You are on page 1of 7

Tajuk

:
KERTAS CADANGAN PELAKSANAAN

MAJLIS GOTONG ROYONG AMAL
DAN
BACAAN YASSIN SERTA TAHLIL
BELIA DAERAH MANJUNG
Di
Surau Al-Madrasatul Al-Khairiah
Kg Permatang
Perak Darul Ridzuan

Anjuran:
PERTUBUHAN BELIA WARISAN
&
INTEGRASI RAKYAT
(PERWIRA)

Dan
PEMUDA UMNO CAWANGAN TAMAN BERPADU

Pada 23hb MEI 2010
Disediakan oleh:
Penaja Utama:

Azmi Bin Murid
Dengan Kerjasama:

ELCREATIONZ
Arts, Events and Vacations

1

6 Memberi pendedahan yang lebih luas mengenai aktiviti-aktiviti PERWIRA. Memberi peluang kepada ahli-ahli terlibat dalam program latihan kepimpinan.4 2. Dan kini. Pendahuluan Pertubuhan Belia Warisan dan Integrasi Rakyat (PERWIRA) telah ditubuhkan pada 6hb Mei 2009 di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 bertujuan mengadakan aktiviti-aktiviti yang dapat membina peribadi. agama dan negeri.2 2. Selain dapat membina semangat berpasukan dan kerjasama. Matlamat.1 2. Antara aktiviti PERWIRA ialah Majlis Makan Malam Amal bersama Anak-Anak Yatim 2009 dan Seminar Kecemerlangan Belia 2009.Kertas Konsep MAJLIS GOTONG ROYONG AMAL DAN BACAAN YASSIN SERTA TAHLIL BELIA DAERAH MANJUNG PERTUBUHAN BELIA WARISAN & INTEGRASI RAKYAT (PERWIRA) ANJURAN BERSAMA PEMUDA UMNO CAWANGAN TAMAN BERPADU 1. PERWIRA berhasrat mengadakan Majlis Gotong Royong Amal dan Baccan Yassin serta Tahlil Belia Daerah Manjung bagi melaksanakan aktiviti dan program belia bagi tahun 2010. Mewujudkan nilai integrasi bagi mengukuhkan semangat perpaduan di kalangan masyarakat. 2. belia dapat belajar membentuk sahsiah diri dan belajar cara pengurusan sesuatu majlis. Bekerjasama dengan agensi kerajaan berkaitan dalam perlaksanaan program pembangunan belia.5 2. Mengadakan aktiviti untuk ahli-ahli dalam bidang kebudayaan. meningkatkan kesetianegaraan dan mewujudkan kesedaran terhadap perlunya menjauhi unsur dan nilai negatif dikalangan ahli-ahli. 2. 2 . Melalui aktiviti tersebut para belia diberi peluang untuk berkumpul dan berintegrasi antara kaum. kemahiran dan keusahawanan. Menggalakkan penyertaan ahli-ahli dalam program pembangunan komuniti setempat. kerohanian dan lain-lain. sukan.3 2.

2 Memotong Rumput di sekitar kawasan Surau 6. 5. 5.4 Mencuci lantai 6.2 Penutupan oleh : YAB 6.3 Memupuk semangat berdisiplin berpasukan yang berteraskan toleransi tolong menolong.5 Sembahyang berjemaah 6. 3.2 Memupuk semangat integrasi nasional yang berteraskan semangat bekerjasama dan permuafakatan antara peserta dan ahli. Aktiviti yang dijalankan : 6.1 Objektif program ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim diantara PERWIRA dan masyarakat setempat disamping mengaplikasikan peranannya sebagai sebuah institusi pembangunan belia di Perak yang memainkan peranan dalam menjaga kebajikan dan kemaslahatan umat Islam 3. 4. Perasmian dan Penutupan.1 Perasmian oleh : YAB 5.6 Bacaan Yassin.3.1 Mengecat 6. 3. Tarikh dan Lokasi Tarikh : 22hb Mei 2010 Lokasi : Surau Al-Madrasatul Al-Khairiah Kg Permatang Perak Darul Ridzuan. bertolak ansur dan tidak mementingkan diri sendiri. Tahlil dan Doa 3 .3 Membersihkan longkang yang tersumbat 6. Objektif.

