You are on page 1of 19

FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN

SEMESTER JANUARI / TAHUN 2015

ABSF2103
USUL FIQH 1

NO. MATRIKULASI

NO. KAD PENGENALAN

751014125697001
:

751014125697

NO. TELEFON

016 3747679

E-MEL

izz_ilham@yahoo.com

NAMA TUTOR

MUHD ZULHILMI BIN HARON

PUSAT PEMBELAJARAN

LABUAN LEARNING CENTRE

ISI KANDUNGAN

No

Tajuk

Halaman

1.0

Pengenalan

3-4

2.0

Konsep Hukum Menurut Perspektif Ahli Usul Fiqh

5 11

Dan Ahli Fiqh


3.0

Perbezaan Hukum Taklifi Dan Wadie

12 - 13

4.0

Keunikan Pandangan Ulama Hanafiah Berkaitan

14 15

Hukum Taklifi

5.0

Kesimpulan

16

Rujukan

17

1.0 PENGENALAN
2

Setiap detik dan ketika, di segenap penjuru walau di mana sahaja


kita berada di muka bumi Allah ini, kita pasti akan berhadapan dengan
hukum. Sama ada secara sedar atau tidak, suka atau duka semenjak kita
lahir di dunia ini. Hukum merupakan peraturan-peraturan hidup di dalam
masyarakat yang dapat memaksa orang supava menataati tata tertib
dalam masyarakat serta memberikan hukuman atau denda yang tegas
terhadap siapa saja yang tidak mahu patuh mematuhinya.
Hukum memiliki ciri-ciri sebagai berikut :
a. Adanya perintah / larangan.
b. Perintah / larangan itu bersifat memaksa atau mengikat semua
orang.
Selain itu, hukum juga mengandungi beberapa unsur berikut.
a. Peraturan mengenai tingkah laku manusia dalam pergaulan
masyarakat.
b. Peraturan itu dibentuk oleh badan-badan resmi yang berwajib/
berwenang.
c. Peraturan itu bersifat memaksa.
e. Hukuman terhadap pelanggaran peraturan tersebut adalah tegas
dan nyata.

1.1 Pengertian Hukum Menurut Pakar


Terdapat beberapa pendapat para pakar mengenai pengertian hukum
i.

.Mayers

Hukum itu adalah semua aturan yang menyangkut kesusilaan dan


ditujukan terhadap tingkah laku manusia dalam masyarakat serta sebagai
pedoman bagi penguasa Negara dalam melaksanakan tugasnya.

ii.

Utrecht

Hukum adalah himpunan perintah dan larangan untuk mencapai ketertiba


n dalam masyarakat dan oleh kerananya masyarakat harus mematuhinya.
iii.

Tullius Cicerco

Hukum adalah akal tertinggi yang ditanamkan

oleh alam dalam diri

manusia untuk menetapkan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh
dilakukan.
iv.

Hugo Grotius

Hukum adalah aturan tentang tindakan moral yang mewajibkan apa yang
benar.
[

Arizaldhy

Satria

Nugraha ]

Hukum dalam kategori ini adalah hukum ciptaan manusia yang


boleh di ubah atau dipinda dan ini dinamakan sebagai hukum atau
undang-undang sivil (hukum yang dibuat oleh manusia). Contohnya,
peraturan memakai tali pinggang kaledar adalah wajib di Malaysia namun
tidak berdosa bagi manusia yang melanggarnya tetapi akan dikenakan
denda berbenbtuk wang tunai atau sebagainya
[

Arizaldhy

Satria

Nugraha ]
Manakala, hukum ciptaan Allah adalah hukum yang bersifat qatie
yang terdapat dalam quran dan sunnah tidak boleh di ubah dan kekal
sehingga ke hari kiamat

dinamakan sebagai hukum syariah Islamiyah.

Contohnya, hukum mengerjakan solat adalah wajib dan berdosa bagi


sesiapa yang meninggalkannya serta mendapat pahala bagi sesiapa yang
mengerjakannya.
Sebagai kesimpulanya, hukum yang digubal merupakan peraturanperaturan yang bersifat perintah ataupun larangan yang harus dipatuhi
4

untuk

mengatur tingkah

laku

manusia

mencapai keadilan, keseimbangan, keselarasan dan

untuk
keselamatan

dalam kehidupan. Hukum ciptaan Allah adalah merupakan hukum yang


bersifat qatie dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat di dunia ini
serta releven bagi sepanjang zaman.
Justeru, tugasan yang diberikan ini akan membincangkan secara
lebih lanjut mengenai konsep hukum menurut perspektif ahli Usul Fiqh
dan ahli Fiqh. Selain itu, perbezaan hukum Taklifi Dan Wadie dalam
aplikasi hukum oleh mukallaf serta keunikan pandangan Ulama Hanafiah
berkaitan hukum Taklifi.

2.0 KONSEP HUKUM MENURUT PERSPEKTIF AHLI USUL FIQH DAN


AHLI FIQH
Pada
dengan

dasarnya, hukum Islam mengatur hubungan dengan Allah

manusia

dan hubungan

antara manusia

sesama

manusia

(Hablumminallah wa hablumminannaas).
Hukum syarak ialah titah Allah yang berkaitan dengan perbuatan
mukallaf sama ada berbentuk tuntutan(), pilihan( )dan peletakan
jadi(). Pembahagian hukum syarak yang disepakati oleh jumhur
ulama terdiri daripada dua bahagian iaitu hukum taklifi dan hukum wadie.
Hukum taklifi adalah perbuatan yang dituntut oleh Allah ke atas
mukallaf supaya melakukan atau meninggalkan sesuatu perbuatan atau
memilih sama ada melakukan atau tidak perbuatan tersebut.
Hukum wadie pula merupakan tuntutan menjadikan sesuatu itu
sebagai sebab atau syarat atau penghalang ke atas wujudnya sesuatu
hukum. Menurut jumhur, hukum taklifi terbahagi kepada lima iaitu wajib,
sunat, makruh, haram dan harus. Manakala hukum wadie pula terbahagi
kepada tiga iaitu sebab, syarat dan penghalang.
2.1 Hukum Taklifi
5

Hukum Taklifi mengandungi 5 hukum iaitu :


1.Wajib
2.Haram
3.Makruh
4.Harus
5.Sunat

2.1.1 Wajib ( Iijab)


Wajib ialah tuntutan syarak ke atas mukallaf supaya melakukan
sesuatu perbuatan dengan tuntutan pasti (jazmun). Sekiranya tidak
dilaksanakan, dia akan berdosa. Jika dilaksanakan mendapat pahala.
Contohnya solat lima waktu. Firman Allah SWT :


Maksudnya; "Dirikanlah solat dan keluarkan zakat dan taatilah perintah
Rasul, mudah-mudahan kamu dirahmati Allah". An-Nur : ayat 56
Ayat di atas menjelaskan bahawa solat dan zakat itu adalah wajib
kerana ia satu bentuk tuntutan yang pasti (jazmun) iaitu berdasarkan dalil
qat'i, al-Quran al-Kariim.

2.1.2 Haram
Haram

ialah

tuntutan

syarak

supaya

meninggalkan

sesuatu

perbuatan dengan tuntutan pasti (jazmun). Sekiranya seseorang mukallaf


itu melakukannya, dia akan berdosa. sebaliknya jika ditinggalkan berdosa.
Contohnya, larangan mengumpat. Firman Allah SWT;

Maksudnya; Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari


sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang)
kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan
janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban
orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.
Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang
telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu
jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan
bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat,
lagi Maha mengasihani. al-Hujarat : ayat 12
Ayat di atas menjelaskan bahawa mengumpat itu adalah haram
kerana ia satu bentuk tuntutan yang pasti (jazmun) iaitu berdasarkan dalil
qat'i, al-Quran al-Kariim.

2.1.3 Makruh
Sesuatu perkara yang mana lebih afdhal (utama) ditinggalkan dari
dilakukan atau apa yg dituntut oleh syarak kepada setiap mukallaf supaya
ditinggalkan (bukan dgn ilzam), di mana lafaz adalah lafaz benci atau
larangan tetapi terdapat qarinah yang menunjukkan ia bukanlah haram,
tetapi Makruh. Contoh.





Maksudnya;

Wahai

orang-orang

yang

beriman,

janganlah

kamu

menanyakan (kepada Nabimu) hal-hal yang jika diterangkan kepadamu


akan menyusahkan kamu dan jika kamu menanyakan di waktu Al Quran
itu diturunkan, niscaya akan diterangkan kepadamu, Allah memaafkan
(kamu)

tentang

hal-hal

itu.

Allah

Penyantun.
7

Maha

Pengampun

lagi

Maha

Al-Maidah : ayat 101.


Qarinah daripada hukum Haram kepada hukum Makruh berdasarkan..
Dan jika kamu menanyakan di waktu Al Quran itu diturunkan,
niscaya akan diterangkan kepadamu, Allah memaafkan (kamu) tentang
hal-hal itu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun. Al-Maidah :
101.
Hukum Makruh ialah pembuatnya tidak berdosa, tetapi hanya
dicela. Sesiapa yang meninggalkannya (tidak membuat perkara tersebut)
akan mendapat pahala dan pujian daripada Allah SWT.
2.1.4 Harus
Sesuatu perkara yang mana syarak telah memberi pilihan kepada
setiap mukallaf sama ada untuk melakukannya atau meninggalkannya.
Tidak ada pujian dan celaan kepada sesiapa yang melakukannya atau
meninggalkannya, jadi hukumnya adalah halal.
Contohnya;








Maksudnya; Dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita-wanita itu
dengan sindiran atau kamu menyembunyikan (keinginan mengawini
mereka) dalam hatimu. Allah mengetahui bahwa kamu akan menyebutnyebut mereka, dalam pada itu janganlah kamu mengadakan janji kawin
dengan mereka secara rahasia, kecuali sekedar mengucapkan (kepada
mereka) perkataan yang ma'ruf dan janganlah kamu ber'azam (bertetap
hati) untuk beraqad nikah, sebelum habis 'iddahnya. dan Ketahuilah
bahwasanya Allah mengetahui apa yang ada dalam hatimu; Maka

takutlah kepada-Nya, dan Ketahuilah bahwa Allah Maha Pengampun lagi


Maha Penyantun. Al-Baqarah : ayat 235
2.1.5 Sunat (Mandub)
Apa yang dituntut oleh syarak untuk melakukannya dengan lafaz
tidak

jazmun

(tidak

qat'ie),

iaitu

dengan

memuji

orang

yang

melakukannya dengan mengurniakan pahala, tidak mencela dan tidak


berdosa orang yang meninggalkannya.
Contohnya ialah sunat menulis/mencatatkan hutang..



Maksudnya; Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu
menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberikan
tempoh sehingga ke suatu masa yang tertentu, maka hendaklah kamu
menulis (hutang dan masa bayarannya) itu. Dan hendaklah seorang
penulis di antara kamu yang menulisnya dengan adil (benar)... AlBaqarah : 282.
Lafaz di atas menunjukkan lafaz tuntutan yang pasti (jazmun)
tetapi terdapat qarinah .

Maksudnya; Dan jika kamu berada dalam musafir (lalu kamu berhutang
atau memberi hutang yang bertempoh), sedang kamu tidak mendapati
jurutulis, maka

hendaklah

diadakan

barang

gadaian

untuk

dipegang (oleh orang yang memberikan hutang). Kemudian kalau


yang memberi hutang percaya kepada yang berhutang (dengan tidak
payah bersurat , saksi dan barang gadaian), maka hendaklah orang (yang
berhutang) yang dipercayai itu menyempurnakan bayaran hutang yang
diamanahkan kepadanya, dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah dan
9

Tuhannya. Dan janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi)


menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu. Dan sesiapa yang
memyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa
hatinya. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu
kerjakan. Al-Baqarah : 283
Nas al-Quran di atas (al-Baqarah : 283) menunjukkan bahawa tuntutan
untuk

menulis/mencatat

hutang

adalah Sunat

(Mandub) bukannya Wajib.

2.2 Hukum Wad'ie


Kebanyakan

ulama'

telah

membahagikan

hukum

wad'ie kepada sebab, syarat dan penghalang. Namun ulama' mazhab


syafie telah menambah dengan sah dan batal.
2.2.1 Sebab
Sebab ialah sesuatu yang menjadi asas wujudnya sesuatu hukum.
Oleh

sebab

itu,

apabila

ada sebab adanyahukum.

tiada sebab, tiada hukum.


Contoh : Firman ALLAH SWT;






Maksudnya; Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari
hingga

waktu

sesungguhnya

gelap

malam,

sembahyang

dan

(dirikanlah)

Subuh

itu

sembahyang
adalah

Subuh

disaksikan

(keistimewaannya). surah al-Isra' :ayat 78


Ayat di atas menunjukkan bahawa gelincir matahari menjadi sebab wajib
solat Zohor.
10

2.2.2 Syarat
Syarat

ialah

sesuatu

yang

adanya hukum. Tetapi tidak

kerana

adanya,

semestinya apabila

adanya,

adanyahukum.
Contoh, Wuduk adalah syarat sahnya solat. Apabila tiada wuduk, solat
tidak sah. Tetapi, tidak semestinya seseorang itu berwuduk kerana hendak
menunaikan solat, mungkin dia berwuduk kerana tujuan lain seperti Tawaf
dan sebagainya.
Sabda Rasulullah SAW ;
"Tidak ada (tidak sah) solat bagi org yang tidak berwudhuk" Riwayat
Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah dan al-Hakim
Hadis di atas menunjukkan bahawa wudhuk adalah syarat sah solat.
Tanpanya solat tidak sah.

2.2.3 Penghalang (Maani)


Penghalang ialah sesuatu yang kerananya, sesuatu hukum tidak
dapat

dilaksanakan,

sedangkan

dilaksanakan.contohnya,
mewariskan

harta

tanpanya,hukum tersebut

perbezaan

dengan

ahli

agama

waris

di

antara

orang

dapat
yang

menjadi penghalang kepada

pembahagian pusaka. Jika tiada perbezaan agama di antara keduanya,


hukum pembahagian pusaka dapat dilaksanakan. Sabda Rasulullah SAW :
"Orang Kafir tidak mewarisi pusaka orang Islam dan orang Islam tidak
mewarisi pusaka orang kafir" Riwayat Ahmad.
Hadis

di

atas

menjelaskan

bahawa

merupakan penghalang penerimaan harta pusaka.

11

perbezaan

agama

Penghalang terbahagi kepada 2 iaitu ;


1. Maani al-hukmi (penghalang hukum) menghalang sesuatu hukum
dijatuhkan. Contohnya, sesiapa yang melakukan pembunuhan dengan
sengaja, maka akan dikenakan qishash. Tetapi hukum qishash akan
terhalang jika ayah membunuh anaknya walaupun dengan sengaja. Jadi
ayah,

tidak

akan

di

qishash.

Kedudukannya

sebagai ayah telah

menghalang pelaksanaan qishash ke atas dirinya.


2. Maani lisabab (penghalang sebab) menghalang sesuatu ketetapan
kerana adanya sebab tertentu contohnya seorang ahli waris layak
menerima pusaka si mati. Tetapi ahli waris yang membunuh orang yg
layak diwarisi hartanya, maka dia tidak layak menerima harta pusaka.
Jadi, membunuh / pembunuhan merupakan

sebab yang menghalang

penerimaan harta pusaka.

2.2.4 Sah (sahih)


Sah ialah perbuatan yang sempurna syarat dan rukunnya serta
terhasil kesan yang dikehendaki darinya sebagaimana yang ditetapkan
oleh syara'. Contohnya, solat yang dilakukan dengan mencukupi sayarat
dan rukunnya, dikira sah oleh syarak. Hasilnya, solat tersebut tidak perlu
diulangi atau diqadhakan.

2.2.5 Batal (Bathil)


Batal ialah perbuatan yang tidak sempurna syarat dan rukunnya
serta tidak terhasil kesan yang dikehendaki darinya sebagaimana yang
ditetapkan oleh syara'. Contohnya, solat yang dilakukan tanpa mencukupi
sayarat dan rukunnya, (contohnya belum masuk waktu) dikira batal oleh
syarak. Hasilnya, solat tersebut perlu diulangi jika waktunya belum luput
atau diqadhakan.jika telah berakhir waktunya.

12

3.0 PERBEZAAN HUKUM TAKLIFI DAN WADIE

Terdapat perbezaan antara Hukum Taklifi Dan Wadie dalam aplikasi


hukum kepada mukallaf. Antarnya ialah:
I.

Hukum taklifi adalah hukum yang menuntut pada mukallaf


untuk berbuat, menuntut untuk tidak berbuat atau menghendaki
agar

mukallaf

memilih

antara

berbuat

atau

tidak.

Contoh hukum yang menuntut kepada mukallaf untuk berbuat


adalah firman Allah SWT :



Maksudnya; Ambillah zakat dari sebagian harta mereka (Surah
.At-Taubah: 103)
Manakala, hukum wadie pula merupakan hukum ketentuan
dimana ia menentukan sejauh mana sah atau batalnya sesuatu
hukum berdasarkan perkaitan sesuatu perkara dengan sesuatu
sebab, syarat atau halangan yang boleh menentukan hukumnya.
Contoh : Firman ALLAH SWT;

13

Maksudnya;

Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir

matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang


Subuh sesungguhnya sembahyang Subuh itu adalah disaksikan
(keistimewaannya). Surah Al-Isra' :ayat 78.
Ayat

di

atas

menunjukkan

bahawa

gelincir

matahari

menjadi sebab wajib solat Zohor.


II.

Hukum taklifi adalah termasuk dalam bidang usaha manusia


seluruhnya

dan

mereka

mampu

melaksanakannya

atau

meninggalkan perbuatan yang disuruh, dilarang atau diberikan


pilihan mengikut keinginannya sendiri. Sebagai contoh, dia mampu
melakukan kewajipan solat. Dia juag mampu untuk meninggalkan
zina. Ini kerana kedua-dua perkara tersebut merupakan perkara
dibawah kawalan manusia.
Manakala hukum wad'ie pula tidak semestinya boleh dikawal
oleh mukalaf kerana terdapat sebahagian daripadanya adalah di
luar kemampuan manusia.
Sebagai contoh, antara perkara yang boleh dikawal oleh mukalaf
ialah

perbuatan

mencuri

dan

zina

sebagai

sebab

kepada

perlaksanaan hukuman hudud, kehadiran saksi sebagai syarat


kesahihan perkahwinan.
Manakala, contoh bagi hukum Wadie yang berada diluar
kawalan mukalaf pula ialah
Seperti gelincir matahari sebagai sebab kepada kewajipan solat
zuhur,

baligh

menguruskan

sebagai
hal

syarat

ehwal

menghentikan

kanak-kanak

yang

hak

wali

berada

untuk

dibawah

jagaannya dan kewujudan penyakit gila sebagai mani kepada


kesahihan akad yang dimeterai oehnya.
III.

Hukum

Taklifi

hanya

membincangkan

hal-hal

berkaitan

dengan mukalaf sahaja.


Sebaliknya, hukum Wadie turut membincangkan bersama hal-hal
yang berkaitan dengan individu yang bukan mukalaf. Contohnya,
kanak-kanak dan orang gila. Sebagai contoh, hukum Wadie
membincangkan

sama

ada

tindakan
14

yang

diambil

oleh

dua

golongan tersebut terutamanya dalam perlaksanaan kontrak jual


beli dianggap sah atau sebaliknya.

4.0 KEUNIKAN PANDANGAN ULAMA HANAFIAH BERKAITAN HUKUM


TAKLIFI
Hukum taklifi adalah perbuatan yang dituntut oleh Allah ke atas
mukallaf supaya melakukan atau meninggalkan sesuatu perbuatan atau
memilih sama ada melakukan atau tidak perbuatan tersebut. Menurut
jumhur, hukum taklifi terbahagi kepada lima iaitu wajib, sunat, makruh,
haram dan harus. Namun, terdapat keunikan terhadap pandangan Ulama
Hanafiah berkaitan hukum taklifi. Ulama Hanafiah menetapkan bahawa
hukum taklifi mengandungi hukum lain yang dibezakan dengan wajib iaitu
fardu.
Ulama Hanafiah berpendapat bahawa fardhu dan wajib adalah dua
perkara yang berbeza. Fardhu mempunyai martabat yang lebih tinggi dari
wajib kerana fardhu disabitkan dengan dalil yang qatiyy melalui al-Quran,
sunnah mutawatir atau ijma. Manakala wajib pula disabitkan dengan dalil
zanni seperti khobar ahad dan qias.
Menurut mereka fardhu mesti mengandungi dua syarat :
i

Ia mesti mengandungi makna wajib

ii.

Pensabitannya dengan dalil yang qatie

15

Dua syarat ini tidak boleh dipisahkan. Walaupun sunat disabitkan


dengan dalil yang putus tetapi ia tidak mengandungi makna wajib. Oleh
itu, takrif sunat tidak boleh diertikan sebagai fardhu.

Fardhu itu

membawa makna kesan ( ), manakala wajib pula adalah gugur(


). Apabila terdapat kesan dan gugur, di sini mereka lebih cenderung
mengutamakan fardhu (kesan) iaitu dengan jalan yang qatie. Maka, di
sini terdapat perbezaan.
Walaupun terdapat perbezaan dalil pensabitan di antara fardhu dan
wajib, ia tidak memberi sebarang erti dan mempunyai makna tuntutan
secara pasti. Makna lafaz wajib lebih kuat daripada makna lafaz fardhu
kerana lafaz fardhu mempunyai makna lain selain makna wajib. Lafaz
fardhu tidak membawa makna wajib kecuali pada lafaz fardhu itu dilihat
dari segi penggunaannya yang mengandungi kadar. Ini kerana makna
fardhu itu membawa makna yang banyak antaranya:
i.

Kadar. Contohnya hakim mengkadarkan pemberian nafkah

kepada wanita.

ii.

Inzal, seperti firman Allah Taala:

Maksudnya: Sesungguhnya Allah yang mewajibkan kepadamu


(beramal dan menyampaikan) Al-Quran (Wahai Muhammad) sudah
tentu akan menyampaikan Engkau lagi kepada apa yang Engkau
ingini dan cintai.
iii.

Bayan, seperti firman Allah Taala.

Maksudnya: (Ini adalah) satu surat yang kami turunkan dan kami
wajibkan

(menjalankan

hukum-hukum

yang

ada

di

dalam)nya.

Berdasarkan kepada dalil-dalil tersebut jelaslah wajib hanya membawa


kepada satu makna sahaja, iaitu makna gugur. Misalnya iaitu
dinding

runtuh,

dan

iaitu

terbenam

matahari.

kebarangkalian makna lafaz fardhu itu lebih banyak berbanding

Maka,
lafaz

wajib. Oleh itu, penggunaan makna yang qatie kepada lafaz wajib adalah
lebih kuat berbanding lafaz fardhu
Antara hujah Ulama Hanafiah dalam firman Allah Taala :
16

Maksudnya: Maka mereka berhak mendapat separuh dari maskahwin..


(Al-Baqarah: 237).
Merujuk kepada ayat di atas perkataan ( ) membawa maksud telah
ditentukan atau telah dihadkan.

5.0 KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, para ahli ushul memberi istilah pada
hukum yang berhubungan dengan perbuatan mukallaf dalam bentuk
tuntutan atau pilihan dengan hukum Taklifi, manakala hukum yang
berhubungan dengan perbuatan mukallaf dalam bentuk ketetapan dengan
hukum Wadhi.
Perbezaan di antara jumhur dan mazhab Hanafi ini hanyalah pada
lafaz dan

bukan pada makna. Sebenarnya, kedua-dua mazhab ini

bersetuju pada makna fardu dan wajib tetapi mereka ini berselisih
pendapat dalam lafaz, ungkapan, dan istilah sahaja. Justeru, perbezaan
yang terdapat di kalangan jumhur ulama
17

dan ulama Hanafi dalam

mengertikan istilah wajib dan fardhu adalah berkisar dari sumber dalil
yang digunakan untuk mengetahui sesuatu hukum. Bagi ulama Hanafi,
jika hukum itu disabitkan dengan dalil qatiyy, ia disebut sebagai fardhu.
Contohnya seperti rukun Islam yang lima dan sembahyang lima waktu itu
dikatakan fardhu kerana disabitkan melalui ayat al-Quran. Membaca alQuran di dalam sembahyang, ia adalah fardhu kerana sumbernya adalah
dari hadis mutawatir. Jika sumbernya adalah dalil zanni, ia dikatakan
sebagai wajib. Contohnya, membaca fatihah di dalam sembahyang, ia
wajib kerana sumbernya adalah hadis ahad. Begitu juga dengan
sembahyang witir dan sembahyang dua hari raya.
Jumhur

ulama

pula

berpendapat,

tidak

kira

sama

ada

ia

bersumberkan dalil yang qatiyy atau zanni, ia dinamakan dengan wajib


ataupun fardhu. Wajib dan fardhu bagi mereka tidak ada bezanya.
[ Sofiah Binti Abu Bakar, Norashikin Binti Abd Halim, Nurul Farahin
Binti Azman & Norshahira Binti Kamarzaman ]
Selain itu, terdapat perbezaan antara hukum Taklifi dan hukum
Wadie dalam aplikasi hukum kepada mukallaf. Hukum taklifi adalah
hukum yang menuntut pada mukallaf untuk berbuat, menuntut untuk
tidak berbuat atau menghendaki agar mukallaf memilih antara berbuat
atau tidak. Hukum taklifi terbahagi kepada lima iaitu wajib, sunat, makruh,
haram dan harus. Manakala hukum wadie pula terbahagi kepada tiga
iaitu sebab, syarat dan penghalang.
(

3,045

Patah

Perkataan )

RUJUKAN
Haji Muhammad Soleh Bin Haji Ahmad (2002). Qawaid Fiqhiyyah. Kuala
Lumpur: Pustaka Haji Abdul Majid.
Abd.Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin (1997).Pengantar Usul
Fiqh.Kuala Lumpur: Pustaka Salam
18

Prof Madya Datin Dr Noor Naemah Abd Rahman (November 2010). Usul
Fiqh 1. Selangor Darul Ehsan: Open University Malaysia

19