PENGHARGAAN Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru besar Sekolah Bestari Sapura iaitu Puan

Irene Chee kerana sudi membantu saya melengkapkan kerja kursus ini. Beliau berbuat demikian dengan membenarkan saya menggunakan perpustakaan sekolah setelah tamat sesi pembelajaran di sekolah. Tanpa jasa dan bimbingan beliau, sudah tentu kerja kursus ini tidak dapat disiapkan. Selain daripada itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya iaitu Encik S. Pretharean Nair dan Puan Rema Devi Nair kerana sudi menilai dan mengkritik kerja kursus saya. Mereka juga telah memberi saya nasihat yang amat berguna dan telah membantu saya menyiapkan kerja kursus ini dalam masa yang singkat tanpa menjejaskan kualitinya. Cik Sue Soh, guru Sejarah saya juga telah membantu saya dalam kerja kursus ini, khususnya pada bahagian Elemen 1. Guru ibarat lilin yang sanggup membakar diri demi kebahagiaan murid-muridnya. Tanpa nasihat dan bimbingannya, sudah tentu saya tidak dapat menyelesaikan konflik-konflik yang saya hadapi. Akhirnya, saya ingin mengucapkan terima kasih yang salam sejahtera kepada seorang guru yang telah memberi saya maklumat lanjut tentang susur-galur asal-usul perayaan Thaipusam iaitu Encik Jeevanathan a/l Subramaniam. Tanpa bimbingan beliau, kerja kursus ini tidak dapat disiapkan dengan jayanya.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful