You are on page 1of 6

Neraka dan Syurga


!











Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 185 surah Ali Imran:























Maksudnya : Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya
pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu
sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka
sesungguhnya dia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia
ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain
hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
Islam mengajar umatnya tentang keimanan bahawa kehidupan dunia ini
tidak kekal di mana kita semua pasti akan menemui saat kematian dan
seterusnya akan melalui alam barzakh sebelum dibangkitkan semula untuk
dihitung segala amalan samada memperolehi ganjaran Syurga atau seksaan
Neraka. Justeru marilah kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah

dengan melakukan segala suruhanNya disamping


laranganNya kerana itulah sebaik-baik bekalan akhirat

menjauhi

segala

Mimbar hari ini akan mengupas khutbah bertajuk : Mahalnya Modal Ke


Neraka Murahnya Modal Ke Syurga

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,


Secara umum makna kepada tajuk khutbah hari ini menunjukkan kepada kita
bagaimana modal untuk melakukan suatu amal soleh adalah lebih murah
berbanding modal yang diperlukan untuk melakukan suatu maksiat
penderhakaan terhadap Allah. Al-Quran dan hadis nabi s.a.w banyak
menjelaskan tentang Syurga dengan segala nikmatnya disamping Neraka
dengan segala seksaannya yang begitu dahsyat tetapi akibat jahil atau
dihinggapi penyakit hati mati maka kesemua tawaran hebat dan amaran
daripada Allah tidak dihiraukan. Akibat menurut hawa nafsu menyebabkan
ramai umat manusia sanggup menghabiskan harta dan umur mereka dalam
melakukan maksiat penderhakaan kepada Allah tanpa rasa menyesal malah
apa yang lebih dahsyat bila mereka berbangga di atas maksiat yang
dilakukan. Benarlah peringatan nabi s.a.w melalui suatu hadis :









Maksudnya : Syurga dipagari dengan sesuatu yang dibenci oleh hawa nafsu
manakala Neraka pula dipagari dengan sesuatu yang disukai oleh hawa
nafsu

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,


Antara contoh maksiat yang menyebabkan pelakunya dibalas dengan api
Neraka jika tidak bertaubat iaitu rasuah, riba, mencuri, merompak dan
mengambil harta orang lain tanpa hak di mana ia memerlukan kepada modal
dan risiko yang tinggi. Amalan rasuah boleh merosakkan individu,
masyarakat dan seterusnya Negara di mana modalnya bergantung kepada
sesuatu yang dihajati. Amalan buruk ini menghilangkan rasa keyakinan

terhadap kebolehan diri sendiri disamping menidakkan hak orang lain secara
zalim. Risikonya begitu tinggi di mana bakal berdepan dengan mahkamah
dunia lagi sehingga hilang segala kekayaan yang digenggam dan jawatan
yang disandang serta maruah diri dan keluarga hilang. Begitu juga pencuri
dan perompak melalui jalan payah untuk melakukan kejahatan malah
setengah keadaan berdepan risiko kehilangan nyawa disamping hukuman
berat jika berjaya ditangkap. Perbuatan maksiat bukan sahaja menyusahkan
diri sendiri malah menggugat keamanan orang lain.
Sebaliknya amalan yang boleh membawa kita kepada Syurga Allah begitu
mudah dan murah seperti amalan suka bersedekah setakat termampu dan
berkata-kata dengan perkataan yang baik terutama memberi nasihat yang
baik. Amalan ke Syurga bukan sahaja senang bila boleh melepasi halangan
godaan Syaitan dan pujuk rayu hawa nafsu malah ia akan mendatangkan
kebaikan kepada ahlinya dan masyarakat seterusnya Negara.




.. :












Maksudnya :..Takutilah akan seksa Neraka walau dengan sebelah buah
tamar. Maka sesiapa yang tidak mampu maka dengan kalimah yang baik
Jika kita mahu membina mahligai di dunia ini kosnya yang begitu tinggi
sedangkan kos untuk membina Mahligai dalam Syurga begitu murah asalkan
ikhlas










:

( )

Maksdunya : Sesiapa yang membina masjid nescaya Allah akan membina
baginya seumpamanya di Syurga.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,


Firman Allah dalam ayat 91 surah al-Maidah :




Maksudnya : Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu
menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak
dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan
daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti
(daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu
masih berdegil)?
Amalan yang boleh membawa ke Neraka lagi seperti minum arak dan berjudi
di mana kosnya agak tinggi, bahaya dan merugikan namun akibat gagal
mengawal hawa nafsu menyebabkan perasaan sayang kepada akal, harta
apatah lagi hukum halal haram diketepikan. Arak bukan sahaja merosakkan
akal dan mendatangkan penyakit kronik yang lain malah boleh
menyebabkan kehilangan nyawa akibat memandu di bawah pengaruh
alkohol. Orang mabuk turut membahayakan orang lain termasuk ahli
keluarga sehinga berlakunya pembunuhan ketika mabuk. Tidak ketinggalan
tabiat suka berjudi menyebabkan seseorang boleh jatuh muflis akibat hutang
untuk berjudi disamping menyusahkan orang lain termasuk menipu dan
mencuri bila terlalu kesuntukan wang untuk melepas nafsu berjudi. Tidak
kurang berlakunya perbalahan dalam rumahtangga dan masyarakat sekitar
akibat ketagihan judi.
Oleh itu mengapa mahu menempuh jalan susah dan mahal sedangkan
akibatnya begitu dahsyat iaitu Neraka ketika jalan mudah dan murah dengan
ganjaran hebat di Syurga terbentang luas di depan mata. Ayuh marilah kita
sama-sama berlumba untuk memasuki Syurga Allah dengan amalan yang
murah dan mudah. Kita yakin mereka yang terlibat dengan arak, dadah dan
judi ini kerana hati mereka kosong daripada makanan rohani akibat lupa
kepada Allah. Oleh itu berilah makanan terbaik kepada rohani kita antaranya
dengan membaca al-Quran, alunan zikir yang sepastinya tidak memerlukan
kepada modal yang banyak.
Firman Allah dalam ayat 28 surah ar-Raadu :

Maksudnya : (Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati


mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang
tenteramlah hati manusia.

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,


Kesimpulan yang boleh diambil daripada khutbah pada hari ini ialah :
Pertama
: Ajaran Islam begitu sesuai dengan fitrah kejadian manusia
sehingga amalan untuk membawa kita kepada Syurga adalah murah dan
mudah
Kedua
: Kita wajib sedar betapa mahal dan bahayanya maksiat
untuk ke Neraka tetapi akibat ditipu dengan godaan Syaitan dan hasutan
hawa nafsu menyebabkan manusia lupa kepada amaran keras daripada Allah
dan rasulNya
Ketiga
: Betapa bahayanya sifat jahil dan hati mati sehingga
kita tidak mengambil berat tentang tawaran hebat dan amaran dahsyat
daripada Allah
Firman Allah dalam ayat 18-20 surah as-Sajadah :





















Maksudnya : (Jika demikian halnya) maka adakah orang yang beriman sama
seperti orang yang fasik? Mereka tidaklah sama (dalam menerima
balasan). Adapun orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka
mereka akan beroleh Syurga tempat tinggal yang tetap sebagai balasan bagi
apa yang mereka telah kerjakan. Dan sebaliknya orang-orang yang fasik,
maka tempat kediaman mereka ialah neraka; tiap-tiap kali mereka hendak
keluar dari neraka itu, mereka dikembalikan kepadanya, serta dikatakan
kepada mereka: Rasalah azab neraka yang kamu sentiasa mendustakannya
di dunia dahulu.

You might also like