You are on page 1of 4

ISTIMEWA

Pada 26 Mac 2016, saya beserta rakan-rakan Kelab Ko-Teater dan Drama telah
menonton persembahan teater muzikal Randai Cindua Mato arahan Lokman Ghani yang
bertempat di Istana Budaya. Teater ini dipentaskan di pentas Istana Budaya selama 3 hari
bermula dari hari Jumaat, 25 Mac 2016 hingga Ahad, 27 Mac 2016. Bagi saya, teater ini
istimewa kerana teater ini diterjemahkan daripada karya asalnya yang berasal daripada
Indonesia dan dipentaskan di Istana Budaya yang mempersembahkan keunikan masyarakat
Minangkabau yang seperti kita maklum juga terdapat di Negeri Sembilan.
Tarian 'Randai' adalah sejenis tarian gelombang tradisional masyarakat Minangkabau
dari Pagaruyung, Sumatera Barat. Namun, bagi saya ia adalah pengalaman yang sangat
istimewa apabila berpeluang untuk mengenali keunikan Randai melalui teater muzikal
Randai 'Cindua Mato' yang diadakan buat julung kalinya di pentas Istana Budaya. Sebelum
kami memasuki perkarangan pentas Istana Budaya, kami dipersembahkan dengan beberapa
jenis tarian Minangkabau yang tidak saya ketahui namanya sebelum ini yang melibatkan
penggunaan piring kaca, alat muzik dan kostum atau baju tradisional mereka yang menarik.
Namun, dapat saya lihat betapa uniknya persembahan yang mereka persembahkan.
Saya ingin menekankan bahawa teater ini merupakan pengalaman yang istimewa bagi
saya kerana ini adalah pertama kalinya saya menonton teater yang berkonsepkan
Minangkabau. Sebelum ini saya pernah menonoton teater yang bertajuk Mana Setangginya
namun kesannya pada saya tidak begitu mendalam berbanding teater muzikal randai ini.
Pengalaman yang amat sukar dilupakan apabila saya dapat melihat dengan lebih dekat sendiri
keunikan masyarakat Minangkabau dari segi pakaian, tarian dan jalan cerita yang menarik.
Kami bertolak daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) petang dan sampai
di perkarangan Istana Budaya lebih kurang pukul 6 lebih. Pementasan ini dimaklumkan akan

berlangsung pada pukul 8.30 malam maka kami bersiap-siap dahulu bagi menunaikan solat
maghrib. Setelah kami dibenarkan memasuki perkarangan pentas Istana Budaya kami
dihiburkan dengan persembahan daripada band yang terdapat di situ.
Setelah

semua

barisan

pelakon

menonjolkan

diri

masing-masing

mereka

memperkenalkan diri masing-masing berserta watak yang dipegang. Antara artis atau pelakon
yang terlibat adalah Remy Ishak sebagai Cindua Mato, Azhan Rani sebagai Dang Tuanku, ,
Vanidah Imran sebagai Bundo Kanduang, Puteri Aishah Sulaiman sebagai Puti Bongsu,
Juhara Ayob sebagai Puti Linduang Bulan, Dato Jalaluddin Hassan sebagai Rajo Tiang
Bungkuk, Dato Ahmad Tamimi Siregar sebagai Datuk Bandaro, Ashraf Muslim sebagai Rajo
Mudo, Zuhairi Ibrahim sebagai Imbang Jayo, Zasdar sebagai Tuan Khadi, Khusiary
Mahayuddin sebagai Datuk Mangkhudum, Ebby Yus sebagai Duba dan beberapa orang lagi
yang membantu menjayakan pementasan teater ini.
Namun, terdapat beberapa gangguan teknikal semasa persembahan hendak
dimulakan. Maka, Ebby Yus diminta untuk menghiburkan kami sepanjang gangguan teknikal
berlaku sementara para pelakon dipersiapkan di belakang pentas Istana Budaya. Sepanjang
persembahan berjalan, rata-rata penonton terlihat teruja menonton persembahan oleh para
pelakon lebih lebih lagi oleh Duba (Ebby Yus) yang sangat menghiburkan hati para
penonton. Melihat persembahan Duba, saya telah jatuh cinta dengan watak beliau berbanding
watak utama.
Sinopsis teater ini bermula apabila Cindua Mato yang merupakan watak utama teater
ini dibesarkan oleh Bundo Kanduang (Pemerintah Pagaruyung) bersama-sama Dang Tuanku.
Namun dalam kehidupan sehari-hari, Cindua Mato mendapat tempat yang sama dihati Bundo
Kanduang, seperti kepada anaknya sendiri, Dang Tuanku. Mereka dilahirkan pada saat yang
bersamaan, namun beranjak besar, Cindua Mato lebih tangkas dalam strategi perang dan

