You are on page 1of 19

PENGENALAN

Definisi pengurusan masa boleh di istilahkan sebagai suatu kemahiran dalam
mengendalikan

atau

mengatur

masa

yang

membolehkan

seseorang

menggunakan masa dengan efektif dan produktif. Menurut pepatah Melayu ada
menyatakan "masa itu emas". Hakikatnya masa adalah lebih berharga lebih dari
apa pun di dunia ini. Perumpamaan itu hanya sebagai simbolik sahaja untuk
menyatakan masa itu 'mahal', bernilai dan berharga bersesuaian dengan
suasana kehidupan orang Melayu dahulu kala.
Pepatah Cina pula ada menyatakan "setiap detik masa tidak boleh dibeli dengan
timbangan emas". Ia hampir sama dengan perumpamaan Melayu tadi. Pepatah
lain mengenai masa juga terdapat dalam hampir kesemua peradaban dunia
seperti Greek dengan menyatakan "masa itu wang. masa itu adalah jiwa dunia".
Manakala orang Jerman memadahkan ungkapan "manusia tidak boleh membeli
masa". Dapatlah kita ketahui bahawa sememangnya diperakui, masa adalah
sesuatu yang sangat berguna, bernilai dan mempunyai manfaat dalam
kehidupan sekalian insan di dunia ini.
Dari sudut pandangan Islam, masa adalah amanah dari Allah kepada manusia.
Allah telah memperingatkan di dalam Al-Quran ;
"Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali mereka yang
beriman iaitu yang menyeru kepada kebenaran dan yang menyeru kepada
kesabaran".
Sayyid Qutb, seorang ahli tafsir yang terkenal menyatakan bahawa sekiranya
Allah hanya menurunkan surah ini, ianya sudah cukup untuk menjadikan umat
Islam sebuah masyarakat yang dinamik. Rasulullah S.A.W telah juga bersabda
tentang pemeliharaan masa dan melakukan amal sebelum timbulnya perkaraperkara lain.
1

KEPENTINGAN MASA 2 . Habiskan masa dengan kadar yang sesuai dan munasabah".  Di dalam seminggu pula Allah menjadikan hari Jumaat sebagai penghulu hari untuk menghisab diri kita."Dapatlah keuntungan daripada lima perkara sebelum muncul lima perkara yang lain. Hassan Al-Bana. Ketika kamu hidup sebelum mati. ketika sihat sebelum sakit. Allah juga telah mengatur hidup kita mengikut masa-masa tertentu. ketika kamu lapang sebelum kamu sibuk.  Bulan Ramadhan pula merupakan satu waktu di dalam setahun untuk menilai kembali amal yang kita lakukan terhadap Allah.gunakan waktu dan hormati juga waktu orang lain.  Di dalam satu hari telah dibahagikan mengikut 5 waktu sembahyang. ". ketika masih muda sebelum tua dan ketika kaya sebelum papa". seorang pejuang Islam terkenal di Mesir telah meletakkan kepentingan masa dan perlunya menjaga masa orang lain .... Sebenarnya ini bukan merupakan satu kebetulan tetapi adalah perancangan Allah yang rapi terhadap masa.

Kita tidak mencatatkannya kerana itu rutin hidup kita. Sekiranya anda serius untuk memperbaiki pengurusan masa anda. Sekiranya anda memperoleh 168 jam seminggu. Kita tidak dapat meminjam masa. Terpulang kepada kita untuk 3 . Sekali masa berlalu. Memang diakui kita menghadapi masalah kekangan masa. anda dengan mudah akan dapat mengurus masa anda dengan selesa. Dengan itu. iaitu tidak cukup masa tetapi masa yang diberi oleh Tuhan memang adil untuk semua orang. Sila rujuk contoh aktiviti berikut: Aktiviti Masa  Masa tidur  Masa bekerja  Masa dalam perjalanan sesuatu tempat  Masa makan  Masa menonton televisyen  Masa bersenam  Masa mengemas bilik di rumah  Masa untuk membersihkan diri  Masa melancong atau menziarahi ibu bapa/saudara mara/orang sakit/orang meninggal Jumlah yang sepatutnya digunakan untuk keseluruhan masa dalam seminggu adalah 168 jam seminggu. Anda perlu mencuba dengan latihan yang mudah untuk melihat dengan jelas bagaimana anda menggunakan masa anda. maka anda harus sentiasa mematuhi masa bekerja dan masa yang lain dalam keadaan seimbang. Siang dan malam berlalu dalam keadaan tidak cukup masa. anda tidak perlu membaca modul ini sebab anda telah menggunakan masa dengan baik sekali. Anda boleh melihat melalui aktiviti anda seharian. anda kena memahami dengan jelas bagaimana anda menggunakan masa anda.Kita jarang memikirkan apa yang kita buat setiap hari. Daripada renungan analisis aktiviti ini. kita tidak dapat menggantikannya. untuk peringkat pertama dalam mengurus masa dengan lebih berkesan.

Persepsi mengikut edaran/pusingan (circular perception) 4 . diguna. PERSEPSI MASA Prinsip Pareto Beliau ada mengatakan bahawa manusia seharusnya gunakan 20% daripada masa yang ada untuk melakukan sesuatu. Oleh kerana masa sangat bernilai masa adalah sumber yang boleh diukur. Persepsi masa oleh Graham. Anda perlu mengelakkan daripada berbual tentang hal orang lain yang tidak ada kena mengena dengan anda. Anda juga perlu mengenal pasti rakan sejawat anda yang suka membazir masa dan mengelakkan diri daripadanya.00 pagi seperti yang dilakukan oleh individu yang suka membazir masa. 1981 Persepsi masa berterusan dan boleh diagihkan (Linear-separable perception) Masa adalah satu laluan yang berterusan dan boleh dibahagikan dimana manusia boleh memilih untuk menggunakan masa atau mencari masa melaksanakan kerja. diagih. hanya mendapat 20% output sahaja. Isi log masa (time-log) supaya anda menggunakan masa dengan baik dan berkesan dan tidak berbual kosong tanpa tujuan seperti duduk di kantin terlalu lama dari pukul 8. dilabur.00 hingga 10. bagi menghasilkan 80% output atau faedah atau hasil. Sebaliknya jika 80% masa digunakan. Adalah lebih bijak jika seseorang itu dapat mengenalpasti dan menumpukan kepada 20% usaha untuk mendapat ganjaran 80%. dijimat atau dibazirkan seperti wang.menggunakan masa dengan berkualiti dan berfaedah kepada diri anda dan pelajar anda.

sekarang dan masa depan).00 malam. Persepsi ikut budaya Berkait rapat dengan budaya dan bahasa sesuatu kumpulan masyarakat. tetapi pada ketikanya ianya sangat berguna terutama bagi kerja-kerja berkumpulan. Ada budaya mengatur aktiviti mengikut keperluan biologi seperti tidur bila mengantuk. KAEDAH “5A” MENGURUSKAN MASA DENGAN BERKESAN 5 . Bagi individu pula persepsi ini jelas tidak mementingkan konsep penjimatan masa. bintang atau matahari. Sebagai contoh mulakan kerja bila semua orang telah hadir. Walaupon pada dasarnya kelihatan pembaziran masa telah berlaku. dan beredar mengikut musim. edaran bulan.00 malam selepas solat Maghrib dan masyarakat Cina sudah menjadi kelaziman makan malam pada pukul 6. Kebanyakkannya merasakan memenuhi keperluan semasa lebih penting. Contoh lain adalah waktu makan malam. makan bila lapar. masyarakat Melayu lazimnya makan malam bermula pada pukul 8. Persepsi ikut atur kerja Terdapat juga persepsi dimana kerja lebih penting dari masa.Masa sebagai satu sistem yang berpusing.00 petang sehingga 7. Namun begitu ada juga yang menganggap masa tidak berharga seperti wang dan tidak perlu dirancang (kerana tiada beza antara aktiviti dahulu. Perbezaan persepsi antara budaya boleh mempengaruhi pandangan individu terhadap dunia dan tingkahlaku sesebuah masyarakat.

 Perkara-perkara sedemikian perlu dielakkan supaya tumpuan diberi kepada aktiviti yang benar-benar mustahak. Assignment (assignmen)  Keutamaan ditentukan bagi tugas-tugas yang perlu dilakukan. beliau perlu ketahui secara mendalam bagaimana masa sekarang dan risiko pembaziran. Attack (serangan)  Pencuri masa ‘Time Thieves’ ataupun perkara-perkara yang dilakukan untuk membuang masa telah didedahkan semasa analisis. Analysis (analisa)  Jika seorang hendak meningkatkan penggunaan masa. Arrangement (penyusunan).i. iv. iii. Assignment (assignmen). ii. Awareness (kesedaran). Attack (serangan).  Melalui analisis. Arrangement (penyusunan) 6 .  Ini membolehkan penetapan matlamat yang mencerminkan kedua-dua aspek. Analysis (analisa). perubahan yang perlu dilakukan dapat dikenalpasti supaya masa digunakan dengan sebaik-baiknya.  Pada masa yang sama sedar bahawa kedua-duanya menyumbang kepada pembahagian masa yang terbaik.  Ianya perlu dilakukan dari masa ke semasa. Awareness (kesedaran)  Mengenalpasti dan mengetahui apa yang paling mustahak dari segi peribadi dan profesional. v.

 Masalah ‘pressing’ PENTING  Projek  Pembinaan 'dateline kumpulan driven' perhubungan  Mengenalpasti peluang baru BUKAN SEGERA Aktiviti-aktiviti: SEGERA Aktiviti-aktiviti:  Gangguan  Sebilangan TIDAK PENTING  Tidak penting  Sebilangan panggilan telefon.  Ini memerlukan perancangan yang rapi dan teliti. SEGERA Aktiviti-aktiviti: BUKAN SEGERA Aktiviti-aktiviti:  Krisis  Langkah-langkah pencegahan. Acapkali juga kita mendengar dan melihat di media-media pelbagai rungutan dan aduan pengguna ataupun pelanggan yang menggunakan perkhidmatan pusat kesihatan dan perubatan. mengambilkira bagaimana hendak meningkatkan lagi kemahiran supaya ianya menjadi satu kelakuan yang tetap dan menguasai masa yang diperuntukkan. Meliputi penyusunan masa secara bertujuan (purposeful). Lebih-lebih lagi pusat kesihatan 7 . panggilan telefon surat dan laporan  Mesyuarat  Perkara dan surat  Yang membuang ‘pressing’ dan ‘proximate’  Aktiviti-aktiviti masa  Yang menyeronokkan yang digemari PENGURUSAN MASA DALAM DUNIA PERUBATAN Perubatan memainkan peranan penting dalam kehidupan sebagaimana dengan pentingnya masa.

Satu ruangan khas bagi keskes kecemasan ini diwujudkan dan telah membantu mengurangkan masa menunggu sekali gus menjimatkan masa memberi rawatan pelanggan. Sekiranya hospital. kelewatan keputusan hasil ujian makmal dan masalah jumlah kakitangan anggota perubatan yang berkurangan diwaktu puncak. pastinya masalah ini tidak akan timbul. penjawat Penolong Pegawai Perubatan haruslah memainkan peranan yang besar terutama apabila berkhidmat di Jabatan Pesakit Luar dan di Jabatan Kecemasan Dan Trauma sama ada di hospital mahupun di klinik kesihatan. Ini semua berkaitan rapat dengan pengurusan masa. atas beberapa faktor terdapat juga jalan pintas tanpa menunggu nombor giliran memberi keutamaan kepada pelanggan yang berkeadaan sangat memerlukan rawatan seperti bayi dan warga emas.dan perubatan dari sektor kerajaan. Namun begitu. keputusan dan rawatan untuk diagnosa penyakit pelanggan tidak semudah dan secepat yang diharapkan. Sebagai salah satu anggota di sektor kesihatan dan perubatan. tidak dapat kita sangkalkan pemeriksaan. Kaedah ini lebih adil kepada semua pihak diantara kakitangan perubatan dengan pelanggan. Masa bekerja yang efisien dan berhemah akan menjadi indikator atau kayu ukur kecemerlangan perkhidmatan. klinik kesihatan dan pusat-pusat rawatan perubatan yang lain menepati pengurusan masa di tempat kerja masing-masing. ungkapan "setiap masa itu adalah nyawa pesakit" haruslah diterap dan diamalkan agar menjadi sesuatu yang konkrit dalam menjalankan perkhidmatan kepada masyarakat umum. Antara yang sering dinyatakan adalah kelewatan pesakit untuk menunggu mendapatkan rawatan. Pengurusan masa di hospital dan di klinik kesihatan jelas kelihatan dengan adanya sistem menunggu dengan penggunaan nombor giliran. Namun begitu. 8 . Di dalam sektor kesihatan dan perubatan. tetapi dengan bantuan semua kakitangan anggota perubatan.

