You are on page 1of 1

Faktor yang Mendorong Masyarakat Masih Menggunakan

Perkhidmatan Perubatan Tradisional

Perubatan tradisional masih diperlukan biarpun dunia perubatan semakin canggih. Kaedah
perubatan tradisional bukanlah asing bagi para penduduk di negara ini, sama ada dalam kalangan
masyarakat Melayu,India, dan Cina masing-masing memmpunyai kaedah rawatan tradisional
tersendiri. Perubatan tradisional berkembang menjadi salah satu cabang ilmu perubatan yang
penting kerana bidang tersebut telah memberikan pelbagai sumbangan ke arah meningkatkan
taraf kesihatan penduduk di negara ini.

Perubatan tradisional diperlukan kerana rata-rata masyarakat kita kurang mampu untuk
membiayai kos rawatan dan perubatan moden. Bayaran perubatan tradisional lebih murah
berbanding dengan perubatan moden. Contohnya, kos yang diperlukan untuk merawat penyakit
lemah jantung dengan menggunakan laser ialah RM 20,000. Sebaliknya, perubatan tradisional
sekadar menggunakan ramuan tertentu sahaja dengan kadar bayaran yang lebih murah.

Kebanyakkan bahan yang digunakan sebagai ramuan dalam ubat tradisional ialah daun
herba,akar kayu dan tumbuhan lain. Kandungan bahan ini bukan saja dapat menyembuhkan
penyakit bahkan juga dapat menambah tenaga dan menyihatkan tubuh badan. Berbeza pula
dengan ubat moden yang kebanyakkan lebih mengutamakan penggunaan dadah dan bahan kimia
yang dibenarkan. Lantaran itu, ubat moden kurang dipraktikkan kerana dapat memberikan kesan
sampingan kepada pengambilnya. Oleh itu,adalah lebih baik seandainya kaedah perubatan
tradisional diterima sebagai satu cabang perubatan melalui penggabungan bidang tersebut
dengan kaedah sains dan teknologi.

Menurut kepercayaan sesetengah masayarakat, penyakit adalah berpunca daripada lebihan


cecair didalam badan,racun dan pengaruh makhluk halus. Jika hendak menyembuhkan penyakit
tersebut, amalan perubatan tradisional diperlukan dan terbukti lebih mujarab. Sehingga kini,
perubatan moden tidak mempunyai penawar untuk mengubati penyakit ganjil yang berkaitan
dengan insur-unsur ghaib, misalnya santau dan hysteria. Penyakit tersebut hanya dapat
disembuhkan melalui perubatan tradisional. Begitu juga dengan penyakit-penyakit yang
berkaitan dengan urat saraf dan angin, ubat moden masih kurang ditemukan.

Selain itu,kaedah perubatan tradisional masih kekal diamalkan kerana kaedah ini sudah
menjadi sebahagian daripada amalan kehidupan masyarakat, khususnya bagi masyarakat yang
tinggal di kawasan luar bandar. Hal ini demikian kerana kaedah perubatan tradisional adalah
hasil pengamatan warisan nenek moyang sejak zaman-berzaman dan diwarisi sejal turun
temurun.

You might also like