You are on page 1of 2

Berdasarkan konteks cara kita untuk menyuburkan rasa cinta kepada negara dan tanahair

berasaskan kepada pepatah Melayu “di mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung” kita perlu
rasa cinta akan negara bagi memupuk semangat kejersama antara kaum tanpa mengira bangsa
dan agama. Hal ini dapat kita menghindarkan negara kita menghadapi konflik kaum yang boleh
menghancurkan keamanan negara.
Sehubungan dengan itu, langkah utama untuk menyuburkan rasa cinta kepada negara dan tanah
air berasaskan kepada pepatah Melayu “di mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung”
ialahRakyat yang mencintai negara akan sentiasa menghormati lagu kebangsaan. Setiap negara
mempunyai lagu kebangsaan tersendiri yang melambangkan kebanggaan dan kedaulatan
sesebuah negara itu. Malaysia terkenal dengan lagu Negaraku. Lagu ini biasanya dinyanyikan
oleh setiap warganegara Malaysia semasa majlis-majlis rasmi. Lagu kebangsaan Malaysia kaya
dengan prinsip dan doktrin yang penting untuk memupuk semangat patriotisme. Perkara ini
wajar diaplikasikan oleh setiap rakyat Malaysia untuk menjadi insan yang berbakti kepada
negara.
Selain itu, sentiasa mendukung prinsip Rukun Negara juga merupakan ciri rakyat yang mencintai
negara. Bagi membentuk sebuah negara yang berdaulat dan bersepadu selepas berlakunya
peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, Malaysia melalui kebijaksanaan dan kerjasama para
pemimpinnya telah melakarkan suatu garis panduan , iaitu Rukun Negara. Oleh itu, Rukun
Negara merupakan salah satu elemen yang vital dalam menunjukkan kasih sayang kita terhadap
negara.
Seterusnya, kriteria rakyat yang mencintai negara adalah rakyat yang menghormati pemimpin
dan pejuang negara. Setiap rakyat haruslah sedar bahawa disebabkan pemimpin dan pejuang
negara, kita dapat menikmati kemerdekaan pada alaf ini. Kita seharusnya sentiasa menghayati
sejarah negara dan menghargai pemimpin kita. Menerusi cara ini, anak-anak akan dididik dari
kecil lagi tentang sejarah negara, bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya, Hal
ini akan menyebabkan mereka menjadi insan yang taat dan berguna kepada negara.
Akhirnya, rakyat dapat menanamkan semangat cinta akan negara yang mendalam agar masa
depan negara dapat terpelihara daripada jatuh ke tangan musuh sekali gus menyebabkan maruah
negara tercemar di seantero dunia.