You are on page 1of 4

DOKUMEN PERNIAGAAN

1. Perniagaan ialah aktiviti menjual dan membeli barangan atau perkhidmatan


2. Dokumen perniagaan ialah keterangan atau cacatan bertulis yang sah tentang urus
perniagaan yang telah dijalankan
3. Kepentingan Dokumen Perniagaan
i.

Mengandungi maklumat tentang jual beli seperti tarikh, butiran barangan


atau perkhidmatan, kuantiti dan harga

ii.

Menjadi bukti bahawa perniagaan itu telah dijalankan

iii.

Mengandungi pengesahan penerimaan dan pengeluaran barangan dan


perkhidmatan

iv.

Menjadi rujukan semasa membuat akaun perniagaan

4. Kepentingan Menyimpan Dokumen


i.

Memudahkan mencari dan membuat rujukan

ii.

Lebih terjamin keselamatan dokumen

5. Cara Menyimpan Dokumen


i.

Dokumen boleh disimpan secara manual dan elektronik

ii.

Penyimpanan secara manual disimpan dalam fail dan buku rekod

iii.

Penyimpanan secara elektronik disimpan dalam disket atau cakera keras

6. Jenis-Jenis Dokumen
i.

Jenis-jenis dokumenyang digunakan terbahagi dalam 3 proses

Sebelum
Jual beli
1.

Semasa
Jual beli
Surat

6.

tanya

Selepas
Jual beli
Nota

serahan
7.

10.

Penyat
a akaun

Invo

2.

Katalog

3.

Sebut
harga

is
8.

4.

debit

Senarai
harga

Nota

9.

5.

Borang

11.

Resit

12.

Bil

Nota

Tunai

Kredit

Pesanan

ii.

Surat Tanya
Surat yang dikirimkan oleh pembeli kepada pembekal/peniaga
Surat yang bertanyakan maklumat yang lebih lanjut mengenai barangan
yang ingin dibeli
1. Perkara-perkara dalam surat tanya
a. Jenis barang dan kuantiti barang yang ingin dibeli
b. Harga barangan dan syarat pembayaran
c. Syarat serahan dan pembayaran
d. Tarikh serahan

ii.

Katalog
Bahan bercetak dalam bentuk buku atau helaian pamplet/browser
1. Perkara-perkara dalam katalog
a. Gambar barangan dalam warna
b. Nombor rujukan atau kod barangan

iii.

Sebut Harga
Surat yang dikirimkan kepada membeli yang menyatakan butiran
barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan
1. Perkara-perkara penting dalam sebut harga
a. Jenis barangan
b. Jenama barangan

c. Harga barang
d. Kadar diskaun niaga dan diskaun tunai
e. Syarat serahan dan syarat pembayaran
iv.

Senarai harga
Surat yang dikirimkan kepada pembeli yang menyatakan butiran baranga
dan harga yang ditawarkan

v.

Borang pesanan
Dokumen yang mengandungi maklumat baarang dan harga barangan yang
akan dibeli

vi.

Nota serahan
Dokumen yang mengandungi senarai barangan dan kuantiti barang yang
diserahkan

vii.

Invois
Dokumen yang menyatakan senaran barang kuantiti dan harga serta
jumlah bayaran bagi barangan yang telah diserahkan

viii.

Nota Debit
Dokumen yang dihantar oleh penjual kepada pembeli untuk membetulkan
kesilapan yang terdapat dalam invois

ix.

Nota kredit
Dokumen yang dihantar oleh penjual kepada pembeli untuk memberitahu
pembeli telah dikenakan bayaran lebih daripada yang sepatutnya

x.

Penyata akaun
Dokumen yang dikeluarkan setiap hujung bulan atau suatu tempoh
tertentu yang mennyatakan senarai urusniaga dan pembayaran yang telah
dibuat.

xi.

Resit
Dokumen yang mengandungi maklumat pembayaran dan menjadi bukti
penting bahawa pembayaran telah dibuat

xii.

Bil Tunai
Senarai barangan ,kuantiti , harga dan jumlah pembayaran yang dibuat
secara tunai

i.

Maklumat Penting Dalam Dokumen

Mengenal pasti maklumat penting

ii.

Kegunaan dokumen bagi menyediakan akaun