Keselamatan 11. 8. Berus Cat.2 Semua peserta dikehendaki menyediakan kit kotak perubatan masing masing untuk tindakan awal. 10.1 Mendapatkan penyertaan dari mana-mana Agensi Kerajaan. Pertubuhan Bukan Kerajaan dan Syarikat-Syarikat tempatan 8. 4 . Bagi menjamin majlis ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang disasarkan. Sisa makanan hendaklah dibuang di tempat pembuangan sampah yang disediakan. 9.2 Cangkul 10.8 Parang. Penyertaan.4 Cat.1 Keselamatan harta-benda peserta adalah tanggungjawab masing-masing.7. 10.6 Minyak Petrol 10. Roller dan Tray 10. pegawai dan Pengarah Program dikehendaki mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan. Pengangkutan. Senarai peralatan yang perlu dibawa.1 Pengangkutan pergi dan balik ke lokasi hendaklah atas urusan sendiri. 7. semua AJK. Pisau dan Gunting 11. 11. Kebersihan Semua AJK bertanggungjawab menjaga kebersihan di tempat program dijalankan.1 Penyapu 10.7 Penyapu cakar 10.5 Plastik Sampah 10.3 Mesin pemotong rumput 10.

13. 14. Tahlil dan Doa : Makan malam dan bersurai 5 . Aturcara Majlis Tarikh: 22hb Mei 2010 (Sabtu) 8.12. sebarang arahan atau makluman akan dibuat oleh urusetia majlis menerusi system khidmat pesanan ringkas (SMS).p Ketua Unit Kokurikulum) Tel : 05-6884648 Fax : 05-6884648 15. Maklumat Urusetia Maklumat urusetia adalah seperti berikut: Pertubuhan Belia Warisan & Integrasi Rakyat (PERWIRA) Sekretariat d/a Unit Sukan & Aktiviti No 68.00pagi: Semua peserta mengambil tempat : Ketibaan YAB : Ucapan Aluan : Gotong Royong bermula : Rehat/Makan/Minum 1. Bandar Baru 32040 Sri Manjung Perak Darul Ridzuan (u. Hebahan Dari semasa ke semasa.30ptg : Berkumpul disurau bagi persiapan bacaan yassin dan tahlil 7. email atau laman sesawang Pertubuhan.30mlm : Sembahyang maghrib berjemaah : Bacaan Yassin. Lorong Warisan 4.00tghari: Penutup 6. Penginapan dan Peralatan Cadangan bagi menginap di Masjid berhampiran lokasi majlis gotong royong pada malam sebelumnya. Fasa 3B.

1 Berikut adalah anggaran perbelanjaan bagi melaksanakan program ini.16.400.00 RM7/orang x 300 RM2.00) 6 .00 Jumlah Keseluruhan: Ringgit Malaysia Dua Ribu Empat Ratus sahaja (RM2. Mohd Azrul Bin Zulkifli Ismail Abdul Rahman Mohd Al-Faiz Yusoff Albakri Siti Zaleha Binti Mat Akhir Ishak Bin Abdul Rahman Mohd Al-Faiz Yusoff Albakri Ismail Othman Azizan Mat Saaid Shuhaidy Sharon Norsheilanita Binti Maslan Anggaran Perbelanjaan 17. Jawatankuasa Kerja Pengarah Program Muhammad Noor Azuan Bin Nasri Setiausaha: Azmi Bin Murid Bendahari Siti Zaleha Binti Mat Akhir Penyelaras: JK Aktiviti Integrasi JK Makanan JK Logistik JK Jemputan.Publisiti dan Dokumentasi JK Kutipan dan Sumbangan JK Penyelaras Bacaan Yassin JK Persiapan Makanan (Malam) 17.00 RM 150.100.Sambutan dan Protokol JK Peralatan JK Rakaman. Deskripsi Unit Percetakan Makanan (siang & malam) Alat Tulis Jumlah RM 150.

masing Pada dasarnya penglibatan individu di dalam menerajui sesuatu program ini dapat mewujudkan semangat bersatu-padu. Disamping itu.18. Kementerian dan Kerajaan. 19. Kesimpulan Umum mengetahui sumbangan belia dalam pembangunan sesebuah negara amatlah besar. program ini dapat mendekatkan para belia terhadap satu aktiviti yang lebih positif dan mengelakkan diri dari aktiviti-aktiviti yang tidak sihat. Tujuan Kertas Kerja Tujuan kertas kerja ini dirangka adalah bagi mendapatkan bantuan dana untuk merealisasikan majlis ini. 7 . Justeru itu. Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk memesatkan lagi peranan belia dalam masyarakat. Diharapkan semoga dengan bantuan kewangan dari pihak Jabatan dan Kementerian akan dapat menjayakan program yang telah kami rancang ini. Semoga satu usaha murni dari pertubuhan belia kami ini mendapat sokongan dan bimbingan dari pihak Jabatan. meningkatkan kepimpinan dan jati diri. kami merancang untuk mengumpul dana bagi menjalankan beberapa lagi aktiviti yang telah dirancang bagi tahun ini. mereka hendaklah sentiasa diberikan pendedahan maklumat agar seiring dengan pembangunan negara disamping memahami tugas dan tanggungjawab masing. Selain itu.