You are on page 1of 12

WACANA BERFORMAT

1.0

Pengenalan

Kemahiran dalam penulisan merupakan salah satu aspek yang sangat diberi penekanan dalam
pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa Melayu di negara kita. Melalui penulisan, pelajarpelajar bukan sahaja dituntut menggunakan bahasa dengan betul (aspek tatabahasa) tetapi juga
dikehendaki memberikan isi-isi atau hujah-hujah dengan teratur dan bernas. Menghasilkan
sesebuah cerita atau karangan merupakan satu proses menghasilkan sebuah wacana. Sesebuah
wacana itu digunakan sebagai medium komunikasi yang mempunyai elemen pengirim,
penerima, dan mesej yang diikat dengan maksud tertentu. Dalam hubungan ini, wacana boleh
berbentuk keseluruhan pertuturan, syarahan, surat atau petisyen, puisi, cerpen atau novel,
skrip drama atau kontrak jual beli (Sulaiman Masri & Ahmad Khair Mohd. Nor, 2004:15).
Umum mengetahui bahawa wacana merupakan satu pautan dan tautan idea dan juga
kemahiran berbahasa sama ada dalam bentuk lisan ataupun penulisan. Wacana dalam bentuk
lisan merupakan perbincangan secara lisan tentang sesuatu topik yang dilakukan dengan
menggunakan bahasa yang teratur dalam membentang idea-idea yang bersesuaian dengan
topik perbincangan. Wacana berbentuk penulisan pula merupakan satu perbincangan atau
penghasilan suatu gagasan idea dalam bentuk tulisan. Wacana berbentuk penulisan secara
amnya boleh dipecahkan kepada dua jenis iaitu wacana tanpa format dan wacana berformat.
Wacana tanpa format merupakan penulisan berbentuk keperihalan atau penceritaan.
Sementara wacana berformat merupakan penulisan yang terikat kepada bentuk-bentuk atau
format-format tertentu yang menjadi pemisah antara satu format dengan format yang lain.
Dalam penulisan ini pengkaji akan mengkhususkan perbincangan menyentuh aspek wacana
berbentuk penulisan berformat. Hal yang akan dibincangkan berkenaan wacana berformat
akan menyentuh aspek konsep, jenis, contoh-contoh dan aplikasi.
1.1

Wacana Berformat

Wacana terhasil daripada satu susunan idea-idea yang tersusun dengan teratur. Setiap idea
yang ditulis perlulah berkesinambungan dengan idea yang lain. Idea itu pula perlulah
mempunyai makna dan perlu berkait dengan topik yang hendak diutarakan. Selain itu, wacana
merupakan bidang linguistik yang tertinggi. Penggunaan wacana digunakan setiap jenis
1

bidang pada hari ini. Seperti yang terkandung di dalam Tatabahasa Dewan (Nik Safiah dll.,
2009:523), dinyatakan bahawa wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat. Wacana
boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, dialog, bab, buku, siri buku dan
sebagainya, yang memperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan dan
lengkap. Sesuatu wacana sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan, diujarkan bagi tujuan
menyampaikan sesuatu maklumat tentang sesuatu topik. Kamus Linguistik (1997:223) pula
mentakrifkan wacana sebagai unit bahasa yang lengkap dan tertinggi yang terdiri daripada
deretan atau kalimat, sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan, yang dijadikan bahan analisis
linguistik.

Berdasarkan pengertian wacana di atas, dapatlah dikatakan bahawa wacana

berformat merujuk kepada karangan atau sejumlah ayat yang mengandungi idea, maklumat,
cerita yang berurutan dan bertautan yang disampaikan mengikut peraturan atau bentukbentuk-bentuk tertentu dengan menggunakan laras bahasa tertentu.
2.0

Jenis-jenis Wacana Berformat

Seperti yang dinyatakan di atas, wacana berformat merujuk kepada karangan, pertuturan atau
penulisan yang terikat kepada satu-satu bentuk, urutan dan elemen dan penyampaian yang
tersendiri dengan laras bahasa yang tertentu. Dalam P&P bahasa Melayu di sekolah-sekolah,
beberapa bentuk wacana berformat diajarkan kepada pelajar-pelajar, antaranya wacana
berbentuk:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
2.1

Surat kiriman rasmi / Surat kiriman tidak rasmi


Laporan
Syarahan / Ucapan / Pidato / Ceramah
Wawancara / Dialog / Temubual / Temuramah
Berita
Perbahasan.
Wacana Jenis Surat Kiriman Rasmi dan Surat Kiriman Tidak Rasmi

Dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa Melayu di sekolah, pelajar-pelajar akan
diajar dua bentuk karangan surat kiriman iaitu surat kiriman rasmi dan surat kiriman tidak
rasmi:

i)

Surat kiriman rasmi merupakan surat rasmi yang dikirim oleh penulis kepada
pihak-pihak tertentu berkenaan dengan sesuatu perkara yang dinyatakan seperti
dalam maksud surat tersebut. Surat rasmi memerlukan pelajar mengikut format
yang betul seperti penggunaan tanda baca, penggunaan huruf besar dan huruf
kecil, inden, pernomboran dan lain-lain lagi.
Format Surat Kiriman Rasmi :
1. Nama dan alamat pengirim (kiri)
2. Garisan melintang
3. Jawatan dan alamat Penerima (kiri)
4. Tarikh (kanan)
5. Panggilan hormat penerima
6. Perkara
7. Perenggan pertama (tanpa nombor)
8. Perenggan kedua (bernombor)
9. Perenggan ketiga (bernombor)
10. Penutup
11. Ucapan terima kasih
12. Pengesahan surat / akuan surat.(kiri)
(UBMK, 2006: 150)

Surat kiriman rasmi merupakan satu bentuk wacana berformat yang sangat ketat atau
rigid. Format yang dimaksudkan dalam penulisan surat kiriman rasmi meliputi susunan
bentuk, gaya persembahan (ditulis tangan atau ditaip), sama ada diinden atau tidak
diinden, dan titik komponen lain ditempatkan (Sulaiman Masri, 2004: 154). Untuk lebih
memahami bentuk dan format penulisan surat kiriman rasmi yang mengandungi semua
ciri di atas dapat dilihat gambar (1) di bawah. Penulisan surat kiriman rasmi merupakan
antara karangan berformat yang paling banyak peraturan dan cirinya. Kegagalan
mengaplikasikan format yang betul akan mengakibatkan markah dipotong ataupun
karangan tidak diterima sebagai menepati kehendak soalan.

Gambar 1: Cara Menulis Surat Kiriman Rasmi

(http://kamalmustafa.com/wp-content/uploads/2010/06/format-surat-rasmi.gif)

.
Contoh surat kiriman rasmi
Sani bin Sanin,
Lot 3131, Kg. Tahan Tukul,
90000 Sandakan.
__________________________________________________________________________
Ketua Balai,
Balai Polis Batu 8, Jalan Labuk,
Peti Surat No.37,
90700 Sandakan.

20 OKTOBER 2016

Tuan,
Per: Aduan Tentang Masalah Pendatang Haram di Kg. Tahan Tukul
Merujuk perkara di atas, saya Sani bin Sanin selaku Setiausaha Persatuan Penduduk Kg.
Tinusa 2, ingin membuat aduan tentang masalah pendatang haram begitu ramai bilangannya
di kawasan tempat tinggal kami. Akibat bilangannya yang agak ramai, pelbagai masalah
sosial telah timbul sehingga mengganggu ketenteraman hidup penduduk di kawasan ini.
2.

Untuk makluman pihak tuan, kawasan ini menjadi tumpuan pendatang haram kerana

banyak kawasan penempatan haram pendatang haram telah dirobohkan oleh pihak berkuasa..
Hal ini menyebabkan ramai pendatang haram bertumpu di kawasan ini kerana mempunyai
keluarga atau kenalan yang membantu mereka. Mereka tinggal di dalam pondok-pondok
didirikan sendiri dengan bantuan keluarga atau kawan-kawan mereka.. Perkara yang
membimbangkan kami ialah sebahagian daripada pendatang haram tersebut melakukan
pelbagai jenayah dan mengancam keselamatan penduduk tempatan di kawasan ini.
3.

Selain daripada itu penduduk-penduduk kampung juga bimbang kerana sebahagian

pendatang haram di kawasan ini berkelakuan tidak sopan terhadap penduduk tempatan di sini.
Beberapa orang gadis yang pulang lewat daripada bekerja telah diganggu dengan kata-kata
5

yang tidak menyenangkan. Mereka juga sering mengeluarkan kata-kata berbau lucah kepada
penduduk di kawasan ini sehingga pernah menyebabkan pergaduhan di antara pendatang
haram dengan penduduk di taman ini. Sebagai ibu bapa di kawasan ini, kami berasa bimbang
jika berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini ke atas keluarga kami. Justeru, kami berharap
agar pihak tuan mengambil tindakan awal seperti kata pepatah, bersedia sebelum kena,
beringat sebelum sakit.
5.

Sehubungan dengan itu, kami mencadangkan agar pihak tuan dapat mengambil

tindakan dengan secepat mungkin seperti membuat serbuan dan menangkap pendatang haram
di kawasan kediaman kami. Kami juga mencadangkan agar pihak tuan dapat membuat
rondaan dengan lebih kerap supaya kejadian jenayah yang penduduk di kawasan ini.
6.

Akhir kata, saya berharap agar pihak tuan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya

dengan segera demi keselesaan dan keselamatan penduduk di kawasan ini. Kerjasama
daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang menjalankan tugas,

(SANI BIN SANIN)


Setiausaha,
Persatuan Penduduk Kg. Tahan Tukul

ii)

Surat kiriman tidak rasmi ialah surat yang biasanya ditulis kepada ahli keluarga
ataupun sahabat handai. Biasanya ditulis dengan tujuan untuk memberitahu
sesuatu perkara. Antara tujuan surat yang dikirimkan ialah bertujuan untuk:
a)
b)
c)
d)
e)
f)
g)

ucap takziah
ucap tahniah
bertanya khabar
menceritakan tempat-tempat menarik di Malaysia kepada sahabat
menceritakan mengenai pengalaman di tempat baru seperti di sekolah baru
meminta kebenaran ibu/ bapa/ penjaga
membalas surat yang dihantar oleh orang lain

Penulisan surat kiriman tidak rasmi tidaklah begitu teknikal seperti penulisan surat
kiriman rasmi, namun terdapat beberapa peraturan atau format yang mesti diikuti
seperti:
a)

Mulakan menulis surat dengan bertanyakan khabar dan menceritakan keadaan


kesihatan penulis. Jika hendak membalas surat, sebelum menanyakan sesuatu,
terlebih dahulu jawab pertanyaan yang dikemukakan sebelum ini.

b)

Gunakan panggilan mengikut usia atau pangkat seperti nenda, ayahanda,


ibunda, bonda, kakanda, adinda, anakanda dan cucunda.

c)

Jangan gunakan ganti nama aku, awak ataupun kamu.

d)

Akhiri surat dengan salam, penghargaan, terima kasih dan juga hasrat iaitu
keinginan untuk berutus surat lagi.

Format Surat Kiriman Tidak Rasmi :


1.

Nama dan alamat pengirim (kanan)

2.

Tarikh (kanan)

3.

Penghadap surat

4.

Kata spanggilan, sapaan atau panggilan hormat

5.

Pendahuluan surat

6.

Perenggan isi

7.

Penutup

8.

Akuan Surat
7

(UBMK, 2006: 107)


Contoh surat kiriman tidak rasmi
Lot 333, Peringkat 1,
Rancangan Ulu Dusun,
Peti Surat 12354,
90000 Sandakan,
Sabah.
20 Oktober 2016
Assalamualaikum. Menemui sahabatku Syamsul yang kini berada di Kg. Kota Bukit,
Sik, Kedah, semoga dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga yang disayangi. Saya
dan keluarga di sini sihat-sihat sahaja.
Sahabatku,
Apa khabar saudara sekarang? Bagaimana dengan persediaan saudara untuk
menghadapi peperiksaan SPM yang akan dihadapi pada bulan November nanti? Untuk
pengetahuan saudara, saya telah membuat beberapa persediaan bagi menghadapi peperiksaan
tersebut. Antara persediaan yang saya buat adalah dengan mengulang kaji pelajaran pada
waktu malam bersama beberapa orang rakan yang juga jiran saya. Kami belajar dari pukul
8.00 malam hingga pukul 11.00 malam setiap hari, kecuali hujung minggu yang kami khaskan
untuk merehatkan badan dan minda atau membuat aktiviti sendiri.
Pada masa ini pembelajaran di dalam kelas lebih tertumpu kepada proses ulangkaji
dan menjawab soalan secara latih tubi. Keputusan peperiksaan percubaan SPM yang baru
berlalu menampakkan banyak lagi ruang untuk diperbaiki untuk mendapatkan keputusan yang
baik dalam peperiksaan SPM nanti.
Ibu bapa saya pula telah menghantar saya belajar ke kelas tambahan sebanyak dua kali
seminggu untuk memastikan saya cemerlang dalam pelajaran. Saya amat berterima kasih atas
usaha mereka itu. Saya berazam akan belajar bersungguh-sungguh untuk tidak
menghampakan harapan kedua-dua ibu bapa saya.

Di samping itu, saya juga pergi ke perpustakaan sekolah dan kadang-kadang ke


perpustakaan Awam Sandakan untuk meminjam buku-buku rujukan. Biasanya saya pergi ke
Perpustakaan Awam Sandakan pada hujung minggu sekiranya ada kelapangan masa. Di situ
juga saya boleh berbincang dengan kawan-kawan tentang topik-topik yang agak sukar untuk
difahami dan bertukar-tukar nota.
Itulah antara persediaan saya untuk menghadapi peperiksaan SPM. Saya berharap kita
akan dapat menjawab soalan dengan mudah dalam peperiksaan itu nanti. Sama-samalah kita
berdoa agar mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut dan seterusnya
berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi.
Setakat ini sahaja yang dapat saya titipkan buat tatapan saudara kali ini. Bersamasamalah kita menggunakan masa yang ada untuk membuat lonjakan terhebat agar kejayaan
yang diidamkan akan menjadi milik kita. Akhir sekali, sambutlah salam ingatan saya untuk
saudara serta keluarga.
Sahabatmu,

.............................
(Intan Suraya Mansur)

2.2

Wacana Jenis Laporan


9

Karangan jenis ini menghendaki anda melaporkan sesuatu peristiwa yang dijalankan, didengar
ataupun dilihat. Penulisan laporan bertujuan untuk memberi maklumat kepada syarikat
(organisasi tertentu) berkaitan aktiviti yang dijalankan sebagai penilaian dan perancangan
masa hadapan (Goh Ying Soon & Wan Nazif Wan Mohd Nori, 2006: 121). Laras, gaya dan
bentuk

penulisan laporan adalah berbeza-beza mengikut bentuk laporan yang ingin

disampaikan. Asmah Hj. Omar (1997) dalam tulisan beliau telah membezakan penulisan
laporan kepada empat jenis iaitu laporan mesyuarat, laporan kajian, laporan tahunan dan
laporan akhbar. Selain daripada itu terdapat juga laporan-laporan lain seperti laporan aktiviti
dan laporan kemajuan. Setiap jenis laporan yang dinyatakan di atas mempunyai ciri-ciri atau
format yang agak berbeza sama ada dari segi bentuk, gaya mahupun laras bahasa yang
digunakan. Walau bagaimanapun terdapat beberapa ciri persamaan antara kesemua jenis
laporan ini seperti yang dinyatakan oleh Sulaiman Masri dan Ahmad Khair Mohd Nor. Ciriciri tersebut ialah:
a) Berstruktur dan bernada formal.
b) Persembahan berilustrasi seperti gambar, fraf, carta dan jadual
c) Pernyataan pendapat iaitu penulis membuat kesimpulan selepas meneliti,
menelaah, mengkaji, menilai dan mengupas bukti yang dikemukakan
d) Kegunaan laporan iaitu laporn menjadi berguna sekiranya penulis memahami
kehendak khalayaknya.

Format karangan laporan :


i)

Tajuk Laporan:
Huruf awal setiap perkataan ditulis dengan menggunakan huruf besar kecuali kata

sendi, kata hubung dan kata sandang serta digari keseluruhan tajuk.
ii)

Isi Laporan
Ditulis bermula dengan perenggan pendahuluan dan diakhiri dengan perenggan
penutup.

iii)

Pengakuan Pelapor
Ditulis di sebelah kiri laporan selepas perenggan akhir, sesudah melangkaui dua atau
tiga baris kosong. Huruf pertama pada kata pertama mestilah huruf besar dan tanda
koma, dibubuh selepas pengakuan tersebut.

iv)

Tarikh
10

Ditulis di sebelah kanan laporan; setentang dengan pengakuan pelapor.


v)

Tandatangan Pelapor
Ditulis di sudut kiri bahagian bawah, iaitu selepas pengakuan pelapor.

vi)

Nama Pelapor
Ditulis sepenuhnya dengan huruf besar di dalam kurungan selepas tandatangan

vii)

Jawatan Pelapor
Ditulis di sudut kiri bahagian bawah laporan dan bubuh tanda koma (,) dihujungnya.
Seterusnya ditulis nama persatuan yang diwakili dan bubuh tanda titik (.)

KARANGAN JENIS UCAPAN :


1.

Ucapan lazim disampaikan dalam majlis perasmian, majlis perpisahan, majlis keraian,
perayaan tertentu dan sebagainya.

2.

Antara ucapan yang boleh disampaikan termasuklah :

a)

Ucapan dalam majlis perpisahan

b)

Ucapan dalam majlis meraikan seseorang.

c)

Ucapan dalam majlis perasmian

3.

Bahasa yang digunakan dalam ucapan haruslah mudah difahami, padat, tegas, berkesan

dan juga mudah difahami.


4.

Kiasan, jenaka, pantun atau peribahasa yang sesuai boleh diselitkan dalam ucapan.

Walau bagaimanapun ,janganlah berlebih-lebihan sehingga menjejaskan isi ucapan yang


disampaikan.
Format karangan ucapan :
a)

Pendahuluan : Merupakan pembuka kata berupa ucapan selamat dan kata alu-aluan

sebagai tanda hormat.


b)
c)

Isi : Merupakan tujuan ucapan disampaikan.


Kata-kata penghadapan : Digunakan apabila hendak memulakan sesuatu isi ucapan.

Antara kata-kata penghadapan yang boleh digunakan termasuklah hadirin yang dimuliakan,
hadirin sekalian, dan juga tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati.
d)

Penutup : Merupakan kata-kata yang diberikan bagi menandakan bahawa ucapan akan

ditamatkan. Antara kata-kata yang boleh digunakan termasuklah akhir kata dan mengakhiri
ucapan saya. Ucapan hendaklah diakhiri dengan ucapan sekian, terima kasih.
11

FORMAT KARANGAN BERITA :

Karangan berita merupakan karangan berformat.

Nama tempat kejadian hendaklah ditulis di tepi sebelah kiri perenggan pertama
menggunakan huruf besar diikuti tanda koma.

Selepas tanda koma. Ditulis pula hari diikuti tanda sempang (-) sebelum memulakan
karangan berita

Isi karangan ini dapat ditulis berpandukan persoalan seperti :

Bila

Siapa

Apa

Di mana

Bagamaina

Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, serta
mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu
pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca
dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan
kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan ilmu dan imaginatif .
Kemahiran Bahasa
Kemahiran bahasa meliputi

kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran

membaca, dan kemahiran menulis. Kemahiran bahasa ini

merupakan teras kepada

penguasaan bahasa baku.

12