You are on page 1of 13

KERTAS TUGASAN INDIVIDU

NAMA

MISRAN BIN ALIMIN

NO. K/P (BARU)

600404-10-6979

NO. SOALAN

TAJUK SOALAN

FAEDAH-FAEDAH YANG BOLEH DIPEROLEH OLEH


SEORANG PEMIMPIN SEKOLAH DARIPADA
PENGGUNAAN KPI

KUMPULAN

GURU BESAR

KOD KURSUS

KKPPI142A005

Faedah-faedah yang boleh diperoleh oleh seorang pemimpin sekolah daripada


penggunaan KPI

1.0

Pendahuluan

Perancangan strategik merupakan salah satu pendekatan pengurusan untuk


mencapai kecemerlangan organisasi. Ia dilaksanakan melalui proses penetapan
halatuju, pengenalpastian isu-isu strategik serta penggubalan strategi-strategi ke
arah pencapaian objektif organisasi yang disasarkan.
Perancangan strategik juga merupakan tahap perancangan tertinggi yang
melihat halatuju organisasi pada jangka masa panjang sekurang-kurangnya 3 5
tahun kehadapan dengan menyoal dan mencari jawapan tentang apakah (WHAT)
yang akan dilakukan pada masa hadapan, bagaimana (HOW), siapa (WHO) yang
bertanggungjawab dan bila (WHEN) ianya akan tercapai.
Perancangan strategik menurut Fred R. David (1991) adalah the art and science
of formulating, implementing and evaluating cross-functional decisions that enable
an organization to achieve its objectives. Pengertian ini menjelaskan sesebuah
organisasi perlu mencapai objektif yang ditetapkan melalui sesuatu keputusan
berdasarkan strategi formula, pelaksanaan dan penilaian. Setiap strategi mempunyai
kekuatan tersendiri dalam mencapai matlamat yang dituju. John M.
Bryson (1995) pula menyatakan perancangan strategik secara ringkas adalah a
set of concept, procedures and tools designed to help leaders, managers and other
think and act strategically on behalf of their organization s stakeholders . Definisi ini
menjelaskan suatu mekanisme perlu diwujudkan bagi membantu pemimpin,

pengurus dan pihak lain untuk berfikir dan bertindak secara strategik dalam menjaga
kepentingan organisasi mereka. Perancangan yang teliti dalam menentukan misi
dan bentuk kerja perlu dilakukan bagi menjamin kejayaan matlamat organisasi.
Penjelasan lebih lanjut oleh George A. Steiner (1982) dengan menyatakan
definisi perancangan strategik merangkumi empat komponen iaitu, pertama; perlu
mengenal pasti kedudukan masa hadapan hasil daripada tindakan sekarang, kedua;
untuk mengawasi kelancaran proses melalui proses berterusan yang memiliki
objektif yang spesifik, ketiga; perancangan strategik merangkumi sikap dan budaya
hidup dengan menjadikannya sebahagian dalam pengurusan dan keempat;
perancangan strategik itu boleh membentuk suatu sistem yang formula serta
mempunyai perbezaan dengan perancangan jangka masa pertengahan dan jangka
masa pendek. Berdasarkan definisi yang diberikan, perancangan strategik
merupakan suatu ilmu pengurusan dan tindakan dalam menentukan misi, objektif
dan strategi sesebuah pentadbiran untuk mendapat kedudukan yang terbaik.
Pengurusan strategik memerlukan kepemimpinan yang cekap dan berani.
Strategi yang melibatkan jangka masa yang panjang akan memerlukan budaya
perkongsian dan bekerjasama antara semua pengurus dalam sesuatu organisasi.
Seorang ketua eksekutif dalam alam kerja yang demikian perlu mempunyai
wawasan untuk menyelaras tugas dan tanggungjawab semua pengurusnya.
Pengurusan secara ini melibatkan pengurus mengambil peranan langsung
sebagai seorang yang mampu menjangkau ke arah masa hadapan serta mampu
memain peranan sebagai seorang futuristik. Aspek yang dipentingkan oleh pihak
pengurusan adalah proses yang paling baik bagi mengeluarkan produk yang hendak
dihasilkan. Pengurusan strategik juga mengabungkan keupayaan bagi menentukan

kepentingan pelbagai pihak yang mempunyai kepentingan di dalam organisasi yang


sedang diurus. Di samping itu, pengurus sedia menerima bahawa perubahan
memang perlu dan mesti berani menghadapi perubahan tersebut. Sehubungan ini,
pihak pengurusan sentiasa bersedia, menyesuaikan keadaan serta mampu
menggunakan intuisi dalaman sanubarinya bagi menangani keadaan tidak menentu
yang muktakhir.
Kerajaan telah menyarankan budaya kerja berasaskan prestasi dengan
menggunakan
perkhidmatan

petunjuk-petunjuk
awam

bagi

tujuan

prestasi

utama

(KPI)

untuk meningkatkan

diterapkan
kualiti

dalam

penyampaian

perkhidmatan. Sejajar dengan visi, misi dan fungsi agensi, setiap organisasi perlu
mengukur

prestasi

perkhidmatan

yang

diberikan

bagi

memastikan

semua

perkhidmatan berkenaan adalah disampaikan kepada pelanggan dengan baik dan


ini secara tidak langsung dapat memberikan gambaran yang jelas mengenai prestasi
agensi secara keseluruhannya. Beberapa kaedah yang telah dilaksanakan sebelum
ini juga bertujuan untuk meningkatkan kualiti penyampaian seperti pengukuran
prestasi individu dan organisasi melalui sasaran kerja tahunan, pengukuran
kecekapan Sistem Pengurusan Kualiti melalui perlaksanaan MS ISO9000 serta
Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) dan menandaaras amalan-amalan terbaik
melalui perlaksanaan Anugerah-Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam. Bagi
organisasi pendidikan sistem pengukuran prestasi dengan menggunakan KPI harus
diamalkan sebagai satu strategi pengurusan (Story, 2002). Sistem pengukuran
prestasi menggunakan KPI di sekolah adalah penting dan perlu dilaksanakan. Ini
kerana terdapat persepsi serta nilai yang berbeza daripada pelbagai pihak terhadap
keberkesanan sekolah (Sharifah, 2000). Tuntutan terhadap sekolah dalam
kecemerlangan

akademik,

kokurikulum,

disiplin

yang

baik,

amalan-amalan

pengurusan, kepimpinan, kompetensi guru yang tinggi dan lain-lain memerlukan


sekolah menggunakan strategi serta amalan-amalan pengurusan yang berasaskan
prestasi. Ianya juga perlu bagi menambahbaik sistem serta amalan-amalan di
sekolah dan seterusnya menyumbang kepada keberkesanan sekolah.
2.0

Petunjuk Prestasi Utama atau Key Performance Inducator (KPI)


KPI adalah satu sistem pengukuran yang mudah, berkesan dan membantu

organisasi

menjelaskan

dan

mengawal

tahap

kemajuan

sesuatu

proses

perkhidmatan yang disampaikan kepada pelanggan selaras dengan misi dan visi
sesebuah organisasi (PKPA Bil. 2/2005 ).
Prinsip-prinsip KPI ialah meletakkan sasaran, boleh diukur dengan angka,
diukur dalam keadaan normal dan selaras dengan misi dan visi organisasi. KPI
adalah ukuran spesifik dalam bidang tertentu prestasi organisasi.

Contoh KPI adalah seperti berikut :


Petunjuk Prestasi Utama (KPI)
Sasaran
Pencapaian semasa (co: Sehingga 18 Okt. 2013)
Kadar Penyelesaian Aduan Bagi Tahun 2009
90%
82.6 %

Kadar Penyelesaian Aduan Dalam Tempoh 15 Hari Bekerja


35%
27.0 %

Indeks Kepuasan Pelanggan


(Cemerlang dan baik)
85 %
8.1 %

Tujuan KPI adalah untuk memberikan pengukuran ke atas faktor-faktor utama


yang akan memberikan kejayaan jangka panjang kepada organisasi. Jika mahu
melihat KPI berfungsi dan memberi faedah kepada organisasi, ia harus diukur
secara berterusan dan mempunyai hubung kait dengan bidang yang ingin dilakukan
penambahbaikan.
KPI boleh digunakan dalam beberapa kaedah seperti Directional KPI iaitu
memberikan ukuran yang baik atau lemah dalam bidang perkhidmatan yang spesifik
dan memantau sama ada terdapat penambahbaikan. Quantifiable KPI diwakili oleh
angka dan memberikan ukuran yang tepat untuk menganalisis data. Terdapat juga
KPI yang menggunakan sifat seperti lemah, sederhana dan baik yang boleh
ditukarkan kepada skala nombor 1- 4. Secara keseluruhannya KPI menyediakan
peluang kepada organisasi untuk menyasarkan bidang-bidang yang perlu dilakukan
penambahbaikan dan seterusnya menjamin kecemerlangan organisasi.

3.0

Faedah-faedah yang diperoleh daripada KPI


Secara keseluruhannya penggunaan KPI dalam pengukuran prestasi organisasi

dapat difokuskan kepada tiga perkara utama iaitu:


i.

Menjelaskan hala tuju organisasi

Di Malaysia, perkembangan dan kemajuan dalam sistem pendidikan menjadi


tunjang utama untuk membangunkan negara. Peranan sekolah sebagai sebuah
organisasi pendidikan adalah berbeza daripada kebanyakan organisasiorganisasi yang biasa. Perkhidmatan pendidikan lebih kepada menyebarkan ilmu
pengetahuan dan cenderung menolong insan untuk mendapatkan ilmu
pengetahuan manakala perniagaan biasa lebih kepada membuat keuntungan
kepada organisasi masing-masing (Hazman Fitri, 2000).

Melalui pembinaan KPI, pemimpin sekolah dapat menyedari perkara-perkara


penting yang patut diberi perhatian dalam menjayakan misi dan visi organisasi.
Sistem pengukuran prestasi yang baik akan memberikan gambaran yang jelas

mengenai pengukuran sesuatu matlamat berdasarkan kepada perancangan


strategik.
Pemimpin sekolah dapat menjelaskan halatuju organisasi sekolah mereka
melalui visi sekolah terdapat dalam pernyataan dasar sekolah yang timbul
daripada nilai dan kepercayaan sekolah. Visi dan misi sangat penting di dalam
sesebuah sekolah, ini merupakan matlamat sekolah dan hala tuju sekolah
sesebuah sekolah. Visi dan misi mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dalam
membentuk wawasan sekolah dan merupakan pemangkin setiap warga sekolah
untuk

mencapainya.

Pemimpin

sekolah

harus

menilai

sejauhmana

keberkesanan visi dan misi sekolah terhadap aliran budaya dan perkembangan
pelajar serta guru di sekolah. Selain itu juga, pemimpin sekolah dapat menilai
kembali kemajuan guru dan berusaha untuk memperbaikinya supaya dapat
menghasilkan pencapaian akademik yang baik dalam kalangan pelajarnya.

Shahril @ Charil Marzuki (1997:74) turut mengatakan bahawa peranan guru


besar dalam kepimpinan pengajaran adalah meliputi: menyelia, membuat
cerapan dan memotivasikan guru-guru dalam pengajaran, bertindak sebagai
pakar rujuk, membimbing dan tunjuk ajar kepada guru-guru dalam pengajaran,
kurikulum, penggunaan alat bantu mengajar dan pengurusan kelas, dan
pencapaian matlamat dan misi sekolah.

