You are on page 1of 14

<KOD KURSUS>

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JAN 2016

HBEF1403

SENI DALAM PENDIDIKAN


SEMESTER JANUARI 2016

NO. MATRIKULASI

820220125897001

NO. KAD PENGNEALAN

820220125897

NO. TELEFON

0133383882

E-MEL

hasdeyharimin@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN

LABUAN

<KOD KURSUS>

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

a. Pengenalan

b. Pengalaman

c. Ekspresi

d. Maklumat Sokongan (Sorotan Kajian)

e. Kesimpulan

11

f. Rujukan

13

<KOD KURSUS>

1.0 KERTAS CADANGAN PROGRAM SENI LUKIS DAN SENI REKA


KERTAS CADANGAN
PROGRAM MELUKIS SEMPENA MINGGU PANITIA SENI VISUAL
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT KALAM
i)

Latarbelakang

Aktiviti melukis dikatakan sebagai suatu bentuk aktiviti yang banyak digunakan oleh
saintis, pendidik dan ibu bapa bagi menyelami perasaan dan fikiran kanak-kanak. Aktiviti
melukis merupakan aktiviti yang membantu kanak-kanak mengenali objek selain
membantu meningkatkan daya sensitiviti terhadap alam sekeliling mereka. Proses
melukis yang menjurus ke arah pengamatan terhadap objek melatih deria kanak-kanak
supaya

menjadi

lebih

peka

dan

meningkatkan

daya

persepsi

mereka.

Selain itu, aktiviti melukis juga meningkatkan daya imaginatif kanak-kanak selain
berupaya mengimbangi emosi mereka. Ianya dijadikan sebagai satu proses pembelajaran
kepada kanak-kanak melalui aktiviti imitasi alam sekeliling lalu dipermudahkan menjadi
penghasilan simbol abstrak seterusnya menjadikan ianya satu bentuk hasil karya yang
unik.
ii)

Pengenalan

Penganjuran program Seni Lukis merupakan satu wadah bagi semua semua murid-murid
Sekolah Kebangsaan BUKIT KALAM dalam meningkatkan kreativiti dan juga minat
terhadap Pendidikan Seni Visual. Ia secara tidak langsung mendorong minat murid-murid
untuk menghasilkan karya seni dengan lebih baik dan seterusnya dapat menonjolkan
bakat yang terpendam dalam kalangan murid-murid. Program ini juga bertujuan

<KOD KURSUS>

menambah ilmu pengetahuan dalam matapelajaran pendidikan seni visual dan mengajar
murid memahami teknik melukis dengan lebih baik dengan menggunakan bahan mudah
iaitu kertas lukisan, pensil dan pensil warna atau warna poster. Ia juga diharap dapat
mengeratkan silaturahim di kalangan murid-murid dan juga guru-guru Sekolah
Kebangsaan BUKIT KALAM amnya.
iii)

Objektif Pelaksanaan

1.

Menerapkan nilai-nilai disiplin dalam aktiviti melukis.

2.

Melahirkan murid kreatif dan inovatif.

3.

Mewujudkan daya dan keinginan serta minat dalam aktiviti seni lukis dan seni
reka.

4.

Sedar akan kepentingan seni dalam kehidupan seharian.

iv)

Tempoh Pelaksanaan
27 Jun 2016 hingga 2 Julai 20156 (4 minggu)

v)

Sasaran Penyertaan
Penyertaan adalah murid Tahun 1-3 Sekolah Kebangsaan Bukit Kalam.
Jumlah peserta adalah seramai 20 orang iaitu murid Tahun 3.

<KOD KURSUS>

vi)

Pelaksanaan Program

Minggu 1 :
Aktiviti ini diterapkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Murid dikehendaki mencari
dan mengumpul jenis-jenis hidupan laut yang terdapat di Malaysia yang bersesuaikan
dengan tema Alam Laut.
Minggu 2 :
Guru memaparkan gambar-gambar ikan yang terdapat di Malaysia. Murid dikehendaki
menyebut dan menyenaraikan jenis-jenis ikan tersebut dalam buku tulis.
Minggu 3 :
Guru menayangkan video lagu hidupan laut berserta dengan lirik. Murid dikehendaki
menyalin lirik lagu tersebut. Murid diperdengarkan lagu Nimo. Murid menyanyikan
lagu tersebut sambil membuat pergerakan berpandukan irama tersebut. Aktiviti ini
diterapkan dalam mata pelajaran Muzik.
Minggu 4 :
Berpandukan aktiviti yang telah dijalankan pada minggu 1 hingga 3, murid dikehendaki
melukis gambar hidupan laut mengikut kreativiti mereka. Murid yang berjaya melukis
gambar hidupan laut yang cantik dan kreatif dikira sebagai pemenang.

<KOD KURSUS>

vii)

Pengalaman

Pengalaman dalam Seni Visual, Muzik dan pergerakan akan menjana pembelajaran
kanak-kanak dalam pelbagai bidang. Bagi perkembangan kognitif, kanak-kanak
menggunakan seni untuk meluahkan fikiran dan idea mereka. Seni Dalam Pendidikan
boleh melibatkan kesedaran kinestetik yang mendalam, kepintaran menggunakan tubuh
badan dan penajaman persepsi sebagai satu pengalaman estetik. Aktiviti yang membentuk
pengalaman ini akan memberi peluang kepada kanak-kanak dan remaja untuk
menyelesaikan masalah, membuat eksperimentasi, meneroka, mengambil risiko,
mencipta secara kreatif, membuat penilaian dan bijak membuat pilihan. Muzik ialah satu
cabang seni dan aspek yang penting dan berkesan dalam perkembangan emosi, sosial,
fizikal dan kognitif kanak-kanak. Muzik, lagu dan nyanyian serta sajak dan pantun dapat
mempertingkatkan kemahiran muzikal dan juga kreativiti kanak-kanak. Setiap aktiviti
muzik, lagu dan nyanyian serta sajak dan pantun kanak-kanak memerlukan kanak-kanak
berimaginasi dan berfikir secara kreatif dalam membuat pergerakan dan menyampaikan
mengikut mud.
Kanak-kanak merupakan golongan yang kaya dengan inspirasi, aspirasi dan
imaginasi. Namun begitu, jika mereka tidak berupaya memaparkan dalam bentuk katakata atau susunan perkataan yang berkesan maka kita tidak akan memahami apa yang
ingin disampaikan oleh mereka. Lukisan merupakan media atau alat perantara
komunikasi yang gemar digunakan oleh kanak-kanak terutamanya meluahkan inspirasi,
aspirasi dan imaginasi mereka.

<KOD KURSUS>

viii)

Ekspresi

Sejak dari zaman batu hingga ke hari ini manusia adalah dikatakan sebagai pembuat imej.
Contohnya imej yang terdapat di gua Laucaux , Perancis atau gua Niah di Sarawak. Tujuan
utama menghasilkan imej ini adalah sebagai sumber komunikasi. Hal yang sama pada kanakkanak, seawal umur dua atau tiga tahun sudah membuat contengan bagi tujuan pernyataan dan
komunikasi berdasarkan gaya mereka sendiri. Representasi imej yang dijelmakan itu adalah
ekspresi visual yang tidak sama bagi setiap individu. Ekspresi visual seseorang pelukis terhadap
sesuatu objek yang dilukis misalnya merupakan manifestasi rasa dalaman yang dianggap
sebagai

pernyataan

perasaan.

the expressionist uses the term expression simply to record the obvious fact that art has
something to do with human emotions and feelings. But by articulating this in term of expression
a special and by no means obvious slant is placed on this intuitively obvious assumption which
suggests that art is the venting or exhibition of emotion. And this slant is largely determined by
ordinary

meaning

of

the

term

expression

H.Gene

Bloker

(Philosophy

of

Art:

Expression

http://www.ebookrate.com/pal.htm)

Berdasarkan teori ekspresi seperti yang diutarakan oleh Tolstoy, ekspresi datang daripada
peranan yang dimainkan oleh seni dalam masyarakat dan perkembangan sejarah manusia. Seni
muncul dalam segenap kehidupan dan mempunyai keupayaan menyatukan manusia sebagai
satu
dalam

komuniti.
seni

menurutnya

ialah

satu

bentuk

Ekspresi
komunikasi,

seumpama

bahasa.

Berdasarkan konsep ekspresi visual ini, setiap orang melukis atau mencipta imej sesuai dengan
tanggapan daripada apa yang mereka tahu dan lihat. Ini adalah tertakluk kepada persepsi dan
daya tafsir yang berbeza. Dalam erti kata lain sebarang ungkapan yang terpancar melalui imej
yang diciptakan ialah apa yang dirasai oleh pelukis itu sebagai satu ekspresi dalaman yang
mempengaruhi ekspresi visualnya. Dengan sebab itulah terdapatnya pelbagai rupa dan corak
hasil lukisan dan ini merupakan gagasan yang diekspresikan oleh seseorang pelukis.
(The

Expression

Theory.

http://www.davidcloss.com/express.html)

Bagi Collingwood pula melihat ekspresi sebagai perhubungan yang rapat antara perasaan
pelukis dan hasil kerjanya. Pelukis tidak perlu meluahkan perasaannya untuk khalayak.
Collingwood mempunyai teorinya sendiri yang dinamakannya sebagai Korupsi Kesedaran

(Corruption's

<KOD KURSUS>
Consciousness).

of

Emosi sebegini tidak jujur dan telah difahami sebagai pernyataan pelukis. Khalayak pula tidak
berhajat untuk mengalami perasaan itu. Bagi Collingwood karya seni yang sama memiliki kualiti
ekspresi yang berlainan. Contohnya kerja seni yang sama boleh berkongsi kualiti ekspresi
tentang keriangan, kemurungan dan kebimbangan juga boleh menggambarkan ketenangan.
Collingwood melihat perasaan yang sebenarnya adalah bersifat individual dan kontekstual.
Menurut Chapman (1985), ada tiga aspek yang menentukan perbezaan ekspresi iaitu daya
intuisi, persepsi dan konsepsi. Ketiga-tiga aspek ini mempunyai pengertian yang berlainan dan
ada pelbagai faktor pula yang akan membawa kepada perbezaan bentuk ekspresinya.
Konsep ekspresi visual pada sebuah lukisan umpamanya boleh membawa pelbagai pengertian
bergantung kepada si pelukis itu. Sebenarnya terdapat pelbagai pendekatan yang digunakan
oleh manusia bagi tujuan ekspresi antaranya melalui lisan, perasaan dan emosi , tulisan dan
bahasa, penciptaan dan penghasilan pergerakan. Yang paling lazim dan tradisional ialah
membuat penggambaran visual. Bagi kanak kanak melalui aktiviti seni merupakan jalan yang
paling mudah bagi mereka memperkembangkan daya kreativiti serta membuat ekspresi visual
(pernyataan hasrat diri atau ekspresi diri)

Dalam penghasilan karya yang baik, idea yang di hasilkan merupakan titik-tolak
sesuatu imej yang akan di ambil kira dalam penghasilan seni. Tanpa imej tiadalah objek
yang akan menjadi subjek utama. Sebuah karya yang di hasilkan itu, mempunyai
perbezaan antara satu sama lain, penghasilan yang objek atau corak yang baik akan
menghasilkan imej yang tinggi nilainya kerana tidak menciplak hak orang lain. Selain itu,
curahan idea hasil daripada idea semulajadi merupaka salah satu faktor yang
memyebabkan seseorang pelajar itu menggunakan ekspresi dalam dirinya untuk
menghasilkan

sebuah

karya.

Sebagai contoh, dalam penghasilan batik yang bertemakan motif flora iaitu alam
semulajadi seperti bunga. Berpandukan lukisan yang dihasilkan, kita mampu menyelami
dan menyelusuri perasaan murid-murid kita.

ix)

Sorotan Kajian
7

<KOD KURSUS>

Setelah dianalisis berdasarkan kepada contoh-contoh lukisan, jelas menunjukkan bahawa


perkembangan artistik kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan suasana
mereka dibesarkan. Dimana persekitaran yang sihat dapat membantu perkembangan
kognitif kanak-kanak dengan cara yang positif. Kanak-kanak dilahirkan dengan
mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semulajadi proses
tumbesaran mereka. Menurut Koster (2001), hasil kerja seni berfungsi sebagai alat
komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak yang akan terus berkembang
bersama kanak-kanak sehingga dia membesar.
Menurut

Viktor

Lowenfeld,

aktiviti

seni

dapat

disesuaikan

mengikut

perkembangan kreatif dan mental dan seterusnya perkembangan menyeluruh kanakkanak. Pengetahuan sedia ada boleh diaktifkan melalui cara-cara yang sesuai kepada
tahap perkembangan dan pertumbuhan yang sihat dari segi fizikal, mental, emosi, sosial,
intelek dan estetik. Dengan ini perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak akan berlaku
dengan sihatnya tanpa disedari.
Dari faktor inilah pengetahuan asas mengenai lukisan yang dihasilkan oleh kanakkanak penting bagi guru seni sebelum kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai aktiviti.
Kesemua pengetahuan yang merangkumi umur, tahap kanak-kanak serta kemampuan
mereka perlu difahami supaya guru pendidikan seni visual berupaya merancang aktiviti
yang sesuai dengan tahap kanak-kanak.

xi)

Maklumat Sokongan
8

<KOD KURSUS>

Berikut adalah contoh beberapa lukisan yang dihasilkan oleh murid dan ulasan tentang
lukisan tersebut :

1)

Biasanya murid akan mewarnani laut dengan warna biru sahaja. Tetapi pelajar ini telah
menunjukkan kekreatifan dan keberaniannya dalam bermain dengan warna. Dasar laut
dan permukaan laut diwarnakan dengan warna yang cerah dan menarik serta dihiasi
dengan hidupan laut serta rumpai dan batu karang.

<KOD KURSUS>

2)

Objek-objek seperti ikan, ketam, rumpai laut, tapak sulaiman, dan batu karang
merupakan objek-objek yang tidak dapat dipisahkan dari kotak imaginasi kanak-kanak.
Dari sini, jelaslah kehidupan kanak-kanak adalah terlalu akrab dengan objek-objek
tersebut membuat corak inspirasi, imaginasi dan kreativiti mereka juga turut cenderung
ke arah itu. Murid tersebut telah menggambarkan sebuah hidupan laut yang cantik,
persekitaran yang bersih dan nyaman serta hidupan laut yang hidup aman tanpa
pencemaran.

10

<KOD KURSUS>

x)

Kesimpulan
Secara keseluruhannya, bidang seni lukis perlu diperkenalkan agar dapat

meningkatkan kesedaran terhadap kepelbagaian budaya di Malaysia sejak di bangku


sekolah lagi. Nilai-nilai kesenian perlu diserapkan sejak kecil lagi kepada kanak-kanak
kerana secara tidak langsung akan dapat melahirkan generasi yang kreatif dan inovatif
pada masa akan datang. Seni lukis dapat meningkatkan sensitiviti terhadap dunia fizikal
juga dapat megembangkan bakat. Menerusi idea dan imiginasi kanak-kanak dapat
menghasilkan apa yang digambarkan dalam bentuk seni yang unik. Bidang seni lukis jika
diberi perhatian ia dapat memperkembangkan kebolehan kreativiti kanak-kanak kerana
proses penghasilan lukisan misalannya dapat menggabung jalinkan emosi, sosial dan nilai
estetika. Lukisan merupakan simbolik grafik awal bagi kanak-kanak terhadap benda yang
terdapat di sekeliling mereka. Jika mata pelajaran ini

diajar dengan baik, ia dapat

merangsang kepekaan deria kerana semua deria merupakan ruang bagi pembelajaran.
Kanak-kanak akan dapat meluahkan perasaan mereka tentang isu-isu persekitaran yang
memberi kesan kepada mereka. Dengan itu ia membolehkan kanak-kanak menyentuh,
merasa dan meneroka sebarang kebarangkalian melalui interaksi dan pemahaman
terhadap persekitaran. Kanak-kanak mesti diberi peluang untuk menyatakan pendapat dan
pengetahuan yang mereka temui. Suara keriangan kanak-kanak yang jelas kedengaran di
dalam bilik darjah patut digalakkan semasa pembelajaran sedang berjalan. Untuk itu,
kanak-kanak sepatutnya menyertai proses pendidikan tanpa sebarang perbezaan.

11

<KOD KURSUS>

4.0

PENUTUP
Secara kesimpulannya, Seni dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana pengajaran Seni Dalam
Pendidikan dapat memupuk minat pelajar serta menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran menyeronokkan dan tidak lagi membosankan. Oleh itu, guru harus
mengaplikasikan seni dalam pengajaran untuk memastikan penyampaian pengajaran guru
tersebut dapat merangsang kearah pembelajaran yang berkesan. Disamping dapat
menggalakkan murid bergerak aktif ketika proses pengajaran dan pembelajaran ini
berlangsung kerana tertarik dengan kaedah yang digunakan ini. Dalam aspek budaya
jelaslah, Kurikulum Pendidikan Seni yang ada sekarang dapat memberikan sumbangan
yang menggalakkan berdasarkan ciri-ciri pendidikan seni yang telah dinyatakan di atas.
Sebagai seorang pendidik, ilmu kandungan kurikulum haruslah dikuasai dan
dilaksanakan. Kesemua bidang seni kreatif iaitu seni lukis, muzik, tarian, drama dan
kraftangan perlu diintegrasikan kerana mempunyai motif dan tujuan yang sama.
Pengintegrasian ini akan memperkukuhkan dan memantapkan lagi kefahaman murid
dengan tajuk-tajuk yang diajar.

12

<KOD KURSUS>

RUJUKAN

Buku :
1. Ibrahim Hassan. (2001). Pendidikan Seni Di Malaysia: Antara Harapan Dan
Kenyataan dalam Seminar Pedagogi Pendidikan Seni Visual. Tanjong Malim,
UPSI.
2. Mazlan Mohamad. (1997). Pendidikan Seni 2: Kurikulum Pendidikan Seni. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
3. Abdul Shukor Hashim et.al. (2011). Perkembangan Seni kanak-kanak. Selangor,
Meteor Sdn Bhd.
4. Seni dalam Pendidikan ( HBEF 1403) Open University Malaysia

Internet :
1. Seni dalam Pendidikan (2009). Diperolehi pada Jun 2, 2015 daripada
http://www.scribd.com/.../Peranan-3-Komponen-Seni-Dalam-Pendidikan-DalamDalam2. Peranan Seni dalam Pendidikan (2008). Diperolehi pada Jun 10, 2015 daripada
http://www.slideshare.net/...peranan-seni-dalam-pendidikan - United States
3. http://wacanaseni.usm.my/WACANA%20SENI%20JOURNAL%20OF%20ARTS
%20DISCOURSE/JOURNAL_5%20PDF/LUKISAN%20SBG%20MEDIA
%20EKSPRESI.pdf. Diperolehi pada Jun 20, 2015.

13

You might also like