You are on page 1of 2

Selepas Amerika Syarikat mengambil alih pentadbiran Jepun pada 2 September 1945, Jeneral

Douglas MacArthur telah dilantik sebagai Panglima Tertinggi Pihak Bersekutu (SCAP
Supreme Commander for the Allied Powers). Pendudukan Amerika Syarikat ini telah
memberi perubahan yang sangat besar terhadap aspek politik, ekonomi dan sosial Jepun
selepas kalah dalam Perang Dunia Kedua.
Dari aspek politik, perlembagaan baru telah diperkenalkan pada tahun 1947 dan
perubahan yang paling mendalam dalam dokumen itu termasuk penurunan status maharaja
kepada sebuah boneka tanpa kawalan politik dan meletakkan lebih kuasa dalam sistem
parlimen, menggalakkan hak-hak dan keistimewaan yang lebih besar untuk wanita, dan
keluar daripada segala perang, yang melibatkan penghapusan semua pertahanan angkatan
tentera. Berlandaskan perlembagaan tersebut, Jepun telah mengamalkan semula sistem
kerajaan berparlimen dengan sebuah Dewan Perundangan Dwidewan (Diet) sebagai struktur
tertinggi negara. Diet terdiri dari Dewan Rakyat dan Dewan Ahli Majlis (House of
Councillors) yang merupakan perundangan kerajaan yang tunggal. Perubahan yang
seterusnya adalah dengan membubarkan empayar Jepun dengan membubarkan tentera Jepun
dan menjadikan negara Jepun bebas tentera. Pembubaran tentera ini merupakan objektif
utama SCAP dan ia dilaksanakan menjelang bulan Disember 1945 dengan pembubaran
Tentera Darat, Laut dan Udara Imperial Jepun. Dengan pembubaran ini, hampir dua juta
askar dan tentera Jepun telah kembali ke kehidupan awam. Pemansuhan angkatan tentera
juga melibatkan pengubahan kilang-kilang pengeluaran senjata kepada pembuatan barangbarang bukan tentera.
Dari sudut ekonomi, telah berlaku banyak perubahan selepas perang dunia kedua. Hal
ini demikian kerana, kekalahan Jepun dalam peperangan tersebut telah menjejaskan
ekonominya. Kerugian yang dialami Jepun telah memberikan tekanan kepada Jepun untuk
mengembangkan sistem ekonominya justeru berlakunya beberapa perubahan iaitu
pembubaran Zaibatsu, pembaharuan sistem tanah, dan pembaharuan pasaran buruh.
Sebanyak lapan puluh tiga buah syarikat Zaibatsu dibubarkan, harta-harta keluarga Zaibatsu
dibekukan, dan pemimpin-pemimpin Zaibatsu diasingkan dari bidang perniagaan dan politik.
Keadaan tersebut telah memecahkan Zaibatsu menjadi syarikat-syarikat bahagian. Untuk
menyekat mereka dari bersatu semula satu undang-undang anti-monopoli diluluskan.
Undang-undang harta pusaka dan cukai-cukai pendapatan baru diluluskan sebagai langkahlangkah menyekat pengumpulan harta persendirian yang banyak. Selain itu, Kerajaan Jepun
telah membahagikan semula hampir empat juta ekar tanah pertanian kepada lebih kurang tiga

juta petani-petani yang dahulunya telah menyewa tanah dari tuan-tuan tanah termasuk tuantuan tanah yang tinggal jauh. Para petani, penyewa mahupun pengusaha tanah boleh membeli
tanah yang mereka usahakan dalam tiga puluh bayaran ansuran dengan kadar faedah yang
rendah.
Dari sudut sosial pula, Jepun telah mengalami perubahan dalam pendidikan, hak
wanita, sekatan bersuara, infrastruktur dan pembangunan, agama, kebebasan akhbar dan
filem. Perubahan pendidikan yang dilakukan ialah dari segi penyelerasan pelajaran selaras
dengan Amerika. Kandungan pelajaran diubah dan isi kandungan buku teks lama juga
digantikan dengan yang baru bagi memberi penekanan terhadap prinsip demokrasi. Hal ini
disebabkan Amerika percaya dengan adanya pendidikan yang teguh ia akan mampu untuk
mengubah Jepun kearah lebih moden. SCAP yang ingin mencapai idealistik seperti
pendidikan di Amerika dimana semua penduduk Jepun akan menerima pendidikan.
Pengenalan kepada sistem baru dimana memberi peluang kepada individu untuk mempelajari
apa yang mereka minat. Manakala dari segi hak wanita pula, golongan wanita sudah mulai
diberikan hak untuk mengundi pemimpin pilihan mereka begitu juga dari segi pekerjaan. Ini
kerana kuasa luar melihat hak wanita dan hak lelaki adalah sama penting dalam memajukan
Jepun. Kedudukan wanita turut mengalami perubahan akibat perkembangan ekonomi yang
pesat. Fasal 14 Perlembagaan pada tahun 1946 yang menyebut taraf sama rata untuk semua
rakyat tanpa mengira status ekonomi ataupun perhubungan sosial mahupun asal usul
keluarga. Perubahan ketiga yang jelas ialah bagaimana SCAP telah menghalang kebebasan
bersuara, ini kerana mereka takut semangat orang Jepun akan dibangkitkan dan seterusnya
membawa kepada pemberontakan. Perkara lain seperti kebebasan akhbar dan filem lebih
kepada masa untuk masyarakat Jepun mendapatkan hiburan kerana berbanding sebelum
perang dunia kedua hiburan tidak begitu meluas kerana adanya kekangan. Infrastruktur dan
pembangunan lebih kepada pembinaan rumah dan pejabat namun pada tahun 1950
pembinaan lebih pesat dilakukan ekoran daripada keadaan ekonomi yang semakin stabil.
Kesimpulannya, penguasaan Amerika Syarikat ke atas Jepun selepas kalah di Perang
Dunia kdeua telah membawa perubahan yang sangat ketara terhadap Jepun khususnya dari
aspek politik, ekonomi dan sosial negara tersebut. Dasar pentadbiran membina yang
dilaksanakan oleh Amerika Syarikat ke atas Jepun dan sifat rakyatnya yang mampu
mengadaptasi perubahan tersebut merupakan satu titik tolak yang penting bagi kemajuan
Jepun pada hari ini. Hal ini kerana tanpa adanya keberanian untuk melakukan perubahan,
maka tidak adalah kemajuan yang akan dikecapi.

You might also like