You are on page 1of 5

INVENTORI MINAT KERJAYA

Alat ukuran Vocational Preference Inventory (VPI) yang dibentuk oleh John L. Holland
mengandungi 160 senarai nama pekerjaan untuk mengukur minat vokasional dari jenis personaliti
seseorang. Alat ini dibina berasaskan teori Holland yang mengandaikan bahawa individu boleh
dikumpulkan kepada enam jenis berdasarkan personalitinya. Setiap jenis personaliti
memperlihatkan minat dan kecekapan kerja yang tertentu.
Alat ukuran VPI mengandungi 2 skala iaitu skala primer dan skala sekunder. Keenamenam jenis personaliti dan bidang minat pekerjaan yang diukur oleh skala primer ialah Realistik
(R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E), dan Conventional (C). Sementara itu,
lima pembolehubah yang diukur oleh skala sekunder ialah Kawalan Diri atau Self-Control (SC),
Maskuliniti-Feminiti (MF), Status (ST), Infrequency (INF) dan Acqueiscence (AC). Kesemua
pembolehubah tersebut dan enam jenis personaliti ini adalah merupakan 11 sub-skala dalam
inventori ini.
Skor yang tinggi pada mana-mana sub-skala menunjukkan bidang-bidang utama yang
diminati sementara skor yang rendah bagi sub-skala lain pula menunjukkan bahawa personaliti
seseorang itu tidak selaras dengan bidang minat dan personaliti yang diwakili oleh sub-skala
tersebut (Holland 1969: 5-6). Ward dan Walsh (1981), juga telah menguji kesahan serentak alat
ukuran VPI dengan menjalankan kajian ke atas 102 orang wanita berkulit hitam yang bekerja di
dalam keenam-enam bidang pekerjaan yang telah ditetapkan. Hasilnya, didapati bahawa VPI
mempunyai kesahan serentak yang tinggi.
Pentadbiran Ujian VPI
Walaupun masa untuk mengambil ujian ini tidak ditetapkan, sebagai panduan ujian ini perlu
diselesaikan dalam masa 20-30 minit. Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam bilik yang selesa,
lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja, selain itu, segala arahan
yang disediakan di dalam borang soalan perlu diikuti dan dipatuhi oleh calon yang mengambil
ujian.

Pengiraan Skor Ujian VPI


Pengiraan skor perlu dibuat dengan teliti dan hati-hati.
Pentafsiran Profil Ujian VPI
Personaliti

Realistik

Investigatif

Artistik

Ciri-Ciri

Pekerjaan

Mempunyai kemahiran atletik atau mekanikal.


Suka bekerja dengan objek, mesin, peralatan,
tumbuhan, dan binatang.
Lebih suka bekerja di luar bangunan dari di
dalam bangunan

Jurutera Awam
Jurutera Kereta Api
Operator Mesin
Mekanik Kapal Terbang
Mekanik Kereta
Juruteknik Elektronik
Ahli Ilmu Perkebunan
Tukang Kayu

Suka membuat pemerhatian, mempelejari,


menyelidik,
menganalisis,
menilai
dan
menyelesaikan masalah melalui penyelidikan.
Mempunyai kemahiran saintifik dan matematik
serta meminati kerja-kerjaya saintifik dan
beberapa kerjaya bercorak teknikal.

Ahli Kaji Cuaca


Ahli Biologi
Ahli Botani
Ahli Agronomi
Ahli Fizik
Ahli Kaji Bintang
Ahli Kimia
Ahli Kaji Bumi
Penyelidik Sains
Antropologis

Mempunyai kebolehan artistik dan inovatif.


Mempunyai kebolehan intuisi dan suka bekerja
dalam situasi yang tidak atau kurang
berstruktur.
Tidak selesa dengan kerja yang rutin atau
berulang-ulang dan selalu menggunakan
imaginasi dan kreativiti.

Penyair
Pemimpin Orkestra
Penyanyi Konsert
Penggubah Lagu
Pengarang
Pelukis Perdagangan
Pelukis Potret
Wartawan
Pelukis Kartun
Penghias Rmuah
Arkitek

Sosial

Enterprising

Conventional

Suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia.


Berminat dalam memberitahu, menolong, melatih,
memperkembang, mengubati dan membuat
kebajikan pada orang lain.
Mempunyai kemahiran menggunakan kata-kata
serta mahir berkomunikasi dengan orang lain.
Matlamat utama adalah membuat kebajikan.

Suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia.


Mempunyai minat dalam mempengaruhi,
mengarah, memimpin, dan mengurus individu
lain.
Pandai dan mahir memanipulasi orang lain.
Matlamat akhirnya adalah untuk mencapai
keuntungan organisasi dan keuntungan
ekonomi.

Suka bekerja denga data dan nombor.


Mempunyai kemahiran dalam bidang perkeranian
serta mempunyai kebolehan dan kemahiran
dalam menggunakan nombor.
Melakukan sesuatu secara terperinci, bersifat
akur, dan mengikut arahan.

Ahli Sosiologi
Guru
Pengetua Sekolah
Pegawai Perhubungan Awam
Pengarah Kem Belia
Pengarah Agensi Kebajikan
Kaunselor Kerjaya
Kaunselor Peribadi
Spekulator
Aktuaris
Eksekutif Pengiklanan
Eksekutif Perniagaan
Pengarah Syarikat
Pengarah Publisiti
Peguam
Ahli Politik
Pengurus Hotel
Pengurus Bank
Jurujual Insurans
Penyimpan Kira-Kira
Guru Perdagangan
Akauntan
Jurutrengkas
Kerani Bank
Pakar Cukai
Kerani Gaji
Operator Komputer
Penilai Harta
Jurujual Insurans
Kerani Insurans

Pentafsiran Profil Ujian VPI Skala Sekunder


Alat ukuran VPI mempunyai subskala tambahan iaitu Status, Maskuliniti-Feminiti, Kawalan-Diri,
Infrenquency dan Acquiescence. Panduan interpretasi untuk subskala ini adalah seperti yang
berikut;
Status ST
Skor Tinggi (8 hingga 14)
Menunjukkan individu memberikan nilaian dan persepsi yang tinggi kepada kerjaya-kerjaya
yang pada anggapannya mempunyai status yang tinggi.
Skor Rendah (0 hingga 7)
Menunjukkan individu tidak begitu mementingkan status dalam pekerjaan.
Maskuliniti Feminiti - MF
Skor Tinggi (8 hingga 14)
Dikaitkan dengan individu memiliki ciri-ciri kelelakian yang selalunya dikaitkan dengan kerjaya
lelaki seperti polis, tentera, mekanik dan juruteknik.
Skor Rendah (0 hingga 7)
Menunjukkan individu memiliki ciri-ciri feminin yang selalu dikaitkan dengan kerjaya
perempuan seperti guru. Peragawati, jururawat dan setiausaha.

Kawalan-Diri SC
Skor Tinggi (8 hingga 14)
Menunjukkan individu mempunyai kawalan diri yang baik yang selalunya dikaitkan dengan
mempunyai lokus kawalan dalaman yang tinggi atau proaktif.
Skor Rendah (0 hingga 7)

Menunjukkan Individu kurang mampu mengawal diri sendiri. Individu ini dikatakan mempunyai
lokus kawalan luaran yang tinggi atau reaktif dan mereka sangat dipengaruhi oleh faktor
persekitaran.
Infrequency INF
Skor maksimum untuk skala INF ialah 20.
Skor Rendah (Kurang atau Sama Dengan 10)
Memperlihatkan bahawa jawapan klien adalah konsisten. Ini sekali gus menunjukkan bahawa
jawapan yang diberi oleh klien boleh dipercayai.
Skor Tinggi ( 10 Ke Atas)
Memperlihatkan jawapan klien adalah tidak konsisten dan dengan itu, profil minat kerjaya yang
diperoleh tidak boleh dipercayai. Skala INF adalah berkaitan dengan kebolehpercayaan alat
ukuran VPI.
Acquiescence AC
Skor maksimum untuk skala AC ialah 30.
Skor Rendah (Kurang atau Sama Dengan 15)
Memperlihatkan bahawa klien menjawab berdasarkan kepada apa yang sebenarnya tentang
minatnya dan bukan disebabkan oleh faktor-faktor lain. Hal ini sekali fus menunjukkan bahawa
jawapan yang diberi oleh klien adalah sah.
Skor Tinggi (15 Ke Atas)
Memperlihatkan bahawa jawapan klien mungkin dipengaruhi oleh faktor-faktor lain. Misalnya,
pandangan masyarakat tentang sesuatu pekerjaan dan dengan itu, profil minat kerjaya yang
diperoleh adalah tidak sah. Skala AC adalah berkaitan dengan kesahan alat ukuran VPI.

You might also like