lebih bijaksana dibanding Dang Tuanku. Dang Tuanku dan Cindua Mato sangat mesra sekali
seperti adik beradik apabila terdapat beberapa situasi di mana mereka bergurau mesra di
antara satu sama lain.
Dalam Teater Muzikal Randai 'Cindua Mato' ini, bercerita mengenai Cindua Mato,
pahlawan sakti yang gagah berani memperjuangkan cinta, maruah serta kedaulatan kerajaan
Pagaruyung pada waktu itu. Plot cerita bermula apabila Raja Sikalawi iaitu Rajo Mudo, adik
lelaki kepada Bundo Kanduang memutuskan pertunangan anaknya yang bernama Puti
Bungsu dengan Dang Tuanku. Disebabkan oleh ia mendengar perkabaran Dang Tuanku
menderita penyakit menular yang tidak dapat disembuhkan dan telah diusir dari Istana
Pagaruyung.
Oleh itu, Rajo Mudo ingin menikahkan Puti Bungsu dengan anak Rajo Tiang
Bungkuk, iaitu Rajo Imbang Jayo. Rancangan pernikahan itu telah sampai kepada para
penghuni istana Pagaruyung. Pihak istana Pagaruyung telah memutuskan untuk menghantar
Cindua Mato ke Sikalawi sebagai perutusan membawa hantaran perkahwinan daripada
Bundo Kanduang bagi Puti Bungsu dan Rajo Imbang Jayo. Maka, dengan itu Cindua Mato
dan Dang Tuanku telah merancang untuk menculik Puti Bungsu yang akan dinikahkan
dengan Imbang Jayo sebelum pernikahan mereka dijalankan.
Dalam perjalanan menuju Sikalawi, Cindua Mato bersama-sama Duba melalui
pelbagai rintangan dan halangan sebelum sampai ke sana, namun Cindua Mato dapat
mengatasi segala rintangan itu berbekalkan ilmu serta kebolehan yang dimilikinya. Setelah
sampai di Sikalawi, Cindua Mato menyerahkan hantaran yang dikirim dan pesan daripada
Bundo Kanduang. Rajo Imbang Jayo dan Puti Linduang Bulan menyambut baik kedatangan
Cindua Mato. Namun terdapat sedikit pergaduhan kecil di antara Rajo Mudo dan Cindua
Mato. Cindua Mato berhasil menculik Puti Bungsu dan ingin kembali ke Pagaruyung.

Namun, hal tersebut menimbulkan kemarahan Imbang Jayo dan Imbang Jayo menyerang
Cindua Mato untuk mendapatkan kembali Puti Bungsu. Namun malang tak dapat ditolak,
untung tak dapat diraih, Imbang Jayo kalah oleh kehebatan silat Cindua Mato. Akhirnya,
Imbang Jayo mati ditikam Cindua Mato.
Maka Cindua Mato pun meneruskan perjalanan menuju ke Pagaruyung. Semasa
dalam perjalanan, Cindua Mato dan Puti Bungsu telah jatuh cinta sesama mereka. Kematian
Imbang Jayo mambangkitkan kemarahan ayahnya, Rajo Tiang Bungkuk. Lalu, Rajo Tiang
Bungkuk mempersiapkan pasukannya untuk menangkap Cindua Mato bagi membalas
dendam bagi kematian anaknya. Maka berlakulah perlawanan sengit di antara Cindua Mato
dan Rajo Tiang Bungkuk. Kedua-dua mereka terbukti sama sakti dan sama kebal, namun
akhirnya Cindua Mato tewas dan dijadikan hamba di kediaman Rajo Tiang Bungkuk.
Di malam hari, Cindua Mato bermimpi mengenai tips untuk mengatasi kesaktian Rajo
Tiang Bungkuk dan dikurniakan keris sakti untuk menewaskan Rajo Tiang Bungkuk. Lalu,
Rajo Tiang Bungkuk tewas dan mati ditikam Cindua Mato. Akhirnya, Cindua Mato pulang ke
Pagaruyung dan menjadi pemerintah baru Pagaruyung setelah Bundo Kanduang dan Dang
Tuanku melarikan diri ke negeri lain.
Sesungguhnya pengalaman menonton Teater Randai Cindua Mato ini merupakan
pengalaman istimewa yang tidak dapat saya lupaka. Selain itu, saya juga telah tertarik dengan
keunikan adat tradisi Minangkabau dan ingin tahu dengan lebih lanjut lagi mengenai
Minangkabau ini.