Oleh itu, nilai dan visi merupakan pengaruh yang penting dalam membentuk
budaya sekolah dan tanggungjawab warga sekolah untuk mencapainya. Ini
adalah kerana nilai dan visi adalah cermin sesebuah sekolah tersebut.

ii.

Organisasi dapat memberikan tumpuan kepada bidang-bidang

utama

kepada pihak berkepentingan

Ia membantu organisasi menentukan tindakan yang perlu diambil terhadap


penghalang kepada keberkesanan sesuatu program. Dengan ini teras kepada
kecemerlangan dan keberkesanan dapat diberi tumpuan. Bagi menghasilkan
satu sistem pendidikan seimbang dan sempurna, maka penekanan kepada
kedua-dua aspek iaitu kurikulum dan kokurikulum perlu dititikberatkan. Melalui
KPI ini juga, pemimpin sekolah dapat memberi tumpuan dalam bidang akademik
dan kokurikulum seterusnya merangka satu pelan jangka panjang kepada
pelajar serta guru di sekolah dalam menjamin prestasi yang cemerlang dan
memberangsangkan seterusnya dapat menaikkan nama sekolah di peringkat
tertinggi. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, bidang akademik
dan kokurikulum ini berupaya memberi peluang kepada murid untuk membina
kekuatan jasmani, menguatkan keupayaan mental, membantu dalam kestabilan
emosi seterusnya kepada kemantapan rohani dalam menerapkan nilai-nilai
murni berlandaskan pegangan kepada agama yang dianuti. Proses pembinaan
individu ini perlu berterusan dan menyeluruh tanpa ada pemisahan antara
kurikulum dan kokurikulum (Ab.Alim, 2004; Tam YeowKwai, 2010).

Melalui KPI juga, pemimpin sekolah mempunyai kepakaran yang jelas terhadap
peranannya dalam kepimpinan pengajaran dan matlamat yang ingin dicapai dan
mengambil tanggungjawab yang lebih dalam membuat keputusan berhubung
dengan pengajaran. Malah, pemimpin sekolah dapat memilih dengan teliti

perkara-perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan perancangan program


pendidikan dengan bantuan guru-gurunya untuk kejayaan sekolahnya.

iii.

Menilai semula prestasi yang telah disasarkan

Tindakan pembetulan serta penambahbaikan dapat dilaksanakan berdasarkan


petunjuk-petunjuk prestasi. Pemantapan prestasi boleh dilaksanakan dengan
membandingkan pencapaian masa lalu dengan prestasi

semasa serta

menyasarkan prestasi pada masa akan datang.

Pemimpin sekolah perlu mempunyai pelbagai kemahiran

berkesan iaitu

kepimpinan pengajaran yang berkesan, pengurusan kurikulum, ko-kurikulum,


sumber dan kewangan, perancangan strategik, kemahiran berkomunikasi,
memotivasi, pemantauan, penilaian, membuat keputusan, TQM dan ISO 9000.
Melalui kemahiran-kemahiran ini, pengetua akan mempunyai piawai dalam
pengurusannya dan ada fokus untuk dilaksanakan.

Peranan pemimpin sekolah mengikut Drake dan Roe (1980) adalah functionallydualistic; melihat peranan Guru Besar dari dua dimensi iaitu pentadbiranpengurusan dan pemimpin pendidikanpengajaran. Sebagai pentadbir dan
pengurus sekolah, pemimpin sekolah bertanggungjawab terhadap kelicinan
perjalanan sesebuah sekolah dan kemajuannya. Manakala sebagai pemimpin
pendidikan-pengajaran ialah memberi kepimpinan, galakan, sokongan kepada
guru dan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam masa yang sama

Guru Besar perlu berusaha memimpin sekolah untuk mewujudkan persekitaran


sosial yang sihat dan memberansangkan pengajaran dan pembelajaran.

Kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah adalah satu lagi ciri
yang perlu dimiliki oleh pemimpin sekolah yang berkesan dalam menangani
pelbagai masalah di sekolah. Sebarang masalah yang dihadapi sama ada yang
melibatkan

guru,

pelajar,

masyarakat

dan

pihak

berkuasa

pendidikan

memerlukan penyelesaian masalah yang cepat dan betul. Mengikut Lunenburg


(1995: 116), proses membuat keputusan di sekolah melibatkan enam peringkat
iaitu:
i.

Mengenal pasti masalah.

ii.

Mengenal pasti alternatif.

iii.

Menilai alternatif.

iv.

Memilih alternatif yang sesuai.

v.

Melaksanakan keputusan.

vi.

Menilai keberkesanan keputusan yang telah dibuat.

Mengikut Lunenburg (1995) lagi, pemimpin sekolah perlu melibatkan guru dan
pelajar dalam membuat keputusan bagi meningkatkan kecemerlangan sekolah,
manakala Hussein Mahmood (1993: 1124) penglibatan para guru dalam membuat
keputusan mempunyai kaitan yang signifikan dengan rasa puas hati bekerja,
tanggapan positif di kalangan guru terhadap kepimpinan pengetua dan
pencapaian akademik yang tinggi.

Pengukuran, penilaian, pemantauan dan tindakan penambahbaikan perlu


dijalankan secara berterusan oleh pemimpin sekolah dan pihak pentadbir yang
lain.Perkhidmatan yang disampaikan kepada pelanggan iaitu pelajar dan ibu bapa
perlu dikaji semula secara berkala untuk memastikan ia terus relevan dan
berkesan. Pengukuran prestasi di agensi Kerajaan seperti sekolah adalah bagi
menilai

kualiti

penyampaian

sejauhmanakah

keberkesanan

perkhidmatan
pentadbiran

kepada
pemimpin

pelanggan
sekolah

iaitu

terhadap

kecemerlangan sekolah. Perkhidmatan-perkhidmatan utama ini diukur dari segi


proses menghasil dan menyampaikannya kepada pelanggan serta tahap
kepuasan hati pelanggan terhadap perkhidmatan-perkhidmatan yang telah
dihasilkan. Pelaksanaan pengukuran prestasi memerlukan agensi mewujudkan
KPI dan menetapkan sasaran prestasi sebagai asas membuat pengukuran.

4.0 Penutup

Penggunaan petunjuk prestasi utama ( KPI ) merupakan satu amalan yang


harus diterapkan ke dalam budaya kerja yang berasaskan prestasi. KPI
adalah penting bagi memastikan tahap prestasi tercapai seperti yang telah
ditetapkan bagi memenuhi kehendak pihak-pihak berkepentingan. Melalui
penggunaan KPI tindakan penambahbaikan secara berterusan dapat
memenuhi kehendak pelanggan.

Hal demikian juga menunjukkan bahawa pengurusan strategik mempunyai


hubungan yang signifikan dengan kepuasan kerja guru. Jika sesebuah
organisasi itu mengamalkan amalan pengursan secara strategik, kepuasan

kerja akan wujud di kalangan guru dan seterusnya dapat mewujudkan


suasana

yang

positif

terhadap

hubungan

pentadbir

dan

guru-guru.

Sehubungan dengan itu peranan dan tanggungjawab pemimpin sekolah juga


telah mengalami perubahan dari semasa ke semasa dan mereka perlu
berusaha mengubahnya mengikut masa dan situasi. Jika seseorang
pemimpin

sekolah

mempunyai

ciri-ciri

berkesan

sebagaimana

yang

diterangkan di atas, kita yakin misi dan visi untuk menjadikan sesebuah
sekolah cemerlang akan tercapai. Sebaliknya jika seseorang pemimpin
sekolah mempunyai ciri-ciri yang lemah dalam kepimpinannya maka akan
mendatang kesan yang tidak baik kepada pencapaian sesebuah sebuah
sekolah.

You might also like