 September - 31 oktober 2016
PANDUAN UMUM :
1. Peserta dibenarkan menggunakan peralatan komputer, laptop,
chromebook, kamera atau telefon bimbit pintar (Tanggungjawab semua
alatan adalah atas tanggungjawab murid sendiri. Pihak sekolah tidak
akan bertanggungjawab atas kerosakan atau kehilangan).
2. Peserta juga boleh menghantar hasil kerja mereka melalui pendrive atau
bahan yang di print atau email (sirnorizam@gmail.com) atau kepada
hakim yang dilantik.
3. Peserta digalakkan menggunakan akaun facebook individu untuk
memuat naik gambar atau video ke page "Alumni SK Benut Johor".
4. Hasil kerja adalah mesti ciptaan peserta yang asli namun peserta boleh
meminta bantuan atau panduan teknikel daripada guru-guru, rakanrakan atau juruteknik komputer.
5. Peserta boleh membuat rujukan mengedit gambar atau video di buku
teks TMK tahun 4.
6. Peserta boleh membuat rujukan scratch di buku teks TMK tahun 6.

Disediakan oleh :

Disahkan oleh :

...................................
NORIZAM BIN RAHMAT
KETUA PANITIA TMK SK BENUT

....................................