You are on page 1of 3

PERSATUAN IBU BAPA

DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN ALMA

TEL : 04-5525784
FAKS : 04-5513316

JALAN ALMA, 14000 BUKIT MERTAJAM

MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA


AJK PIBG SESI 2014/2015

Tarikh

15 April 2014

Hari

Jumaat

Masa

2.45 ptg

Tempat

Bilik Mesyuarat SK Alma

Kehadiran

14 orang

Tidak Hadir

7 orang

1. Ucapan aluan YDP PIBG


1.1
YDP mengalu-alukan kedatangan AJK PIBG sesi 2014/2015 dan
mengucapkan terima kasih kepada yang hadir.
1.2
Sesi berkenalan di antara AJK kerana ini merupakan mesyuarat kali
pertama.

2. Ucapan Penasihat
2.1
Pn Hjh Hasni mengalu-alukan kedatangan AJK PIBG yang baru dan
mengucapkan terima kasih kerana dapat meluangkan masa
menghadiri mesyuarat.
2.2
Beliau memaklumkan bahawa matlamat PIBG adalah melonjakkan
kecemerlangan UPSR dan disiplin.
2.3
Beliau juga menyatakan jumlah warga sekolah iaitu murid seramai 487
orang, guru seramai 53 orang dan staf seramai 10 orang. 7 Kelas
pendidikan khas dan 4 kelas pra sekolah.
2.4
Beliau memaklumkan seramai 67 orang murid akan menduduki UPSR.
2.5
Beliau juga mengumumkan bahawa SK Alma akan menyertai
pertandingan kawad kaki dan bicara berirama.
2.6
Beliau menyatakan murid-murid sekolah mesti memakai pakaian sukan
pada selasa untuk aktiviti 1murid 1sukan dan pada hari rabu muridmurid mesti memakai baju unit beruniform masing-masing.
2.7
Beliau juga menyatakan tentang target GPS untuk UPSR tahun 2014
ialah 1.99 berbanding capaian GPS pada tahun 2013 iaitu 2.09.

minit mesyuarat pertama/2013

PERSATUAN IBU BAPA


DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN ALMA

TEL : 04-5525784
FAKS : 04-5513316

JALAN ALMA, 14000 BUKIT MERTAJAM


2.8

Beliau juga memberitahu menerima pengesahan minit mesyuarat Ajk


kali ke empat pada tahun 2013.

3. Pembentangan Kewangan
3.1
Laporan kewangan dibentangkan oleh Bendahari PIBG. Baki dana dalam
akaun RM3285.00 ( rujuk lampiran )
3.2
Bendahari menyatakan bahawa akaun tumpang berbaki RM 36438.90
3.3
laporan kewangan diterima
dicadang: Pn. Azizah
disokong: Pn. Yusniza

Perancangan PIBG sesi 2014/2015


4.1
Pn. Noraini memaklumkan bahawa YDP dan Setiausaha yang baru
menukar tandatangan baru di CIMB Jalan stesen.
4.2
En. Yusri mencadangkan mengadakan karnival hari kantin
4.3
Pn. Azizah mencadangkan mengadakan Jogathon
4.4
Program dicadangkan selepas UPSR dan selepas Peperiksaan akhir tahun.
4.5 Tarikh yang dicadangkan untuk program Jogathon adalah pada 8 November
2014 iaitu hari Sabtu.
4.6 Program Jogathon untuk mengumpul dana pembinaan surau sekolah secara
kupon sumbangan jariah.
4.7 En. Wan Zolkipli mencadangkan untuk mengubahsuai surau yang lama:
Kata putus mesyuarat: bersetuju untuk perbesarkan surau lama.
Tindakan: En Wan Zolkipli akan merujuk kepada pegawai PPD untuk bincang
tentang perbesarkan surau dan merujuk pejabat agama untuk kupon
sumbangan jariah tabung perbesarkan Surau SK alma.
4.8 Puan Hajah Hasni Haniff mencadangkan memohon P.A sistem daripada pihak
Zakat.
4. Hal-hal lain
5.1
Pn hajah Hasni Haniff memberitahu untuk bajet sumbangan beli air
zam-zam dan kismis untuk murid tahun 6 sebanyak RM250
menggunakan dana Tadarus.
5.2
Pn Noraini memperihalkan akan jumlah sumbangan kepada sekolah
lain. Kata putus mesyuarat bersetuju untuk menetapkan sebanyak
RM10.
5.3
Pn Noraini juga memaklumkan untuk memberi sumbangan kepada
pasukan kawad kaki sekolah sebanyak RM350 untuk membeli baju
sahaja.
5.4
Pn Azizah mencadangkan perlantikan pemeriksa kira-kira mesyuarat
dilantik dari waris dikalangan guru: kata putus mesyuarat bersetuju.

minit mesyuarat pertama/2013

PERSATUAN IBU BAPA


DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN ALMA

TEL : 04-5525784
FAKS : 04-5513316

JALAN ALMA, 14000 BUKIT MERTAJAM


5.5

5.6

Pn Noraini memaklumkan bahawa kelas tambahan anjuran PIBG bagi


tahun 4 dan 5 selama 1 jam pada setiap minggu hari Khamis untuk
subjek matematik sahaja.
Pn Fatimah Soid meminta bantuan AJK PIBG untuk menegur dan
memberi nasihat tentang murid yang suka ponteng dan tidak hadir ke
sekolah: merujuk kepada murid Saiful B. Saari.

Ucapan penangguhan
6.1

YDP mengucapkan terima kasih kepada semua AJK yang hadir dan
memohon maaf atas segala kesilapan sepanjang mengendalikan
mesyuarat.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.05 petang.

Disediakan oleh,

..
(Suhana Binti Wan Junit)
Setiausaha PIBG SK Alma
Sesi 2014/2015

minit mesyuarat pertama/2013