Rokok dan 'Faedahnya

'

Pendahuluan
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala puji hanya bagi Allah swt. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Baginda Rasulullah saw, para sahabatnya, para keluarganya, para tabi', tabi' tabiin serta sekalian pewaris Nabi. Al-Fatihah... Semoga artikel ini dapat menambah ilmu dan mengubah minda para perokok tegar untuk berubah. *Artikel ini adalah seperti yang saya janjikan dahulu...

Rokok Beracakap mengenai rokok, saya kira ia sudah menjadi satu perkara yg tidak asing lagi dikalangan masyarakat kita hari ini. Di mana-mana pasti ada sahaja orang yang merokok, tak kira di kedai kopi, di tepi-tepi jalan, di perhentian bas, di tandas awam, di beranda rumah, malah di perkarangan masjid sekali pun ada yang merokok terutamanya selepas selesai majlis Tahlil arwah atau majlis Kenduri kendara. Sudah banyak usaha yang dijalankan oleh pihak-pihak bertanggungjawab, pihak kerajaan mahupun swasta bagi menangani ketagihan merokok dikalangan penduduk negara kita ini, namun ianya dilihat sebagai hanya mencurah air ke daun keladi. Di kaca televisyen ada iklan mengenai bahaya rokok, di tepi-tepi jalan ada iklan mengenai bahaya rokok, di surat khabar pun

ada, pada kotak rokok tersebut pun ada, tapi para perokok tegar ini masih juga tidak mahu berhenti dari tabiat buruk mereka tersebut. Bila kita tanya pada perokok tegar ni, mereka akan kata, "alah... aku hari-hari merokok, tak matimati lagi pun... iklan tu tipu je tu...", "aku tau la keburukan merokok, aku isap ni pun saja-saja je...", "ala, merokok ni bukan haram pun, makruh je bukan haram pun..." (siapa cakap makruh? merokok tu membazir, dah nama membazir tu haram lah...) jawapan yang biasa kita dengar keluar daripada mulut para perokok tegar. Lain halnya jika kita tanyakan pada anak-anak muda, remaja sekolah, mereka akan katakan seperti ini, "kau sebok apa, aku yang isap, aku punya pasal lah..." atau "ala... aku isap suka suka je ni." Kebanyakan perokok ni dah tahu pun akan keburukan merokok ni, tapi yang peliknya mereka masih juga tetap dengan pendirian ingin merokok tersebut. Sungguh sukar hendak berhenti dari merokok ni. Tak percaya tanyakan pada perokok-perokok tegar yang ada diluar sana. Tetapi, tidak mustahil jika para perokok tegar ini menanam azam dan tekad yang teguh untuk berhenti merokok, diikuti dengan meninggalkan merokok secara perlahan-lahan dan doa yang berterusan serta keinsafan yang timbul dalam diri sendiri, sudah pasti mereka akan berjaya meninggalkan tabiat buruk tersebut. Masalah rokok dan penyelesaiannya pula adalah kompleks. Antara lain ia melibatkan tiga faktor berikut: 1. Penggunaan dan permintaan rokok di kalangan orang ramai. Masalah rokok tidak wujud kalau tidak ada orang menggunakan tembakau. 2. Strategi persatuan-persatuan kebajikan dan kesihatan, sikap pihak kerajaan dan pegawai badan kesihatan dan peranan Syarikat Tembakau dalam mempengaruhi kerajaan untuk membentuk polisi-polisi tertentu berkaitan rokok. 3. Polisi kerajaan terhadap penanaman tembakau, jualan tembakau dan jualan rokok, iklan rokok dan penggunaan rokok di kalangan masyarakat. Sebelum dikupas dengan lebih lanjut, marilah kita ketahui dahulu asal usul sejarah rokok ini. Dari mana asal-usul tanaman tembakau? Siapakah yang bertanggungjawab memperkenalkan tembakau kepada dunia? Apakah tujuan utama tembakau diperkenalkan kepada dunia? Ikuti perbincangan ini sampai habis...

Sejarah Rokok
Menurut Alfred Dunhill (Pengasas Rokok Jenama Dunhill, 1954), pendeta-pendeta kaum Maya di Mexico sudah pun menggunakan tembakau dalam upacara keagamaan mereka sebelum kelahiran Nabi Isa a.s lagi. Dalam upacara tersebut, mereka menggunakan satu jenis paip untuk meniup asap rokok ke arah matahari dan ke arah empat penjuru bumi. Mengikut anggapan mereka, asap rokok mempunyai sejenis kuasa yang boleh membantu mereka untuk berhubung dengan 'tuhan-tuhan' mereka. Amalan merokok itu kemudiannya tersebar pula kepada kaumkaum lain di Mexico, terutama sekali kaum Aztecs, yang menggunakan satu jenis batang buluh kecil sebagai paip rokok.

