You are on page 1of 3

SEKSYEN KOKURIKULUM, ELEKTIF LUAR FAKULTI DAN TITAS (SKET),

UNIVERSITI MALAYA
GXEX1411 HUBUNGAN ETNIK
PANDUAN MENYEDIAKAN
PEMBENTANGAN TOPIKAL DAN PROJEK VIDEO
1. Terdapat DUA tugasan yang perlu dilaksanakan oleh pelajar iaitu PEMBENTANGAN
TOPIKAL dan PROJEK VIDEO. Pembahagian markah bagi penilaian berterusan adalah
seperti berikut:
Pembentangan Topikal+MooC
Projek Video+ Refleksi

20%
50%

2. Tugasan disediakan secara berkumpulan. Kumpulan adalah sama bagi melaksanakan


kedua-dua tugasan. Mesti terdiri daripada pelbagai etnik (melainkan dibenarkan oleh
pensyarah).
3. Setiap ahli kumpulan mesti memberi kerjasama. Jika terdapat sebarang aduan mengenai
pelajar tersebut ini mungkin menjejaskan markah tugasan dan penilaian kerja
berpasukannya.

A. PEMBENTANGAN TOPIKAL
1. Setiap kumpulan pelajar akan diberikan dokumen rasmi mengikut topik-topik yang telah
dikenalpasti. Pelajar perlu mengenalpasti intipati dokumen, menganalisis dan menilai isu,
menjelaskan idea serta memberi penyelesaian alternatif sesuai dengan situasi semasa.
2. Dokumen rasmi dibekalkan pada minggu ke-3.
3. Setiap kumpulan perlu membentangkan hasil analisis dokumen rasmi dan pembentangan
akan bermula pada minggu ke-6.
4. Berikut adalah kriteria yang akan dinilai semasa pembentangan:
(a) Isi kandungan - Perbincangan menjurus kepada dokumen rasmi.
Dapat mengenalpasti dan menganalisis isu serta menilai perbincangan.
(b) Kreativiti - Menggunakan slide, isi perbincangan adalah berkaitan dan
terdapat nilai kreativiti tambahan seperti video hasil karya lakonan, sajak
dan lain-lain.
(c) Verbal dan soal jawab - Menyampai idea dengan terang, berkesan dan
penuh keyakinan. Jawapan yang tepat dan huraian yang bersesuaian
hasil daripada analisis. Mendengar dengan aktif dan memberi maklum
balas. Boleh berkomunikasi dengan rakan dari budaya berlainan.

1/2

GXEX1411/17.02.15

SEKSYEN KOKURIKULUM, ELEKTIF LUAR FAKULTI DAN TITAS (SKET),


UNIVERSITI MALAYA
GXEX1411 HUBUNGAN ETNIK
PANDUAN MENYEDIAKAN
PEMBENTANGAN TOPIKAL DAN PROJEK VIDEO

B. PROJEK VIDEO
1. Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan proposal bagi projek video yang ingin
dilakukan. Proposal perlu dibentang bermula minggu ke-4.
2. Video perlu dibentangkan bermula pada minggu ke-8.
3. Berikut adalah struktur bagi proposal tersebut:
(a) Tema
(b) Tajuk
(c) Bentuk bahan - Dokumentari, iklan, drama pendek dan lain-lain.
(d) Permasalahan kajian.
(e) Objektif kajian i. Nilai yang ingin dicapai misalnya hormat menghormati,
bekerjasama, mengurangkan jurang perbezaan.
ii. Ciri-ciri identiti nasional yang ingin ditonjolkan
misalnya bahasa, budaya, patriotisme dan lain-lain.
f) Peranan, produksi, proses kerja, Gantt Chart.
4. Video yang dihasilkan akan menggambarkan komitmen kumpulan pelajar dan perlulah
mempunyai perkara-perkara berikut untuk dinilai oleh pensyarah:
(a) Plot penceritaan
(b) Penghayatan peranan
(c) Aplikasi nilai
(d) Kreativiti penggunaan teknologi
(e) Hasil kerja
5. Refleksi perlu dimasukkan juga di dalam video yang mana pelajar perlu mengaitkan
konsep yang dipelajari dengan pengalaman yang dilalui dengan jelas. Refleksi yang
dinyatakan juga perlu mendalam dan mempunyai penghayatan iaitu menyebut tentang
pengajaran dan pandangan serta mempunyai penilaian.

Sekian, terima kasih.


2/2

GXEX1411/17.02.15

SEKSYEN KOKURIKULUM, ELEKTIF LUAR FAKULTI DAN TITAS (SKET),


UNIVERSITI MALAYA
GXEX1411 HUBUNGAN ETNIK
PANDUAN MENYEDIAKAN
PEMBENTANGAN TOPIKAL DAN PROJEK VIDEO

GXEX1411/17.02.15

You might also like