TUJUAN 9 . berikut adalah garispanduan pelaksanaan pengurusan pemantauan waktu menunggu di JABATAN PESAKIT LUAR HOSPITAL (JPL) dan KLINIK KESIHATAN GARISPANDUAN PELAKSANAAN PENGURUSAN PEMANTAUAN WAKTU MENUNGGU DI JABATAN PESAKIT LUAR HOSPITAL (JPL) DAN KLINIK KESIHATAN 1.proses tersebut akan menjadi lebih lancar. pantas dan sekali gus dapat menjimatkan masa serta tenaga setiap kakitangan. Oleh itu.

2. Ia akan dipantau oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia secara HARIAN dan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan Malaysia secara MINGGUAN. 10 . telah sering menimbulkan isu ketidakpuasan oleh pelanggan. LATAR BELAKANG Tempoh lama menunggu yang dihadapi oleh pelanggan di hospital dan klinik untuk mendapatkan rawatan.00 pagi keesokan harinya. 3. Yang Berhormat Menteri Kesihatan mengambil serius perkara ini dan seterusnya menyarankan supaya semua pihak mengambil langkah pembaikan agar waktu menunggu berada dalam tempoh 30 minit di semua hospital dan klinik. bagi memastikan langkah penambahbaikan menepati sasaran. Ketua Pengarah Kesihatan akan membuat pemantauan secara HARIAN dan Yang Berhormat Menteri Kesihatan akan memantau secara MINGGUAN. Perkara ini dikhuatiri boleh menjejaskan kualiti perkhidmatan dan imej Kementerian Kesihatan Malaysia. DEFINASI WAKTU MENUNGGU Definasi waktu menunggu bermula dari masa pelanggan mendapat nombor giliran hingga masa beliau masuk bilik konsultasi untuk pemeriksaan.Merupakan suatu kaedah pemantauan bagi mengurangkan waktu menunggu kepada kurang dari 30 minit akan perkhidmatan yang dijalankan di jabatan pesakit luar hospital dan perkhidmatan di klinik kesihatan. Semua jabatan pesakit luar di hospital dan klinik kesihatan adalah diarah untuk memasukkan data ke dalam eMasa sepanjang hari tetapi mesti disempurnakan sebelum jam 7. Sistem ini akan memberi analisa secara sebenar dan semasa (realtime) kepada Ketua Pengarah Kesihatan setiap hari dan mingguan kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan. Oleh yang demikian.

4. Bagi klinik-klinik yang menggunakan sistem aplikasi TeleprimaryCare dan Klinik Kesihatan Putrajaya.4. bermula dari masa pelanggan mendapat nombor giliran hingga masa beliau masuk bilik konsultasi untuk pemeriksaan.3. 4. Aplikasi eMasa menggunakan borang-web yang dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat Kementerian Kesihatan bagi membolehkan pengumpulan data dengan lebih efisien. Fasiliti: Semua jabatan pesakit luar di hospital dan semua klinik kesihatan akan melaksanakan pemantauan ini setiap hari. Sampel pesakit: Semua pelanggan yang hadir di Jabatan Pesakit Luar Hospital dan semua pelanggan di Klinik Kesihatan. Piawai : Tempoh waktu menunggu di semua klinik dan jabatan pesakit luar hospital ialah kurang 30 minit.2. 4. 11 . Pencapaian yang akan dipantau ialah : Bilangan (%) pelanggan/ klinik/ jabatan pesakit luar yang mencapai waktu menunggu kurang 30 minit.4.1. Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga KKM akan menyediakan antara muka (interface) antara sistem eMasa dengan TeleprimaryCare dan PutraCare. PELAKSANAAN 4.

klinik perlu berusaha mendapatkan kemudahan ini. kerana pesakit demikian khususnya memerlukan rawatan segera. Pemilihan Jabatan Pesakit Luar Hospital dan Klinik Kesihatan Setiap negeri hendaklah memastikan semua jabatan pesakit luar di hospital dan semua klinik kesihatan akan melaksanakan pemantauan ini setiap hari. Walaubagaimanapun definasi ini tidak boleh dipakai untuk kes kritikal dan separa kritikal. 5. GARISPANDUAN PELAKSANAAN 5. 5. Arahan ini memerlukan semua jabatan pesakit luar di hospital dan klinik kesihatan mendapatkan perkhidmatan talian internet dan komputer bagi memudahkan penghantaran reten.Waktu Menunggu Waktu menunggu ditakrifkan dari masa nombor giliran diberi oleh anggota pendaftaran sehingga dipanggil ke bilik konsultasi untuk berjumpa petugas kesihatan.3. Hari yang dipantau Pemantauan dibuat setiap hari bekerja. Jangkamasa ini diambil sebagai tempoh waktu menunggu bagi klinik dan hospital yang memberi perawatan kes biasa setibanya pelanggan di klinik atau jabatan pesakit luar.2. 12 . 5. Semua jabatan pesakit luar di hospital dan klinik kesihatan adalah diarah untuk memasukkan data ke dalam eMasa sepanjang hari tetapi mesti disempurnakan sebelum jam 7. Jika klinik tiada talian internet dan komputer.00 pagi keesokan harinya. Perincian .Arahan yang sama terpakai bahawa semua pelanggan adalah sampel pemantauan. sama ada seorang pegawai perubatan/ pakar perubatan/ penolong pegawai perubatan.1.

Catatan masa ini adalah perlu bagi tujuan pengisian data eMasa. Bagi tujuan penambahbaikan. Pengisian Data Dan Laporan Slip pemantauan waktu menunggu setiap pelanggan yang terlibat akan dikumpul dan dimasukkan ke dalam sistem eMasa sepanjang hari oleh anggota yang ditugaskan tetapi mesti disempurnakan sebelum jam 7. waktu yang diambil oleh petugas kesihatan yang pertama dan waktu tamat perkhidmatan pelanggan. Pemilihan pelanggan Semua pelanggan yang hadir di klinik di Jabatan Pesakit Luar Hospital dan semua pelanggan di Klinik Kesihatan. bermula dari masa pelanggan mendapat nombor giliran hingga masa beliau masuk bilik konsultasi untuk pemeriksaan. 5. Setiap petugas kesihatan ditugaskan untuk mencatatkan masa pada slip pemantauan tersebut. Piawai waktu menunggu ialah kurang 30 minit. Tempoh waktu menunggu di semua klinik dan jabatan pesakit luar hospital ialah kurang 30 minit.5.5. juga perlu di catatkan supaya langkah intervensi tertentu boleh diambil. Setiap pelanggan akan diberi slippemantauan apabila diberi nombor giliran (sila lihat Lampiran A).00 pagi keesokan harinya (i). Maklumat Slip Pemantauan 13 .4. Pencapaian yang dipantau ialah " Bilangan (%) pelanggan/ klinik/ jabatan pesakit luar yang mencapai waktu menunggu kurang 30 minit ".

penderma darah. 5. Infrastruktur Pengurusan klinik/hospital hendaklah menyediakan ruang menunggu yang selesa.Pelanggan yang terlibat akan dikenalpasti oleh petugas kesihatan dan diberi slip pemantauan dan waktu dicatat oleh petugas kesihatan iaitu • Waktu diberi nombor giliran • Waktu kad rawatan diberi kepada pelanggan • Waktu pelanggan dipanggil ke bilik konsultasi • Waktu pelanggan selesai di bilik konsultasi • Waktu pelanggan tamat di klinik oleh petugas terakhir (i). orang kurang upaya. Pihak negeri diminta memantau reten oleh setiap klinik dan output yang dikeluarkan oleh sistem eMasa. teratur. kemas dan bersih serta dilengkapi dengan kerusi yang sesuai dan berkeadaan baik. kanak-kanak kecil. Bilik konsultasi hendaklah kemas. Reten dan Beban Kerja Semua slip pemantauan waktu menunggu pelanggan dikumpul dan dimasukkan ke dalam aplikasi Borang-web eMasa. Ini bertujuan untuk 14 . Kaunter khas hendaklah disediakan bagi warga tua. Di ruang menunggu digalakkan penyediaan TV dan radio serta bahan bacaan bekaitan kesihatan. Bilik pemeriksaan yang berasingan hendaklah disediakan untuk pengendalian kes yang memerlukan ‘kerahsiaan’ (confidentiality) supaya pelanggan lebih mudah berinteraksi dengan petugas kesihatan dan selesa.6. Kesahihan maklumat adalah penting bagi mendapatkan gambaran sebenar. pelanggan tenat dan ibu-ibu mengandung bagi memastikan keprihatinan pihak pengurusan klinik/hospital terhadap pelanggan. teratur dan bersih serta dilengkapi dengan semua peralatan untuk pemeriksaan. Dari semasa ke semasa pertunjukan video dan sesi pendidikan kesihatan atau penilaian sendiri risiko kesihatan hendaklah diadakan.

mengurangkan rasa jemu para pelanggan serta memastikan masa menunggu ini digunakan dengan sebaiknya. Urinary Catherisation dan juga ‘Wound Dressing’.7. `Urine test’. h) Semua petugas kesihatan yang dijadualkan bertugas di setiap sesi klinik hendaklah memulakan pengendalian klinik pada masa yang ditetapkan. X-RAY. Pegawai ini bertugas sebagai penyelaras kepada perjalanan perkhidmatan di klinik dan jabatan pesakit luar. c) Semua rekod pelanggan dengan temujanji hendaklah di kumpulkan 1 atau 2 hari sebelum tarikh sesi klinik berkenaan. pegawai perubatan/pakar Prosedurprosedur yang dimaksudkan adalah ujian–ujian seperti ECG. Seorang petugas yang terlatih hendaklah peka kepada pelanggan-pelanggan yang memerlukan perhatian awal dengan berjumpa pegawai perubatan/pakar perubatan. f) Setiap klinik dan jabatan pesakit luar perlu mempunyai seorang pegawai perhubungan pesakit (Patients Relations Officer). d) Semua keputusan ujian-ujian yang telah dilakukan sebelum sesuatu sesi klinik hendaklah dipastikan diperolehi dan berada dalam ‘folder’ rekod pelanggan. e) Pelanggan yang berkeadaan lemah dan tenat hendaklah dibenarkan melakukan pemeriksaan lebih awal oleh petugas kesihatan. g) Petugas kesihatan hendaklah memastikan pelanggan-pelanggan menjalani prosedur tertentu sebelum berjumpa perubatan/penolong pegawai perubatan. serta memberi bantuan kepada pesakit/pelanggan yang perlu khususnya mereka yang memerlukan bantuan segera atau kritikal. 5. Proses Kerja a) Piagam pelanggan dan carta aliran kerja hendaklah dipamerkan di ruang menunggu klinik yang bersesuaian b) Kaunter pendaftaran hendaklah dibuka ½ jam sebelum sesi klinik bermula. Ketua jabatan hendaklah memastikan perkara ini dilaksanakan seperti 15 .

5.sepatutnya. penerangan hendaklah dibuat berkaitan perkara ini.8. k) Pelanggan yang sedang menunggu untuk diperiksa adalah digalakkan untuk menjalani ujian saringan faktor risiko i. pemeriksaan tekanan darah. j) Pegawai perubatan/penolong pegawai perubatan lelaki hendaklah memastikan seorang ‘chaperone’ wanita sentiasa berada bersama mereka semasa pemeriksaan/ rawatan ke atas pelanggan wanita. 16 . rawatan yang diperlunya serta perancangan rawatan yang seterusnya. l) Pelanggan-pelanggan hendaklah diberi penjelasan mengenai lawatan susulan (follow up) dan prosedur/ ujian yang perlu dijalani seterusnya jika berkenaan. b) Pihak pengurusan hospital dan klinik hendaklah memastikan yang setiap klinik dan jabatan pesakit luar hospital mempunyai penyelaras untuk mengendalikan perjalanan sesebuah klinik. Penggunaan Sumber Manusia dan kemahiran petugas a) Pihak pengurusan hospital dan klinik hendaklah mengoptimakan penggunaan tenaga manusia dengan melakukan `deployment’ dari masa ke semasa sama ada di antara klinik-klinik ataupun di antara wad dan klinik bergantung kepada kesibukan sesuatu tempat penyampaian perkhidmatan. Sekiranya pelanggan sudah dirujuk ke tempat lain. i) Pakar perubatan/ pegawai perubatan/ penolong pegawai perubatan/jururawat mesti memberi penerangan yang jelas pada pelanggan mengenai keadaannya. Nama-nama pakar perubatan / pegawai perubatan/ penolong pegawai perubatan/ jururawat yang dijadualkan bagi setiap klinik hendaklah dipamerkan.e BMI.

kemudahan adalah kepada pelangganpelanggan yang memerlukan rawatan segera dan dalam keadaan cemas. e) Analisa keperluan sumber secara evidence-based ini diharap dapat membantu perancangan keperluan sumber sebenar ke arah memperbaiki tahap perkhidmatan di klinik kesihatan dan jabatan pesakit luar hospital. Peranan Pelanggan dan Penyelaras klinik a) Dalam usaha memastikan kelancaran sesi klinik. penyelaras perlu berusaha agar pelanggan . kelihatan ceria dan memberi layanan yang baik. Sistem ‘Triaging’ hendaklah dilaksanakan sepenuhnya.c) Seseorang yang terlatih diperlukan bertindak sebagai pegawai perhubungan pesakit (Patients Relations Officer). • Mematuhi Perancangan Jangka Panjang Perawatan (Care Plan). Cara berkomunikasi dengan pelangganpelanggan. • Menepati masa dan tarikh temujanji. c) Penjagaan Pra hospital Bagi penjagaan pra-hospital. 5. wariswaris mereka dan juga dengan rakan setugas hendaklah sejajar dengan ciriciri budaya korporat Kementerian Kesihatan Malaysia. bilik perawatan perlu sentiasa berpakaian kemas. 6. d) Semua petugas samada di kaunter pendaftaran. PROSES PEMANTAUAN Pihak Pengurusan jabatan pesakit luar hospital. daerah dan negeri adalah diminta membuat analisa dan penilaian ke atas prestasi 17 . klinik kesihatan. bilik pemeriksaan. b) Pelanggan yang bertindak kasar dan menunjukkan kekerasan hendaklah diberi nasihat dan ditenangkan oleh pegawai penyelaras klinik dan pegawai perhubungan pesakit (Patient Relations Officer).9.

pencapaian dan mengambil langkah-langkah penambahbaikan secara berterusan. Masa yang berlalu tidak sama dengan masa yang akan datang. Masa menjadikan manusia itu menjadi lebih matang dari segi perilaku dan daya pemikiran mereka. Ada golongan yang berpendapat bahawa masa dapat menentukan sesuatu perkara. 18 . Adalah jelas bahawa masa memainkan peranan penting dalam arus kehidupan manusia. Manusia akan sentiasa berlumba-lumba dalam percaturan untuk mencapai suasana hidup yang lebih terserlah. RUMUSAN Kehidupan manusia sentiasa dilingkungi dan diliputi oleh masa.

my 19 . https://www. Dengan pengurusan masa secara berkesan akan menjadikan masyarakat itu maju dalam hidup mereka. Dalam kehidupan kita. Oleh itu. kita juga harus mengorak langkah untuk mengelakkan pembaziran masa. bulanan.Dalam Islam sendiri amat menggalakkan umatnya mementingkan soal penggunaan dan pengurusan masa.gov. https://www. Segala perkara yang dilakukan oleh umat Islam adalah berdasarkan masa dan waktunya. Mengapa Pengurusan Masa Penting. Oleh itu. https://www.my 3.moh. (PDF)Pengurusan Masa. kita haruslah menggunakan masa dengan bijaksana dan memanfaatkan masa yang ada.eprints.utm.blogspot. sebagai usaha dan langkah untuk membina tamadun yang besar. (PDF) Garispanduan Pelaksanaan Pengurusan Pemantauan Waktu Menunggu di Jabatan Pesakit Luar Hospital (JPL) dan Klinik Kesihatan. RUJUKAN 1. kita hendaklah menyusun peruntukan masa bagi setiap gerak laku dan bidang tugas yang dilakukan dalam hidup kita.edu. http://azlinamokhtar. mingguan dan juga harian dalam kehidupan dan hendaklah diperluaskan lagi dalam dunia pekerjaan kita. (PDF) Pengurusan Masa Di Kalangan Pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru Besar. kita haruslah dapat merancang dengan tepat mengenai pengurusan masa tahunan. Dalam hubungan ini.my 4.vodppl.upm.my 2.