(Jenama Dunhill) Orang-orang Indian Merah (Red Indian) di benua Amerika itu juga mempercayai bahawa tembakau mempunyai nilai-nilai perubatan. Kira-kira pada tahun 1492, penjajah Kristian berbangsa Sepanyol yang diketuai oleh Christopher Columbus telah menemui kaum Red Indian ini di benua Amerika. Sebagai tanda persahabatan, mereka telah dihadiahkan dengan daun-daun tembakau kering oleh kaum Red Indian. Kemudian Columbus dan rakan-rakannya telah membawa balik benih-benih tembakau tersebut pulang ke Eropah dan dengan itu bermulalah sejarah rokok di dunia. Orang-orang Kristian dari Eropah itu pula memperkenalkan rokok kepada negara-negara lain yang dijajah oleh mereka. Perniagaan rokok itu mendatangkan keuntungan yang besar bagi

mereka. Wang-wang mereka digunakan dalam peperangan mereka untuk menjajah negaranegara lain. Tumbuhan tembakau moden pula adalah berasal dari turunan dua jenis spesies tembakau iaitu dari jenis Nicotiana Tabacum yang berasal dari Brazil dan jenis Nicotiana Rustica yang berasal dari Mexico. Nama tembakau adalah berasal daripada perkataan 'tabaco' iaitu nama pagi paip rokok yang berbentuk 'Y' yang diperbuat daripada sejenis buluh yang digunakan oleh kaum Red Indian untuk menghisap tembakau. Amalan menghisap tembakau yang berbalut dengan kertas dan dipanggil dengan nama-nama yang berbeza seperti cerutu dan cigarrete (sigaret) pula adalah berasal daripada Sepanyol kirakira dalam abad ke-16. Daripada Sepanyol, cerutu dan cigarrete itu tersebar pula ke negara Turki dan Rusia, dan kemudiannya ke Perancis dan England. Pedagang-pedagang bangsa Portugis, Inggeris dan Belanda yang kebanyakannya terdiri daripada pengembang-pengembang agama Kristian memperkenalkan pula amalan merokok kepada tiap-tiap benua di dunia kecuali Australia. Perniagaan rokok adalah sangat maju dan membawa kepada keuntungan yang besar. Pada peringkat awal, amalan merokok mendapat tentangan yang hebat daripada banya negara di dunia, dari Denmark hingga ke Jepun. Sebagai contoh, Shah Abbas iaitu pemerintah Iran mengharamkan terus amalan merokok kerana beliau menganggap amalan itu sebagai amalan syaitan. Raja Jahangir di India pula mengenakan hukuman potong bibir kepada sesiapa yang didapati bersalah merokok. Di Turki pula, rokok dianggap sebagai satu amalan yang hanya sesuai bagi 'anjing-anjing Kristian' sahaja. Sesiapa yang didapati merokok akan dikenakan hukuman 'tebuk satu lubang di hidung.' Kemudian lubang tersebut dimasukkan sebatang paip rokok kedalamnya. Seterusnya orang itu akan ditarik dengan keldai ke merata jalan. Pada tahun 1938, Tanah Besar (China) menjatuhkan hukuman bunuh kepada sesiapa yang didapati merokok. Russia pula mengenakan hukuman buang negeri ke Siberia kepada sesiapa yang didapati merokok. Tetapi, semua hukuman berat ke atas penghisap rokok itu mula dihapuskan sedikit demi sedikit apabila para pemerintah di negara-negara tersebut terpedaya dengan tarikan nilai ekonomi dari tanaman dan perniagaan tembakau. Ada juga pemerintah dunia yang cuba memerangi pengaruh rokok, tapi kebanyakannya daripada mereka menggadaikan kesihatan rakyat demi untuk kemewahan dan kepentingan diri mereka sendiri. Satu fakta penting yang dapat dipelajari daripada sejarah rokok ialah, ianya mula tersebar di dunia kira-kira 860 tahun selepas kewafatan Rasulullah saw. Sejarah rokok adalah berbeza daripada sejarah arak, kerana arak sudah pun wujud di tanah Arab lama dahulu sebelum kedatangan Rasulullah saw.

Begitulah serba sedikit sejarah rokok secara ringkas. Sampai disini dahulu, InsyaAllah akan saya sambung lagi. Nantikan sambungan seterusnya.

Wallahua'lam, Wassalam. 'bradokapak' 7.03 malam, 25 Mei 2010

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful